Saturday 24 March 2012

Sebab-sebab Anuariza menanam pokok anggur di dalam pasu besar dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Anuariza mahu membuat percubaan sebelum dikomersialkan.
  • Supaya akar pokok anggur tidak akan terendam dalam air jika berlaku hujan lebat.
  • Pokok-pokok anggur, akarnya tidak boleh teremdam di dalam air.
  • Pokok-pokok anggur memerlukan cahaya matahari secara berterusan selama enam jam sehari.
  • Bagi memudahkan Anuariza memindahkan pokok-pokok anggur dari kawasan teduh ke kawasan terbuka untuk mendapatkan cayaha matahari.

Sebab-sebab Syed Mustafa membuat keputusan untuk berkahwin dengan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Atas permintaan Nek Siah/ibunya.
  • Untuk menjaga kedua orang anaknya iaitu Syarifah Farisya dan Syed Faris.
  • Untuk merealisasikan impian Anuariza yang bercita-cita tinggi.
  • Mahu menjadi ayah angkat kepada Anuariza.
  • Mengharapkan agar Solehah menjadi pengganti arwah Jumaimah ( bekas isterinya ) yang dapat memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Syarifah Farisya dan Syed Faris/anak-anaknya.
  • Hanya Solehah sahaja yang sesuai sebagai isterinya.

Friday 23 March 2012

Isi-isi nasihat Anuariza kepada Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Sebagai anak, mereka tidak sahaja berhak menuntut dan meminta tetapi juga perlu memberi.
  2. Jika  hanya meminta dan memaksa, anak-anak akan menjadi pendera ibu bapa dan ibu bapa akan berasa tertekan. Keindahan kehidupan mereka akan terjejas.
  3. Perkahwinan ayahnya dengan Solehah bukan bererti pemisah mereka, tetapi lebih kepada pengikat kasih.
  4. Penyatuan bagi mereka berdua juga adalah di atas permintaan Nek Siah yang ingin melihat kehidupan anak dan cucunya lebih terjaga dan sempurna.
  5. Supaya bijak mempergunakan masa, iaitu sewaktu bergelar penuntut, perlu menumpukan perhatian pada ilmu, demi  mencapai cita-cita.
  6. Melayani perasaan yang boleh merosakkan fikiran hanya akan membantutkan pencapaian terhadap pelajaran.
  7. Sekarang ialah masa untuk menumpukan perhatian pada pelajaran, perkara remeh yang melibatkan perasaan, lebih baik dielakkan sama sekali.

Bukti-bukti Syarifah Farisya mencintai Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Syarifah Farisya menyukai/meminati hasil seni  lukis Anuariza.
  • Menyimpan cincin pemberian Anuariza kepadanya.
  • Tidak bersetuju ayahnya ( Syed Mustafa ) berkahwin dengan Solehah kerana bimbang cintanya kepada Anuariza akan terhalang.
  • Melarikan diri dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman kerana cemburu kepada Solehah dan marah kepada ayahnya yang hendak berkahwin dengan Solehah.
  • Meminta Anuariza menentang hasrat  ibunya/Solehah berkahwin dengan ayahnya/Syed Mustafa.
  • Mengancam/mengugut akan membunuh diri jika Anuariza tidak menyelesaikan dengan segera masalah ayahnya dengan Solehah/ibu angkat Anuariza.
  • Meminta Anuariza datang seorang diri  dengan tanpa membawa ayahnya/Syed Mustafa ke Kuala Lumpur untuk menjemputnya di rumah Haji Lokman.
  • Menunggu dengan perasaan cemas ketibaan Anuariza di Hentian Bas Puduraya.
  • Merangkul Anuariza dengan kemas dan agak lama dalam pelukannya di tangga Hentian Bas Puduraya pada waktu malam sebaik sahaja bertemu  dengan Anuariza di situ.
  • Mencium tangan  Anuariza.
  • Menggenggam erat tangan Anuariza sewaktu dalam perjalanan dengan teksi menuju ke rumah Haji Lokman di Hulu Kelang.
  • Mendengar nasihat yang diberikan oleh Anuariza kepadanya.