Friday 10 August 2012

Konsep novel


1.      Definisi/Pengertian

Istilah novel berasal daripada perkataan novella atau novellete ( Bahasa Itali ) yang bermaksud cerita dalam bentuk prosa panjang dan mempunyai isi yang tertentu. Ia merupakan karya kreatif cereka naratif dalam bentuk prosa moden yang popular sehingga ke hari ini.
            Novel merupakan karya kreatif yang dihasilkan pengarang berdasarkan pengalaman atau imaginasi yang mengandungi fakta sebenar. Novel ditulis secara kreatif oleh penulis dengan menggunakan sama ada watak manusia atau pun bukan manusia dan melibatkan latar alam nyata atau pun bukan dunia nyata.
            Novel digolongkan dalam kategori karya naratif di samping cerpen, drama dan prosa tradisional. Isi cerita sesebuah novel menggambarkan realiti kehidupan masyarakat yang diolah dan diadun dalam bentuk kreatif. Gambaran masyarakat dalam sesebuah novel adalah tiruan daripada realiti kehidupan masyarakat yang sebenar. Isi ceritanya berkait langsung dengan kehidupan sebenar anggota masyarakat yang melahirkan novel itu. Ia juga adalah gambaran pemikiran, sikap, budaya, agama, suasana, ideologi, politik dan seluruh pandangan hidup masyarakat terhadap alam sekitar.

2.      Ciri-Ciri/Unsur-Unsur Novel

a)      Tajuk
b)      Nama pengarang
c)      Tarikh dicetak/dihasilkan
d)     Nama percetakan
e)      Idea/Isi-isi
f)       Peristiwa-peristiwa
g)      Tema
h)      Persoalan-persoalan
i)        Watak dan perwatakan
j)        Latar tempat, masa dan masyarakat
k)      Gaya bahasa
l)        Plot ( jenis, struktur, unsur, teknik, dramatik, peranan )
m)    Sudut pandangan pengarang
n)      Nilai kemanusiaan
o)      Pengajaran

3.      Sejarah Ringkas Perkembangan Novel Tanah Air

TAHUN
PENULIS
NOVEL
TEMA
CATATAN
1925/1926
Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
Faridah Hanum
Cinta segi tiga
Saduran dari Timur Tengah
( latar dan watak asing )
1927
Ahmad Haji Muhammad Rashid Talu
Kawan Benar
Kemasyarakatan
Novel asli Melayu yang pertama
 (  latar, watak dan suasana tempatan )
1930



1932



1936





Harun Aminurrashid


Abdullah Sidek



Ishak Haji Muhammad

Dll.
Melur di Kuala Lumpur
 
Cinta yang Tak Berfaedah


Putera Gunung Tahan
Percintaan
Penentangan terhadap nilai-nilai lama
Kahwin paksa
Sifat materialistik masyarakat

1946



1947



1948
Kamaluddin Mohamad ( Keris Mas )

Ahmad Murad Nasaruddin


Ahmad Lutfi

Dll.
Pahlawan Rimba Malaya

Nyawa di Hujung Pedang


Balik Dari Medan Perjuangan








Kepincangan masyarakat


Perjuangan kemerdekaan tanah air
Plot mudah

Poetic justice
1950

1951


1957
Ahmad Lutfi

Hamzah Hussain


Abdullah Hussain

Dll.
Anak Angkat
Rumah Itu Dunia Aku

Kalau Tidak Kerana Tuan


Kemasyarakatan serta kritikan sosial
Tertubuhnya ASAS 50

Gerakan memperjuangkan bahasa Melayu

Sayembara penulisan
 ( 1951-1958 )
1961

1965


1965

1966
A. Samad Said

Shahnon Ahmad

Arena Wati

S. Othman Kelantan

Dll.
Salina


Rentung


Lingkaran

Pengertian



Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.

Diiktiraf peringkat antarabangsa

DBP menganjurkan peraduan mengarang
1971

1971



1977


1979














Arena Wati

Azizi Haji Abdullah


Fatimah Busu


Anwar Ridhwan

Dll.
Sandera

Senja Belum Berakhir

Ombak Bukan Biru

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman


Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.
Teknik dan kaedah baru
Terlepas dari pengaruh lama
Jalan cerita lebih mantap dan segar
Watak mewakili pelbagai lapisan masyarakat
1982



1986


1989




Azizi Haji Abdullah


Baharudin Kahar

Hasanuddin Md. Isa


Dll.
Seorang Tua di Kaki Gunung

Senjakala

Mereka Yang Tertewas



Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Social
Keagamaan
Alam sekitar
Dsb.
Perkembangan baru
Unsur dalaman watak
Watak dikembangkan dari sudut pemikiran
Bahasa kreatif dan imaginatif
Plot tidak lagi berkembang ikut hukum kronologi

1991


1991

1996
S. Othman Kelantan

Zakaria Ali

Ismail Kassan

Dll.

Ustaz


Empangan

Restu


Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Alam sekitar dan sebagainya
Sama seperti di atas.


4.      Peranan Novel Dalam Masyarakat

a. Sumber ilmu pengetahuan ( agama, budaya, adat, bahasa, sejarah,sains dsbnya )
b. Sumber hiburan ( mengisi masa lapang )
c. Sumber meniupkan semangat kebangsaan/cintakan tanah air/patriotik.
d. Sumber meluahkan perasaan ( kritikan, sindiran, teguran, pandangan ).
e. Sumber menyampaikan idea/ilham/inspirasi
f. Sumber nasihat/pengajaran.
g. Sumber mempamerkan bakat atau potensi seni mengarang/menulis
h. Sumber ekonomi/kewangan
i.    Sumber rujukan perbandingan
j.   Sumber pedoman/petua/panduan hidup ( agama, adat, peraturan, undang-undang,
    hukum dsbnya )
k. Sumber perpaduan kaum/suku/bangsa
l. Media perhubungan/komunikasi



Kaedah membaca teks sastera secara berkesan


LANGKAH-LANGKAH

1.       BUAT JADUAL MEMBACA PERIBADI

2.       PASTIKAN TEKS YANG HENDAK DIBACA

3.       PASTIKAN ASPEK YANG HENDAK DIKAJI

4.       MEMPUNYAI ALAT TULIS YANG LENGKAP   BESERTA   DENGAN    PENANDA WARNA

5.       GARISKAN/TANDAKAN ISI-ISI  ASPEK PENTING   YANG HENDAK  DIBACA

6.      TANDA DAN TULISKAN NAMA-NAMA WATAK YANG TERLIBAT PERISTIWA, LATAR  TEMPAT DAN LATAR MASA
7.      PASTIKAN KONSEP KM TELAH DIFAHAMI  TERLEBIH
DAHULU

8.      BUAT NOTA DENGAN MENYATAKAN ISI-ISI ASPEK PENTING   MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SENDIRI

9.      BUAT PETA MINDA/PETA ISI

10.  BUAT ANDAIAN KEMUNGKINAN SOALAN  SENDIRI

11.  PERENGGAN-PERENGGAN TERTENTU HARUS   DIBACA  
      BEBERAPA KALI

12.  TEKS/CERITA HARUS DIBACA BERULANG KALI

13.  BERIKAN TAJUK SENDIRI BAGI NOTA YANG DIBUAT

14.  BACA BERULANG KALI NOTA BUATAN SENDIRI

15.  TUTUP BUKU DAN CUBA INGATKAN APA YANG TELAH  
      DIBACA

Thursday 9 August 2012

Soalan SPM 2011: Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu

                                                        Bahagian Satu

                                                         [ 40 markah ]  
                                               
                                                     Jawab semua soalan.

1. SELOKA SIFAT PAK PANDIR

Inilah sifat Pak Pandir!
Asalkan bergaya itulah kaya,
Asalkan berkilat itulah intan,
Asalkan buntat pasti bertuah,
Asalkan berbungkal itulah emas,
Sifat mudah percaya,
Tiada sedar terpedaya,
Susah buatan sendiri,
Akhimya menyesal diri sendiri !

                                        ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )


Berikan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan puisi di atas.                                                                                                                               [4 markah]

2. Maka lalu dipersembahkan oranglah kepada Sultan Abdullah, "Perahu kelanggaran
dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli
tuanku ini." Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang,
pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun semuanya, duduk menyuruh hadir belaka
kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini.

                                                     (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)

Senaraikan empat golongan masyarakat Melayu feudal yang terdapat dalam
petikan di atas.                                                                 [4 markah.]

3. Maka ujar kadi, "Siapa adinda itu?" Maka ujar Muqaddam dan Muqaddim,
"Hai kadi, adapun nama anak baginda itu Caya Langkara." Maka kadi pun membuka
kitabnya dan tafsirnya seperti membilang-bilang al-Mubin. Maka sembah kadi,
"Ramainya." Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukur "alhamdulillahi
Rabbil'alamin." Maka sembah kadi, "Ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi
raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah Taala." Maka ia pun sentosa makan makanan
pun murah dan dagang pun banyak pergi datang dan segala raja-raja yang besar-besar
dan yang gagah-gagah berani sekaliannya pun takluk pada adinda itu dan segala mergastua
pun semuanya tunduk khidmat pada adinda itu.

                                               ( Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara )

Berikan empat kelebihan yang terdapat pada Tuanku Caya Langkara dan negeri
yang diperintah seperti yang diramalkan oleh kadi.          [ 4 markah ]

4. hanya pada babak-babak terakhir
    ia sempat mempersiapkan diri
    dan menghayati kembali watak pilihan
    sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam
   di puncak cerita sebuah kebenaran.

                                                  ( Dipetik daripada sajak Hari Tuanya Singgah
                                                     oleh Awang Abdullah )

Nyatakan empat ciri petikan sajak di atas.                   [ 4 markah ]

5.  SERINARA: Kita bertahan saja di sini dulu! Bentayan pun bumi Melaka,
                          Pagoh pun juga bumi Melaka. Sama-sama tanah air kita. Kita harus
                          pertahankan watan kita. Kasihkan watan atau tanah air satu
                          daripada iman.

     HANG KADIM :Ya, itulah dasar perjuangan kita, mempertahankan watan,
                                 bangsa dan agama kita. Kita tak mau dijajah, kita tak mau
                                diperhamba! ( suara keras dengan semangat. Kedua-duanya
                                memandang-mandang keluar dengan cemas ) Ha, itu pun
                                angkatan baginda sampai !

                                                      ( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok
                                                       oleh Shaharom Husain )

 Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.  [4 markah ]

6. PUTERI: Selepas Puteri lahir, ke mana bonda, di mana bonda Puteri, di mana
                   ayah Puteri? Di mana bonda Puteri sekarang?

    KEBAYAN: Selepas Puteri lahir, setahun umur Puteri, bonda Puteri lari ke
                       Singapura. Bekerja di sana. Bekerja nite club di sana. Dia
                       berkahwin di sana. Tiga tahun selepas itu nenek terima berita dia
                       meninggal dunia di sana. Ayahanda Puteri pun tidak nenek tahu
                       ceritanya selepas itu.

                                                   ( Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri
                                                     OlehWan Ahmad lsmail )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan empat peristiwa yang berlaku selepas Puteri
dilahirkan.                                                                          [ 4 markah ]

7. Itulah cerita lelaki tua di kaki lima. Di sebalik tubuh kurus tersimpan seribu kisah
    kehidupan. Di sebalik dentingan syiling, ada dua nyawa yang masih bergelut dengan
    kemelut.

                                     ( Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi )

Berikan dua perwatakan lelaki yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. [ 4 markah ]


8. Kami bersedekah pakaian dan makanan. Kami adakan kelas membaca untuk orang
    dewasa yang sudah sekeras buluh. Kami bantu Apek melentur inak-inak yang masih
    rebung. Kami ajak inak-inak menyertai bengkel menggubah bunga dan menjahit baju.
    Mutiara bakat perlu digilap berkilat. Senggang waktu bukanlah hanya bersantai-santai
    di pangkin sambil menggendong anak.

                                                                 ( Dipetik daripada cerpen Cikgu Apek
                                                                   oleh Siti Hajar Mohd Zaki )

Berikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.  [ 4 markah ]

9. Selama ini dia mengenali Biah sebagai anak gadis yang baik, rajin dan tidak banyak
    bercakap. Tidak keterlaluan  jika dikatakan dalam keluarga Pak Ngah Kadir, Biahlah
    yang mencari rezeki dengan menoreh getah.

                       ( Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak   oleh Ghazali Lateh)

    Nyatakan dua nilai yang terdapat pada Biah dalam petikan di atas.  [ 4 markah ]


10. Pagi masih begitu awal, hujan yang menggila malam tadi meninggalkan rasa sejuk.
      Meskipun matahari senyum mengintai, namun kehadirannya belum bersedia mengirim
      bahang. Angin berhembus tenang berbisik segar dan indah, mesra dan sentosa.
      Kumiaan Ilahi tiada siapa berdaya mengekangnya.

                                 ( Dipetik daripada novel Jeriii Kasih oleh Ramlah Abd Rashid )

      Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada objek.
      Berdasarkan petikan di atas, berikan dua contoh personifikasi.      [ 4 markah ]


                                                       Bahagian Dua
                                                        [ 60 markah ]

                                                        Bahagian A
                                        (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)


                                      Jawab sama ada Soalan I atau Soalan 2.

1. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Empat Kerat -Adat dan Etika

Anak Cina bertimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak terjual beli.

Apalah tanda batang putat,
Batang putat bersegi buahnya;
Apalah tanda orang beradat,
Orang beradat tinggi maruahnya.

Batu kecubung warna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu;
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur;
Adat semang pulang ke dusun,
Adat belut pulang ke lumpur.

a) Huraikan maksud rangkap ketiga pantun ini.                           [ 4 markah ]
b) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.      [ 8 markah ]


c) Ciptakan dua rangkap pantun empat kerat yang bertemakan
    budi bahasa.                                                                          [8 markah]

2.  Berdasarkan Hikayat Nakhoda Muda dalam antologi Seuntai Kasih
     Secebis Harapan:

(a) Nyatakan tiga perwatakan Nakhoda Muda berserta contoh.
                                                                                   [ 12 markah ]

(b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam hikayat tersebut.
                                                                                  [ 8 markah ]



                                                Bahagian B

                                      ( Puisi Moden dan Drama )

                                 Jawab sama ada soalan 3 atau Soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga Damai

Masih menguntumkah
bunga damai
sekiranya dunia
masih berperang
kejahilan masih berleluasa
sebaris kejam
mengimami rumah mesra
merayap mesiu
dan mortar menyusup telinga
meratah rakus jiwa manusia?

Masih mekarkah
serumpun bunga damai
di kelopak nurani
dahan kemanusiaan
sedang tampuk rapuh
dipanah petir
terlantar nanar jiwa tak berdosa
di gerai maruah jualan murah
angkara mabuk menguasai akal
nafsu menoda sepanjang waktu
bunga dunia merah terbakar?

Hantarkan ribuan bunga damai
berbaur kasturi ambar narwastu
ke puncak gunung
menggapai bulan
ke ranting awan
menggulung bahagia
rincis duri pohon sengketa
bantal mimpi dalam sengsara
anak dunia akhir zaman.

Ciptalah internet bunga damai
saluran pemisah duka nestapa
tegak Islami ikhwanul insan
bumi ceria pembuka jalan

hapus laknat singkir lara
kantung mesra gantung harap
aman sentosa deras mengalir.

RIA ASMARA

(a) Huraikan tema sajak tersebut.                                          [ 4 markah ]

(b) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.  [ 8 markah ]

(c) Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan patriotik.          [ 8 markah ]

Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris.


4.  Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata dalam antologi Madu Ilmu:

(a) Berikan empat perwatakan Hang Tuah.                  [ 4 markah ]

(b) Huraikan dua persoalan dalam drama tersebut.       [ 8 markah ]

(c)
      NAKHODA
      ANTAH BERANTAH: Ah, Jebat! Maksud kau hendak menentang Juragan
                                            Kilat Bersiung? Juragan Kilat Bersiung pendekar dan ahli
                                            tikam yang tak ada bandingnya di lautan ini. Nyawakau
                                            akan menjadi mainan saja padanya. Apa tujuan kau, Jebat?

       HANGJEBAT         :   Tujuan saya mudah saja. Benarkan saya bertikam dengan
                                          Juragan Jempul ini. Biar kami bermain nyawa.

      NAKHODA
      ANTAH BERANTAH :  Jadi?

                                            ( Dipetik daripada drama Lima Perwira oleh Kala Dewata)

      Berdasarkan kreativiti anda, ciptakan empat dialog bagi menyambung petikan
      drama di atas.                                                                       [8 markah ]


                                                                  Bahagian C

                                                         ( Cerpen dan Novel )

                                            Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya'


" Eh, kan sidang ini di negeri Melayu, semua rakaman dalam bahasa
Malaysia! Orang-orang dari tempat lain yang tak faham, kenalah bawa
komputer mini untuk terjemahan sendiri," balas pengerusi, merangsang
Pak Badin.

                                                  ( Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun
                                                    dan Sindrom oleh Hasan Ali )

(a) Jelaskan satu latar berdasarkan petikan cerpen di atas.                         [ 4 markah ]

(b) Berdasarkan cerpen Sidang.Para Dukun dan Sindrom, nyatakan dua
     sindrom yang dihadapi oleh penduduk dunia dan cara penyelesaiannya.  [ 8 markah ]

(c)  Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.                [ 8 markah ]


6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid;

(a) Berikan empat bukti yang menggambarkan ketabahan Anuariza seperti yang terdapat
     dalam novel.                                                                                         [ 8 markah ]

(b) Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel ini.                         [ l2 markah ]


                                          KERTAS SOALAN TAMAT