Wednesday 30 November 2011

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 35 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Jalil membina sebuah rumah sederhana untuk ibunya di bekas tapak rumahnya/arwah ayahnya.
  2. Jalil memindahkan pejabat operasi Syarikat Alam Hijau ke Lembah Nibung.
  3. Jalil memberi tahu kepada ibunya untuk meminang dan berkahwin dengan Latifah dan ibunya bersetuju.
  4. Latifah memberi tahu kepada Jalil yang cinta pertamanya akan kekal untuk selama-lamanya.
  5. Jalil bertanya persetujuan Latifah untuk meminangnya.
  6. Latifah menunjukkan kepada Jalil resit bayaran peperiksaan SPM yang telah terkoyak yang disimpannya  berbelas-belas tahun lamanya sebagai bukti cinta yang suci kepada Jalil.
  7. Jalil membawa Latifah berjalan-jalan di sekitar taman rekreasinya.
  8. Jalil merasakan dirinya benar-benar berada di puncak kejayaan.
Latar masa:
Petang.
Latar tempat:
Di kampung Bukit Nibung, di Lembah Nibung, di Kuala Lumpur, di taman rekreasi, di bekas tapak rumah Jalil/arwah ayahnya, di sebuah restoran, di University of Edinburgh, Scotland.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 36 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Projek Taman Tema Nibung Park telah siap sepenuhnya dan ia menjadi mercu tanda pelancongan di kawasan utara tanah air.
  2. Pekan Bukit Jenun kini telah berubah menjadi sebuah bandar moden.
  3. Sebuah masjid telah dibina di tapak surau lama di kampung Bukit Nibung dan Jalil telah melantik Ustaz Haji Megat sebagai  pengurus yang bertanggungjawab terhadap masjid tersebut.
  4. Jalil telah berkahwin dengan Latifah anak Pak Lang Ali dan tinggal di sebuah rumah banglo sederhana yang didirikan di bekas tapak rumah/dangaunya dahulu.
  5. Pada setiap pagi dan petang Jalil berjalan-jalan di sekitar kawasan Taman Tema Nibung Park untuk mencari idea baharu.
  6. Jalil merasa cukup bahagia dalam hidupnya kerana telah mencapai impiannya.
Latar masa:
Pagi dan petang.
Latar tempat:
Di kampung Bukit Nibung, di pekan Bukit Jenun, di tapak surau lama, di bekas tapak rumah Jalil, di sekitar kawasan Taman Tema Nibung Park, di puncak bukit Nibung/bukit Jenun, di rumah banglo Jalil dan Latifah.

Tuesday 29 November 2011

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab ke-34 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Majlis pembukaan Taman Tema Nibung Park mendapat sambutan hangat daripada kalangan penduduk tempatan dan luar negara.
  2. Jalil menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian pembukaan Taman Tema Nibung Park.
  3.  Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Taman Tema Nibung Park.
    4.   Jalil bercadang untuk pergi menziarahi kubur arwah ayahnya dan akan membaca al_Fatihah sebanyak-banyaknya  selepas majlis perasmian    pembukaan Taman Temanya.

    Latar masa:
    Jam 11.00 pagi dan tengah hari.
    Latar tempat:
    Di kawasan tapak Taman Tema Nibung Park, di kampung Bukit Nibung dan kampung Bukit Jenun.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 33 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Jalil telah mendapat restu daripada ibunya untuk membangunkan kawasan kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun dengan projek pembangunan Taman Tema Lembah Nibung.
  2. Penduduk di kedua-dua kampung tersebut juga telah bersetuju menandatangani perjanjian menyerahkan tanah mereka kepada Syarikat Alam Hijau untuk dibangunkan.
  3. Syarikat Alam Hijau telah membayar pampasan kepada pemilik tanah dengan nilai RM100 ribu bagi sehektar tanah.
  4. Projek pembangunan pembinaan Taman Tema Bukit Nibung Park telah bermula.
  5. Jalil mahukan sebuah bangunan untuk pejabat operasi Syarikat Alam Hijau didirikan di atas tapak bekas rumah arwah ayahnya dahulu.
  6. Latifah memuji Jalil sebagai seorang lelaki yang  kuat semangat.
Latar masa:
Pagi, tengah hari dan petang.
Latar tempat:
Di kampung Bukit Nibung, kampung Bukit Jenun dan di bekas tapak rumah Jalil/arwah ayahnya Pak Teh.

Monday 28 November 2011

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 32 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Jalil memberi tahu kepada abang Joe untuk balik ke kampung.
  2. Joe menasihati Jalil supaya berjumpa dengan ibunya di kampung dan memohon restu daripadanya.
  3. Jalil mengambil cuti dan balik ke kampung Bukit Nibung.
  4. Jalil bertemu dengan Ah Bee yang cacat tangan kiri di kedainya, di pekan Bukit Jenun.
  5. Jalil menziarahi kubur arwah bapanya di Tanjung Setul dan berdoa serta menangis.
  6. Jalil singgah di masjid kampung Bukit Jenun untuk bersembahyang jemaah Maghrib.
  7. Jalil pergi ke rumah ibunya di kampung Banggol Lalang untuk memohon restu daripadanya.
  8. Jalil memberi tahu kepada ibunya yang dia telah membeli balik tanah pusaka arwah bapanya yang tergadai dan tanah seluruh penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
  9. Jalil memohon restu daripada ibunya untuk membangunkan kawasan kampung menjadi satu kawasan peranginan moden.
  10. Jalil bermalam di rumah ibunya.
Latar masa:
Pagi, tengah hari, petang, senja, Maghrib, malam. 
Latar tempat:
Di rumah sewa abang Joe, di Kuala Lumpur, kampung Bukit Nibung, di kedai Ah Bee, Pekan Jenun, di masjid Bukit Jenun, di kubur arwah ayah Jalil, di Tanjung Setul, pekan Bukit Jenun, di rumah ibunya, di kampung Banggol Lalang

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 31 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

  1. Syarikat Alam Hijau ( yang diwakili abang Joe ) bertemu dengan penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun memberi tahu akan membeli tanah penduduk kampung untuk pembangunan Projek Taman Tema Air Lembah Nibung.
  2. Kudin dan Tok Mat Ketua kampung pada peringkat awalnya tidak bersetuju/menentang projek tersebut.
  3. Melalui proses pengundian, majoriti penduduk kampung bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada Syarikat Alam Hijau bagi tujuan pembangunan projek tersebut.
  4. Syarikat Alam Hijau melantik sebuah firma guaman untuk urusan perjanjian jual beli dan bayaran harga tanah dan pampasan kepada penduduk kampung.
  5. Jalil tiba di surau dan bertemu dengan penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
  6. Kudin akhirnya bersetuju untuk menyerahkan tanahnya serta meminta maaf daripada Jalil di atas kesalahannya yang lalu.
Latar masa:
Pagi dan tengah hari.
Latar tempat:
Di surau kampung Bukit Nibung.

    Sunday 27 November 2011

    Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 30 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

    1. Syarikat Alam Hijau semakin berkembang maju dengan menjalankan perusahaan landskap di seluruh negara, bahkan telah mula melebarkan sayapnya ke luar negara.
    2. Jalil menjadi CEO muda yang paling berjaya dan berkarisma.
    3. Jalil membentangkan Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Taman Tema Lembah Nibung dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Alam Hijau di pejabatnya ( Wisma Seri Nibung ), Kuala Lumpur. Dalam kertas kerja, Jalil bercadang untuk membayar kesemua tanah penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun serta memberi pampasan mengikut kadar munasabah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
    4. Kertas Kerja Cadangan Projek  Jalil telah diterima dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat dalam mesyuarat.
    5. Latifah menyatakan kebimbangan kepada Jalil terhadap nasib orang-orang kampung dengan projek yang begitu besar bakal dilaksanakan.
    Latar masa:
    Pagi dan petang.
    Latar tempat:
    Di Pejabat Jalil/Syarikat Alam Hijau, Wisma Seri Nibung, Kuala Lumpur, di jalan raya, di apartmen penginapan Latifah.

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 29 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

      1. Jalil membawa Latifah bersiar-siar di Pantai Morib, Selangor.
      2. Jalil terkenang zaman mudanya dahulu yang penuh dengan kesengsaraan.
      3. Latifah menceritakan kepada Jalil beberapa perubahan dan peristiwa besar yang berlaku di kampung Bukit Nibung sejak Jalil meninggalkan kampung tersebut ( Hal. 268-273 ).
      4. Jalil bercita-cita untuk kembali ke kampung Bukit Nibung dengan satu misi yang besar tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan Latifah.
       Latar masa:
      Petang, senja/hampir Maghrib.
      Latar tempat:
      Di Kuala Lumpur, di Pantai Morib.

      Saturday 26 November 2011

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 28 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

      1. Jalil teringat zaman mudanya sewaktu di alam persekolahan di kampung.
      2. Jalil memberi tahu kepada abang Joe yang dia akan berkahwin dengan Latifah.
      3. Abang Joe memberi tahu kepada Jalil yang dia pernah berkahwin selama satu minggu, isterinya meninggal dunia di hospital kerana berpenyakit kanser tulang.
      4. Jalil menceritakan kepada abang Joe kisah hubungannya dengan Latifah dan kisah dia bertemu semula dengan Latifah selepas berbelas tahun berpisah.
      5. Jalil mula berkhayal tentang Latifah.
      Latar masa:
      Malam.
      Latar tempat:
      Di rumah sewa abang Joe, di Kuala Lumpur.


        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 27 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

        1. Jalil mengadakan temu duga untuk memilih calon Pegawai/Pengurus Akaun Syarikat Alam Hijau di Wisma Seri Nibung, Kuala Lumpur.
        2. Jalil bertemu semula dengan Latifah yang datang untuk temu duga bagi jawatan tersebut setelah berpisah berbelas-belas tahun lamanya.
        3. Latifah menarik diri daripada temu duga kerana tidak menyangka yang Syarikat Alam Hijau milik orang kampungnya ( Jalil ).
        4. Jalil memujuk dan menawarkan kepada Latifah jawatan tersebut dengan tanpa melalui proses temu duga.
        5. Latifah akhirnya bersetuju menerima tawaran jawatan tersebut.
        6. Jalil berhasrat untuk menjadikan Latifah sebagai teman hidup/isterinya.
        Latar masa:
        Pagi dan tengah hari.
        Latar tempat:
        Di Wisma Seri Nibung, Kuala Lumpur.

        Friday 25 November 2011

        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 26 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

        1. Jalil meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia di peringkat Diploma Landskap dan Seni Taman.
        2. Jalil pada asalnya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera.
        3. Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni taman dan landskap ke peringkat  sarjana muda oleh fakultinya di UPM dengan tawaran biasiswa kerana prestasi cemerlang dalam pelajaran.
        4. Syarikat Alam Hijau semakin berkembang maju dalam perniagaan seni lukis dan projek gunting rambut ke seluruh negara. Bayaran royalti oleh pihak kerajaan berjalan lancar seperti dalam perjanjian.
        5. Jalil telah mengharumkan nama universitinya setelah terpilih untuk mengendalikan beberapa projek landskap di beberapa buah bangunan korporat di ibu kota.
        6. Selepas tamat pengajian Jalil memohon untuk mendapatkan lesen kontrak dalam bidang seni taman dan landskap.
        7. Syarikat Alam Hijau di bawah pengurusan Jalil sebagai pengarah telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan urusan landskap sebuah bandar bestari yang baru didirikan oleh kerajaan. 
        8. Syarikat Alam Hijau telah menubuhkan beberapa anak syarikat, di antaranya Nibung Construction, Nibung Dekor dan Syarikat Pengangkutan Nibung yang mana Jalil ialah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya.
        9. Di atas kejayaan dan kemajuan cemerlang yang dicapai oleh syarikatnya, Jalil telah dianugerahkan trofi "CEO of the Year" oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri.
        10. Jalil bertekad dan berjanji kepada abang Joe untuk menyempurnakan wasiat arwah bapanya iaitu akan membayar/menebus kembali tanah arwah ayahnya yang tergadai kepada Pak Amat di Gurun.
        Latar masa:
        Pagi, tengah hari, petang dan malam.
        Latar tempat:
        Di UPM, di Kuala Lumpur, di rumah sewa abang Joe, di pejabat Syarikat Alam Hijau, di bandar baru bestari, di hotel-hotel, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 25 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

        1. Jalil mula menyambung pengajiannya di UPM ( Universiti Putra Malaysia ).
        2. Jalil pergi ke stesen LRT di hadapan Pasar Budaya untuk melihat telatah orang Kuala Lumpur.
        3. Jalil memerhatikan kelakuan buruk sekumpulan pelajar lelaki ( berambut panjang dan menghisap rokok ) dan perempuan ( tidak bertudung ) di bandar Kuala Lumpur yang baru turun dari LRT.
        4. Jalil memberi sedekah kepada seorang tua pemain muzik jalanan di lorong laluan untuk pergi ke Perhentian Puduraya.
        5. Jalil amat bersimpati kepada peminta sedekah berkaki kudung dari bekas tentera yang tiada pembelaan daripada pihak kerajaan.
        6. Daripada dua pengalaman yang ditemui dan dilihat sendiri, Jalil mengemukakan idea kepada abang Joe untuk membuat projek gunting rambut seluruh negara.
        7. Jalil pergi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mendapatkan statistik murid lelaki seluruh negara dan jumlah pesara tentera di negara.
        8. Jalil menyediakan Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara.
        9. Jalil mengemukakan Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
        10. Kertas cadangan projek Jalil berjaya dan diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
        11. Jalil dan abang Joe menubuhkan Syarikat Alam Hijau untuk mengendalikan urusan hak cipta dan cadangan mereka.
        12. Pihak kerajaan ( Kementerian Pelajaran Malaysia ) bersetuju untuk membayar royalti keuntungan projek kepada Syarikat Alam Hijau sebanyak sepuluh peratus, iaitu lebih daripada dua juta pada setiap tahun.
        Latar masa:
        Masa kini/zaman moden/selepas merdeka, pagi, tengah hari, petang, tengah malam.
        Latar tempat:
        Di UPM, di Kuala Lumpur, di gerai abang Joe di Pasar Budaya, di rumah abang Joe, di stesen LRT, di lorong menuju ke Hentian Puduraya, di Kementerian Pelajaran Malaysia, di Kementerian Pertahanan Malaysia.

          Thursday 24 November 2011

          Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 24 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

          1. Jalil yang bekerja dengan abang Joe di Kuala Lumpur selama dua tahun lebih telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM10 ribu.
          2. Abang Joe menasihati Jalil supaya balik ke kampung untuk menebus tanah wasiat arwah bapanya yang tergadai/terjual kepada Pak Amat di Gurun.
          3. Jalil mengajak abang Joe menemaninya pulang ke kampung Bukit Nibung.
          4. Jalil yang ditemani abang Joe balik ke kampung Bukit Nibung untuk bertemu dengan Pak Amat di Gurun bagi menebus semula tanah arwah bapanya.
          5. Jalil bersama dengan abang Joe pergi ke rumah Pak Lang Ali untuk mengajaknya pergi ke rumah Pak Amat di Gurun, tetapi Pak Lang Ali tidak mahu pergi.
          6. Jalil bersama abang Joe pergi ke rumah Pak Amat di Gurun ( Pak Lang Ali tidak ikut serta ).
          7. Pak Amat tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah gadaian arwah Pak Teh kepada Jalil dengan harga RM10 ribu.
          8. Pak Amat meminta Jalil membayar sebanyak RM50 ribu ( Sebab-sebab, lihat hal. 222 ).
          9. Jalil bersama abang Joe kembali semula ke Kuala Lumpur dengan perasaan penuh kecewa kerana gagal menebus/mendapat kembali tanah pusaka arwah ayahnya itu.
          Latar masa:
          Malam, pagi, tengah hari dan petang.
          Latar tempat:
          Kuala Lumpur, rumah sewa abang Joe, kampung Bukit Nibung, rumah Pak Lang Ali, rumah Pak Amat di Gurun, Guar Cempedak, Bukit Jenun, jalan di hadapan rumah Pak Ngah Kadir, bekas tapak rumah Jalil.

            Wednesday 23 November 2011

            Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 23 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

            1. Projek kontrak lukisan ke hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur mendapat sambutan baik/berjaya.
            2. Jalil memberi tahu kepada abang Joe yang dia ingin menyambung semula pelajaran sambil bekerja dengannya.
            3. Jalil pulang ke sekolah asalnya untuk mengambil sijil/keputusan peperiksaan SPMnya tetapi tidak balik ke kampung Bukit Nibung/kampung asalnya.
            4. Jalil sempat berkunjung dan bertemu dengan ibunya/Mak Teh di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
            5. Ibunya/Mak Teh menyuruh Jalil mencari Muhsin/abangnya di Kuala Lumpur.
            Latar masa:
            Malam, pagi dan petang.
            Latar tempat:
            Di Kuala Lumpur, rumah abang Joe, SMK. Guar Cempedak, kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.

            Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 22 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

            1. Jalil tiba di stesen kereta api Kuala Lumpur.
            2. Jalil bertemu dengan abang Joe di pasar budaya/seni.
            3. Jalil melukis potret seorang gadis di kedai abang Joe.
            4. Jalil berjaya menyiapkan lukisan potret seorang gadis dan mendapat pujian daripada abang Joe.
            5. Abang Joe mempelawa Jalil  bekerja sebagai pembantu/pelukis potret di kedainya.
            6. Abang Joe mempelawa Jalil tinggal sementara di rumah sewanya dan Jalil bersetuju.
            7. Jalil tinggal di rumah sewa abang Joe semasa di Kuala Lumpur.
            8. Jalil mencadangkan kepada abang Joe supaya memperkembangkan perniagaan seni lukis ke hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur.
            9. Jalil menelefon ke sekolahnya untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPMnya.
            10. Jalil memberi tahu kepada abang Joe keputusan peperiksaan SPMnya antara yang terbaik di sekolahnya ( SMK. Guar Cempedak ).
            11. Abang Joe menasihati Jalil supaya menyambung pelajaran sambil bekerja sebagai pelukis di Kuala Lumpur dengan keputusan peperiksaan SPM tersebut.
            Latar masa:
            Pagi, tiga bulan berlalu, malam.
            Latar tempat:
            Stesen kereta api Kuala Lumpur, di kedai abang Joe di pasar budaya/seni, restoran India Muslim, rumah abang Joe.

            Tuesday 22 November 2011

            Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 21 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

            1. Jalil pergi ke rumah Pak Samad di Tanjung Setul untuk menjual kerbau jantannya Si Awang.
            2. Jalil singgah di kubur arwah ayahnya di Tanjung Setul dan membaca ayat-ayat suci al_Quran untuk arwah ayahnya.
            3. Jalil singgah di kedai Mamak Hameed untuk membeli batu nisan bagi kubur arwah ayahnya.
            4. Jalil memasang batu nisan di kubur arwah ayahnya
            5. Jalil berjanji di hadapan kubur arwah bapanya ( Hal. 185 ).
            6. Jalil menyerahkan kerbau jantannya Si Awang kepada Pak Samad di Tanjung Setul.
            7. Jalil pergi ke Guar Cempedak/Banggol Lalang menemui ibunya untuk memberi tahu yang dia akan pergi ke Kuala Lumpur.
            8. Jalil membakar pondok/dangaunya.
            9. Latifah dan Pak Lang Ali datang menemui Jalil di tapak dangaunya/pondoknya.
            10. Latifah menangis/meraung dengan tindakan Jalil tersebut.
            11. Jalil meninggalkan kampung Bukit Nibung dan Latifah dengan menaiki kereta api malam di stesen kereta api Bukit Jenun menuju ke Kuala Lumpur.
            Latar masa:
            Pagi, tengah hari, petang, senja, malam.
            Latar tempat:
            Kampung Bukit Nibung, Guar Cempedak, Banggol Lalang, Tanjung Setul, Kedai Mamak Hameed, kubur arwah Pak Teh, pondok/dangau Jalil, Stesen Kereta Api Bukit Jenun.

              Konflik dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Karya Ghazali Lateh )

              Konflik bermaksud pertentangan pendapat/pandangan/pemikiran di atara satu watak dengan watak lain disebabkan oleh sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seseorang watak dalam cerita. Konflik terbahagi kepada dua. Pertama konflik cerita/novel iaitu konflik yang berlaku di antara watak dengan watak lain. Kedua ialah konflik individu watak, iaitu konflik dalaman/jiwa/mental yang dialami oleh seseorang watak dalam cerita disebabkan oleh sesuatu yang menimbulkan rasa tidak puas hati/tekanan perasaan kepada watak tersebut.
                    Dalam novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh ini, terdapat kedua-dua jenis konflik yang dimaksudkan di atas.

              Konflik cerita/novel/di antara watak dengan watak:
              1. Konflik di antara Jalil dengan ibunya/Mak Teh, contohnya Jalil kesal kerana ibunya/Mak Teh telah menjual/menggadaikan tanah pusaka arwah ayahnya kepada  Pak Amat yang tinggal di Gurun tanpa pengetahuannya. 
              2. Konflik di antara Jalil dengan abangnya Muhsin, contoh Jalil kecewa dengan sikap abangnya Muhsin yang tinggal di Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap ibunya di kampung. Muhsin jarang pulang ke kampung dan tidak pernah menghantar wang kepada ibunya/Mak Teh di kampung.
              3. Konflik di antara Jalil dengan Pak Lang Ali,  contoh Jalil kesal dengan sikap Pak Lang Ali yang tidak mahu ikut sama pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah arwah ayahnya sebanyak RM10 ribu.
              4. Konflik di antara Jalil dengan Pak Ngah Kadir, contoh Jalil tidak senang hati terhadap Pak Ngah Kadir yang memandang serong terhadap diri dan keluarganya di kampung Bukit Nibung.
              5. Konflik di antara Jalil dengan penduduk kampung Bukit Nibung, contoh Jalil sedih dengan keputusan mesyuarat penduduk kampung Bukit Nibung yang mahu menghalaunya keluar dari kampung tersebut selepas dia selesai menduduki peperiksaan SPM.
              6. Konflik Kudin dengan Jalil, contoh Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga sanggup menabur serpihan kaca di tapak semaian Jalil sehingga kakinya luka berdarah kerana terpijak serpihan kaca tersebut.
              7. Konflik Biah/Sabariah dengan ayahnya/Pak Ngah Kadir, contoh Biah/Sabariah sedih dan menangis dipukul oleh ayahnya yang memaksa dia berkahwin dengan sepupunya.
              8. Konflik Rosman dan rakan-rakannya dengan Jalil, contoh Rosman iaitu sepupu Kudin marah dan berdendam kepada Jalil sehingga berlaku pergaduhan di tengah Jalan sewaktu Jalil balik dari kedai Ah Bee membeli minyak tanah.
              9. Konflik Latifah dengan Jalil, contoh Latifah sedih dan menangis apabila Jalil membakar dangaunya dan membuat keputusan meninggalkan kampung Bukit Nibung untuk pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja.
              10. Konflik di antara Jalil dengan Pak Amat, contoh Jalil kecewa dan kesal dengan sikap Pak Amat yang mungkir janji tidak mahu memulangkan semula tanah arwah ayahnya sewaktu Jalil hendak membayar RM10 ribu.
               Konflik invidividu/mental/jiwa/dalaman:

              a. Konflik jiwa watak Jalil
              1. Memendam rasa kesal, contoh Jalil memendam rasa kesal terhadap sikap ibunya/Mak Teh yang pernah mendesak arwah ayahnya/Pak Teh supaya menjual tanah kampung tanpa geran kepada Pak Jid semata-mata untuk memenuhi permintaan Muhsin yang ingin membeli motorsikal.
              2. Bingung, contoh Jalil bingung apabila terdengar berita angin daripada penduduk kampung Bukit Nibung yang Biah/Sabariah lari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Muhsin/abangnya.
              3. Tidak tenteram, contoh Jalil menjadi tidak tenteram jiwanya apabila terdengar berita orang-orang kampung Bukit Nibung yang menuduh Biah/Sabariah lari bersama Muhsin ke Kuala Lumpur.
              4. Malu, contoh, Jalil merasa malu kepada rakan-rakan di kelasnya kerana dimarahi oleh Miss Ong, guru mata pelajaran Biologinya kerana sering tidak hadir ke sekolah. Miss Ong risau prestasi mata pelajaran Biologi Jalil akan jatuh jika sering tidak hadir ke sekolah.
              5. Bimbang, contoh Jalil bimbang dengan tindakan ibunya/Mak Teh yang hendak pergi ke rumah Pak Ngah Kadir untuk mengajaknya berbincang mengenai hubungan Biah dengan Muhsin. Jalil bimbang Pak Ngah Kadir tidak akan bersetuju kerana dia telah menanggung malu.
              6. Sedih, contoh Jalil sedih kerana rumah yang didiaminya semenjak lapan belas tahun yang lalu sudah tidak wujud lagi kerana dirobohkan oleh ibunya sendiri.
              7. Terkedu, contoh Jalil terkedu apabila diberitahu oleh ibunya bahawa tanah tapak rumah dan tanah sawah di kampung Bukit Nibung itu telah dijual.
              8. Sebak, contoh Jalil sebak mengenangkan segala peristiwa yang berlaku. Dia telah menjadi mangsa daripada kesilapan orang lain.
              9. Runsing, contoh Jalil amat runsing memikirkan soal tanah pusaka arwah ayahnya yang telah dijual oleh ibunya kepada Pak Amat di Gurun.
              10. Dilema, contoh Jalil menjadi dilema apabila Biah/Sabariah memberitahu kepadanya yang abang Muhsinnya tidak bersalah.
              11. Berserabut, contoh fikiran Jalil menjadi semakin berserabut memikirkan isu Biah dan Muhsin yang berlaku di kampungnya.
              12. Serba salah, contoh Jalil menjadi serba salah sama ada untuk menjawab atau tidak panggilan Latifah yang datang ke dangaunya untuk menghantar nasi kenduri kahwin yang disuruh oleh Biah/Sabariah.
              13. Menangis, contoh Jalil menangis kerana sayu selepas membakar dangaunya ketika hendak meninggalkan kampung Bukit Nibung dan Latifah untuk pergi mencari kerja di Kuala Lumpur.
              14. Dan isi-isi lain ....... sila rujuk teks/novel asal.      
              b.   Konflik jiwa/mental/dalaman watak Latifah
              1. Cemas, contoh Latifah cemas apabila terlihat tapak kaki Jalil yang luka dan berdarah kerana terpijak kaca di tapak semaian bendangnya.
              2. Tersinggung, contoh Latifah tersinggung dengan sindiran kakak-kakaknya Fauziah dan Hasnah yang mengatakan dia nak dilarikan oleh Jalil macam Muhsin larikan Biah dulu apabila melihat Latifah sangat suka kepada Jalil.
              3. Menangis, contoh Latifah menangis pada petang Jalil hendak meninggalkan kampung Bukit Nibung selepas membakar dangaunya.
              4. Kesal, contoh Latifah kesal kerana bertemu semula dengan Jalil selepas berpisah berbelas-belas tahun lamanya sewaktu menghadiri temuduga untuk jawatan pegawai akaun di Syarikat Alam Hijau kepunyaan Jalil di Wisma Seri Nibung.
              5. Bimbang, contoh Latifah menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan kampung dan penduduk kampung Bukit Nibung dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Alam Hijau yang hendak membangunkan projek Taman Tema Lembah Nibung Park di kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
              6. Malu, contoh Latifah merasa malu untuk menjawab apabila ditanya oleh Jalil sama ada dia sudah berkahwin atau belum.
              7. Serbasalah, contoh Latifah merasa serbasalah apabila Jalil menolak dan menyuruhnya membawa balik semula nasi kenduri kahwin Biah yang dibawa kepadanya yang disuruh oleh Biah/Sabariah.
              8. Gugup, contoh, Latifah mula merasa gugup kerana terlepas bas sekolah pada jam 6.30 pagi. Bas yang berikutnya ialah pada jam 7.45 pagi dan dia akan terlambat sampai ke sekolah.
              9. Menikam jiwa, contoh Latifah merasakan sindiran-sindiran tajam kakak-kakaknya iaitu Hasnah dan Fauziah, kadang-kadang bagai sembilu yang menikam jiwanya.
              10. Dan lain-lain .............sila rujuk teks/novel asal.

                Sunday 13 November 2011

                Peristiwa Teknik Suprise dalam novel DLKP ( Karya Ghazali Lateh )

                Teknik suprise bermaksud pengarang menggunakan peristiwa/kejadian yang berlaku  dalam cerita secara tiba-tiba atau tidak diduga/kejutan oleh para pembaca atau watak itu sendiri. Tujuan pengarang menggunakan teknik ini ialah:
                1. Untuk menarik minat pembaca/supaya cerita menjadi lebih menarik.
                2. Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
                3. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
                4. Untuk membezakan stail penulisan seseorang pengarang/penulis.
                5. Untuk menimbulkan suatu suasana yang berlainan daripada kebiasaan.
                6. Supaya pembaca/watak yang terlibat merasa sedikit terkejut dengan peristiwa yang tidak diduga berlaku.
                Di antara beberapa peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah:
                1. Jalil terkejut dan menggeletar apabila pada suatu petang sekembali dari sekolah dia melihat dan mendapati rumahnya sudah tidak ada lagi di tapak asal kerana dirobohkan oleh ibunya/Mak Teh.
                2. Jalil terkejut dengan kehadiran Latifah ke pondoknya pada suatu petang dengan memberitahu harga sebenar tanah yang dibeli oleh Pak Amat daripada ibunya ialah sebanyak RM5 ribu.
                3. Jalil terkejut besar pada suatu tengah malam ketika nyenyak tidur apabila dangaunya bergoyang dan dindingnya terkopak kerana digoyang oleh Si Awang kerbau jantannya.
                4. Jalil terkejut mendengar ketukan kentung di surau selepas Maghrib yang menandakan ada kematian di kampung Bukit Nibung dan di surau Ustaz Haji Megat mengumumkan kematian Mat Tohid yang terjatuh ke dalam sungai.
                5. Jalil amat terkejut apabila ibunya/Mak Teh memberitahu kepadanya jumlah belanja meminang gadis dari daerah Yan untuk calon isteri Muhsin sebanyak RM3 ribu.
                6. Jalil terkejut apabila ibunya memberitahu yang dia hendak pergi ke Kuala Lumpur ke tempat Muhsin kerana Muhsin kena tangkap basah dengan gadis di Kuala Lumpur dan akan dinikahkan pada malamnya.
                7. Jalil amat terkejut dengan kenyataan/keputusan Pak Amat yang memberitahu kepadanya tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah arwah ayahnya dengan harga RM10 ribu seperti yang dijanjikan dahulu.
                8. Penduduk kampung Bukit Nibung terperanjat apabila Joe atau wakil Syarikat Alam Hijau memberitahu  dan bercadang hendak membeli kesemua tanah penduduk kampung untuk dibangunkan projek Taman Tema Nibung Park.
                9. Penduduk kampung Bukit Nibung yang berkumpul di surau terkejut apabila seorang anak muda yang berpakaian seluar koyak dan baju lusuh turun dari sebuah kereta Mercedes Benz C230K berjalan menuju ke khemah tempat majlis sedang berlangsung.
                10. Penduduk kampung yang tua-tua terperanjat apabila melihat lelaki muda yang turun dari kereta mercedes tersebut ialah Jalil, iaitu anak jati kampung Bukit Nibung.
                11. Pak Lang Ali meluahkan perasaan terkejut apabila mendapat tahu Syarikat Alam Hijau ialah kepunyaan Jalil.
                12. Kudin yang hanya terlopong merasa terkejut dengan kehadiran anak muda ( Jalil ) yang pernah dibencinya dahulu.
                13. Kemunculan dan kepulangan Jalil ke kampung asalnya selepas berbelas-belas tahun menghilangkan diri sangat-sangat mengejutkan penduduk kampung Bukit Nibung. Lebih-lebih lagi, kepulangannya membawa perubahan besar terhadap kampungnya sendiri.
                14. Pada suatu hari Joe terkejut apabila Jalil memberitahu kepadanya yang dia mahu bercuti kerana sebelum ini pada hari minggu dan cuti umum pun Jalil terus juga bekerja.
                15. Ah Bee terkejut dengan kehadiran Jalil secara tiba-tiba ke kedainya dalam keadaan yang amat jauh berbeza dengan dahulu. Jalil singgah di kedai Ah Bee semasa dalam perjalanan untuk pergi menziarahi kubur arwah ayahnya di Tanjung Setul.
                16. Dan mungkin ada lagi peristiwa-peristiwa lain yang menggunakan teknik suprise ini.......... sila rujuk teks/novel asal DLKP..............

                Friday 28 October 2011

                Teknik suspen dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Karya Ghazali Lateh )

                Teknik suspen bermaksud pengarang/penulis menggunakan peristiwa-peritiswa tegang dalam cerita yang merimaskan/mencemaskan para pembaca dan menyebabkan para pembaca ingin tahu bagaimana berakhirnya pertistiwa tersebut. Tujuan daripada penggunaan teknik ini, antaranya ialah:
                1.  Untuk menarik minat pembaca/cerita lebih menarik.
                2. Untuk memanjangkan cerita.
                3. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan dalam sesebuah karya.
                4. Untuk membezakan stail penulisan di antara pengarang/penulis.
                5. Untuk memperjelaskan sesuatu konsep/keadaan/suasana.
                6. Untuk menimbulkan rasa tegang/cemas/gelisah di kalangan pembaca.
                7. Untuk menguji kesabaran pembaca.
                Di antara peristiwa-peristiwa suspen yang terdapat dalam novel ini ialah:
                1. Jalil yang menegur Kudin sewaktu berselisih di tengah jalan sekembali dari sekolah dan mengajaknya pergi tengok bola sepak liga tempatan di Pokok Tai, tidak dijawab oleh Kudin bahkan dia menjeling dengan jelingan yang tajam dan wajah yang garang. Pembaca ingin tahu sebab Kudin bersikap sedemikian terhadap Jalil.
                2. Mak Teh menengkin/membentak dengan suara yang tinggi mengatakan tidak apabila Jalil ingin mendapat kepastian betul atau tidak Muhsin melarikan Biah ke Kuala Lumpur. Pembaca ingin tahu bagaimana hubungan Jalil dengan ibunya untuk seterusnya.
                3. Peristiwa orang-orang kampung Bukit Nibung terutama keluarga Pak Ngah Kadir yang menuduh Muhsin telah melarikan Biah ke Kuala Lumpur. Pembaca ingin tahu benar atau tidak Muhsin bertindak sedemikian.
                4. Peristiwa Biah/Sabariah yang memberi tahu kepada Jalil di tengah jalan yang dia telah hamil, tetapi bukan kerana hubungan sulitnya dengan Muhsin. Pembaca ingin tahu siapa pelaku yang sebenarnya menyebabkan Biah/Sabariah hamil di luar nikah.
                5. Peristiwa yang berlaku pada suatu petang Jalil ditahan oleh Rosman dan rakan-rakannya di tengah jalan sekembali dari kedai Ah Bee membeli minyak tanah. Di situ telah berlaku satu pergaduhan kecil. Pembaca ingin tahu apa yang akan berlaku ke atas Jalil pada petang itu.
                6. Peristiwa kehadiran Mak Teh dan Pak Long Ayob ke rumah Pak Ngah Kadir pada suatu malam untuk berbincang mengenai hubungan Muhsin dan Sabariah. Pembaca ingin tahu reaksi Pak Ngah Kadir dan apa yang bakal berlaku.
                7. Peristiwa Mak Teh telah menjual tanah pusaka arwah Pak Teh kepada Pak Amat dengan harga RM10 ribu ringgit tanpa pengetahuan Jalil. Pembaca ingin tahu apa tindakan Jalil seterusnya terhadap tanah tersebut.
                8. Peristiwa Mak Teh telah merobohkan rumah asal arwah Pak Teh ketika Jalil berada di sekolah. Pembaca ingin tahu apa keputusan dan tindakan Jalil.
                9. Peristiwa Kudin menabur serpihan kaca di petak semaian padi Jalil yang menyebabkan kaki Jalil luka dan berdarah. Pembaca ingin tahu tindakan Jalil selepas peristiwa tersebut.
                10. Peristiwa penduduk kampung Bukit Nibung yang terdiri daripada Tuk Mat ketua kampung, Pak Ngah Kadir, Pak Lang Ali dan Ustaz Haji Megat bermesyuarat di surau kampung Bukit Nibung pada waktu malam untuk menghalau Jalil keluar dari kampung. Pembaca tertanya-tanya apa akan jadi kepada Jalil selepas itu.
                11. Peristiwa Jalil bersama abang Joe yang balik dari Kuala Lumpur dengan membawa wang tunai sebanyak RM10 ribu ringgit dan pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah yang digadai oleh ibunya, tetapi Pak Amat tidak bersetuju dengan sejumlah wang tersebut. Pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu apakah tindakan Jalil seterusnya untuk mendapatkan balik tanah tersebut.
                12. Peristiwa abang Joe yang menceritakan kepada Jalil yang dia hanya sempat berkahwin selama satu minggu, selepas itu isterinya meninggal dunia di hospital kerana penyakit kanser. Pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu bagaimana cara hidup abang Joe seterusnya.
                13. Peristiwa Jalil dipanggil segera oleh ibunya ke Tanjung Setul melalui Aziz anak Pak Long Ayob. Pembaca ingin tahu apa sebenarnya tujuan Mak Teh menyuruh Jalil datang segera berjumpa dengannya.
                14. Peristiwa Jalil membakar dangaunya pada suatu petang dan pada malamnya menaiki kereta api pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja bagi mendapatkan wang. Pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu  sama ada Jalil berjaya atau tidak.
                15. Peristiwa Latifah menarik diri daripada meneruskan temuduga dengan Jalil untuk jawatan pegawai akaun Syarikat Alam Hijau di Wisma Bukit Nibung. Pembaca ingin tahu bagaimana tindakan Jalil dan kesudahannya terhadap Latifah. 
                16. Peristiwa Jalil mendengar suara Biah menangis kerana dipukul dan dipaksa kahwin oleh Pak Ngah Kadir dengan sepupunya dari kampung Paya Kerchut. Pembaca ingin tahu mengapa Pak Ngah Kadir bertindak sedemikian terhadap Biah anak perempuannya dan bagaimana nasib Biah seterusnya.
                17. Peristiwa Jalil, Tuk Mat ketua kampung dan sebilangan kecil penduduk kampung Bukit Nibung yang pada awalnya menghasut penduduk kampung dan menentang rancangan Syarikat Alam Hijau kepunyaan Jalil untuk mengambil dan membayar pampasan harga tanah penduduk kampung bagi membina Taman Tema Nibung Park. Pembaca ingin tahu bagaimana kesudahannya.
                18. Dan banyak lagi peristiwa seumpama ini yang terdapat dalam novel DLKP............ Sila rujuk teks asal/novel berkenaan.

                Sunday 23 October 2011

                Peristiwa teknik imbas muka dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Karya Ghazali Lateh )

                Teknik imbas muka bermaksud pengarang menggunakan mana-mana watak yang terdapat dalam cerita yang berangan-angan merancang untuk membuat/melaksanakan sesuatu pada masa hadapan/akan datang. Tujuan pengarang menggunakan teknik ini, antara lain ialah:
                1. Untuk memanjangkan cerita.
                2. Untuk menarik minat pembaca/supaya cerita lebih menarik dan berkesan.
                3. Untuk menjelaskan dan menegaskan sesuatu konsep/keadaan/suasana.
                4. Untuk mempelbagaikan variasi penceritaan.
                5. Untuk membezakan stail penulisan di kalangan penulis/pengarang.
                6. Untuk memberi ruang dan peluang kepada watak-watak berangan-angan dan merancang perkara-perkara yang hendak dibuat/dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang.
                Di antara peristiwa-peristiwa menggunakan teknik ini ialah:
                1. Jalil mengharapkan dia lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun ini seperti yang dijanjikan kepada arwah bapanya. Dan jika lulus, dialah merupakan orang pertama dalam keluarganya yang lulus dalam peperiksaan SPM.
                2. Jalil bertekad walau apapun  terjadi dia akan mempertahankan tanah arwah bapanya. Jika tanah tersebut telah terjual, dia akan berusaha untuk menebusnya kembali. Dia akan menempuh segala rintangan asalkan amanat arwah bapanya tertunai.
                3. Jalil ingin membuat perjanjian dengan Pak Amat dan bertekad akan berusaha mencari wang sebanyak RM 10 ribu untuk membayar kembali duit Pak Amat supaya tanahnya dapat balik.
                4. Jalil berterus terang memberi tahu kepada Pak Amat yang dia akan membayar balik tanah tersebut apabila dia mampu nanti.
                5. Jalil berangan-angan untuk memiliki gadis yang sebaik dan secantik Latifah.
                6. Pada minggu depan Jalil akan melakukan kerja-kerja mengubah benih padi seorang diri di tanah sawah yang seluas tiga relong. Tanah sawah itu perlu ditanamkan dengan padi.
                7. Mak Teh memberi tahu kepada Jalil pada hujung tahun ini Muhsin akan balik ke kampung untuk bersanding dengan hantaran belanja sebanyak RM3 ribu kepada pihak keluarga perempuan di daerah Yan.
                8. Dalam dua atau tiga minit lagi, Latifah yang membonceng basikal tua Jalil akan sampai ke sekolah. Jalil akan menurunkan Latifah agak jauh sedikit daripada pintu pagar sekolah kerana takut Latifah berasa malu dilihat orang menumpang basikal buruknya itu.
                9. Jalil bercadang untuk meminjam wang daripada Ah Bee untuk membayar yuran peperiksaan SPM. Jika Ah Bee memberinya pinjam wang, dia rasa pasti boleh membayarnya selepas peperiksaan nanti. Jalil akan bekerja untuk membayar wang hutang tersebut.
                10. Jalil bercadang untuk pergi ke kedai Ah Bee pada petang besok untuk meminjam wang dan pada lusanya dia akan menjelaskan bayaran peperiksaan SPM itu kepada gurunya.
                11. Jika gagal meminjam wang daripada Ah Bee, Jalil bertekad untuk menebalkan muka berjumpa dengan pengetua sekolah untuk memohon bantuan wang dari tabung kebajikan pelajar sekolahnya.
                12. Jalil merancang untuk berhenti sekolah jika dia gagal membayar yuran peperiksaan SPM  dan dia akan menumpukan seluruh perhatiannya terhadap sawah pusakanya itu.
                13. Jika tidak bersekolah, Jalil bercadang untuk mempelbagaikan tanaman di sawahnya pada musim kemarau dengan tanaman jagung atau sayur-sayuran.
                14. Dan banyak lagi peristiwa lain yang menggunakan teknik ini dalam novel DLKP.......... sila rujuk teks asal.

                Saturday 22 October 2011

                Peristiwa teknik imbas kembali dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Karya Ghazali Lateh )

                Teknik imbas kembali bermaksud pengarang/penulis menggunakan mana-mana watak yang terdapat dalam cerita teringat/terkenang kembali terhadap peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu/silam/lampau. Sama ada peristiwa-peristiwa tersebut berlaku ke atas dirinya sendiri atau pun ke atas orang/watak lain.

                      Tujuan penggunaan teknik plot ini, antara lain ialah:
                • Untuk memanjangkan cerita.
                • Untuk menarik minat pembaca/cerita lebih menarik.
                • Untuk memberi penegasan terhadap sesuatu konsep/keadaan/suasana.
                • Untuk mempelgaikan/memperkayakan  tenik penceritaan dalam karya.
                • Untuk membezakan stail penulisan seseorang pengarang/penulis.
                • Untuk memberi kesempatan kepada seseorang watak dalam cerita mengingati/mengenang semula peristiwa-peristiwa yang penah dilalui/dialami pada masa lampau/lalu/silam.
                     Di antara peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah:
                1. Jalil teringat saat-saat akhir hidup bapanya dua tahun yang lalu. Pada ketika itu Jalil memerlukan wang untuk membayar yuran peperiksaan SRP dan bapanya yang sedang tenat telah menunjukkan sesuatu pada kasau atap di atas alang rumah iaitu sekeping wang kertas RM50. Dengan wang itulah Jalil telah membayar yuran peperiksaan tersebut.
                2. Jalil teringat kembali sejarah hidupnya semenjak kecil yang tidak mengenal erti kesenangan. Semasa di sekolah rendah, jarang-jarang sekali dia membawa duit belanja. Dia akan membawa dua biji telur itik yang kemudian dijual kepada Ah Bee dengan harga 15 sen dan duit itulah sebagai belanja persekolahannya.
                3. Jalil teringat pada zaman kecilnya di kampung dia pandai membuat dan bermain gasing dengan rakan-rakan sekampung dan kawasan halaman rumahnya ialah tempat gelanggang bermain gasing.
                4. Jalil marah dan sedih terkenang peristiwa dia ditahan oleh Rosman dan rakan-rakannya di tengah jalan pada suatu petang sewaktu kembali dari membeli minyak tanah di kedai Ah Bee.
                5. Jalil teringat peristiwa pada suatu petang di persimpangan jalan dia berjumpa dengan Biah/Sabariah yang memberi tahu dia hamil.
                6. Jalil teringat sewaktu dia di tingkatan dua, ayahnya Pak Teh telah menjual setengah ekar tanah darat kepada Pak Cik Jid dengan harga RM1,200 untuk menunaikan permintaan Mak Teh yang hendak membeli motosikal kepada Muhsin.
                7. Jalil teringat peristiwa yang memalukan keluarganya, iaitu Ah Bee datang mengadu yang Muhsin memecah masuk ke kedainya pada suatu malam yang dilihat oleh orang kampung. Banyak barang dalam kedainya hilang diambil oleh Muhsin.
                8. Jalil teringat peristiwa Tauke Ah Bee pernah membantunya dengan memberi pinjaman wang kepadanya.
                9. Ah Bee teringat pesanan mendiang ayahnya Ah Yau supaya berbaik-baik dengan keluarga Pak Teh kerana arwah Pak Teh pernah menyelamatkan mendiang ayahnya sewaktu darurat dahulu.
                10. Jalil terkenang akan keseronokan pada musim menuai padi betapa indah pemandangan kampung di antara lembah Bukit Nibung dengan Bukit Jenun.
                11. Sewaktu di gerai lukisan abang Joe di pasar seni, ketika abang Joe menyuruhnya melukis wajah seorang gadis yang berkunjung ke gerainya, Jalil teringat wajah Latifah yang pernah dilukisnya tanpa pengetahuan gadis tersebut.
                12. Di tempat yang sama, Jalil juga teringat wajah Hasnah dan Fauziah iaitu kakak Latifah yang pernah dilukisnya dan ditampalkan di dinding rumahnya.
                13. Dan banyak lagi peristiwa lain ....... sila rujuk teks asal novel DLKP.

                Thursday 20 October 2011

                Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                Hubungan manusia dengan manusia:
                1. Hubungan anak dengan bapa/ibu: Muhsin/Fatimah/Jalil anak kepada Mak Teh/arwah Pak Teh dll.
                2. Hubungan adik-beradik: Muhsin, Fatimah dan Jalil ialah adik-beradik dll.
                3. Hubungan persahabatan: Arwah Mat Tohid kawan rapat Jalil dll.
                4. Hubungan abang angkat: Jalil menganggap Joe ialah abang angkatnya.
                5. Hubungan jiran sekampung: Jalil/Mak Teh berjiran dengan Pak Lang Ali/Pak Ngah Kadir dll.
                6. Hubungan guru dengan murid: Mr. Goh ialah guru Bahasa Inggeris Jalil di tingkatan 5 Sains dll.
                7. Hubungan pemimpin dengan anak buah: Tok Mat ketua kampung Bukit Nibung dengan anak buahnya.
                8. Hubungan pelanggan dengan pekedai: Jalil pelanggan kedai Ah Bee/Mamak Hameed dll.
                9. Hubungan pegawai bawahan dengan majikan: Latifah pegawai akaun Syarikat Alam Hijau kepunyaaan Jalil ( Jalil/Joe sebagai ketuanya ).
                10. Hubungan cinta sesama insan: Muhsin bercinta dengan Sabariah/Biah atau Jalil bercinta dengan Latifah dll.
                Hubungan manusia dengan alam
                1. Manusia dengan kampung halaman:Jalil/Latifah tinggal di kampung Bukit Nibung.
                2. Manusia dengan sawah bendang: Jalil/arwah Pak Teh bekerja di bendang sawah.
                3. Manusia dengan sekolah: Jalil/Latifah bersekolah di SMK. Guar Cempedak.
                4. Manusia dengan binatang: Jalil sayang kepada kerbau jantannya si awang.
                5. Manusia dengan surau/masjid: Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau.
                6. Manusia dengan kebun: Mak Teh/Sabariah mengambil upah menoreh di kebun getah.
                7. Manusia dengan bandar/kota: Muhsin/Jalil berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.
                8. Manusia dengan pejabat/kementerian: Jalil pergi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mengambil data membuat kertas kerja projek gunting rambut seluruh negara.
                9. Hubungan manusia dengan kedai: Jalil selalu pergi ke kedai Ah Bee untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
                10. Hubungan manusia dengan kenderaan/pengangkutan: Jalil menaiki kereta api malam dari Guar Cempedak ke Kuala Lumpur/Mat Teh menaiki bas dari Guar Cempedak ke Kuala Lumpur.

                Wednesday 19 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 20 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil berkunjung ke rumah ibunya ( Mak Teh ) di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
                2. Ibunya senantiasa memujuk Jalil supaya berpindah ke kampung Banggol Lalang, tetapi Jalil tetap menolaknya kerana cinta kepada kampung asalnya Bukit Nibung.
                3. Jalil sudah selesai menduduki peperiksaan SPM.
                4. Jalil sedar bahawa pelajaran sangat penting untuk menebus maruah hidupnya.
                5. Jalil berjanji pada dirinya untuk menebus kembali tanah arwah bapanya yang telah dijual gadai oleh ibunya ( Mak Teh ) kepada Pak Amat di Gurun dengan harga RM10 ribu.
                6. Jalil pergi bertemu dengan Ah Bee di kedainya di Pekan Jenun.
                7. Jalil memberi tahu kepada Ah Bee yang dia akan pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.
                8. Jalil memajak/menggadaikan padinya yang seluas 4 relong kepada Ah Bee dengan harga RM400.
                9. Latifah datang ke dangau Jalil untuk meminjam kertas soalan peperiksaan SPM yang disuruh oleh kakaknya Hasnah.
                10. Jalil memberi tahu kepada Latifah yang dia akan pergi ke Kuala Lumpur meninggalkan kampung Bukit Nibung.
                11. Latifah sangat terkejut dengan pemberitahuan dan keputusan Jalil tersebut.
                Latar masa: pagi, petang, malam
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, rumah ibunya di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak, di dangau Jalil, di kedai Ah Bee, Pekan Jenun, lembah di antara Bukit Nibung dengan Bukit Jenun
                Catatan:
                Untuk perhatian para pembaca: Urutan peristiwa-peristiwa  penting  Bab 21-36 saya tangguhkan buat sementara waktu kerana akan diisi dengan ulasan tajuk-tajuk penting lainnya. Urutan peristiwa-peristiwa berdasarkan bab, saya akan sambung semula selepas daripada ini. Diharap jangan lepaskan peluang untuk mengikuti dan menghayatinya.

                Tuesday 18 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 19 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke negara Kanada.
                2. Jalil pernah mendapat peluang tawaran belajar di SM Teknik selepas lulus dengan cemerlang dalam PMR.
                3. Jalil bermasalah kewangan untuk membayar yuran peperiksaan SPM.
                4. Latifah datang ke dangau Jalil dengan membawa wang kiriman ayahnya ( Pak Lang Ali ) untuk diberi kepada Jalil bagi membayar yuran peperiksaan SPM.
                5. Jalil membayar yuran peperiksaan SPM kepada Cikgu Rozi.
                6. Jalil amat menghargai setiap pemberian Latifah kepadanya.
                Latar masa: petang, pagi
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, di dangau Jalil, di bawah pokok kelapa dara, di kebun getah, di SMK. Guar Cempedak

                Monday 17 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 18 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Latifah tertinggal bas untuk pergi ke sekolah.
                2. Latifah menumpang Jalil membonceng basikal ke sekolah.
                3. Latifah mula tertarik kepada Jalil.
                4. Jalil membayangkan betapa indah jika Latifah sentiasa ada di sampingnya.
                Latar masa: tengah hari, jam 7.00 pagi lebih
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, di rumah Pak Lang Ali, di tepi jalan, pekan Bukit Jenun, Sungai Baru, kampung Tok Kau, Guar Cempedak, pintu pagar SMK. Guar Cempedak

                Sunday 16 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 17 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil pergi berkunjung ke rumah ibunya di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
                2. Mak Teh telah menyebabkan tanah darat seluas setengah ekar di sebelah rumah mereka telah tergadai kepada Pak Cik Jid dengan harga RM1,200.00.
                3. Jalil bertanya kepada ibunya kos rumah yang dibina di atas tanah menantu Pak Long Ayob.
                4. Mak Teh memberi tahu kepada Jalil yang dia telah meminang gadis dari daerah Yan untuk isteri Muhsin.
                5. Muhsin telah ditangkap basah dengan seorang gadis di Kuala Lumpur.
                6. Muhsin telah dipaksa bernikah oleh keluarga gadis yang ditangkap basah.
                7. Wang hantaran peminangan sebanyak RM2 ribu dan belanja sebanyak RM3 ribu dengan gadis daerah Yan hangus kerana perbuatan lelaki, iaitu Muhsin yang kena tangkap basah dan dipaksa bernikah.
                8. Mak Teh terpaksa pergi ke tempat Muhsin di Kuala Lumpur.
                Latar masa: petang, hampir tengah malam
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, kampung Banggol Lalang, Pejabat Tanah Pendang, Yan, Kuala Lumpur, kedai Ah Bee

                Sebab-sebab Jalil menolak ajakan Mat Tohid pergi memancing di sungai ( Novel DLKP, Ghazali Lateh )

                1. Jalil mempunyai banyak kerja yang hendak dibuat.
                2. Jalil nak kena turun ke sawah bendangnya.
                3. Banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikannya.
                4. Terpaksa menumpukan kepada pelajaran kerana pada hujung tahun ini dia akan mengambil peperiksaan SPM.

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 16 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Kawan-kawan Jalil di kampung Bukit Nibung telah memulaukannya.
                2. Mat Tohid ( kawan rapatnya ) datang ke dangau Jalil untuk menganjaknya pergi memancing ikan.
                3. Jalil teringat kembali kisah punca penyakit sawan Mat Tohid ( Hal. 128 - 129 ).
                4. Jalil menyatakan pendirian hidupnya kepada Mat Tohid ( Hal. 130 )
                5. Jalil menolak ajakan Mat Tohid untuk pergi memancing ikan.
                6. Jalil terdengar ketukan kentung di surau.
                7. Jalil pergi ke surau untuk mengetahui siapa yang mati.
                8. Mat Tohid mati kerana terjatuh ke dalam sungai dekat maghrib.
                9. Jalil pergi ke rumah Ngah Berahim untuk menziarahi jenazah Mat Tohid ( anaknya ).
                10. Jalil sempat menatap wajah Mat Tohid buat kali terakhir.
                11. Jalil ikut sama pergi ke kubur Mat Tohid.
                Latar masa: petang, selepas maghrib, malam
                Latar tempat: di dangau Jalil, kampung Bukit Nibung, di surau, di sungai, di rumah Ngah Berahim, di kubur, di rumah Tok Man Kering, di kebun getah, di depan rumah Pak Lang Ali

                Saturday 15 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 15 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Majlis kenduri kahwin Biah/Sabariah di rumah Pak Ngah Kadir.
                2. Pertama kali Jalil tidak dijemput ke majlis kenduri kahwin di kampungnya sendiri.
                3. Jalil tidak dapat menikmati keseronokan majlis kenduri kahwin pada kali ini.
                4. Jalil tersisih daripada amalan budaya hidup masyarakat kampungnya sendiri.
                5. Jalil hanya berdiam diri dalam dangaunya pada sepanjang hari kenduri kahwin Biah/Sabariah.
                6. Latifah datang ke dangau Jalil dengan membawa nasi minyak kenduri kahwin Biah yang disuruh oleh Biah.
                7. Jalil menolak nasi minyak yang dibawa Latifah kepadanya kerana menjaga maruah diri.
                8. Jalil membaca surat daripada Biah yang dikirim kepadanya  melalui Latifah ( Lihat hal. 124 ).
                Latara masa: pagi, tengah hari, petang
                Latar tempat: rumah Pak Ngah Kadir, dangau Jalil, kampung Bukit Nibung

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 14 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil pergi ke kedai Ah Bee untuk membeli minyak tanah.
                2. Dalam perjalanan pulang, Jalil disekat oleh Rosman ( sepupu Kudin ) dan rakan-rakannya.
                3. Rosman merampas botol minyak tanah Jalil.
                4. Jalil mempertahankan diri dengan menyerang Rosman dan rakan-rakannya.
                5. Latifah datang ke dangau Jalil dengan membawa minyak tanah.
                6. Pak Lang Ali balik dari mesyuarat mengenai Jalil di rumah ketua kampung.
                7. Pak Lang Ali bertanya Latifah yang selalu berjumpa dengan Jalil.
                8. Pak Lang Ali melarang anak-anaknya pergi ke dangau Jalil.
                Latar masa: petang dan malam
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, kedai Ah Bee di pekan Bukit Jenun, di tengah jalan, di dangau Jalil, di rumah tok ketua, rumah Pak Lang Ali dan rumah mak Cik Nab

                Friday 14 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 13 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil pergi ke pekan Bukit Jenun.
                2. Dalam perjalanan, di tengah jalan Jalil bertemu dengan Biah/Sabariah.
                3. Biah memberi tahu kepada Jalil yang dia telah hamil.
                4. Biah menyatakan kepada Jalil yang Muhsin ( abangnya ) tidak bersalah.
                5. Biah memberi tahu yang dia sudah hamil sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.
                6. Biah memberi tahu yang kehamilannya bukan kerana Muhsin tetapi kerana ayahnya sendiri.
                7. Pak Ngah Kadir memukul Biah dan memaksanya berkahwin.
                Latar masa: petang, senja
                Latar tempat: kampung Bukit Nibung, Pekan Bukit Jenun, di tengah jalan, rumah sewa Muhsin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kedai kopi Seng Huat, kedai Ah Bee, kedai Mamak Hameed, rumah Pak Ngah Kadir, di telaga

                Thursday 13 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 12 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil tidak dapat menikmati keseronokan zaman remaja seperti kawan-kawan lain.
                2. Jalil dipulau oleh penduduk kampung Bukit Nibung.
                3. 0rang-orang kampung tidak mahu melihat Jalil berada di kampung Bukit Nibung lagi.
                4. Jalil teringat peristiwa-peristiwa silam sewaktu arwah Pak Teh masih hidup.
                5. Jalil merasakan kematian arwah ayahnya satu kehilangan besar.
                6. Jalil pandai membuat pelbagai jenis wau dan gasing.
                7. Jalil terpijak serpihan kaca di tapak semaian dan kakinya luka/berdarah.
                8. Jalil menebat luka di kakinya secara rawatan tradisional iaitu dengan menempel gula dicampur dengan kopi.
                9. Latifah datang ke dangau Jalil dan tolong membalut luka kakinya.
                10. Jalil tidak turun ke sawah beberapa hari kerana kakinya luka.
                11. Selepas luka kakinya sembuh, Jalil turun semula ke sawah bendang dengan memakai kasut sekolah.
                Latar masa: pagi dan petang
                Latar tempat: tapak semaian/sawah bendang, dangau Jalil, Pekan Jenun, Bukit Nibung, Bukit Jenun

                Monday 10 October 2011

                Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 11 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                1. Jalil pergi ke surau pada waktu malam untuk melihat apa yang berlaku.
                2. Pak Lang Ali, Tok Mat Ketua, Ustaz Haji Megat dan Pak Ngah Kadir sedang bermesyuarat/berbincang di surau.
                3. Mereka bermesyuarat mengenai Jalil.
                4. Keputusan mesyuarat tunggu sehingga bulan November selepas Jalil tamat peperiksaan SPM.
                5. Ustaz Haji Megat membela Jalil.
                6. Jalil balik dan duduk di atas pangkin.
                7. Pak Ngah Kadir menyuluh dangau Jalil dalam perjalanan balik dari surau.
                8. Jalil bersembunyi di sebalik pokok kelapa dara pada malam tersebut.
                Latar masa: malam
                Latar tempat: di surau kampung Bukit Nibung, di pangkin hadapan dangau Jalil

                  Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 10 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                  1. Jalil bersiap-siap untuk pergi ke sawah bendang.
                  2. Jalil teringat yang dia pernah menolak basikal ke sekolah pada jam 3.00 pagi kerana ketiadaan jam.
                  3. Jalil risau mengenai anak-anak benih padinya.
                  4. Mak Teh tinggal di rumah Pak Long Ayob di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak untuk sementara waktu.
                  5. Jalil membersihkan petak sawah dengan tajak.
                  6. Jalil teringat akan pesanan arwah ayahnya ( Pak Teh ).
                  7. Jalil sangat sayang kepada kerbau jantannya si awang.
                  8. Jalil terjaga dari tidur pada tengah malam kerana pondoknya ranap dirosakkan oleh kerbau jantannya si awang.
                  9. Jalil membina pondok untuk kerbau jantannya si awang daripada batang buluh dan rumbia.
                  Latar masa: petang, senja, jam 11.00 malam, jam tiga pagi, pagi
                  Latar tempat: di pondok Jalil, di petak sawah, sekolah, rumah Pak Long Ayob, kampung Banggol Lalang, kampung Bukit Nibung, Guar Cempedak

                    Sunday 9 October 2011

                    Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 9 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                    1. Jalil termenung di atas pangkin memikirkan nasib malangya.
                    2. Latifah datang menemui Jalil di pangkin tapak rumahnya dan memberi tahu harga tanah yang dibeli oleh Pak Amat daripada Mak Teh ( ibu Jalil ) ialah sebanyak RM5 ribu.
                    3. Jalil rasa terharu dan malu dengan kehadiran Latifah ke bekas tapak rumahnya.
                    4. Pada malamnya Jalil tidak dapat melelapkan mata.
                    5. Jalil berangan-angan untuk memiliki gadis secantik Latifah.
                    6. Jalil membawa si awang ( kerbau jantannya ) ke sawah bendang.
                    7. Jalil pergi ke sekolah dengan basikal buruk.
                    8. Jalil balik dari sekolah dan tiba di dangaunya pada jam 3.00 petang.
                    9. Latifah menghantar nasi lauk kari ikan haruan kepada Jalil dan meninggalkan nota di dangaunya.
                    10. Jalil memakan nasi yang ditinggalkan Latifah dengan perasaan sedih dan menangis.
                    Latar masa: pagi ( fajar pagi, 6.30, 7.30 ), petang ( jam 3.00 ), senja, malam
                    Latar tempat: kampung Bukit Nibung, di pangkin tapak rumah Jalil, di sekolah, Sungai Baru, kebun getah, Banggol Lalang, Guar Cempedak, di perdu kelapa dara

                      Saturday 8 October 2011

                      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 8 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                      1. Pak Teh ( arwah ayah Jalil ), yang berasal dari Besut, Terengganu telah pergi ke negeri Kedah sejak kecil dengan berjalan kaki.
                      2. Selepas musim  menuai padi di Kedah, Pak Teh tak balik ke Besut, Terengganu, tetapi membuka petak sawah di kaki Bukit Nibung.
                      3. Pak Teh berkahwin dengan Mak Teh yang berasal dari kampung Tempoyak, Kedah.
                      4. Ah Tong yang memajak tanah orang kaya dari Sungai Petani telah mengubah batu sempadan tanah sehingga termakan tanah arwah Pak Teh.
                      5. Pak Teh mengejar dengan parang Ah Tong yang menceroboh tanahnya.
                      6. Ah Yau memberi nasihat kepada Pak Teh supaya bersabar.
                      7. Pak Teh telah pernah beberapa kali pergi  ke pejabat Tanah Pendang untuk memohon geran tanah tetapi tidak berjaya.
                      8. Pak Teh menunggu geran tanah berbelas-belas tahun lamanya, tetapi tidak berjaya.
                      9. Pak Teh berpesan kepada Jalil supaya meneruskan usaha untuk mendapatkan geran/hak milik tanah tersebut di kampung Bukit Nibung.
                      10. Pak Teh telah meninggal dunia ketika Jalil berusia 16 tahun ( Tingkatan 3 ). Pak Teh tak sempat mendapat geran tanah yang diusahakannya.
                      Latar masa: siang hari
                      Latar tempat: Besut Terengganu, Siam, di kaki Bukit Nibung, Kedah, sawah bendang, Pejabat Tanah Pendang, kampung Tempoyak
                      Catatan: Kesemua peristiwa disampaikan dalam bentuk teknik imbas kembali melalui watak Jalil.

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 7 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Jalil pergi ke rumah Pak Amat ( sepupu Pak Lang Ali ) di Gurun.
                        2. Pak Amat memberi tahu kepada Jalil yang tanah arwah ayahnya seluas 5 relong itu telah dibeli melalui Pak Alang Ali yang dijual oleh ibunya dengan harga RM10 ribu.
                        3. Jalil berjanji secara lisan dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah tersebut dalam masa di antara 5 hingga 10 tahun.
                        4. Jalil memohon simpati daripada Pak Amat untuk tinggal sementara di tanah jual janji tersebut dan Pak Amat bersetuju.
                        Latar masa:  petang
                        Latar tempat: rumah Pak Amat di Gurun, di pondok Jalil, kampung Bukit Nibung, di sekitar sawah bendang

                        Thursday 6 October 2011

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 6 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Jalil membina dangau di bekas tapak rumahnya yang telah dirobohkan ibunya.
                        2. Jalil pergi ke sekolah dengan menggunakan basikal tua peninggalan arwah ayahnya.
                        3. Jalil turun ke bendang sawah.
                        4. Haji Saad memberi tahu kepada Jalil bahawa tanah sawah arwah ayahnya telah dijualkan oleh ibunya kepada sepupu Pak Lang Ali di Gurun.
                        5. Jalil pergi ke rumah Pak Lang Ali untuk mendapatkan maklumat pembeli tanah sawah arwah ayahnya.
                        6. Pak Lang Ali memberi tahu kepada Jalil pembeli tanah tersebut ialah sepupunya Pak Amat yang tinggal di Gurun.
                        7. Jalil bertekad untuk menebus kembali tanah arwah ayahnya yang telah dijualkan oleh ibunya kepada Pak Amat tersebut.
                        8. Jalil bertegas dan membuat keputusan untuk tetap tinggal di dangaunya di kampung Bukit Nibung walaupun seorang diri.
                        9. Jalil bertekad untuk meneruskan perjuangan hidupnya bagi menunaikan wasiat arwah ayahnya/Pak Teh.
                        Latar masa:  pagi, petang, malam, sudah lebih tahun.
                        Latar tempat: sekolah, dangau Jalil, kampung Bukit Nibung, Gurun, bendang sawah, rumah Pak Lang Ali, pekan Bukit Jenun, kebun getah arwah Pak Teh di kampung Pokok Tai Lama.

                        Kursus Sehari Guru-Guru Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM Negeri Kelantan 2011

                        Guru-Guru KM ( Peserta kursus, 2011 )
                        Kursus Sehari Guru-Guru dan Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM peringkat negeri Kelantan anjuran Unit Bahasa  Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah diadakan pada 3 Obtober, 2011 ( Isnin ) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan, JPN, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Peserta kursus sepatutnya terdiri daripada seramai 102 orang guru berdasarkan jumlah sekolah di negeri Kelantan yang menawarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Elektif peringkat SPM, tetapi yang hadir cuma seramai 82 orang. Ini mungkin disebabkan masalah teknikal, iaitu surat yang dihantar oleh pihak PPD yang diamanahkan oleh Unit Bahasa, JPN, Kelantan tidak sampai kepada sekolah-sekolah yang guru tidak hadir pada hari tersebut, iaitu seramai 20 orang lagi. Walau bagaimana pun, kursus telah berjalan dengan lancar bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 2.00 petang seperti dalam aturcara yang telah ditetapkan.
                        Pendaftaran Peserta Kursus
                               Aturcara kursus bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 - 8.30 pagi, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail ( Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN, Kelantan ). Taklimat peranan panitia dan tanggung jawab guru-guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah oleh Encik Mohd. Hasany Bin Hashim ( KPP, Unit Bahasa, JPN, Kelantan ). Taklimat format soalan peperiksaan SPM berdasarkan teks sastera baharu dan pengajaran berkesan di kelas berdasarkan teks tersebut, disampaikan oleh Drs. Ab. Aziz Bin Haji Omar ( GC Sastera ) dari SMK. Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan. Sesi soal jawab dengan peserta dikendalikan oleh Cikgu Tuan Haji Mustaffa Bin Ibrahim, dari SMK. Pak Badul, Melor, Kota Bharu, Kelantan.
                        Tuan Haji Jaafar Bin Ismail ( KSPA, JPN, Kel. )
                                Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Jaafar Bin Ismail ( KSPA, JPN, Kelantan ). Dalam ucapan, beliau memetik pendapat Za'aba yang mengatakan bahawa bahasa ialah alat untuk menyampaikan apa yang dia baca dan fahami kepada masyarakat. Beliau menegaskan bahasa dan sastera mempunyai hubungan yang paling rapat kerana bahasa ialah media sastera. Bahasa perlu didengari, difahami dan dihayati dengan baik.
                               Pengerusi/Ketua Panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah boleh diibaratkan sebagai CEO dalam sesebuah organisasi syarikat. Peranannya dapat membuat keputusan, menyelesaikan pelbagai masalah yang mencabar, mampu menganalisis item/isu, berfikir secara kolaberasi dan positif. Dalam transformasi pendidikan selaras dengan transformasi kerajaan dan matlamat pendidkan kebangsaan, banyak perubahan yang telah berlaku. NKRA dan KPI merupakan salah satu unsur teras dalam sistem pendidkan kebangsaan pada hari ini. Di antara beberapa dasar pelajaran dalam transformasi yang diperkenalkan seperti LINUS, MBMMBI, JQAF, PKBS, SAPS, dasar mata pelajaran Sejarah dan sebagainya. Masalah besar yang dihadapi di kalangan pelajar pada hari ini ialah, pelajar lebih menguasai data dalam bentuk angka daripada menguasai bahasa. Keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2010 di negeri Kelantan, terdapat seramai 178 orang calon yang mendapat semua A dalam mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, pencapaian dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008 ( 67.0% ), tahun 2009 ( 77.3% ) dan tahun 2010 juga 70% lebih, iaitu mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan dua tahun secara berturut. Beliau juga sempat memperkenalkan konsep agar guru-guru melatih pelajar dapat menjawab dengan " betul-betul betul". Dan sebagai penutup ucapan, beliau telah memberi tahu kepada peserta laporan kualiti pendidikan UNESCO, PBB tahun 2010. Ada empat perkara teras yang dapat mempengaruhi seseorang pelajar, iaitu ciri-ciri murid, keadaan masyarakat, kemudahan asas dan piawaian daerah/negeri/negara sesuai dengan kehendak sesebuah negara.
                        Encik Mohd. Hasany Bin Hashim  ( KPP Bahasa, JPN, Kel. )
                               Encik Mohd. Hasany Bin Hashim ( KPP, Unit Bahasa, JPN, Kelantan ) sewaktu menyampaikan taklimatnya memaklumkan bahawa kursus yang diadakan pada hari ini merupakan sebahagian daripada aktiviti MBMMBI peringkat JPN, negeri Kelantan. Peruntukan kursus diambil daripada peruntukan MBMMBI dan boleh digunakan kerana panitia/mata pelajaran Kesusasteraan Melayu berada di bawah Unit Bahasa, di JPN. Beliau meminta ketua-ketua panitia dapat berfungsi dengan baik di sekolah. Guru-guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diharap dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas. Beliau telah membentangkan dan menghuraikan secara terperinci pencapaian mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam PKBS Dua 2011 dan peperiksaan SPM tahun 2010. Beliau telah membandingkan kedua-dua pencapaian tersebut berdasarkan sekolah-sekolah dalam PPD.
                        Modul Set Soalan SPM 2011-2012 KM
                                Beliau menambah, ke arah untuk meningkatkan lagi pencapaian mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011 di peringkat JPN, Kelantan, terutama dari segi pencapaian kualiti, iaitu A. Beberapa usaha dan strategi telah dilakukan. Di antaranya telah mengadakan kursus penggunaan teks baharu sastera kepada guru-guru sastera negeri Kelantan pada awal bulan Januari, 2011. Mesyuarat guru-guru sastera bagi memurnikan bahan sastera elektif SPM yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian pelajaran Malaysia. Menubuhkan Majlis  Kesusasteraan Melayu Negeri Kelantan di peringkat Jawatan Kuasa Penaja Sementara pada bulan Julai, 2011. Melalui Jawatankuasa Penaja Sementara ini telah berjaya menghasilkan Modul Mutakhir SPM 2011-2012 Kesusasteraan Melayu. Modul ini mengandungi lima set soalan latihan yang lengkap dengan skema jawapannya sekali. Modul set soalan dan skema jawapan ini telah dicetak oleh Syarikat Marshall Cavendish (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Syarikat SUKSES KB Educational Supplies Sdn. Bhd. Setakat hari ini sebanyak 82 buah sekolah di negeri Kelantan telah membuat tempahan. Sebanyak 3,500 naskah telah ditempah oleh guru-guru mata pelajaran Keusasteraan Melayu untuk kegunaan pelajar mereka. Tempahan sama ada melalui panitia mata pelajaran atau pun melalui individu pelajar. Pemasaran modul ini, tumpuannya diutamakan di negeri Kelantan. Tetapi jika negeri-negeri lain di Malasia yang berhajat untuk memilki modul ini bagi kegunaan sekolah atau pelajar mereka, tempahan boleh dibuat melalui Unit Bahasa, JPN, Negeri Kelantan ( Up: Encik Mohd. Hasany Bin Hashim, Hp: 0199107269 ). Harga senaskah RM5.00.
                               Beliau cukup bangga dan berpuas hati dengan semangat serta komitmen yang tinggi di kalangan guru-guru sastera di negeri Kelantan pada masa ini. Untuk itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada Jawatankuasa Penaja Majlis Kesusasteraan Melayu Negeri Kelantan yang telah bekerja kuat sehingga berjaya menghasilkan produk modul set soalan dan skema jawapan yang julung-julung kalinya dibuat di peringkat negeri.
                        Drs. Ab. Aziz Bin Haji Omar ( GC Sastera SMK SI 1 )
                               Drs. Ab. Aziz Bin Haji Omar ( GC Sastera ) telah membentangkan dan menghuraikan dengan panjang lebar berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas dan kaitannya dengan penggunaan teks sastera elektif baharu tingkatan 4 dan 5. Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan guru untuk menarik minat para pelajar taksub terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Guru-guru KM disarankan mengambil inisiatif mengguna pakai pelbagai bahan dan alat bantu mengajar yang terkini seperti dengan mengakses sumber dari internet, blog, portal dan sebagainya sesuai dengan perubahan dan tuntutan semasa. Walau pun kita kurang bernasib baik kerana terpaksa berhadapan dengan kumpulan pelajar lembam atau lemah, guru-guru mestilah sentiasa bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Mesti ada visi,misi dan perancangan yang profesional selaras dengan visi dan misi sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau  juga sempat mendedahkan format soalan peperiksaan SPM dan hubungkait dengan teks sastera baharu serta tajuk-tajuk penting yang perlu diberi tumpuan dan perhatian yang lebih oleh guru-guru sastera. 
                                 Sesi soal jawab dengan peserta telah dikendalikan dengan baik oleh Tuan Haji Mustaffa Bin Ibrahim. Segala permasalahan, kekeliruan dan ketidakpastian yang dibangkitkan oleh para peserta telah dapat dijelaskan oleh Tuan Haji Mustaffa dengan memuaskan. Banyak juga soalan dan isu yang dikemukakan oleh para peserta kursus. Semua soalan yang diajukan oleh para peserta telah dapat dijawab dengan baik.  Para peserta nampaknya amat berpuas hati. Adanya pelbagai soalan yang ditimbulkan oleh para peserta, menunjukkan kursus pada hari itu dianggap hidup dan berkesan serta mencapai objektif.

                        Sekian terima kasih.

                        Laporan disediakan oleh,

                        DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR
                        Pengerusi Jawatankuasa Penaja,
                        Majlis Panitia Kesusasteraan Melayu Negeri Kelantan, 2011.

                        Tarikh: 6 Oktober, 2011.

                        Wednesday 5 October 2011

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 5 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Jalil tidur di reban ayam pada malam hujan lebat.
                        2. Jalil tidak pergi ke sekolah kerana bajunya basah.
                        3. Jalil pergi ke kampung Guar Cempedak bertemu ibunya untuk bertanya siapa yang telah merobohkan rumah pesaka arwah bapanya itu.
                        4. Mak Teh/ibunya memberi tahu kepada Jalil yang dia akan mendirikan rumah di kampung Banggol Lalang, iaitu di atas tanah menantu Pak Long Ayob.
                        5. Ibunya memberi tahu kepada Jalil bahawa tanah sawah dan tanah kampung pesaka arwah ayahnya telah pun dijual.
                        6. Jalil amat terkejut dan kecewa dengan pemberitahuan/maklumat tersebut.
                        Latar masa: malam, dinihari, pagi,
                        Latar tempat: kampung Bukit Nibung, reban ayam, kampung Guar Cempedak, kampung Banggol Lalang, Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, Tanjung Setul, negeri Sarawak.
                        Catatan: pada ketika ini Jalil berusia 18 tahun.

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 4 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Mak Teh mengajak Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung ke kampung Guar Cempedak.
                        2. Mak Teh memberi tahu kepada Jalil yang dia akan menjual tanah tapak rumah/tanah pesaka arwah Pak Teh/ayahnya.
                        3. Jalil enggan/bertegas tidak mahu ikut ibunya berpindah ke kampung Guar Cempedak.
                        4. Mak Teh berpindah ke kampung Guar Cempedak dengan menumpang di rumah Pak Long Ayob dan meninggalkan Jalil bersendirian di kampung Bukit Nibung.
                        5. Balik dari sekolah Jalil terkejut, kecewa dan sedih melihat rumahnya sudah tiada kerana dirobohkan oleh ibunya/Mak Teh.
                        6. Jalil bermalam di bawah pokok kelapa dara di sisi bekas tapak rumahnya.
                        Latar masa: pagi, tengah hari, petang, malam, hari Isnin, hampir Maghrib.
                        Latar tempat: rumah Jalil/Mak Teh, kampung Bukit Nibung, kampung Guar Cempedak, di simpang jalan ke Bukit Jenun, kampung Titi Bom, Sungai Baru.

                        Sunday 2 October 2011

                        Sebab-sebab Mak Teh/Ibu Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        Di antara sebab-sebab Mak Teh/ibu Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dengan menumpang di rumah Pak Long Ayob dan kemudian membina rumah baru di tapak tanah menantu Pak Long Ayob ialah:
                        1. Mak Teh tidak dapat menahan malu kepada orang kampung akibat perbuatan Muhsin, anak kesayangannya itu.
                        2. Mak Teh berasa dia akan diboikot oleh orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
                        3. Mak Teh tidak sanggup berhadapan dengan orang-orang kampung.
                        4. Untuk menjaga keselamatan keluarga yang turut terancam.

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 3 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Biah/Sabariah disahkan berada bersama Muhsin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
                        2. Bomoh Tok Su Dollah memberitahu kepada Mak Teh bahawa Muhsin tidak terlibat melarikan Biah.
                        3. Jalil teringat peristiwa yang telah berlaku dua tahun sebelum ayahnya/Pak Teh meninggal dunia.
                        4. Jalil telah dimarahi oleh Miss Ong, guru mata pelajaran biologi di sekolahnya kerana prestasi mata pelajaran tersebut semakin merosot.
                        5. Jalil ditahan dan dipukul oleh tiga orang pemuda ( Rosman dan rakan-rakannya ) sehingga terjatuh di tengah jalan dalam perjalanan balik dari sekolah.
                        6. Jalil pergi ke sawah bendangnya.
                        7. Jalil menangis kerana terkenang peristiwa-peristiwa lampau.
                        8. Jalil berbincang dengan ibunya/Mak Teh mengenai hubungan Muhsin dengan Biah/Sabariah.
                        9. Pak Long Ayob dari kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak datang ke rumah Jalil/Mak Teh.
                        10. Mak Teh dan Pak Long Ayob pergi ke rumah Pak Ngah Kadir untuk berunding.
                        11. Pak Long Ayob dibelasah oleh Pak Ngah Kadir di rumahnya.
                        12. Mak Teh dan Jalil lari mengikut Pak Long Ayob ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
                        Latar masa: pagi, tengah hari, petang dan malam.
                        Latar tempat: di sekolah, di tengah jalan, di rumah Jalil, di sawah bendang, di rumah Pak Ngah Kadir, di rumah sewa Muhsin, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak, di kampung Bukit Nibung.

                        Saturday 1 October 2011

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan bab 2 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )


                        1. Majlis pertunangan Biah/Sabariah anak Pak Ngah Kadir dengan sepupunya berlangsung di rumah Pak Ngah Kadir. Mak Teh/ibu Jalil juga turut hadir.
                        2. Biah/Sabariah lari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Muhsin, iaitu abang Jalil.
                        3. Jalil pulang dari sekolah dan di tengah jalan dia bertemu dengan Kudin anak Pak Ngah Kadir ( abang Biah ). Kudin tidak menjawab teguran Jalil.
                        4. Jalil dimarahi ibunya yang bertanya mengenai hubungan Muhsin dengan Biah sehingga Biah melarikan diri ke Kuala Lumpur.
                        5. Mak Teh pergi berjumpa dengan bomoh Tok Su Dollah untuk menilik dan mengetahui sama ada benar atau tidak Muhsin yang membawa lari Biah ke Kuala Lumpur.
                        6. Jalil pergi ke sawah dengan membawa joran pancing ikan.
                        7. Jalil merasa risau dan kecewa dengan berita desas-desus masyarakat kampung yang mengatakan Muhsin membawa lari Biah ke Kuala Lumpur.
                        Latar masa: pagi, tengah hari dan petang.
                        Latar tempat: di estet getah, depan rumah Jalil, di bendang padi, rumah Pak Ngah Kadir/Biah, rumah Tok Su Dollah, Kuala Lumpur, di tengah jalan, dan di Banggol Basin.

                        Urutan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan bab 1 ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        1. Jalil masih berselimut dan tidak pergi ke sekolah kerana hari minggu.
                        2. Mak Teh ( ibunya ), sedang menyediakan pulut tanak kepada Jalil di dapur.
                        3. Jalil bangun dari tidur dan pergi mandi ke perigi.
                        4. Jalil bersarapan pagi dengan pulut tanak berlauk ikan haruan kering bakar.
                        5. Jalil bersiap-siap untuk pergi ke sawah.
                        6. Jalil mengheret si awang ( kerbau jantannya ) turun ke sawah.
                        7. Jalil berpegang pada prinsip hidup bahawa setiap masalah yang datang pasti akan berlalu juga apabila masanya berlalu. 
                        Latar masa: pagi
                        Latar tempat: di rumah Jalil/ibunya/Mak Teh, di bendang sawah padi, di kampung Bukit Nibung

                        Friday 30 September 2011

                        Kegigihan watak Jalil ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        Watak Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh merupakan seorang pemuda kampung yang gigih. Dengan kegigihan yang berterusan menghadapi pelbagai cabaran hidup, baik di kampung mahu pun di bandar itulah yang telah menempa beliau ke mercu puncak kejayaan. Berjaya sebagai usahawan dan jutawan muda kampung dengan memiliki Syarikat Alam Hijau yang  membangunkan projek Taman Tema Nibung Park dengan modal pelaburan sebanyak RM50 juta.
                               Di antara beberapa kegigihan watak Jalil yang dapat dikenalpasti dalam perut novel ini ialah:
                        1. Kegigihan menghadapi kemisikinan/kesusahan hidup di kampung: Jalil gigih mengharungi kehidupan yang miskin dan susah di kampung Bukit Nibung. Pergi ke sekolah tanpa membawa wang saku/Balik dari sekolah makan nasi dengan ikan tambang bakar/Jalil tidak mampu dari segi kewangan untuk membayar yuran peperiksaan SPM.
                        2. Kegigihan belajar: Jalil gigih belajar walau pun dalam keadaan serba kekurangan, tetapi dengan kegigihan itu, beliau berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya pula memasuki Universiti Putera Malaysia dalam bidang seni taman dan landskap.
                        3. Kegigihan bekerja: Jalil gigih bekerja di sawah bendang peninggalan arwah ayahnya di kampung Bukit Nibung untuk kelangsungan hidup/Jalil gigih bekerja sebagai pembantu pelukis bersama abang Joe di bandar Kuala Lumpur untuk mengumpul wang bagi membayar balik harga tanah arwah ayahnya yang telah dijual oleh ibunya kepada Pak Amat di Gurun.
                        4. Kegigihan menghadapi sikap ibunya: Jalil gigih dan sabar menghadapi sikap ibunya yang tidak begitu mengambil berat terhadap dirinya, tetapi lebih mengutamakan Muhsin, iaitu abangnya.
                        5. Kegigihan menghadapi ancaman Kudin dan rakan-rakannya di kampung: Jalil gigih, bersabar dan berani menghadapi karenah Kudin/Rosman dan rakan-rakannya yang selalu dendam/dengki/berniat jahat kepadanya.
                        6. Kegigihan menghadapi sikap orang kampung yang memulaukannya: Jalil gigih dan membuat tidak kisah terhadap orang kampung Bukit Nibung yang memulaukannya, termasuk ada gerakan untuk menghalaunya keluar dari kampung tumpah darahnya sendiri/Jalil tidak dijemput ke majlis kenduri Sabariah/Biah anak Pak Ngah Kadir di kampung.
                        7. Kegigihan menghadapi tuduhan/fitnah orang kampung terhadap keluarganya/Muhsin: Jalil gigih dan bersabar menghadapi tuduhan oleh Pak Kadir yang mengatakan Sabariah/anak gadisnya dibawa lari ke Kuala Lumpur oleh Muhsin, iaitu abangnya.
                        8. Kegigihan membuat kajian untuk kertas kerja : Jalil gigih membuat kajian dengan pergi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan untuk mendapat data lengkap bagi menyiapkan kertas kerja Projek Gunting Rambut Seluruh Negara.
                        9. Kegigihan menyediakan kertas kerja projek: Jalil gigih dan tekun menyediakan kertas kerja Projek Taman Tema Nibung Park yang akan dibangunkan  di kampung Bukit Nibung.
                        10. Kegigihan berusaha untuk mendapat balik tanah arwah ayahnya: Jalil gigih  melakukan berbagai usaha untuk mendapatkan balik tanah arwah ayahnya yang telah dijual oleh ibunya kepada Pak Amat seperti mengajak Pak Lang Ali pergi bersama ke rumah Pak Amat/berjanji dengan Pak Amat/bekerja di Kuala Lumpur dan sebagainya.
                        11. Kegigihan melaksanakan wasiat/pesanan arwah ayahnya: Jalil gigih melaksanakn wasiat/pesanan arwah ayahnya supaya menjaga dan mengusahakan tanah bendang dengan baik.
                        12. Kegigihan berhadapan dengan sebahagian penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun yang menentang projek Taman Tema Nibung Park: Jalil dengan gigih dan sabar berhadapan dengan Tuk Ketua Kampung Bukit Nibung dan Kudin yang pada awalnya tidak mahu menyerahkan tanah kepada Syarikat Alam Hijau untuk dibangunkan projek Taman Tema Nibung Park di kampung mereka.
                        13. Kegigihan menjaga dan memelihara si awang/kerbau jantan kesayangannya: Jalil gigih menjaga dan memilihara si awang kerbau jantannya dengan baik iaitu dengan mencerut rumput untuk makanan kerbaunya/Jalil gigih membawa kerbaunya ke Tanjung Setul untuk dijaga/dipelihara oleh Pak Samad.
                        14. Kegigihan memujuk Latifah bekerja dengan syarikatnya: Jalil gigih memujuk/merayu Latifah supaya menerima tawaran jawatan sebagai pegawai akaun di Syarikat Alam Hijau miliknya.
                        15. Kegigihan merantau: Jalil gigih merantau ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan kampung halaman, keluarga/ibunya, hartanya, sahabat handai, dan buah hati tercinta/Latifah semata-mata untuk mencari pekerjaan/wang ringgit.
                        16. Dan lain-lain kegigihan, sila rujuk teks/novel ......................................

                        Unsur-unsur agama Islam dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

                        Ghazali Lateh melalui novel Dari Lembah ke Puncak telah berjaya menerapkan unsur-unsur Islam secara berkesan. Penerapan unsur-unsur Islam ini telah disusun secara rapi melalui pelbagai teknik. Sama ada melalui dialog watak-watak, monolog, imbas kembali, aksi watak, dan gambaran secara langsung oleh pengarang.
                                Unsur Islam bermaksud segala hal-ehwal yang ada sangkut paut dengan keagamaan Islam yang maha suci.Unsur-unsur ini akan terserlah melalui pelbagai elemen, nama-nama tempat beribadat dalam Islam, nama-nama nabi atau malaikat, konsep dosa dan pahala, syurga, neraka. Nama-nama watak, gelaran, peristiwa-peristiwa kebesaran dalam Islam, nama bulan dan tahun. Ucapan-ucapan, perbuatan atau perlakuan watak, hukum hakam, amal ibadat dan sebagainya. 
                                Daripada kajian yang dibuat secara teliti berdasarkan novel ini, di bawah di senaraikan beberapa unsur Islam  dengan huraian contohnya sekali.
                        1. Ada berdoa: Jalil berdoa  semoga roh arwah ayahnya ditempatkan pada sisi orang-orang yang beriman sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya.
                        2. Membaca ayat-ayat suci al-Quran: Jalil membaca al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran kepada roh arwah bapanya di kubur.
                        3. Ada batu nisan: Jalil membeli dua batang batu nisan di kedai Mamak Hameed dan memasang di kubur arwah ayahnya.
                        4. Ada gelaran haji/ustaz: Ustaz Haji Megat/Haji Saad/Haji Lazim
                        5. Surau: Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau usang untuk menghalau Jalil keluar dari kampung Bukit Nibung.
                        6. Masjid: Jalil membina sebuah masjid baharu dalam kawasan Taman Tema Nibung Park menggantikan masjid lama di kampung Tanjung Setul.
                        7. Sembahyang berjemaah: Jalil sempat bersembahyang jemaah Maghrib di masjid Tanjung Setul sewaktu pulang ke kampung Bukit Nibung/kampung Banggol Lalang untuk memohon restu daripada ibunya.
                        8. Azan Maghrib: Jalil terdengar azan Maghrib berkumandang di masjid kecil  Tanjung Setul.
                        9. Ada mengucapkan salam/assalamualaikum: Jalil memberikan salam kepada ibunya sebaik tiba di muka pintu rumah ibunya di kampung Banggol Lalang/Jalil memberi salam kepada Pak Amat ketika tiba di rumahnya di Gurun/Arwah Mat Tohid memberi salam sebaik tiba di dangau Jalil.
                        10. Bersembahyang Jumaat: Sewaktu kecil Jalil pernah dibawa arwah bapanya dengan menaiki basikal tua bersembahyang Jumaat di masjid kampung Bukit Jenun.
                        11. Majlis moreh: Penduduk kampung pernah mengadakan majlis moreh dalam bulan puasa di surau kampung Buklit Nibung.
                        12. Sembahyang Isyak: Jalil bertanya pendapat ibunya pada suatu malam selepas sembahyang Isyak. 
                        13. Ada perkataan arwah: Arwah Pak Teh/arwah Mat Tohid.
                        14. Ada bulan Islam/Muharam: Penduduk kampung Bukit Nibung mengadakan majlis bubur asyura pada setiap tahun ketika tiba awal bulan Muharam.
                        15. Ada menyebut perkataan astaghfirullah: Latifah yang cemas melihat darah merah yang keluar dari tapak kaki Jalil telah mengucapkan "astaghfirullah".
                        16. Ada menyebut perkataan Ya Allah/nama Allah: Latifah yang terkejut melihat luka di tapak kaki Jalil yang agak teruk, telah  menyebut perkataan " Ya Allah ".
                        17. Ada menyebut perkataan Tuhan Yang Maha Berkuasa: Jalil mengatakan kepada  Mat Tohid hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sahaja dapat menunjukkan siapa yang betul dan bersalah.
                        18. Menziarahi jenazah/kematian orang Islam: Jalil pergi menziarahi jenazah arwah Mat Tohid di rumah bapanya Ngah Ibrahim.
                        19. Kubur orang Islam: Jalil berjalan seperti orang bodoh mengekori usungan jenazah arwah Mat Tohid ke kubur orang Islam.
                        20. Adanya bacaan talkin di kubur selepas jenazah dikebumikan: Jalil pulang ke rumahnya selepas tamat bacaan talkin di kubur arwah Mat Tohid.
                        21. Dan lain-lain unsur Islam, sila rujuk teks/novel..........................

                        Program Jalan-Jalan Cari Ilmu: Pelajar Sastera SMK. Putra, Jerteh, Terengganu

                        Pada hari Rabu, 28 September, 2011 yang lepas, seramai 35 orang pelajar tingkatan 5 aliran sastera dari SMK. Putra, Jerteh, Terengganu telah berkunjung ke SMK. Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan. Rombongan pelajar yang datang dengan bas persiaran sewa khas itu diiringi oleh 4 orang guru. Mereka diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Noor Bin Awang, guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sekolah tersebut.
                               Rombongan yang tiba di SMK. SI (1) pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh cikgu Drs. Ab. Aziz Haji Omar, iaitu guru cemerlang sastera di sekolah ini. Mereka terus dibawa ke bilik ICT sekolah dan diberikan ceramah pendedahan pembelajaran  berkesan serta format soalan peperiksaan SPM selama lebih kurang satu jam setengah. Para pelajar dan guru tersebut amat berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan oleh Drs. Ab. Aziz Haji Omar ( GC Sastera )  SMK. SI (1).
                                Katanya mereka akan datang sekali lagi jika ada ruang dan peluang. Program Jalan-Jalan Cari Ilmu ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu para pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Dan yang lebih penting ialah untuk meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM tahun 2011. Demikian kata-kata aluan balas oleh ketua rombongan Tuan Haji Mohd. Noor Bin Awang.
                                 Majlis ceramah tamat pada jam 10.40 pagi. Selepas minum pagi yang disediakan oleh cikgu Drs. Ab. Aziz Haji Omar secara peribadi, pada jam 11.00, mereka bertolak pula ke SMK. Dato' Biji Wangsa, Tumpat untuk mendapatkan satu lagi siri ceramah pendedahan pembelajaran berkesan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu daripada guru sastera di SMK. Dato' Biji Wangsa ( cikgu Mohd. Suki Harun ).
                                 Terima kasih dan selamat jalan kepada rombongan pelajar dan guru dari SMK. Putra, Jerteh, Terengganu kerana sudi hadir ke sekolah kami. Program Jalan-Jalan Cari Ilmu yang tuan/puan laksanakan ini adalah satu program yang amat menarik kerana dapat membantu para pelajar menambahkan pengetahuan, khususnya dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan tentu sekali program seperti ini boleh juga diikuti oleh sekolah-sekolah lain yang  berminat.

                        Thursday 29 September 2011

                        Kehadiran Latifah ke pondok/dangau Jalil ( Novel DLKP karya Ghazali Lateh )

                        Watak Latifah dalam novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh telah beberapa kali berkunjung ke pondok/dangau Jalil. Kehadiran Latifah ke situ dengan pelbagai tujuan. Di antara tujuan kedatangan tersebut ialah:
                        1. Latifah datang bertemu Jalil untuk memberi tahu harga sebenar tanah arwah ayahnya yang dijual oleh Mak Teh kepada Pak Amat melalui Pak Lang Ali ( ayahnya ) dengan harga RM5 ribu. Dan RM5 ribu lagi ialah sebagai keuntungan kepada ayahnya ( Masa petang )
                        2. Menghantar makanan/nasi berlauk kari ikan haruan semasa ketiadaan Jalil di pondoknya ( Masa tengah hari )
                        3. Datang tolong merawat/membalut luka di tapak kaki Jalil kerana terpijak serpihan kaca di tapak semaian padi/bendangnya angkara perbuatan jahat Kudin ( anak Pak Ngah Kadir )-Masa petang
                        4. Datang membawa minyak tanah untuk diberikan kepada Jalil ( Masa malam )
                        5. Latifah datang ke dangau Jalil menghantar nasi minyak kenduri kahwin Biah/Sabariah dan surat yang dikirim oleh Biah/Sabariah.
                        6. Datang untuk menyampaikan wang kiriman daripada ayahnya kepada Jalil untuk bayaran yuran peperiksaan SPM ( Masa petang )
                        7. Untuk mengambil soalan peperiksaan SPM daripada Jalil yang disuruh oleh Hasnah, iaitu kakaknya ( Masa petang ).
                        8. Latifah datang ke pondok Jalil pada petang Jalil membakar dangaunya dan mengucapkan selamat jalan kepada Jalil yang hendak pergi ke Kuala Lumpur pada malamnya dengan kereta api ( Masa petang ).

                        Faedah/kesan kepada penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun dengan pembinaan Projek Taman Tema Nibung Park ( Novel DLKP, karya Ghazali Lateh )

                        Daripada perancangan dan pembinaan Taman Tema Nibung Park yang diusahakan oleh Jalil melalui Syarikat Alam Hijau kepunyaannya dan setelah mendapat persetujuan daripada kesemua penduduk dari kedua-dua kampung bukit tersebut, faedah yang akan mereka perolehi ialah:
                        1. Penduduk akan mendapat bayaran pampasan daripada Syarikat Alam Hijau sebanyak RM100,000 bagi sehektar tanah.
                        2. Mereka akan diberikan percuma seunit apartmen di pinggir kawasan Taman Tema Nibung Park.
                        3. Penduduk yang ingin melaburkan modal dalam Syarikat Alam Hijau adalah dialu-alukan.
                        4. Penduduk kampung akan ditawarkan bekerja di pusat rekreasi bertaraf lima bintang tersebut.
                        5. Setelah seluruh projek Taman Tema itu siap, penduduk akan diberikan peluang untuk menikmati segala kemudahan rekreasi yang ada di situ.

                        Nilai-nilai murni yang ada pada watak Latifah ( NDLK karya Ghazali Lateh )

                        Tidak hairanlah kalau Jalil seorang jutawan dan usahawan Pemilik Syarikat Alam Hijau yang berjaya membangunkan projek Taman Tema Nibung Park memilih Latifah sebagai teman hidupnya. Pada Latifah segala-galanya ada. Sempurna pada keseluruhannya, baik dari segi fizikal mahu pun juga sasiah. Gadis kampung anak Pak Lang Ali yang pernah menjejakkan kaki selama tujuh tahun di University of Edinburgh, Scotland ini seorang yang berhemah tinggi dan banyak nilai murni yang patut menjadi contoh kepada para gadis masa kini. Di antara nilai-nilai murni yang terserlah ialah:

                        1. Kesetiaan
                            Latifah amat setia kepada Jalil, sanggup menunggunya sehingga menolak untuk berkahwin dengan orang      lain/Latifah setia menyimpan resit bayaran peperiksaan SPM Jalil berbelas tahun lamanya.
                        2. Tolong-menolong/bantu-membantu
                            Latifah menolong membalut luka di tapak kaki Jalil yang terkena serpihan kaca di tapak semaian padinya.
                        3. Kerajinan/kegigihan
                            Latifah rajin belajar sehingga ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang perakaunan di luar negara.
                        4. Kesabaran
                            Latifah sabar dengan sindiran daripada kakak-kakaknya yang dia berbaik-baik dengan Jalil.
                        5. Hormat-menghormati/kepatuhan
                            Latifah sangat menghormati/patuh kepada kedua orang tuanya, iaitu Pak Lang Ali dan Mak Tiah.
                        6. Mendengar nasihat
                            Latifah mendengar nasihat ayahnya supaya jangan terlalu rapat berkawan dengan Jalil
                        7. Simpati/belas kasihan/prihatin/mengambil berat
                             Latifah sangat bersimpati dengan penderitaan hidup Jalil yang sebatang kara di kampung Bukit Nibung.
                        8. Kasih sayang
                            Latifah kasih dan sayang kepada kedua orang tuanya/Jalil
                        9. Sopan santun
                            Latifah bercakap secara sopan santun/berhemah/lemah lembut dengan Jalil/kedua orang tuanya
                        10. Merendah diri
                              Latifah merendah diri kepada Jalil
                        11.Meminta maaf
                             Latifah meminta maaf kepada Jalil di atas segala kekasaran dan kesilapannya.
                        12. Keberanian
                           Latifah berani memberi pendapat dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Alam Hijau yang merancang untuk membina Projek Taman Tema Air Nibung Park di kampung Bukit Nibung.
                        13. Berterima kasih
                              Latifah berterima kasih kepada Jalil yang menawarkan jawatan sebagai pegawai akaun di Syarikat Alam   Hijau kepunyaanya.
                        14. Baik hati
                             Latifah menghantar nasi berlauk kari ikan haruan kepada Jalil di dangaunya untuk hidangan makan tengah hari sebaik pulang dari sekolah.
                        15. Kejujuran/berterus terang
                              Latifah berterus terang dengan kedua ibu bapanya mengenai hubungan persahabatanya dengan Jalil.
                        16. Bertanggung jawab
                            Latifah bertanggung jawab menjaga kewangan Syarikat Alam Hijau sesuai dengan tugasnya sebagai pegawai akaun syarikat yang dilantik oleh Jalil.