Saturday 9 June 2012

Unsur-unsur/ciri-ciri cerita lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja, contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam Saqat/dll.
  2. Berlatarkan istana, contoh: Istana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja Mesir/istana Raja Peringgi/dll.
  3. Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan putera-puteri raja/istana, contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/Tuan Puteri  Ratna Dewi Kemala ialah puteri Raja Mesir/Tuan Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja Peringgi/dll.
  4. Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
  5. Ada unsur/percaya kepada mimpi, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen percaya kepada mimpinya bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja negeri Madinah ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir/dll.
  6. Ada unsur/percaya kepada ahli nujum, contoh: Muqaddam/Muqaddim percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir.
  7. Ada unsur peperangan, contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/rakyat Raja Jin/menteri/hulu balang/mangkubumi/pahlawan negeri Mesir/Peringgi.
  8. Ada unsur percintaan/berkasih sayang, contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
  9. Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs, contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun,
                        Berkuda lagi berambu,
                            Perca diambil akan cemara,
                       Orang muda baharu bertemu,
                            Marilah diambil akan saudara.
10. Ada unsur/latar tempat di kayangan/alam ghaib, contoh: Caya Langkara berperang dengan    ajar-ajar/Raja Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.
 11. Ada unsur/latar tempat di alam nyata, contoh di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/dll.
12. Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng, contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat di tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air laut/dll.
13. Ada watak pembantu khas, contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir yang memeluk agama Islam/dll.
14. Ada unsur Hindu, contoh: Ajar-ajar/Tuan Puteri Ratna Dewi/dll.
15. Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat kembang kuma-kuma putih.



Friday 8 June 2012

Ciri-ciri umum sastera/cerita lipur lara ( folklore )

  1. Memaparkan suasana/keadaan  kehidupan putera-puteri raja.
  2. Berlatarkan istana.
  3. Watak-watak/watak utama daripada kalangan putera-puteri raja/istana.
  4. Ada unsur pengembaraan/merantau.
  5. Ada unsur percaya kepada mimpi.
  6. Ada unsur percaya kepada ahli nujum.
  7. Ada unsur peperangan.
  8. Ada unsur percintaan/berkasih sayang.
  9. Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs.
  10. Ada unsur/latar tempat di kayangan/alam ghaib.
  11. Ada unsur/latar tempat di alam nyata.
  12. Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng.
  13. Ada watak pembantu khas.
  14. Ada unsur Hindu.
  15. Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan.

Watak-watak dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Saiful Muluk ( Raja negeri Ajam Saqat/ayahanda kepada Muqaddam, Muqaddim dan Caya Langkara )
  2. Tuan Puteri Sekandrum ( Isteri pertama Raja Saiful Muluk/bonda kepada Caya Langkara/akhirnya berkahwin dengan Raja negeri Madinah )
  3. Tuan Puteri Sekandah Bayang-Bayang ( Isteri kedua/muda kepada Raja Saiful Muluk/bonda kepada Muqaddam dan Muqaddim )
  4. Hulubalang
  5. Ahli nujum
  6. Rakyat
  7. Kadi al-Mauli
  8. Mangkubumi
  9. Raja negeri Madinah ( Ayahanda kepada Tuan Puteri Ra'na Kaseen )
  10. Tuan Puteri Ra'na Kaseen ( Puteri Raja Madinah/berkahwin/menjadi isteri kepada Caya Langkara )
  11. Raksasa
  12. Naga Kuna
  13. Harimau
  14. Kucing putih dan kucing hitam
  15. Raja negeri Mesir
  16. Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ( Puteri Raja Mesir/berkahwin/menjadi isteri Muqaddim )
  17. Menteri
  18. Raja negeri Peringgi
  19. Tuan Puteri Ratna Dewi ( Puteri Raja Peringgi/berkahwin/menjadi isteri Muqaddam )
  20. Seorang perempuan tua
  21. Bangbang Sutama
  22. Langlang Laut
  23. Langlang Samudera
  24. Isteri mangkubumi
  25. Ajar-ajar ( orang bertapa )
  26. Perputat Andang-andang
  27. Kuda putih/Caya Langka Kisna Sina
  28. Raja Jin Kafir ( Kemudiannya memeluk agama Islam )
  29. Rakyat Raja Jin
  30. Penunggu penjara Raja Peringgi
  31. Burung tiung
  32. Burung bayan
  33. Burung merak
  34. Burung rajawali
  35. Dan lain-lain .......................... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Post-Mortem Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu PKBS 1, 2012


1.      Pendahuluan

     1.1.  Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan     kepada pelajar di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
     1.2.  Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, pada tahun  2012, terdapat tiga kelas daripada tujuh kelas aliran kemanusiaan yang menawarkan pakej mata pelajaran ini. Kelas-kelas yang dimaksudkan ialah Tingkatan 5P Al-Antaki, 5P Al-Farabi dan 5P Al-Kindi dengan jumlah pelajar  seramai 104 orang.
   1.3.  Teks dan genre sastera yang digunakan oleh pelajar di peringkat tingkatan lima/SPM terdiri daripada empat buah yang mengandungi  enam genre ( puisi tradisional, puisi moden, prosa tadisional, prosa moden: novel, cerpen dan drama ).
    1.4.  Tiga soalan esei terdiri daripada genre novel, cerpen dan puisi tradisional dikemukakan yang wajib dijawab oleh semua pelajar dalam masa satu jam tiga puluh minit.
  1.5.  Kualiti kandungan soalan bertaraf soalan peperiksaan SPM daripada tajuk-tajuk yang telah dipelajari oleh pelajar.


  1. Objektif

    2.1.  Untuk melihat aspek kekuatan dan kelemahan secara umum terhadap strategi-strategi yang digunakan pada tahun ini.
    2.2.  Untuk membandingkan data pencapaian secara umum,  kualiti, target dan gred purata mata pelajaran  ( NGP ) di antara kelas/tingkatan.
    2.3.  Untuk merancang strategi dan program jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi kelemahan atau meningkatkan pencapaian pada masa hadapan.
    2.4.  Untuk mengenalpasti program khusus dan umum yang boleh dan mampu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pencapaian dalam penilaian/peperiksaan pada masa hadapan.
      2.5.  Untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru yang lepas di kelas.

  1. Matlamat

Post- Mortem ini dibuat untuk dijadikan dasar dan panduan ke arah merancang dan melaksanakan program-program akademik yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian ke arah yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

  1. Analisis Pencapaian Berdasarkan Kelas/Tingkatan

TKT
JUM
PEL
TH
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
JUM
LULUS
%
LULUS
GPMP
5Al-A
35
1
10
13
9
1
-
-
1
-
-
-
34
100.00
1.15
5Al-F
33
2
-
-
6
2
5
1
7
3
-
7
24
 77.42
5.45
5Al-K
36
3
-
-
5
3
6
4
7
4
1
3
30
 90.91
5.09
JUM
104
6
10
13
20
6
11
5
15
7
1
10
88
 89.80
3.85


4.1.  Analisis Umum

4.1.1.  Terdapat seramai 104 orang calon dari tiga kelas ( 5Al-Antaki, 5Al-Farabi dan 5Al-Kindi ). Seramai 6 orang pelajar tidak hadir, iaitu 1 dari 5Al-Antaki, 2 dari 5 Al-Farabi dan 3 dari 5Al-Kindi.
4.1.2.      Terdapat seramai 5 orang pelajar berbangsa Tionghua di tingkatan 5Al-Kindi. Daripada 5 orang pelajar Tionghua, hanya seorang yang gagal dengan markah 34%.
4.1.3.      Pencapaian umum ialah 89.80 % ( 88 orang lulus dan 10 orang gagal ) dengan GPMP  3.85.
4.1.4.      Pencapaian dari segi kualiti ( A+:10 orang, A:13 orang dan A-:20 orang, iaitu 43.88% ). Gred B seramai 17 orang, iaitu 17.35%.
4.1.5.   Daripada tiga kelas aliran kemanusiaan ( 5Al-A, 5Al-F dan 5Al-K ), didapati pencapaian pelajar tingkatan 5Al-A ialah 100 %, dengan gred purata mata pelajaran 1.15 ( A+10, A 13, A-9: 32 orang, B+ 1 orang dan C+ 1 orang, tiada D dan E daripada 34 orang pelajar yang hadir ). 5Al-F ialah 77.42%  ( NGP 5.45 ) dan 5Al-K ialah 90.91% ( NGP 5.09 ).
4.1.6.      Keadaan pelajar di tingkatan 5Al-Farabi dan  5Al-Kindi pada tahun ini agak  terkawal, tidak banyak menimbulkkan masalah disiplin, kecuali dua orang iaitu Mohd. Faizol dan Mohd. Sakowi yang agak nakal sedikit.
 
  1. Analisis Kekuatan dan Kelemahan
5.1.      Kekuatan

5.1.2.    Majoriti pelajar yang lulus dengan pencapaian cemerlang dan kepujian berada di kelas tingkatan 5Al-Antaki
5.1.3. Pelajar di kelas ini belajar dengan penuh disiplin, mempunyai minat dan bertanggungjawab.
5.1.4.      Mereka suka membaca, merujuk blog sastera, berbincang dan membuat latihan.
5.1.5.      Pelajar hadir ke kelas harian biasa, ‘stay back’ dan kelas tambahan hari Jumaat.
5.1.6.      Mereka dapat menyiapkan tugasan rumah yang diberikan dengan baik.
5.1.7.      Mereka dapat faham  konsep sastera dengan baik
5.1.8.   Pelajar faham soalan dan dapat mengemukakan isi dan huraian jawapan yang cukup, sesuai dengan kehendak soalan.
5.1.9.      Pelajar minat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

             5.2.  Kelemahan

5.2.1.    Majoriti pelajar sederhana, lemah dan gagal berada di kelas tingkatan 5Al-Farabi dan 5Al-Kindi.
5.2.2.      Majoriti pelajar lemah dan gagal ialah mereka yang tidak minat terhadap mata pelajaran, tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
5.2.3.      Pelajar sering tidak hadir ke kelas tambahan hari Jumaat.
5.2.4.   Tidak mempunyai peralatan belajar yang cukup seperti tidak membawa buku teks ke sekolah dan buku nota atau latihan.
5.2.5.      Tidak membaca teks dan mengulangkaji nota.
5.2.6.      Tidak memberi perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar di kelas.
5.2.7.      Tidak menyiapkan tugasan rumah  yang diberikan oleh guru.
5.2.8.      Sukar memahami konsep sastera dan teks sastera yang dibaca atau dikaji.
5.2.9.   Tidak memahami kehendak soalan yang menyebabkan jawapan terpesong, isi kurang dan tiada huraian contoh. Gagal mentafsir maksud tersirat dan jawapan yang tersembunyi.
5.2.10.  Sukar mengingati fakta dan contoh dalam cerita, terutama prosa tradisional/teks klasik.

  1. Perancangan Strategi dan Program ke Arah Meningkatkan Prestasi Pencapaian dalam Peperiksaan SPM 2012 ( Mata Pelajaran KM )
     6.1.  Mengulangkaji soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM yang lepas.
     6.2.  Mencadangkan pelajar membeli buku ulasan sastera.
     6.3.  Menyemak dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
     6.4.  Mempastikan pelajar mempunyai peralatan belajar yang cukup.
   6.5.  Membincangkan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
    6.6.  Mencadangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
   6.7.  Mengkaji tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM  pada tahun  lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
   6.8.  Menyediakan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun berformat dan bertaraf soalan peperiksaan SPM sebenar.
    6.9.  Melaksanakan projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
       6.10.      Mempelgai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran   dan pembelajaran di kelas.
        6.11.      Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
       6.12.      Mendapatkan soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain dan membincangkan bersama dengan pelajar.
       6.13.     Kelas tambahan hari Jumaat.
       6.14.    Kelas tambahan selepas tamat persekolahan ( Stay Back )
     6.15..      Projek anak angkat pelajar yang gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2012.
      6.16.      Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
     6.17.      Mengedarkan bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting kepada semua pelajar SPM 2012 yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
      6.18.      Menggalakkan dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.


  1. Kesimpulan

Analisis post mortem keputusan peperiksaan PKBS 1, 2012 yang lepas dalam bentuk laporan bertulis ini sangat penting kepada semua pihak di sekolah sama ada yang terlibat secara langusng atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik.
            Segala dapatan sama ada berupa data mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata Pelajaran dan guru yang mengajar untuk dijadikan dasar dalam merancang strategi dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.
            Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi di pihak guru mata pelajaran, insya-Allah segala kelemahan dan kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
            Perubahan segera yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah berusaha mengubah sikap  daripada malas  kepada rajin belajar dan berminat terhadap mata pelajaran.


Sekian. Terima kasih.
 
Disediakan oleh,
 

            DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
            Guru Mata Pelajaran KM,
Merangkap Pengerusi Panitia,
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu,
Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.

Tarikh: 2 April, 2012.



Post-Mortem Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Peperiksaan SPM 2011


1.      Pendahuluan

1.1.  Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
1.2.  Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, pada tahun  2011, terdapat tiga kelas daripada lapan kelas aliran kemanusiaan yang menawarkan pakej mata pelajaran ini. Kelas-kelas yang dimaksudkan ialah Tingkatan 5P2, 5P3 dan 5P4 dengan calon berdaftar seramai 96 orang. Daripada seramai 96 orang calon tersebut,  seorang pelajar tidak hadir dan lapan orang pelajar gagal. Peratus umum pencapaian ialah 91.6% berbanding dengan pencapaian pada tahun 2010 iaitu 95.9% ( Menurun sebanyak 4.3% ) dengan Gred Purata Mata Pelajaran 3.42 berbanding dengan  tahun  2010 iaitu  3.93.  Bilangan atau peratus pencapaian kualiti ( A+, A dan A- ) bertambah daripada 32 orang kepada 48 orang ( 50.5% ) berbanding dengan pencapaian pada tahun 2010 seramai 32 orang ( 32.7% ). Pencapaian kualiti A+B ialah seramai 70 orang daripada 95 orang calon, iaitu 73.7% berbanding tahun 2010 seramai  64 orang ( 65.4% ).Target umum pencapaian ( ETR ) ialah 100% dengan NGP 3.36. Pencapaian dalam peperiksaan Percubaan SPM 2011 ialah 85.4% dengan NGP 5.92. Seramai 7 orang pelajar tidak hadir dalam peperiksaan Percubaan SPM 2011 yang lepas. Daripada lapan orang  calon yang gagal dalam peperiksaan SPM 2011 yang lepas, 7 orang adalah berpunca daripada tidak menduduki peperiksaan percubaan dan  seorang pernah digantung persekolahan.
1.3.  Teks dan genre yang digunakan oleh pelajar di peringkat SPM terdiri daripada empat buah teks dan enam genre ( puisi tradisional, puisi moden. prosa tadisional, prosa moden: novel, cerpen dan drama ).


  1. Objektif

2.1.  Untuk melihat aspek kekuatan dan kelemahan secara umum terutama strategi-strategi yang digunakan pada tahun lepas.
2.2.  Untuk membandingkan data pencapaian secara umum mahu pun dari segi kualiti dengan tahun-tahun kebelakangan dan juga pencapaian dari segi target dan gred purata mata pelajaran  ( NGP ).
2.3.  Untuk merancang strategi dan program jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi kelemahan atau meningkatkan pencapaian pada masa hadapan.
2.4.  Untuk mengenalpasti program khusus dan umum yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pencapaian pada masa hadapan.

  1. Matlamat
Post- Mortem ini dibuat untuk dijadikan dasar dan panduan ke arah merancang dan melaksanakan program-program untuk meningkatkan pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.

  1. Analisis Pencapaian
4.1.  Data Pencapaian Umum Enam Tahun ( 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 )


TAHUN
JUM
PEL
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
JUM
LULUS
%
LULUS
GPMP
2006
101

0
1
2
9
14
17
16
24
18
83
82.2
6.95
2007
106

2
4
16
15
16
20
12
11
10
96
90.6
5.69
2008
103

4
12
15
15
12
9
16
9
11
92
89.3
4.95
2009
  82
1
8
17
14
10
15
4
6
3
04
78
95.1
3.96
2010
  98
1
13
18
15
17
10
9
5
6
4
94
95.9
3.93
2011
  95
2
19
27
17
  5
  5
 3
 6
3
8
87
91.6
3.42


4.2.  Data Pencapaian Berdasarkan Target dan Peperiksaan Percubaan


RUJUKAN ITEM
JUM
PEL
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
TH
JUM
LULUS
%
LULUS
SPM 2008
103

  4
12
15
15
12
 9
16
9
11

92
89.3
TARGET 2009
  82

10
15
15
20
10
 5
  5
2
  0

82
100
PERCUBAAN
2009
  82

  7
10
  7
  8
 7
17
  4
8
13
1
68
84.0
SPM 2009
  82
1
  8
17
14
10
15
  4
  6

  4

78
95.1
PERCUBAAN
2010
  99
0
  2
27
  8
10
  5
14
  6
7
19
1
79
80.6
SPM 2010
  99
1
13
18
15
17
10
  9
  5
6
  4
1
 94
95.9
TARGET
2011
  96
5
10
18
20
15
16
  7
  5
0
  0
0
 96
100
PERCUBAAN
2011
  96
0
  0
  3
  7
12
17
16
14
7
13
7
76
85.4
SPM 2011
  96
2
19
27
17
  5
  5
  3
  6
3
  8
1
87
91.6


4.3.  Analisis Umum

4.3.1.      Terdapat seramai 96 orang calon yang mendaftar, seorang calon tidak  hadir dan 8 orang gagal. Calon tidak hadir ialah pelajar tingkatan 5P3.
4.3.2.      Kesemua calon adalah pelajar Melayu.
4.3.3.      Pencapaian umum ialah 91.6 % berbanding dengan tahun 2010 iaitu 95.9% ( Menurun sebanyak 4.3% ).
4.3.4.      Pencapaian dari segi kualiti ( A+. A dan A- ) bertambah seramai 16 orang, dari 32 orang pada tahun 2010 kepada 48 orang pada tahun 2011 ( 50.5% ). Gred B seramai 22 orang, iaitu 23.2%.
4.3.5.      Lapan orang calon yang gagal terdiri daripada 4 orang pelajar tingkatan 5P3 dan 4 orang pelajar tingkatan 5P4.  Jika dibandingkan  dengan pencapaian peperiksaan percubaan SPM 2011, % umum pencapaian SPM sebenar meningkat sebanyak 6.2%, iaitu dari 85.4% kepada 91.6%.  Dari segi kualiti kecemerlangan juga agak meningkat.
4.3.6.      Daripada tiga kelas aliran kemanusiaan ( 5P2, 5P3 dan 5P4 ), didapati pencapaian pelajar tingkatan 5P2 ialah 100 %, dengan gred purata mata pelajaran 2.06 ( A 22 orang, B 10 orang dan C+ 1 orang, tiada D dan E daripada 33 orang calon ). 5P3 ialah 86.7%  ( NGP 4.00 ) dan 5P4 ialah 87.5% ( NGP 4.28 ). NGP keseluruhan ialah 3.42 berbanding dengan NGP tahun 2010, iaitu 3.93.
4.3.7.      Keadaan pelajar tingkatan 5P4 pada tahun 2011 adalah agak sedikit bermasalah. Terdapat seramai 10 orang pelajar yang bermasalah disiplin sekolah dan tidak dapat dikawal dari awal. Mereka selalu tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, tidak hadir kelas tambahan hari Jumaat, tidak masuk kelas ’stay back’ dan tidak menyiapkan projek tugasan folio sastera yang diberikan. Tidak mahu menyertai projek anak angkat dan selalu mengganggu pelajar-pelajar lain di kelas.

  1. Analisis Kekuatan dan Kelemahan

5.1.  Kekuatan

5.1.1.      Majoriti pelajar yang lulus dengan pencapaian cemerlang dan kepujian berada di kelas tingkatan 5P2.  Pada tahun 2011 terdapat 14 orang pelajar dari tingkatan 5P3 mendapat A dan 12 orang dari tingkatan 5P4.
5.1.2.      Pelajar ini belajar dengan penuh disiplin, mempunyai minat dan bertanggungjawab.
5.1.3.      Mereka suka membaca, merujuk blog sastera, berbincang dan membuat latihan.
5.1.4.      Pelajar hadir ke kelas harian biasa dan kelas tambahan hari Jumaat.
5.1.5.      Mereka dapat menyiapkan tugasan folio sastera yang diberikan dengan baik tepat pada masanya.
5.1.6.      Mereka faham  konsep sastera dengan baik
5.1.7.      Terdapat lima soalan sport yang telah bincangkan oleh guru.
5.1.8.      Pelajar faham soalan dan dapat mengemukakan isi dan huraian jawapan yang cukup, sesuai dengan kehendak skema jawapan.
5.1.9.      Pelajar minat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.


5.2.  Kelemahan

5.2.1.      Majoriti pelajar sederhana, lemah dan gagal berada di kelas tingkatan 5P4 ( Tetapi terdapat 12 orang calon yang mendapat gred A ).
5.2.2.      Majoriti pelajar lemah dan gagal ialah pelajar yang tidak minat terhadap mata pelajaran, tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
5.2.3.      Pelajar sering tidak hadir ke sekolah, kelas tambahan hari Jumaat, selalu ponteng kelas dan tidak masuk kelas ‘stay back’ selepas tamat masa persekolahan.
5.2.4.      Tidak mempunyai peralatan belajar yang cukup seperti tidak membawa buku teks ke sekolah dan buku nota atau latihan.
5.2.5.      Tidak membaca teks dan mengulangkaji nota.
5.2.6.      Tidak memberi perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar di kelas.
5.2.7.      Tidak menyiapkan tugasan rumah dan tugasan folio sastera yang diberikan oleh guru.
5.2.8.      Sukar memahami konsep sastera dan teks sastera yang dibaca atau dikaji.
5.2.9.      Tidak memahami kehendak soalan yang menyebabkan jawapan terpesong, isi kurang dan tiada huraian contoh. Gagal mentafsir maksud tersirat dan jawapan yang tersembunyi.
5.2.10.  Sukar mengingati fakta dan contoh dalam cerita, terutama prosa tradisional/teks klasik.
 
  1. Perancangan Strategi dan Program ke Arah Meningkatkan Prestasi Pencapaian dalam Peperiksaan SPM 2012 ( Mata Pelajaran KM )

6.1.  Mengulangkaji soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM yang lepas.
6.2.  Mencadangkan pelajar membeli buku ulasan sastera.
6.3.  Menyemak dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
6.4.  Mempastikan pelajar mempunyai peralatan belajar yang cukup.
6.5.  Membincangkan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
6.6.  Mencadangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
6.7.  Mengkaji tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM  pada tahun  lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
6.8.  Menyediakan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun berformat dan bertaraf soalan peperiksaan SPM sebenar.
6.9.  Melaksanakan projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
6.9.1.      Mempelgai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran   dan pembelajaran di kelas.
6.9.2.      Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
6.9.3.      Mendapatkan soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain dan membincangkan bersama dengan pelajar.
6.9.4.      Kelas tambahan hari Jumaat.
6.9.5.      Kelas tambahan selepas tamat persekolahan ( Stay Back )
6.9.6.      Projek anak angkat pelajar yang gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2012.
6.9.7.      Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
6.9.8.      Mengedarkan bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting kepada semua pelajar SPM 2012 yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
6.9.9.      Menggalakkan dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.


  1. Kesimpulan

Analisis post mortem keputusan peperiksaan SPM 2011 yang lepas dalam bentuk laporan bertulis ini sangat penting kepada semua pihak di sekolah sama ada yang terlibat secara langusng atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik.
            Segala dapatan sama ada berupa data mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata Pelajaran dan guru yang mengajar untuk dijadikan dasar dalam merancang strategi dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.
            Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi di pihak guru mata pelajaran, insya-Allah segala kelemahan dan kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
            Perubahan segera yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah berusaha mengubah sikap  daripada malas  kepada rajin belajar dan berminat terhadap mata pelajaran. Daripada tidak bertanggungjawab kepada lebih bertanggungjawab.


Sekian. Terima kasih.
 
Disediakan oleh,

 
            DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
            Guru Mata Pelajaran KM,
Merangkap Pengerusi Panitia,
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu,
Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.

Tarikh: 31 Mac, 2012.