Unsur-unsur Islam dalam novel bermaksud segala perbuatan, amalan, tindakan, perlakuan, tingkah laku, ucapan, niat watak-watak, nama-nama watak/tokoh, nama-nama tempat, peristiwa kebesaran, gelaran, tarikh, hukum hakam, konsep dosa pahala, peralatan, hadis, ayat-ayat al-Quran dan sebagainya yang ada sangkut paut secara langsung dan tidak langsung dengan agama Islam yang terdapat dalam sesebuah cerita.
Di antara contoh-contoh perkara/peristiwa yang berunsurkan Islam dalam novel ini ialah:
- Adanya perkataan kurniaan Ilahi, contoh penulis menyatakan kurniaan Ilahi tiada siapa berdaya mengekangnya.
- Adanya menyebut perkataan bersyukur kepada Allah SWT, contoh Anuariza bersyukur dengan kehidupannya yang susah tetapi bahagia di samping Solehah yang kasih sayang.
- Kain sembahyang, contoh selepas sembahyang Subuh Anuariza menukarkan kain sembahyangnya dengan menyarungkan seluar panjang yang sudah terlalu lusuh.
- Doa, contoh Anuariza meminta Azuera mendoakan keselamatannya untuk memasuki hutan paya mengambil buah asam kelubi.
- Allah Maha Mengetahui, contoh Nek Siah menyebut kepada Anuariza Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang Dia lakukan. Dia juga Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
- Kenduri kesyukuran dan tahlil, contoh Nek Siah menjemput Anuariza, Solehah, Azuera dan orang kampung ke majlis kenduri kesyukuran dan tahlil di rumah Syed Mustafa.
- Melafazkan perkataan Insya-Allah, contoh Anuariza mengatakan insya-Allah kepada Nek Siah yang mengharapkan kedatanganya ke majlis kenduri kesyukuran dan tahlil di rumahnya.
- Nama-nama watak berunsur Islam, contoh Syed Ubaidillah/Syed Mustafa/Syed Fariz dan lai-lain.
- Ada gelaran haji/hajah, contoh Haji Lokman/Hajah Munirah/Haji Mamat/Haji Suud/Mak Aji dll.
- Solat berjemaah, contoh Anuariza bersolat Zohor berjemaah dengan Syed Mustafa di tepi jalan dalam hutan.
- Ada perkataan Insya-Allah, contoh Anuariza menyebut insya-Allah kepada Syed Mustafa untuk bertolak pergi ke hutan paya mengambil buah asam kelubi sebelum matahari meninggi.
- Ada kiblat, contoh Anuariza menentukan arah kiblat untuk menunaikan solat di hutan dengan menggunakan arah matahari jatuh.
- Ada ayat-ayat al-Quran, contoh Anuariza membaca ayat Kursi dan surah al-Ikhlas ketika suatu ketika terserempak dengan Pak Belang/pahlawan rimba/harimau dalam hutan.
- Ada menyebut perkataan Allah, contoh Anuariza mengatakan kita hanya wajib bertuhankan Allah.
- Ada mengucapkan kalimah syahadah, contoh Anuariza mengucapkan kalimah syahadah dengan lancar.
- Ada nama Nabi, contoh Anuariza mengatakan jika kita didatangi orang yang mengaku dialah pesuruh Allah selepas wafat Nabi Muhammad SAW bermakna sahlah dia/orang itu pendusta.
- Ada konsep haram dan halal, contoh Anuariza mengatakan segala yang haram dan halal semua disebut dalam al-Quran.
- Ada maksud hadis Nabi, contoh Anuariza menyatakan kepada Syed Mustafa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.
- Percaya kepada takdir Allah/qadak dan qadar Allah, contoh Solehah dan Anuariza percaya kepada Allah mengenai keputusan peperiksaan STPM Anuariza.
- Ada ucapan memberi dan menjawab salam, contoh Syarifah Farisya memberi salam kepada Anuariza/Anuariza mengucapkan salam kepada Syarifah Farisya/Khusyairi memberi salam kepada Nek Siah sewaktu berkunjung ke rumah Nek Siah pada jam 11.00 malam.
- Dan contoh-contoh peristiwa/perkara lain ....................sila rujuk teks/cerita asal.
No comments:
Post a Comment