Saturday 14 April 2012

Ciri-ciri cerita/sastera panji dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Berlatarkan sejarah negeri Jawa, contoh Negeri Kesambi Pura/Negeri Agung Sari/Negeri Indera Buangan
  2. Ada gelaran Panji/Raden, contoh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Ningrat.
  3. Watak-watak dari kalangan putera-puteri Raja Jawa, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Ratna Melur dan lain-lain.
  4. Watak utama/protagonis dari kalangan putera-puteri raja/istana, contoh Raden Kesuma Ningrat.
  5. Watak utama mempunyai kuasa sakti/unsur luar biasa, contoh Raden Kesuma Ningrat dapat mengeluarkan air dari puncak daun beringin dengan bantuan burung merbah/Raden Kesuma Ningrat berjaya mengambil telur burung merpati putih yang bersarang  dalam telinga naga.
  6. Cerita berakhir dengan kejayaan/kemenagan, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna  Sari berjaya menewas dan menawan Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari yang menyerang negerinya.
  7. Latar tempat berlaku peristiwa di dunia dan kayangan/alam ghaib, contoh di Negeri Kesambi Pura/Negeri Melaka Pura/Negeri Indera Buangan/di Gunung Meraksa Dewa/di dalam laut dan sebagainya.
  8. Percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Indera Kemala Putera ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga  naga di Gunung Meraksa Dewa.
  9. Percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memaklumkan telur burung merpati putih terdapat di Gunung Meraksa Dewa, iaitu di dalam teliga naga.
  10. Ada watak pembantu khas, contoh singa besar/dua ekor landak/raksasa/naga/burung merbah dan sebagainya.
  11. Ada unsur peperangan, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari dari Negeri Indera Buangan berperang dengan Raja Paksi Dewa dari Negeri Agung Sari.
  12. Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma  Ningrat mengembara di dalam hutan untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati  putih yang bersarang dalam telinga naga.
  13. Ada unsur penyamaran/penjelmaan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menyamar menjadi lelaki dengan menggunakan nama Bangbang Gajah Merta setiba di Negeri Kesambi Pura dan berkahwin dengan Tuan Puteri Ratna Melur, iaitu puteri kepada Raja Negeri Kesambi Pura/Tuan Puteri Indera Maya menjelma menjadi burung rajawali ketika berperang dengan Raja Paksi Dewa.
  14. Ada unsur perkahwinan/pernikahan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Bangbang Gajah Merta berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ratna Melur/puteri Raja Negeri Kesambi Pura setelah berjaya mengeluarkan/mengambil buah asam limau nipis dalam lubang bumi menggunakan tiga jari.
  15. Ada unsur Hindu, contoh nama-nama watak seperti Raja Syah Dewa Alam/Raja Paksi Dewa.
  16. Menggunakan bahasa berirama/runs, contoh Bangbang  Gajah Merta berpantun kepada Tuan Puteri Ratna Melur/isterinya: Ikan ruan mudik ke hulu .........( lihat hal 65 dan 66 ).
  17. Ada pembukaan negeri/wilayah baru, contoh Tuan Puteri Indera Maya/Raden Kesuma Ningrat yang dihalau oleh Raja Indera Kemala Putera telah membuka Negeri Indera Buangan di tengah hutan rimba.
  18. Ada meraikan pesta kemenangan, contoh Tuan Puteri Indera  Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari dari Negeri Indera Buangan mengadakan pesta bersuka-sukaan dan  jamuan makan minum kepada rakyatnya di atas kemenangan berperang dengan Raja Paksi Dewa dari Negeri Agung Sari yang menyerangnya.
  19. Dan lain-lain ..............sila rujuk teks/cerita asal.

Ciri-ciri umum cerita/sastera panji

  • Berlatarkan sejarah negeri Jawa
  • Ada gelaran Raden/Panji
  • Watak-watak dari kalangan putera-puteri Raja Jawa
  • Watak utama dari kalangan putera-puteri raja/istana
  • Ada watak pembantu khas
  • Ada unsur peperangan
  • Ada unsur pengembaraan/merantau
  • Ada unsur penyamaran/penjelmaan
  • Ada unsur pembukaan negeri/wilayah baru
  • Ada unsur/pengaruh Hindu
  • Ada unsur bahasa berirama/runs
  • Percaya kepada ahli nujum
  • Percaya kepada mimpi
  • Latar tempat berlaku peristiwa di dunia dan alam ghaib/kayangan
  • Ada unsur sakti/luar biasa
  • Ada majlis perkahwinan
  • Ada pesta kesukaan/meraikan kejayaan
  • Plot mudah/ringkas  ( Permulaan, perkembangan, puncak/klimaks dan akhir cerita )
  • Watak utama ada kuasa sakti/luar biasa
  • Watak utama mencapai kejayaan/cerita berakhir dengan kejayaan
  • Tema sama ada peperangan/pengembaraan/fitnah/dengki/dendam/percintaan/merampas tunangan orang lain dan sebagainya

Friday 13 April 2012

Watak-watak dalam cerita Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  • Raja Indera Kemala Putera
  • Raden Kesuma Wati ( Puteri Raja Indera Kemala Putera  )
  • Raden Kesuma Ningrat ( Putera Raja Indera Kemala Putera/watak utama/protagonis )
  • Ahli nujum
  • Raja Syah Dewa Alam ( Raja Negeri Melaka Pura )
  • Tuan Puteri Pelinggam Cahaya ( Puteri Raja Syah Dewa Alam menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Bangbang Gajah Merta dan berkahwin dengan Tuan Puteri Ratna Melur, iaitu puteri Raja Negeri Kesambi Pura )
  • Menteri
  • Hulubalang
  • Rakyat
  • Mangku Bumi
  • Kuda hitam
  • Hulubalang Pahlawan
  • Menteri Kesambi Pura
  • Tuan Puteri Rakna Melur ( Puteri Raja Negeri Kesambi Pura )
  • Khatib Abd.  Salam
  • Singa besar
  • Landak putih dan hitam
  • Pemilik kedai/gerai di pasar
  • Burung merbah putih
  • Burung bayan
  • Kambing
  • Tuan Puteri Indera Maya ( Bonda Raden Kesuma Ningrat/bekas isteri kedua Raja Indera Kemala Putera )
  • Raksasa
  • Harimau
  • Anak kera putih
  • Tuan Puteri Ratna Sari ( Adik-beradik Tuan Puteri Indera Maya )
  • Raja Paksi Dewa ( Raja Negeri Agung Sari )
  • Temenggung Agas Perdana
  • Demang Wira Jaya
  • Dan lain-lain ................. sila rujuk teks/cerita asal.

Thursday 12 April 2012

Hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Hubungan manusia dengan manusia 
  1. Hubungan suami isteri, contoh Saliah isteri kepada Khusyairi/Solehah isteri kepada Syed Mustafa/Hajah Munirah isteri kepada Haji Lokman dan lain-lain.
  2. Hubungan anak dengan ibu bapa, contoh Syed Mustafa anak kepada Nek Siah dan Syed Ubaidillah/Ruhaiza anak kepada Khusyairi dan Saliah dan lain-lain. 
  3. Hubungan anak angkat dengan ibu angkat, contoh Anuariza anak angkat kepada Solehah.
  4. Hubungan adik-beradik, contoh Syed Fariz adik kepada Syarifah Farisya.
  5. Hubungan  cucu dengan nenek, contoh Syed Fariz dan Syarifah Farisya cucu kepada Nek Siah dan Syed Ubaidillah.
  6. Hubungan  murid dengan guru, contoh Ruhaiza/Lily Suriani/Syed Fariz murid kepada cikgu Syakinah/Borhan.
  7. Hubungan persahabatan, contoh Haji Lokman sahabat baik Syed Mustafa/Khusyairi kawan sekampung Syed Mustafa.
  8. Hubungan dengan jiran sekampung, contoh Solehah jiran Nek Siah sebelum menjadi isteri kepada Syed Mustafa.
  9. Hubungan cinta, contoh Syarifah Farisya pernah jatuh hati kepada Anuariza/Syed Mustafa pernah bercinta dengan Saliah sebelum  berkahwin dengan Khusyairi.
  10. Hubungan menantu dengan mertua, contoh Solehah menjadi menantu kepada Nek Siah selepas berkahwin dengan Syed Mustafa.
Hubungan manusia dengan alam
  1. Manusia dengan hutan paya, contoh Anuariza pergi ke hutan paya untuk mengambil buah asam kelubi.
  2. Manusia dengan sekolah, contoh Syed Fariz dan Syarifah Farisya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Syah 1, Lambor Kanan, Parit, Perak.
  3. Manusia dengan sungai, contoh Anuariza membawa Syed Fariz, Syarifah Farisya dan Azuera pergi berkelah di anak sungai dalam hutan.
  4. Manusia dengan kebun, contoh Anuariza mengusahakan kebun anggur dan pitaya di belakang rumah Solehah/ibunya/Solehah menoreh getah di kebun getah kepunyaan Nek Siah.
  5. Manusia dengan pejabat, contoh Syed Mustafa pernah bekerja di pejabat syarikat kepunyaan Haji Lokman di Kuala Lumpur.
  6. Manusia dengan binatang, contoh Anuariza suka memancing ikan/menahan perangkap burung uak-uak/terserempak dengan pahlawan rimba/harimau di hutan.
  7. Manusia dengan kampung halaman, contoh Nek Siah, Solehah dan anak-anaknya/Khusyairi/Saliah/Syed Mustafa tinggal di kampung.
  8. Manusia dengan balai polis, contoh Syed Mustafa bersama dengan Anuariza pergi ke balai polis untuk membebaskan Syed Fariz yang ditahan di lokap balai polis selama empat malam kerana cuba bertindak ganas terhadap Ruhaiza/anak gadis Khusyairi dan Saliah.
  9. Manusia dengan kenderaan, contoh Anuariza menaiki bas di Stesen Bas Tanjung Malim untuk pergi ke Kuala Lumpur menjemput Syarifah Farisya yang lari dari rumah pulang semula ke kampung.
  10. Dan lain-lain ............... sila rujuk teks/cerita asal.

    Wednesday 11 April 2012

    Unsur-unsur Islam dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

    Unsur-unsur Islam dalam novel bermaksud segala perbuatan, amalan, tindakan, perlakuan, tingkah laku, ucapan, niat watak-watak, nama-nama watak/tokoh, nama-nama tempat, peristiwa kebesaran, gelaran, tarikh, hukum hakam, konsep dosa pahala, peralatan, hadis, ayat-ayat al-Quran dan sebagainya yang ada sangkut paut secara langsung dan tidak langsung dengan agama Islam yang terdapat dalam sesebuah cerita.
          Di antara contoh-contoh perkara/peristiwa yang berunsurkan Islam dalam novel ini ialah:
    1. Adanya perkataan kurniaan Ilahi, contoh  penulis menyatakan kurniaan Ilahi tiada siapa berdaya mengekangnya.
    2. Adanya menyebut perkataan bersyukur kepada Allah SWT, contoh Anuariza bersyukur dengan kehidupannya yang susah tetapi bahagia di samping Solehah yang kasih sayang.
    3. Kain sembahyang, contoh selepas sembahyang Subuh Anuariza menukarkan kain sembahyangnya dengan menyarungkan seluar panjang yang sudah terlalu lusuh.
    4. Doa, contoh Anuariza meminta Azuera mendoakan keselamatannya untuk memasuki hutan paya mengambil buah asam kelubi.
    5. Allah Maha Mengetahui, contoh Nek Siah menyebut kepada Anuariza Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang Dia lakukan. Dia juga Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
    6. Kenduri kesyukuran dan tahlil, contoh Nek Siah menjemput Anuariza, Solehah, Azuera dan orang kampung ke majlis kenduri kesyukuran dan tahlil di rumah Syed Mustafa.
    7. Melafazkan perkataan Insya-Allah, contoh Anuariza mengatakan insya-Allah kepada Nek Siah yang mengharapkan kedatanganya ke majlis kenduri kesyukuran dan tahlil di rumahnya.
    8. Nama-nama watak berunsur Islam, contoh Syed Ubaidillah/Syed Mustafa/Syed Fariz dan lai-lain.
    9. Ada gelaran haji/hajah, contoh Haji Lokman/Hajah Munirah/Haji Mamat/Haji Suud/Mak Aji dll.
    10. Solat berjemaah, contoh Anuariza bersolat Zohor berjemaah dengan Syed Mustafa di tepi jalan dalam hutan.
    11. Ada perkataan Insya-Allah, contoh Anuariza menyebut insya-Allah kepada Syed Mustafa untuk bertolak pergi ke hutan paya mengambil buah asam kelubi sebelum matahari meninggi.
    12. Ada kiblat, contoh Anuariza menentukan arah kiblat untuk menunaikan solat di hutan dengan menggunakan arah matahari jatuh.
    13. Ada ayat-ayat al-Quran, contoh Anuariza membaca ayat Kursi dan surah al-Ikhlas ketika suatu ketika terserempak dengan Pak Belang/pahlawan rimba/harimau dalam hutan.
    14. Ada menyebut perkataan Allah, contoh Anuariza mengatakan kita hanya wajib bertuhankan Allah.
    15. Ada mengucapkan kalimah syahadah, contoh Anuariza mengucapkan kalimah syahadah dengan lancar.
    16. Ada nama Nabi, contoh Anuariza mengatakan jika kita didatangi orang yang mengaku dialah pesuruh Allah selepas wafat Nabi Muhammad SAW bermakna sahlah dia/orang itu pendusta.
    17. Ada konsep haram dan halal, contoh Anuariza mengatakan segala yang haram dan halal semua disebut dalam al-Quran.
    18. Ada maksud hadis Nabi, contoh Anuariza menyatakan kepada Syed Mustafa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.
    19. Percaya kepada takdir Allah/qadak dan qadar Allah, contoh Solehah dan Anuariza percaya kepada Allah mengenai keputusan peperiksaan STPM Anuariza.
    20. Ada ucapan memberi dan menjawab salam, contoh Syarifah Farisya memberi salam kepada Anuariza/Anuariza mengucapkan salam kepada Syarifah Farisya/Khusyairi memberi salam kepada Nek Siah sewaktu berkunjung ke rumah Nek Siah pada jam 11.00 malam.
    21. Dan contoh-contoh peristiwa/perkara lain ....................sila rujuk teks/cerita  asal.

    Tuesday 10 April 2012

    Nilai kemanusiaan dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

    Nilai kemanusiaan bermaksud segala perbuatan/tindakan/amalan/perlakuan/sikap/percakapan/pemikiran/niat baik yang dilakukan oleh seseorang  watak dalam sesebuah cerita. Istilah-istilah lain untuk nilai kemanusiaan ialah nilai murni/baik/unsur moral/akhlak/positif.
        Di antara nilai-nilai kemanusiaan/murni yang  terdapat dalam novel ini ialah:
    1. Kasih sayang, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya iaitu Anuariza dan Azuera.
    2. Bertanggungjawab, contoh Syed Mustafa bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh Syed Fariz terhadap Ruhaiza.
    3. Ketabahan, contoh Anuariza tabah mengusahakan Taman Fantasi ( menanam pokok anggur dan pitaya  secara hidroponik )
    4. Kerajinan, contoh Anuariza dan Azuera rajin belajar sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan STPM.
    5. Keberanian, contoh Anuariza berani memasuki hutan dan menyeberangi paya seorang  diri untuk mencari buah asam kelubi.
    6. Bersimpati/keprihatin, contoh Nek Siah bersimpati kepada Solehah dan anak-anaknya yang miskin dan susah dengan membenarkan mereka menumpang di tanahnya.
    7. Merendah diri, contoh Anuariza bercakap dengan sopan santun dan rendah diri dengan ibunya/Nek Siah/Syed Mustafa.
    8. Kesabaran, contoh Anuariza sabar dengan cacian/hinaan orang kampung terhadap kecacatan anggota tangannya/Solehah sabar menghadapi kemiskinan hidup bersama anak-anaknya.
    9. Beriman, contoh  Anuariza dan Syed Mustafa bersembahyang jemaah Zohor bersama di tepi jalan dalam hutan.
    10. Berwawasan/bercita-cita tinggi, contoh Anuariza dan Syed Mustafa merancang untuk membina taman pelancongan di kampungnya untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara.
    11. Bersyukur, contoh Nek Siah bersyukur kepada Allah SWT kerana keluarganya kembali bersatu dan hidup bahagia lantas membuat kenduri kesyukuran dengan menjemput penduduk kampung.
    12. Baik hati/pemurah, contoh Cikgu Syakinah menjemput Ruhaiza datang ke rumahnya untuk meminjam buku-buku dan  majalah yang sesuai.
    13. Ketegasan, contoh Anuariza tegas dalam pendirian mengenai agama Islam/menentang dengan keras ajaran agama sesat di negaranya.
    14. Mengenang budi, contoh Solehah mengenang budi baik Nek Siah terhadap keluarganya.
    15. Tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama/bermuafakat, contoh penduduk kampung Nek Siah bekerjasama/bergotong-royong memproses buah ketiau untuk menghasilkan  minyak.
    16. Keinsafan, contoh Syed Mustafa insaf di atas kesilapannya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya di kampung.
    17. Kebijaksanaan, contoh Anuariza bijak merancang masa hadapan hidupnya.
    18. Kegigihan, contoh Anuariza gigih mengajar Syed Fariz sebagai guru kelas tuisyen/gigih berusaha/memujuk Syarifah Farisya supaya kembali semula ke kampung/ke pangkuan keluarga.
    19. Hormat-menghormati, contoh Anuariza menghormati Syed Mustafa/ibunya/Nek Siah/Haji Lokman.
    20. Patuh/taat/setia, contoh Anuariza patuh kepada nasihat Solehah/ibunya/Nek Siah supaya tidak pergi ke hutan paya mengambil buah asam kelubi kerana  bahaya
    21. Rasional/matang/berfikiran terbuka, contoh Anuariza dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa dengan fikiran terbuka/matang/rasional.
    22. Dan  nilai-nilai lain ............... sila rujuk teks/cerita asal.

    Monday 9 April 2012

    Teknik plot suprise dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

    Teknik plot suprise ( kejutan ) bermaksud pengarang menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas seseorang watak secara tiba-tiba/tidak diduga/dijangka yang menjadi kejutan atau menyebabkan watak/pembaca  menjadi terkejut/hairan.
    Tujuan/fungsi penggunaan teknik plot ini ialah:
    1. Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
    2. Untuk menarik minat pembaca.
    3. Supaya cerita menjadi lebih menarik dan berkesan.
    4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/suasana.
    5. Untuk mempelbagai teknik penceritaan.
    6. Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis.
    7. Untuk memperlihatkan kelainan cara penceritaan.
    8. Supaya watak/pembaca disedarkan dengan sesuatu perkara/peristiwa yang mereka tidak jangkakan.
    9. Untuk menyedarkan watak/pembaca yang sedang asyik mengelamun/khayal.
    10. Untuk memperkuatkan plot cerita.
    Contoh-contoh peristiwa/kejadian yang menggunakan teknik  plot suprise ialah:
    • Anuariza terperanjat mendengar permintaan Syed Mustafa yang meminta untuk ikut pergi bersama ke paya mengambil buah asam kelubi.
    • Anuariza terperanjat apabila Syed Mustafa bertanya pendapatnya mengenai ajaran sesat di Malaysia sejak kebelakangan ini.
    • Nek Siah dan Solehah merasa hairan dengan kehadiran Khusyairi ke rumahnya pada jam 11.00 malam.
    • Khusyairi dan Saliah terperanjat dengan kehadiran Syed Mustafa ke wad hospital untuk melawat Ruhaiza yang terlantar di situ sudah beberapa hari. Syed Mustafa memohon maaf dan mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga Khusyairi.
    • Solehah terperanjat apabila Anuariza menyatakan wajahnya nampak suram dan semacam ada masalah.
    • Anuariza masih berasa terperanjat dengan isi kandungan surat/nota Syarifah Farisya yang diberikan kepadanya melalui buku yang dipulangkan sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang.
    • Haji Lokman dan Hajah Munirah merasa terperanjat mendengar kenyataan Syarifah Farisya yang ayahnya ( Syed Mustafa ) hendak berkahwin lagi.
    • Syarifah Farisya terperanjat dengan salam Anuariza yang baru tiba di Hentian Bas Puduraya setelah sekian lama menunggunya lalu merangkul dan memeluk Anuariza dengan eratnya.
    • Haji Lokman agak kaget sewaktu bersalam dan menggenggam tangan kanan Anuariza yang tidak berjari lengkap.
    • Hajah Munirah turut terperanjat ketika melihat tangan kanan Anuariza yang sedang memegang cawan air kopi yang dihulurkannya.
    • Syed Mustafa merasa hairan dengan kehilangan Syarifah Farisya dari rumahnya.
    • Dan contoh-contoh peristiwa lain ................ sila rujuk teks/cerita asal.