- Ayahnya/Syed Mustafa tidak mengambil berat terhadap arwah ibunya yang sakit/berpenyakit kanser.
 - Ayahnya/Syed Mustafa tidak sempat menghantar ibunya ( arwah Jumaimah ) ke hospital kerana pada masa itu Syed Mustafa berada di Bangkok bersia-siar bersama dengan perempuan simpanan/kekasihnya yang bernama Norseha.
 - Ayahnya/Syed Mustafa bermain curang kerana mempunyai perempuan simpanan/kekasih lain yang bernama Norseha.
 - Ayahnya/Syed Mustafa tidak mengambil berat terhadap mereka berdua di kampung. Jarang-jarang balik ke kampung menjenguk mereka berdua kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan di Kuala Lumpur.
 - Ayahnya/Syed Mustafa hendak berkahwin dengan Solehah/ibu angkat Anuariza.
 
Thursday, 2 February 2012
Sebab-sebab Syed Fariz dan Syarifah Farisya marah/benci kepada ayahnya/Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
Perbandingan watak Azuera dengan Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )
- Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya merupakan watak sampingan dalam cerita/novel.
 - Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya berasal dari bandar/Kuala Lumpur dan telah berpindah ke kampung.
 - Azuera anak kandung Solehah dengan arwah Thamrin, sedangkan Syarifah Farisya anak kandung Syed Mustafa dengan arwah Jumaimah.
 - Azuera anak yatim kerana kematian bapa sedangkan Syarifah Farisya juga anak yatim kerana kematian ibu.
 - Azuera bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan tiga sedang Syarifah Farisya juga bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan empat.
 - Azuera keluarganya miskin tetapi Syarifah Farisya keluarganya kaya/mewah/hartawan.
 - Azuera seorang yang rajin belajar tetapi Syarifah Farisya seorang yang malas belajar.
 - Azuera seorang yang rajin menolong/membantu ibunya bekerja tetapi Syarifah Farisya tidak suka membantu ayahnya.
 - Azuera mengamalkan cara dan budaya hidup kampung tetapi Syarifah Farisya mengamalkan cara/budaya hidup moden/bandar.
 - Azuera seorang yang penyayang kepada ibunya Solehah tetapi Syarifah Farisya seorang yang tidak suka/benci/marah kepada ayahnya Syed Mustafa.
 - Azuera seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa/lemah-lembut sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap kasar/tidak berbudi bahasa.
 - Azuera seorang yang menghormati orang tua/ibunya/Nek Siah/Anuariza sedangkan Syarifah Farisya tidak menghormati orang tua/ayahnya/Nek Siah.
 - Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya cantik.
 - Azuera tidak pernah jatuh hati/cinta kepada sesiapa tetapi Syarifah Farisya pernah jatuh hati/cinta kepada Anuariza.
 - Azuera seorang yang tidak bersikap cemburu sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap cemburu.
 - Azuera tidak suka bergaul bebas dengan lelaki sedangkan Syarifah Farisya suka bergaul bebas dengan lelaki.
 - Azuera tidak pernah lari dari rumah tetapi Syarifah Farisya pernah lari dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang.
 - Azuera berfikiran lebih matang berbanding dengan cara Syarifah Farisya berfikir/tidak matang.
 - Dan isi-isi lain yang sesuai............. sila rujuk teks/novel asal.
 
Perbandingan watak Syed Mustafa dengan Khusyairi dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )
- Syed Mustafa ialah watak pembantu sedangkan Khusyairi juga watak pembantu.
 - Syed Mustafa anak arwah Syed Ubaidillah tetapi Khusyairi anak arwah Haji Samad.
 - Syed Mustafa bekas suami arwah Jumaimah dan isteri kepada Solehah tetapi Khusyairi suami kepada Saliah.
 - Syed Mustafa bapa kepada Syarifah Farisya dan Syed Fariz sedangkan Khusyairi bapa kepada Ruhaiza.
 - Syed Mustafa dan Khusyiari sama-sama berasal dari kampung yang sama.
 - Syed Mustafa pernah menjadi guru, jawatan penting kerajaan dan usahawan di Kuala Lumpur tetapi Khusyairi pernah menjadi tentera dan penoreh getah di kampung.
 - Syed Mustafa pernah mencintai Saliah tetapi Khusyairi berkahwin dengan Saliah.
 - Syed Mustafa seorang yang kaya/jutawan sedangkan Khusyairi seorang yang miskin.
 - Syed Mustafa pada peringkat awal cerita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak tetapi akhirnya juga kasih dan sayang kepada anak-anak, sedangkan Khusyairi bertanggungjawab dan sayang kepada anak.
 - Syed Mustafa dan Khusyairi masing-masing sudah dewasa/berusia.
 - Syed Mustafa dan Khusyairi saling menghormati/merendah diri di antara satu sama lain/bertolak-ansur.
 - Syed Mustafa seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh anaknya Syed Fariz terhadap Ruhaiza, demikian juga Khusyairi sangat bertanggungjawab/mengambil berat terhadap apa yang telah terjadi kepada anak perempuannya Ruhaiza.
 - Dan isi-isi lain ............... sila rujuk teks/novel asal.
 
Wednesday, 1 February 2012
Perwatakan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Watak pembantu dalam cerita.
 - Watak dinamis.
 - Berasal dari Kuala Lumpur.
 - Bekas isteri arwah Thamrin.
 - Berkhwin dengan Syed Mustafa/menjadi isteri Syed Mustafa.
 - Berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung.
 - Seorang yang miskin, di Kuala Lumpur tinggal di rumah setinggan.
 - Menumpang di tanah Nek Siah selepas berpindah ke kampung.
 - Ibu angkat kepada Anuariza.
 - Mempunyai seorang anak kandung bernama Azuera.
 - Masih muda sewaktu janda.
 - Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya/Azuera dan Anuariza.
 - Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Solehah rajin bekerja dengan mengambil upah menoreh di kebun getah kepunyaan Nek Siah.
 - Seorang yang penyabar/tabah, contoh Solehah sabar/tabah menerima cacian orang kampung yang menuduhnya untuk merampas suami orang/sabar dengan kemiskinan hidup tanpa harta.
 - Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Solehah selalu memasak dan menghantar makanan kepada Nek Siah/membantu majlis kenduri tahlil di rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
 - Seorang yang beriman/beribadat kepada Allah, contoh Solehah pulang ke rumahnya untuk mandi dan mengambil air sembahyang untuk bersolat jemaah di rumah Nek Siah.
 - Seorang yang mementingkan/mengambil berat pelajaran anak-anak, contoh Solehah mahu supaya Anuariza menjadi seorang guru matematik yang berwibawa.
 - Seorang ibu yang bertanggungjawab, contoh Solehah bertanggungjawab memelihara dan menjaga Azuera dan Anuariza dengan baik/bekerja untuk menyara mereka/anak-anaknya.
 - Seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa, contoh Solehah bercakap dengan lemah-lembut dan sopan santun dengan Nek Siah/Syed Mustafa.
 - Seorang yang mengenang budi/jasa orang lain, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa iaitu anak Nek Siah kerana mengenang budi dan jasa baik Nek Siah kepadanya.
 - Seorang yang menghormati orang tua, contoh Solehah menghormati Nek Siah/Syed Mustafa.
 - Seorang yang suka merendah diri, contoh Solehah sentiasa merendah diri kepada Nek Siah/Syed Mustafa.
 - Seorang yang berfikir panjang, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa demi masa depan Anuariza.
 - Seorang yang pemalu, contoh Solehah malu untuk berterus terang kepada anak-anaknya ( Azuera dan Anuariza ) yang dia dilamarkan oleh Syed Mustafa.
 - Dan isi-isi lain .......................sila rujuk teks/novel asal.
 
Peranan watak Cikgu Syakinah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Sebagai guru kaunselor di SMK. Sultan Muzaffar Syah 1.
 - Bertindak sebagai pelerai setiap permasalahan yang mengganggu emosi murid di sekolah itu.
 - Akan memanggil murid yang telah dikenakan tindakan disiplin untuk memulihkan semangat mereka.
 - Sebagai penggalak muridnya datang sendiri secara sukarela untuk diberikan kaunseling.
 - Bertindak sebagai ibu dalam mendekati anak-anak didiknya.
 - Sebagai penasihat, iaitu memberi nasihat kepada Ruhaiza supaya rajin belajar dan berusaha.
 - Mempelawa Ruhaiza datang ke rumahnya untuk diberi pinjam buku-buku rujukan dan majalah.
 
Tuesday, 31 January 2012
Sifat/sikap buruk Syed Fariz yang tidak patut dicontohi dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Benci/marah kepada ayahnya/Syed Mustafa.
 - Menuduh ayahnya membunuh ibunya kerana lambat menghantar ke hospital.
 - Tidak suka bergaul/bermesra dengan orang lain/kawan-kawan di sekolah.
 - Selalu ponteng kelas Bahasa Melayu masa Cikgu Borhan.
 - Menghisap rokok/menghidu gam.
 - Tidak suka tinggal di kampung.
 - Pembawa budaya bandar/moden/baru ke kampung/sekolah.
 - Memburukan nama/imej sekolah.
 - Selalu tidak menyiapkan kerja/tugasan sekolah di rumah.
 - Bercinta dengan Ruhaiza dan Lily Suriani.
 - Tidak suka/minat belajar.
 - Memeras ugut pelajar lain/menjadi ketua peras ugut di sekolah.
 - Pernah mencuri barang di pasaraya.
 - Menjadi peragut ( meragut telefon bimbit orang )
 - Penyalahgunaan ubat batuk.
 - Pengedar ubat batuk kepada rakan-rakan di sekolah.
 - Tidak hadir ke sekolah sebanyak 30 hari dalam masa tidak sampai tiga bulan.
 - Tidak menyampaikan surat yang dikirim pihak sekolah kepada penjaga/ibubapa di rumah.
 - Suka bergaduh dengan kawan-kawan/orang lain.
 - Seorang yang degil/tidak mendengar nasihat orang tua/ibubapa.
 - Hampir-hampir merogol/memperkosa Ruhaiza di pondok durian Nenek Lily Suriani.
 
Peranan watak Anuariza terhadap Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Anuariza banyak memberi kesedaran kepada Syed Mustafa.
 - Anuariza merupakan orang yang merapatkan semula perhubungan di antara Syed Mustafa dengan anak-anaknya ( Syed Fariz dan Syarifah Farisya ).
 - Anuariza telah menjinakan semula/mengubah sikap Syed Fariz anak Syed Mustafa yang liar/tidak berdisiplin.
 - Anuariza pergi menemani Syed Mustafa ke lokap balai polis untuk menjamin/membebaskan Syed Fariz yang ditahan polis selama empat malam.
 - Anuariza telah memberi nasihat kepada Syed Mustafa supaya tidak bertindak kasar terhadap Syed Fariz.
 - Anuariza telah melaksanakan tanggungjawab sebagai guru tuisyen Syed Fariz seperti yang diminta oleh Syed Mustafa.
 - Anuariza telah membantu Syed Mustafa dengan membawa balik semula ke kampung Syarifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman/Hajah Munirah.
 - Anuariza dengan hati terbuka dan rasional dapat menerima perkahwinan Syed Mustafa dengan ibu angkatnya/Solehah.
 - Anuariza membantu menyumbangkan idea kepada Syed Mustafa yang merancang untuk membuka Taman Pelancongan Kampung.
 
Monday, 30 January 2012
Kejayaan-kejayaan watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Ab. Rashid )
- Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.
 - Berjaya memasuki/melanjutkan pelajaran ke UKM.
 - Berjaya mengusahakan taman fantasi.
 - Berjaya mengusahakan kebun anggur dan pitaya.
 - Berjaya mendisiplinkan dan mengubah sikap Syed Fariz.
 - Berjaya memujuk dan membawa balik semula ke kampung Syarifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur.
 - Berjaya menyedarkan Syarifah Farisya akan tanggungjawab sebagai anak.
 - Berjaya merapatkan semula hubungan Syed Mustafa dengan anak-anaknya ( Syed Fariz dan Syarifah Farisya ).
 - Berjaya menyedarkan Syed Mustafa akan tanggungjawab terhadap anak-anak.
 
Cabaran/halangan/dugaan hidup watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Ditinggalkan oleh kedua ibubapa kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun.
 - Menjadi anak angkat Solehah dan arwah Thamrin.
 - Terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung bersama ibu angkatnya kerana miskin/susah.
 - Arwah bapa angkatnya ( Thamrin ) meninggal dunia dalam kebakaran di rumah sewa.
 - Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari.
 - Pernah dihina/dicerca oleh orang kampung dengan gelaran si bongkok/tarzan.
 - Terpaksa bekerja membantu ibu angkatnya/Solehah/mencari hasilan hutan untuk menyara kehidupan.
 - Diminta oleh Syed Mustafa menjadi guru tuisyen kepada Syed Fariz.
 - Ibu angkatnya/Solehah akan berkahwin/berkahwin dengan Syed Mustafa.
 - Jiwa mudanya pernah digoda oleh Syarifah Farisya/anak gadis Syed Mustafa.
 - Diminta oleh Syarifah Farisya supaya menyelesaikan masalahnya.
 
Sunday, 29 January 2012
Perwatakan Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Watak utama/protagonis dalam cerita
 - Berasal dari Kuala Lumpur
 - Ditinggalkan oleh kedua ibubapanya kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun
 - Anak angkat Solehah/diperlihara oleh Solehah dan arwah Thamrin
 - Ayah angkatnya arwah Thamrin mati terbakar dalam rumah sewa
 - Seorang yang miskin/keluarganya miskin
 - Berpindah bersama ibu angkatnya dari Kuala Lumpur ke kampung
 - Bersekolah di SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan.
 - Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM
 - Berjaya memasuki/melanjutkan pelajaran ke UKM
 - Masih muda/berusia 19 tahun
 - Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari
 - Seorang yang tabah, contoh Anuariza tabah mengusahakan kebun anggur dan buah pitaya.
 - Seorang yang penyabar, contoh Anuariza sabar dengan penghinaan orang-orang kampung terhadapnya dengan menggelarkan si bongkok/tarzan.
 - Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Anuariza rajin/gigih membantu ibunya menorh getah/mencari hasilan hutan/buah asam kelubi di hutan paya.
 - Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga, contohnya Anuariza bekerja mengambil upah mengecat rumah Syed Mustafa dan wang upahan tersebut digunakan untuk membayar yuran persekolahan adik angkatnya/Azuera.
 - Seorang yang penyayang, contoh Anuariza sayang kepada ibu angkatnya Solehah/adik angkatnya Azuera.
 - Seorang yang beriman/bertakwa kepada Allah, contoh Anuariza berdoa/bersyukur kepada Allah/bersembahyang Zohor berjemaah dengan Syed Mustafa di tepi jalan dalam hutan.
 - Seorang yang mendengar nasihat orang tua, contoh Anuariza mendengar nasihat ibunya/Solehah/Nek Siah yang melarangnya pergi ke hutan paya kerana berbahaya.
 - Seorang yang taat/patuh/setia/menghormati orang tua, contoh Anuariza patuh/taat/menghormati ibunya Solehah/Nek Siah/Syed Mustafa/Haji Lokman/Hajah Munirah.
 - Seorang yang suka merendah diri, contoh Anuariza merendah diri kepada Syed Mustafa/Nek Siah/Solehah/Haji Lokman/Hajah Munirah.
 - Seorang yang bercita-cita/berwawasan tinggi, contoh Anuariza membina Taman Fantasi dan Taman Pelancongan Kampung untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara datang ke kampungnya.
 - Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Anuariza menolong Syed Mustafa dengan sanggup menjadi guru tuisyen Syed Fariz/anak Syed Mustapa.
 - Seorang yang berani, contoh Anuariza berani memasuki/pergi ke hutan seorang diri untuk mencari hasilan hutan/buah asam kelubi.
 - Seorang yang bijaksana/pintar, contoh Anuariza bijak dalam pelajaran/pandai memujuk Syed Fariz supaya rajin belajar/Syarifah Farisya supaya pulang semula ke kampung.
 - Seorang yang berfikiran rasional/terbuka/waras, contoh Anuariza secara rasional dan jujur dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa.
 - Seorang yang tegas dalam pegangan agama, contoh Anuariza tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran sesat dalam agama Islam.
 - Dan isi-isi lain .............. rujuk teks/novel asal.
 
Subscribe to:
Comments (Atom)
