Monday 4 June 2012

Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak/positif dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Kasih sayang, contoh: Encik Siti kasih/sayang kepada Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah/dll.
  2. Keberanian, contoh: Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung berani menentang serangan Siam ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan atau Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh Lenggeh berani menyerang dan membunuh Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu sebagai balas dendam kerana telah membunuh adiknya/dll.
  3. Patriotisma/cintakan tanah air, contoh: Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah cintakan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan.
  4. Bekerjasama/tolong-menolong/bantu-membantu, contoh Long Yunus membantu Long Jaafar menemukan dengan Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu/dll.
  5. Beriman, contoh: Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam ( kafir ) yang hendak menjadikannya sebagai isteri dan hendak menyetubuhinya.
  6. Mempertahankan adat-istidat, contoh: Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan rakyat negeri Kelantan mengebumikan jenazah/mayat Sultan Abdullah secara adat-istiadat raja-raja di kubur Tasik Padang Layang/dll.
  7. Bertanggungjawab, contoh: Encik Siti bertanggungjawab mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah/dll.
  8. Kepatuhan/ketaatan/kesetiaan, contoh: Tuan Puteri Sa'dung patuh kepada suaminya/Sultan Abdullah yang menyuruhnya pergi ikut orang-orang Siam ke benua Siam.
  9. Kebijaksanaan, contoh: inang busu dan inang tua bijak menghidupkan semula Tuan Puteri Sa'dung yang mati dibunuh/dipancung oleh Sultan Abdullah/suaminya/dll.
  10. Kejujuran, contoh: Tuan Puteri Sa'dung jujur menyerahkan pemerintahan negeri Kelantan kepada Raja Ibrahim selepas kematian Sultan Abdullah.
  11. Keadilan, contoh: Encik Siti memerintah rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung secara adil.
  12. Muafakat, contoh: Sultan Abdullah bermuafakat dengan rakyatnya membina Kota Jelasin sebagai pusat pemerintahan baginda di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/dll.
  13. Belas kasihan/bersimpati, contoh: Long Yunus bersimpati kepada Long Jaafar yang mengadu nasib kepadanya selepas dihalau oleh ayahandanya dari negeri Reman.
  14. Dan isi-isi lain yang sesuai............................. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

No comments:

Post a Comment