Saturday 12 May 2012

Ciri-ciri sastera sejarah

  • Ada watak/tokoh sejarah
  • Ada peristiwa sejarah
  • Ada latar tempat bersejarah
  • Latar masa/zaman sejarah
  • Ada gelaran jawatan pembesar
  • Sistem pemerintahan feudal/beraja
  • Ada peralatan sejarah
  • Ada seni budaya sejarah

Watak-watak dalam cerita Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Encik Siti ( Pemerintah/raja pertama negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan )
  2. Tuan Puteri Sa'dung ( watak utama/protagonis/anak raja Jembal/anak angkat Encik Siti/isteri Raja/Sultan Abdullah )
  3. Raja/Sultan Abdullah ( watak pembantu/antagonis/anak raja Jembal/anak angkat Encik Siti/suami Tuan Puteri Sa'dung )
  4. Seorang raja di benua Siam ( watak pembantu/antagonis )
  5. Menteri hulubalang
  6. Tuk Ca
  7. Tujuh orang Islam
  8. Isteri/bini muda/kedua Raja/Sultan Abdullah
  9. Inang yang busu
  10. Inang yang tua
  11. Tuan Puteri Mani Berembung
  12. Inang/dayang/pengasuh
  13. Rakyat
  14. Raja/Sultan Ibrahim ( Adik Raja/Sultan Abdullah/watak pembantu/antagonis )
  15. Datu
  16. Raja Udang
  17. Tuan Long Pandak/Raja Kubang Labu
  18. Raja Pasir Mas Seberang Tuk Deh
  19. Isteri Tuan Long Pandak
  20. Raja Muda
  21. Raja negeri Kebayat Nenggara
  22. Raja China
  23. Tuan Kembang Bunga ( Puteri Raja negeri Kebayat Nenggara/kakak kepada Long Sulaiman )
  24. Long Sulaiman ( Putera Raja negeri Kebayat Nenggara/adik kepada Tuan Kembang Bunga )
  25. Datuk Long Yunus ( Orang besar negeri Pattani )
  26. Nang Cayang ( Raja negeri Pattani )
  27. Isteri Long Sulaiman ( Anak orang besar negeri Pattani/Datuk Long Yunus )
  28. Long Yunus ( Putera Long Sulaiman )
  29. Tabib-tabib/bomoh-bomoh
  30. Raja negeri Reman
  31. Long Jaafar ( Putera raja negeri Reman )
  32. Gajah
  33. Orang besar
  34. Menteri
  35. Hulubalang
  36. Pahlawan
  37. Dan lain-lain sila rujuk cerita/teks asal...................................

Fungsi/peranan sastera dalam masyarakat

  1. Sebagai sumber hiburan.
  2. Sebagai sumber ilmu pengetahuan.
  3. Sebagai sumber mengisi masa lapang.
  4. Sebagai sumber penyebaran dakwah/agama.
  5. Sebagai sumber/media perubatan/mengubat sesuatu penyakit.
  6. Sebagai sumber meniupkan semangat kebangsaan/patriotisma.
  7. Sebagai sumber/media komunikasi.
  8. Sebagai sumber/alat perpaduan/penyatuan bangsa/kaum/budaya.
  9. Sebagai sumber menguji bakat/potensi.
  10. Sebagai sumber ekonomi/pendapatan.
  11. Sebagai sumber/media menyampaikan nasihat/pengajaran/teladan.
  12. Sebagai sumber bahasa/budaya/sejarah/sistem politik/pemerintahan.
  13. Sebagai sumber/media menyampaikan cetusan perasaan/idea/kritikan/teguran.
  14. Sebagai sumber/media penerapan nilai-nilai murni.
  15. Sebagai sumber rujukan perbandingan.
  16. Sebagai sumber menyampaikan maklumat dalam masyarakat/pengalaman yang dialami/dilalui.
  17. Dan lain-lain sebagainya..................................

Friday 11 May 2012

Jenis-jenis gaya/unsur bahasa dalam karya/genre sastera

  • Ayat pendek
  • Ayat panjang
  • Bahasa seharian
  • Bahasa daerah/dialek
  • Bahasa pasar
  • Bahasa formal/rasmi
  • Bahasa tidak formal/tidak rasmi
  • Bahasa forkial
  • Bahasa /ayat klasik/lama
  • Bahasa istana/dalaman
  • Ada ayat al-Quran/hadis
  • Ada peribahasa/perumpamaan//bidalan
  • Kata ganda/penggandaan kata
  • Pengulangan perkataan/frasa
  • Pengulangan  ayat/baris
  • Bahasa perbandingan langsung   
  • Konotatif  
  • Alkais  
  • Puitis  
  • Runs/bahasa berirama
  • Diksi  
  • Semantik  
  • Metafora  
  • Personafikasi  
  • Simile  
  • Hiperbola/bombastik  
  • Sinkof  
  • Ambiguiti  
  • Ironi  
  • Apakop  
  • Imej/simbol/perlambangan
  • Imajan  
  • Inversi  
  • Alusi  
  • Anafora  
  • Epifora  
  • Responsif  
  • Asonansi  
  • Aliterasi  
  • Aforisma  
  • Paradok  
  • Satira  
  • Hybrid  
  • Klise  
  • Zeugma  
  • Deviasi  
  • Standard  
  • Jargon  
  • Melankolik  
  • Kolokial  
  • Ambiguiti  
  • Denotatif  
  • Kiasan
  • Bahasa laras Sains
  • Akar kata
  • Kontradiksi 
  • Bahasa/perkataan asing ( Inggeris/Arab/Jawa dll )
  • Dialog
  • Monolog
  • Dan lain-lain ........................

Istilah-istilah khusus sastera


Genre
Antologi
Naratif
Hasil karya kreatif
Biodata/biografi
Sastera tradisional/klasik
Sastera moden
Prosa
Puisi
Novel
Drama
Cerpen
Tema
Pemikiran
Babak
Adegan
Setting
Citra/imej/latar/suasana/gambaran/keadaan
Sosial
Bentuk
Teknik
Aksi
Reaksi
Mesej/amanat/pengajaran/unsur didaktik/pesanan/perutusan
Dialog
Monolog
Gaya bahasa/unsur bahasa/stail penulisan/penggunaan bahasa/unsur keindahan/
kepuitisan/prosastik/stalistika/estetika
Jurus pandang/sudut pandangan pengarang
Suspen
Nilai moral/kemanusiaan/murni/akhlak/mulia/positif
Plot
Klimaks
Konflik
Imbas kembali
Iambas muka
Kronologi
Konotatif
Alkais
Puitis
Runs
Diksi
Semantik
Metafora
Personafikasi
Simile
Hiperbola/bombastik
Sinkof
Ambiguiti
Ironi
Apakop
Imej/simbo
Imajan
Inversi
Alusi
Anafora
Epifora
Responsif
Asonansi
Aliterasi
Aforisma
Paradok
Satira
Hybrid
Klise
Zeugma
Deviasi
Standard
Jargon
Melankolik
Patriotik
Sinis
Protes
Romantik
Formal
Kolokial
Forkial
Ambiguiti
Denotatif
Kiasan
Rangkap/bait/stanza
Jeda/sezura/pause
Bunyi
Rima
Balada
Elegi
Epigram
Imaginasi
Irama
Distikhon
Terzina
Kuatren
Kuintain
Nada
Ode
Oktaf
Prismatis
Septet
Sextet
Watak
Perwatakan
Terikat
Bebas
Diftong
Sinisme
Kontradiksi
Protagonis
Antagonis
Cereka
Dialek
Eksposisi
Epik
Mitos
Epilog
Episod
Prolog
Legenda
Panji
Novelis
Cerpenis
Dramatis
Realisma
Komidi
Tragedi
Absurd
Surprise/kejutan
Ketergantungan
Puitic justice/keadailan impian
Dan lain-lain









Ciri-ciri umum gurindam

  1. Berangkap.
  2. Ada bentuk terikat dan bentuk bebas.
  3. Bentuk terikat mempunyai rima akhir terikat/sama/aa.
  4. Bentuk terikat mempunyai dua baris serangkap.
  5. Bentuk terikat mempunyai baris pertama sebagai syarat/soalan dan baris kedua merupaka isi/jawapan.
  6. Bentuk terikat jumlah perkataan sebaris di antara 2/3/4 hingga 5/6.
  7. Bentuk terikat jumlah suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  8. Bentuk bebas mempunyai satu rangkap.
  9. Bentuk bebas semua baris merupakan isi/maksud/sampiran.
  10. Bentuk bebas jumlah baris serangkap tidak tentu/bebas.
  11. Bentuk bebas rima akhir bebas/tidak sama.
  12. Bentuk bebas jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak.
  13. Bentuk bebas jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak.
  14. Dilafazkan secara  berlagu.
  15. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara  di tengah baris.
  16. Isi gurindam bersifat objektif/serius/tiada unsur jenaka/lucu/gurauan.
  17. Isi gurindam berunsur nasihat/pendidikan/pengajaran/keagamaan/teguran/kritikan/teladan.
  18. Isi gurindam bertujuan menyedarkan/menginsafi/berhati-hati.
  19. Isi gurindam lebih berat dan dalam berbanding dengan isi seloka.

Fungsi/peranan syair dalam masyarakat

  1. Sebagai sumber ilmu pengetahuan.
  2. Sebagai sumber hiburan.
  3. Sebagai sumber mengisi masa lapang.
  4. Sebagai sumber dakwah/penyebaran agama Islam.
  5. Sebagai sumber nasihat/pengajaran/memberi kesedaran/keinsafan.
  6. Sebagai sumber sejarah dan budaya.
  7. Sebagai media komunikasi dalam masyarakat.

Ciri-ciri umum syair

  1. Berangkap.
  2. Bentuk terikat
  3. Empat baris satu rangkap.
  4. Kesemua baris ialah maksud/isi/sampiran.
  5. Rima akhir terikat/sama/aaaa bagi setiap rangkap.
  6. Jumlah bilangan perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6.
  7. Jumlah bilangan suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  8. Dilafazkan secara berlagu ( Lagu rakis, Siti Zubaidah, bangsawan/purbawara, ulik mayang dll ).
  9. Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri.
  10. Di antara satu rangkap dengan rangkap lain ada pertalian masud.
  11. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  12. Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/kisah/cerita/peristiwa.
  13. Isi syair berunsur nasihat/pengajaran/pesanan/ilmu/pendidikan/keagamaan/dakwah/sejarah/peristiwa dll ).
  14. Isi syair bersifat objektif/hakikat/kebenaran.
  15. Sejenis puisi Melayu tradisional dari pengaruh Arab/Farsi.

Sebab-sebab pantun masih popular di kalangan masyarakat sehingga ke hari ini berbanding dengan puisi-puisi tradisional yang lain

  1. Pantun mudah dicipta/dihasilkan.
  2. Pantun mudah dihafal/diingat.
  3. Pantun menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
  4. Pantun digunakan dalam pelbagai majlis ( rasmi dan tidak rasmi )
  5. Adanya majlis pertandingan berpantun anjuran pihak-pihak tertentu.
  6. Pantun digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
  7. Isi-isi pantun relevan dengan isu-isu semasa dan perkembangan masyarakat semasa ( ilmu, nasihat, teguran, sindiran, hiburan, jenaka, keagamaan, komunikasi, perpaduan kaum, percintaan, peminangan, perkahwinan, dan lain-lain ).
  8. Pantun milik asli orang Melayu.
  9. Pantun ada banyak jenis/variasi ( nasihat, budi, kanak-kanak, remaja, keagamaan, kepahlawanan, perantauan, adat-istiadat, jenaka, pendidikan, budaya, etika dan lain-lain.
  10. Pantun ada banyak bentuk ( 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat dan berkait )

Contoh pantun berkait bertemakan budi dan keagamaan

Bertemakan budi

Pulau Pandang jauh ke tengah,
     Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
     Budi yang baik dikenang juga.

Gunung Daik bercabang tiga,
     Tampak jauh dari seberang,
Budi yang baik dikenang juga,
      Khidmat bakti disanjung orang.

Tampak jauh dari seberang,
      Tegak berdiri bagai raksasa,
Khidmat bakti disanjung orang,
      Orang berbudi kita berbahasa.


Bertemakan keagamaan

Di atas pokok burung bersarang,
     Burung terbang di ruang angkasa,
Dalam kita ada terlarang,
     Jangan sekali membuat dosa.

Burung terbang di ruang angkasa,
     Jatuh ke laut lalu tenggelam,
Jangan sekali membuat dosa,
    Wahai umat beragama Islam.

Jatuh ke laut lalu tenggelam,
     Sayap patah badan terbelah,
Wahai umat beragama Islam,
     Tetapkan iman kepada Allah.

Ciri-ciri umum pantun berkait

  • Berangkap.
  • Bentuk terikat.
  • Rima akhir terikat/berselang seli/abab.
  • Empat baris satu rangkap.
  • Ada dua baris pembayang dan dua baris maksud.
  • Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  • Dilafaz secara intonasi.
  • Baris kedua pada rangkap pertama diulang semula pada baris pertama rangkap kedua dan baris keempat pada rangkap pertama diulang semula pada baris ketiga rangkap kedua.
  • Jumlah perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6 perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris di antara 8/9 hingga 12/13 suku kata.
  • Di antara satu rangkap dengan rangkap yang lain ada pertalian maksud/isi/cerita.
  • Kesuluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/cerita.
  • Ada unsur nasihat, keagamaan, teguran, kritikan, sindiran, ilmu dan sebagainya.

Thursday 10 May 2012

Ciri-ciri umum pantun


Bentuk terikat
Berangkap
Setiap rangkap boleh berdiri sendiri
Ada baris pembayang dan baris maksud
Ada 2,4,6,8 baris serangkap
Rima akhir terikat/berselang seli/abab/
abcabc
Jumlah perkataan sebaris di antara 3/4  
hingga 5/6
Jumlah suku kata sebaris di antara 8/9  
hingga 12/13
Ada jeda/pause/sezura/hentian di tengah 
baris ketika dilafaz.
Dilafaz secara intonasi/tekanan/bersahaja
Ada unsur nasihat, jenaka, keagamaan,
 adat, sindiran, kritikan dll. 
Milik asli orang Melayu