1.
Pendahuluan
1.1. Mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan
kepada pelajar di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
1.2. Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, pada tahun 2011, terdapat tiga kelas daripada lapan kelas
aliran kemanusiaan yang menawarkan pakej mata pelajaran ini. Kelas-kelas yang dimaksudkan ialah Tingkatan 5P2,
5P3 dan 5P4 dengan calon berdaftar seramai 96 orang. Daripada seramai 96 orang
calon tersebut, seorang pelajar tidak
hadir dan lapan orang pelajar gagal. Peratus umum pencapaian ialah 91.6%
berbanding dengan pencapaian pada tahun 2010 iaitu 95.9% ( Menurun sebanyak 4.3%
) dengan Gred Purata Mata Pelajaran 3.42 berbanding dengan tahun
2010 iaitu 3.93. Bilangan atau peratus pencapaian kualiti ( A+,
A dan A- ) bertambah daripada 32 orang kepada 48 orang ( 50.5% ) berbanding
dengan pencapaian pada tahun 2010 seramai 32 orang ( 32.7% ). Pencapaian
kualiti A+B ialah seramai 70 orang daripada 95 orang calon, iaitu 73.7%
berbanding tahun 2010 seramai 64 orang (
65.4% ).Target umum pencapaian ( ETR ) ialah 100% dengan NGP 3.36. Pencapaian
dalam peperiksaan Percubaan SPM 2011 ialah 85.4% dengan NGP 5.92. Seramai 7
orang pelajar tidak hadir dalam peperiksaan Percubaan SPM 2011 yang lepas.
Daripada lapan orang calon yang gagal
dalam peperiksaan SPM 2011 yang lepas, 7 orang adalah berpunca daripada tidak
menduduki peperiksaan percubaan dan seorang
pernah digantung persekolahan.
1.3. Teks
dan genre yang digunakan oleh pelajar di peringkat SPM terdiri daripada empat
buah teks dan enam genre ( puisi tradisional, puisi moden. prosa tadisional,
prosa moden: novel, cerpen dan drama ).
- Objektif
2.1. Untuk
melihat aspek kekuatan dan kelemahan secara umum terutama strategi-strategi
yang digunakan pada tahun lepas.
2.2. Untuk
membandingkan data pencapaian secara umum mahu pun dari segi kualiti dengan
tahun-tahun kebelakangan dan juga pencapaian dari segi target dan gred purata
mata pelajaran ( NGP ).
2.3. Untuk
merancang strategi dan program jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi
kelemahan atau meningkatkan pencapaian pada masa hadapan.
2.4. Untuk
mengenalpasti program khusus dan umum yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan
lagi pencapaian pada masa hadapan.
- Matlamat
Post- Mortem ini
dibuat untuk dijadikan dasar dan panduan ke arah merancang dan melaksanakan
program-program untuk meningkatkan pencapaian yang lebih baik pada masa akan
datang.
- Analisis Pencapaian
4.1. Data
Pencapaian Umum Enam Tahun ( 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 )
TAHUN
|
JUM
PEL
|
A+
|
A
|
A-
|
B+
|
B
|
C+
|
C
|
D
|
E
|
G
|
JUM
LULUS
|
%
LULUS
|
GPMP
|
2006
|
101
|
|
0
|
1
|
2
|
9
|
14
|
17
|
16
|
24
|
18
|
83
|
82.2
|
6.95
|
2007
|
106
|
|
2
|
4
|
16
|
15
|
16
|
20
|
12
|
11
|
10
|
96
|
90.6
|
5.69
|
2008
|
103
|
|
4
|
12
|
15
|
15
|
12
|
9
|
16
|
9
|
11
|
92
|
89.3
|
4.95
|
2009
|
82
|
1
|
8
|
17
|
14
|
10
|
15
|
4
|
6
|
3
|
04
|
78
|
95.1
|
3.96
|
2010
|
98
|
1
|
13
|
18
|
15
|
17
|
10
|
9
|
5
|
6
|
4
|
94
|
95.9
|
3.93
|
2011
|
95
|
2
|
19
|
27
|
17
|
5
|
5
|
3
|
6
|
3
|
8
|
87
|
91.6
|
3.42
|
4.2. Data
Pencapaian Berdasarkan Target dan Peperiksaan Percubaan
RUJUKAN ITEM
|
JUM
PEL
|
A+
|
A
|
A-
|
B+
|
B
|
C+
|
C
|
D
|
E
|
G
|
TH
|
JUM
LULUS
|
%
LULUS
|
SPM 2008
|
103
|
|
4
|
12
|
15
|
15
|
12
|
9
|
16
|
9
|
11
|
|
92
|
89.3
|
TARGET 2009
|
82
|
|
10
|
15
|
15
|
20
|
10
|
5
|
5
|
2
|
0
|
|
82
|
100
|
PERCUBAAN
2009
|
82
|
|
7
|
10
|
7
|
8
|
7
|
17
|
4
|
8
|
13
|
1
|
68
|
84.0
|
SPM
2009
|
82
|
1
|
8
|
17
|
14
|
10
|
15
|
4
|
6
|
|
4
|
|
78
|
95.1
|
PERCUBAAN
2010
|
99
|
0
|
2
|
27
|
8
|
10
|
5
|
14
|
6
|
7
|
19
|
1
|
79
|
80.6
|
SPM
2010
|
99
|
1
|
13
|
18
|
15
|
17
|
10
|
9
|
5
|
6
|
4
|
1
|
94
|
95.9
|
TARGET
2011
|
96
|
5
|
10
|
18
|
20
|
15
|
16
|
7
|
5
|
0
|
0
|
0
|
96
|
100
|
PERCUBAAN
2011
|
96
|
0
|
0
|
3
|
7
|
12
|
17
|
16
|
14
|
7
|
13
|
7
|
76
|
85.4
|
SPM
2011
|
96
|
2
|
19
|
27
|
17
|
5
|
5
|
3
|
6
|
3
|
8
|
1
|
87
|
91.6
|
4.3.
Analisis Umum
4.3.1.
Terdapat
seramai 96 orang calon yang mendaftar, seorang calon tidak hadir dan 8 orang gagal. Calon tidak hadir
ialah pelajar tingkatan 5P3.
4.3.2. Kesemua
calon adalah pelajar Melayu.
4.3.3.
Pencapaian
umum ialah 91.6 % berbanding dengan tahun 2010 iaitu 95.9% ( Menurun sebanyak
4.3% ).
4.3.4.
Pencapaian
dari segi kualiti ( A+. A dan A- ) bertambah seramai 16 orang, dari 32 orang
pada tahun 2010 kepada 48 orang pada tahun 2011 ( 50.5% ). Gred B seramai 22
orang, iaitu 23.2%.
4.3.5.
Lapan
orang calon yang gagal terdiri daripada 4 orang pelajar tingkatan 5P3 dan 4
orang pelajar tingkatan 5P4. Jika
dibandingkan dengan pencapaian
peperiksaan percubaan SPM 2011, % umum pencapaian SPM sebenar meningkat
sebanyak 6.2%, iaitu dari 85.4% kepada 91.6%.
Dari segi kualiti kecemerlangan juga agak meningkat.
4.3.6.
Daripada
tiga kelas aliran kemanusiaan ( 5P2, 5P3 dan 5P4 ), didapati pencapaian pelajar
tingkatan 5P2 ialah 100 %, dengan gred purata mata pelajaran 2.06 ( A 22 orang,
B 10 orang dan C+ 1 orang, tiada D dan E daripada 33 orang calon ). 5P3 ialah
86.7% ( NGP 4.00 ) dan 5P4 ialah 87.5% (
NGP 4.28 ). NGP keseluruhan ialah 3.42 berbanding dengan NGP tahun 2010, iaitu
3.93.
4.3.7.
Keadaan
pelajar tingkatan 5P4 pada tahun 2011 adalah agak sedikit bermasalah. Terdapat
seramai 10 orang pelajar yang bermasalah disiplin sekolah dan tidak dapat
dikawal dari awal. Mereka selalu tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, tidak
hadir kelas tambahan hari Jumaat, tidak masuk kelas ’stay back’ dan tidak
menyiapkan projek tugasan folio sastera yang diberikan. Tidak mahu menyertai
projek anak angkat dan selalu mengganggu pelajar-pelajar lain di kelas.
- Analisis Kekuatan dan Kelemahan
5.1. Kekuatan
5.1.1. Majoriti
pelajar yang lulus dengan pencapaian cemerlang dan kepujian berada di kelas
tingkatan 5P2. Pada tahun 2011 terdapat 14
orang pelajar dari tingkatan 5P3 mendapat A dan 12 orang dari tingkatan 5P4.
5.1.2. Pelajar
ini belajar dengan penuh disiplin, mempunyai minat dan bertanggungjawab.
5.1.3. Mereka
suka membaca, merujuk blog sastera, berbincang dan membuat latihan.
5.1.4. Pelajar
hadir ke kelas harian biasa dan kelas tambahan hari Jumaat.
5.1.5. Mereka
dapat menyiapkan tugasan folio sastera yang diberikan dengan baik tepat pada
masanya.
5.1.6. Mereka
faham konsep sastera dengan baik
5.1.7. Terdapat
lima soalan
sport yang telah bincangkan oleh guru.
5.1.8. Pelajar
faham soalan dan dapat mengemukakan isi dan huraian jawapan yang cukup, sesuai
dengan kehendak skema jawapan.
5.1.9. Pelajar
minat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
5.2. Kelemahan
5.2.1.
Majoriti
pelajar sederhana, lemah dan gagal berada di kelas tingkatan 5P4 ( Tetapi
terdapat 12 orang calon yang mendapat gred A ).
5.2.2.
Majoriti
pelajar lemah dan gagal ialah pelajar yang tidak minat terhadap mata pelajaran,
tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
5.2.3. Pelajar
sering tidak hadir ke sekolah, kelas tambahan hari Jumaat, selalu ponteng kelas
dan tidak masuk kelas ‘stay back’ selepas tamat masa persekolahan.
5.2.4. Tidak
mempunyai peralatan belajar yang cukup seperti tidak membawa buku teks ke
sekolah dan buku nota atau latihan.
5.2.5. Tidak
membaca teks dan mengulangkaji nota.
5.2.6. Tidak
memberi perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar di kelas.
5.2.7. Tidak
menyiapkan tugasan rumah dan tugasan folio sastera yang diberikan oleh guru.
5.2.8. Sukar
memahami konsep sastera dan teks sastera yang dibaca atau dikaji.
5.2.9. Tidak
memahami kehendak soalan yang menyebabkan jawapan terpesong, isi kurang dan
tiada huraian contoh. Gagal mentafsir maksud tersirat dan jawapan yang
tersembunyi.
5.2.10. Sukar
mengingati fakta dan contoh dalam cerita, terutama prosa tradisional/teks
klasik.
- Perancangan Strategi dan Program ke Arah Meningkatkan Prestasi Pencapaian dalam Peperiksaan SPM 2012 ( Mata Pelajaran KM )
6.1. Mengulangkaji
soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM yang lepas.
6.2. Mencadangkan
pelajar membeli buku ulasan sastera.
6.3. Menyemak
dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
6.4. Mempastikan
pelajar mempunyai peralatan belajar yang cukup.
6.5. Membincangkan soalan dan skema jawapan
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
6.6. Mencadangkan
tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
6.7. Mengkaji
tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
6.8. Menyediakan
soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun berformat dan bertaraf
soalan peperiksaan SPM sebenar.
6.9. Melaksanakan
projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
6.9.1. Mempelgai
strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.
6.9.2. Mengadakan
ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
6.9.3.
Mendapatkan
soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain
dan membincangkan bersama dengan pelajar.
6.9.4. Kelas
tambahan hari Jumaat.
6.9.5. Kelas
tambahan selepas tamat persekolahan ( Stay Back )
6.9.6.
Projek
anak angkat pelajar yang gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan percubaan SPM 2012.
6.9.7. Memberi
motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
6.9.8.
Mengedarkan
bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting kepada semua pelajar SPM 2012 yang
mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
6.9.9.
Menggalakkan
dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.
- Kesimpulan
Analisis post
mortem keputusan peperiksaan SPM 2011 yang lepas dalam bentuk laporan bertulis
ini sangat penting kepada semua pihak di sekolah sama ada yang terlibat secara
langusng atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik.
Segala dapatan sama ada berupa data
mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata
Pelajaran dan guru yang mengajar untuk dijadikan dasar dalam merancang strategi
dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.
Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru
mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik
dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi
yang tinggi di pihak guru mata pelajaran, insya-Allah segala kelemahan dan
kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada
masa-masa yang akan datang.
Perubahan segera yang perlu
dilakukan oleh pelajar ialah berusaha mengubah sikap daripada malas kepada rajin belajar dan berminat terhadap
mata pelajaran. Daripada tidak bertanggungjawab kepada lebih bertanggungjawab.
Sekian. Terima
kasih.
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Mata Pelajaran KM,
Merangkap
Pengerusi Panitia,
Mata Pelajaran
Kesusasteraan Melayu,
Sek. Men. Keb.
Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas,
Kelantan.
Tarikh: 31 Mac,
2012.
Assalamualaikum drs,saya merupakan bekas pelajar SMK Tendong dan kini sedang mengajar mata pelajaran kesusasteraan melayu di sarawak. Saya ingin meminta teknik mengajar sastera dengan berkesan dan jika boleh ingin cikgu berkongsi soalan ramalan sastera 2012, terima kasih
ReplyDelete