1.
Pendahuluan
1.1. Mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan
kepada pelajar di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
1.2. Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, pada tahun 2012, terdapat tiga kelas daripada tujuh kelas
aliran kemanusiaan yang menawarkan pakej mata pelajaran ini. Kelas-kelas yang dimaksudkan ialah Tingkatan 5P
Al-Antaki, 5P Al-Farabi dan 5P Al-Kindi dengan jumlah pelajar seramai 104 orang.
1.3. Teks
dan genre sastera yang digunakan oleh pelajar di peringkat tingkatan lima/SPM terdiri
daripada empat buah yang mengandungi enam genre ( puisi tradisional, puisi moden,
prosa tadisional, prosa moden: novel, cerpen dan drama ).
1.4. Tiga
soalan esei terdiri daripada genre novel, cerpen dan puisi tradisional
dikemukakan yang wajib dijawab oleh semua pelajar dalam masa satu jam tiga
puluh minit.
1.5. Kualiti
kandungan soalan bertaraf soalan peperiksaan SPM daripada tajuk-tajuk yang
telah dipelajari oleh pelajar.
- Objektif
2.1. Untuk
melihat aspek kekuatan dan kelemahan secara umum terhadap strategi-strategi
yang digunakan pada tahun ini.
2.2. Untuk
membandingkan data pencapaian secara umum,
kualiti, target dan gred purata mata pelajaran ( NGP ) di antara kelas/tingkatan.
2.3. Untuk
merancang strategi dan program jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi
kelemahan atau meningkatkan pencapaian pada masa hadapan.
2.4. Untuk
mengenalpasti program khusus dan umum yang boleh dan mampu dilaksanakan bagi
meningkatkan lagi pencapaian dalam penilaian/peperiksaan pada masa hadapan.
2.5. Untuk
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru yang lepas di kelas.
- Matlamat
Post- Mortem ini
dibuat untuk dijadikan dasar dan panduan ke arah merancang dan melaksanakan
program-program akademik yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian
ke arah yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.
- Analisis Pencapaian Berdasarkan Kelas/Tingkatan
TKT
|
JUM
PEL
|
TH
|
A+
|
A
|
A-
|
B+
|
B
|
C+
|
C
|
D
|
E
|
G
|
JUM
LULUS
|
%
LULUS
|
GPMP
|
5Al-A
|
35
|
1
|
10
|
13
|
9
|
1
|
-
|
-
|
1
|
-
|
-
|
-
|
34
|
100.00
|
1.15
|
5Al-F
|
33
|
2
|
-
|
-
|
6
|
2
|
5
|
1
|
7
|
3
|
-
|
7
|
24
|
77.42
|
5.45
|
5Al-K
|
36
|
3
|
-
|
-
|
5
|
3
|
6
|
4
|
7
|
4
|
1
|
3
|
30
|
90.91
|
5.09
|
JUM
|
104
|
6
|
10
|
13
|
20
|
6
|
11
|
5
|
15
|
7
|
1
|
10
|
88
|
89.80
|
3.85
|
4.1.
Analisis Umum
4.1.1. Terdapat
seramai 104 orang calon dari tiga kelas ( 5Al-Antaki, 5Al-Farabi dan 5Al-Kindi
). Seramai 6 orang pelajar tidak hadir, iaitu 1 dari 5Al-Antaki, 2 dari 5
Al-Farabi dan 3 dari 5Al-Kindi.
4.1.2. Terdapat
seramai 5 orang pelajar berbangsa Tionghua di tingkatan 5Al-Kindi. Daripada 5
orang pelajar Tionghua, hanya seorang yang gagal dengan markah 34%.
4.1.3.
Pencapaian
umum ialah 89.80 % ( 88 orang lulus dan 10 orang gagal ) dengan GPMP 3.85.
4.1.4.
Pencapaian
dari segi kualiti ( A+:10 orang, A:13 orang dan A-:20 orang, iaitu 43.88% ). Gred
B seramai 17 orang, iaitu 17.35%.
4.1.5. Daripada
tiga kelas aliran kemanusiaan ( 5Al-A, 5Al-F dan 5Al-K ), didapati pencapaian pelajar
tingkatan 5Al-A ialah 100 %, dengan gred purata mata pelajaran 1.15 ( A+10, A
13, A-9: 32 orang, B+ 1 orang dan C+ 1 orang, tiada D dan E daripada 34 orang
pelajar yang hadir ). 5Al-F ialah 77.42% ( NGP 5.45 ) dan 5Al-K ialah 90.91% ( NGP 5.09
).
4.1.6.
Keadaan
pelajar di tingkatan 5Al-Farabi dan
5Al-Kindi pada tahun ini agak
terkawal, tidak banyak menimbulkkan masalah disiplin, kecuali dua orang
iaitu Mohd. Faizol dan Mohd. Sakowi yang agak nakal sedikit.
- Analisis Kekuatan dan Kelemahan
5.1. Kekuatan
5.1.2. Majoriti
pelajar yang lulus dengan pencapaian cemerlang dan kepujian berada di kelas
tingkatan 5Al-Antaki
5.1.3. Pelajar
di kelas ini belajar dengan penuh disiplin, mempunyai minat dan bertanggungjawab.
5.1.4. Mereka
suka membaca, merujuk blog sastera, berbincang dan membuat latihan.
5.1.5. Pelajar
hadir ke kelas harian biasa, ‘stay back’ dan kelas tambahan hari Jumaat.
5.1.6. Mereka
dapat menyiapkan tugasan rumah yang diberikan dengan baik.
5.1.7. Mereka
dapat faham konsep sastera dengan baik
5.1.8. Pelajar
faham soalan dan dapat mengemukakan isi dan huraian jawapan yang cukup, sesuai
dengan kehendak soalan.
5.1.9. Pelajar
minat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
5.2. Kelemahan
5.2.1. Majoriti
pelajar sederhana, lemah dan gagal berada di kelas tingkatan 5Al-Farabi dan
5Al-Kindi.
5.2.2.
Majoriti
pelajar lemah dan gagal ialah mereka yang tidak minat terhadap mata pelajaran,
tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
5.2.3. Pelajar
sering tidak hadir ke kelas tambahan hari Jumaat.
5.2.4. Tidak
mempunyai peralatan belajar yang cukup seperti tidak membawa buku teks ke
sekolah dan buku nota atau latihan.
5.2.5. Tidak
membaca teks dan mengulangkaji nota.
5.2.6. Tidak
memberi perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar di kelas.
5.2.7. Tidak
menyiapkan tugasan rumah yang diberikan
oleh guru.
5.2.8. Sukar
memahami konsep sastera dan teks sastera yang dibaca atau dikaji.
5.2.9. Tidak
memahami kehendak soalan yang menyebabkan jawapan terpesong, isi kurang dan
tiada huraian contoh. Gagal mentafsir maksud tersirat dan jawapan yang
tersembunyi.
5.2.10. Sukar
mengingati fakta dan contoh dalam cerita, terutama prosa tradisional/teks
klasik.
- Perancangan Strategi dan Program ke Arah Meningkatkan Prestasi Pencapaian dalam Peperiksaan SPM 2012 ( Mata Pelajaran KM )
6.1. Mengulangkaji
soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM yang lepas.
6.2. Mencadangkan
pelajar membeli buku ulasan sastera.
6.3. Menyemak
dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
6.4. Mempastikan
pelajar mempunyai peralatan belajar yang cukup.
6.5. Membincangkan soalan dan skema jawapan
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
6.6. Mencadangkan
tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
6.7. Mengkaji
tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
6.8. Menyediakan
soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun berformat dan bertaraf
soalan peperiksaan SPM sebenar.
6.9. Melaksanakan
projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
6.10. Mempelgai
strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.
6.11. Mengadakan
ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
6.12.
Mendapatkan
soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain
dan membincangkan bersama dengan pelajar.
6.13. Kelas
tambahan hari Jumaat.
6.14. Kelas
tambahan selepas tamat persekolahan ( Stay Back )
6.15..
Projek
anak angkat pelajar yang gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan percubaan SPM 2012.
6.16. Memberi
motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
6.17.
Mengedarkan
bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting kepada semua pelajar SPM 2012 yang
mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
6.18.
Menggalakkan
dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.
- Kesimpulan
Analisis post
mortem keputusan peperiksaan PKBS 1, 2012 yang lepas dalam bentuk laporan
bertulis ini sangat penting kepada semua pihak di sekolah sama ada yang
terlibat secara langusng atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik.
Segala dapatan sama ada berupa data
mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata
Pelajaran dan guru yang mengajar untuk dijadikan dasar dalam merancang strategi
dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.
Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru
mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik
dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi
yang tinggi di pihak guru mata pelajaran, insya-Allah segala kelemahan dan
kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada
masa-masa yang akan datang.
Perubahan segera yang perlu
dilakukan oleh pelajar ialah berusaha mengubah sikap daripada malas kepada rajin belajar dan berminat terhadap
mata pelajaran.
Sekian. Terima
kasih.
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Mata Pelajaran KM,
Merangkap
Pengerusi Panitia,
Mata Pelajaran
Kesusasteraan Melayu,
Sek. Men. Keb.
Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas,
Kelantan.
Tarikh: 2 April,
2012.
No comments:
Post a Comment