Wednesday 23 May 2012

Sebab-sebab Tuan Puteri Sa'dung berbalah/bergaduh dengan Sultan Abdullah sehingga Tuan Puteri Sa'dung terbunuh dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Tuan Puteri Sa'dung tidak bersetuju/marah kepada Sultan Abdullah yang berkahwin lain/muda semasa dia dibawa oleh orang-orang Siam ke Benua Siam.
  2. Tuan Puteri Sa'dung menyuruh Sultan Abdullah bersama dengan isteri mudanya keluar dari istana Mahligai kerana dia hendak duduk semula.
  3. Sultan Abdullah tidak menghiraukan suruhan/permintaan Tuan Puteri Sa'dung.
  4. Tuan Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah bergaduh/berbalah.
  5. Sultan Abdullah sangat marah kepada Tuan Puteri Sa'dung.
  6. Sultan Abdullah memancung leher Tuan Puteri Sa'dung dengan pedang.
  7. Leher Tuan Puteri Sa'dung putus dua.
  8. Tuan Puteri Sa'dung mati/meninggal dunia.

Sunday 20 May 2012

Tempat-tempat persinggahan Tuan Puteri Sa'dung dalam perjalanan balik dari benua Siam ke Kelantan dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tuan Puteri Sa'dung yang dihantar balik semula ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai/negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung oleh Raja Siam yang naik penyakit kayap, dalam perjalanannya telah singgah di beberapa tempat, iaitu:

  1. Di Kuala Kemayang
  2. Di Tanjung Jering
  3. Di Pekalang Gaung
  4. Di Bukit Marak

Nama-nama pemerintah/raja/sultan peringkat awal negeri Kelantan berdasarkan pusat pentadbiran dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Encik Siti : Di Gunung Ayam
  2. Sultan Abdullah : Di Kota Jelasin dan Mahligai
  3. Tuan Puteri Sa'dung : Di Bukit Marak
  4. Sultan Ibrahim : Di Kota Teras ( Jembal )
  5. Raja Muda Seberang Pasir Mas : Gual Tuk Deh ( Lenggeh )