Wednesday 15 February 2012

Sikap/tindakan Syed Mustafa terhadap Ruhaiza setelah dituduh diperkosa oleh Syed Fariz/anaknya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Mustafa sanggup/bersedia bertanggungjawab di atas segala-galanya yang berlaku ke atas Ruhaiza.
  2. Meminta Khusyairi/ayah Ruhaiza memberitahu kepadanya bentuk bantuan yang diperlukan.
  3. Akan memberi bantuan selagi terdaya.
  4. Akan berusaha membantu Ruhaiza dari segi yang lain-lainnya.
  5. Bersedia/menawarkan khidmat untuk menghantar Ruhaiza belajar ke sekolah berasrama di bandar.
  6. Mahu mengambil/menjadikan Ruhaiza sebagai anak angkatnya.
  7. Mahu memastikan Ruhaiza hidup dalam keadaan yang selesa seperti anaknya Syarifah Farisya.
  8. Akan mengutamakan Ruhaiza dalam apa juga perkara.
  9. Jika Ruhaiza mahukan Syed Fariz bertanggungjawab ke atas perbuatannya, dia akan akur/memastikan Syed Fariz berbuat demikian.

Tuesday 14 February 2012

Cara pihak SMK. Sultan Muzaffar Shah 1 memanggil penjaga Syed Fariz ke sekolah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Memberi/mengirim surat kepada Syed Fariz untuk disampaikan kepada penjaga, tetapi tiada sebarang maklum balas.
  2. Menghantar/mengirim surat melalui pos, tetapi pihak sekolah juga tidak menerima apa-apa balasan daripada pihak penjaga Syed Fariz.
  3. Pihak sekolah terpaksa mengguna telefon menghubungi Nek Siah/penjaga Syed Fariz.

Monday 13 February 2012

Tujuan Anuariza menceritakan pengalaman pahit hidupnya kepada Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Untuk memberi kesedaran kepada Syed Mustafa betapa pentingnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa dalam membakar semangat anak-anak.
  2. Dia mahu supaya Syed Mustafa dapat memberi sedikit ruang waktu kepada anak-anaknya yang longgar kasih dan sayang.
  3. Supaya Syed Mustafa dapat menjaga dan mengawal perkembangan perilaku anaknya Syed Fariz yang semakin nakal/tidak berdisiplin.

Sebab-sebab Syed Fariz pernah dipukul teruk oleh ayahnya/Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Pihak sekolah pernah memanggilnya ke sekolah untuk memberitahu yang anaknya/Syed Fariz terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk.
  • Pihak sekolah mendapati Syed Fariz turut mengedarkan ubat batuk kepada rakan-rakannya di sekolah.
  • Pihak sekolah memberi amaran kepada Syed Mustafa yang Syed Fariz akan dibuang sekolah jika perangainya tidak berubah.
  • Syed Fariz pernah ternampak dan menuduh ayahnya/Syed Mustafa bermain curang dengan perempuan lain/Norseha sehingga mengabaikan arwah ibunya/Jumaimah yang sakit di rumah.
  • Syed Fariz yang sering ponteng dan bergaduh di sekolah.
  • Syed Fariz yang bertindak ganas hampir-hampir memperkosa Ruhaiza anak gadis Khusyairi/Saliah.
  • Syed Fariz yang ditangkap polis dan ditahan di lokap balai polis.

Sunday 12 February 2012

Peristiwa pergaduhan di antara Ruhaiza dengan Lily Suriani dan Syed Fariz dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Pergaduhan telah berlaku di belakang kantin SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, semasa rehat persekolahan.
  • Seorang murid lelaki telah memberi surat kepada Ruhaiza.
  • Dalam surat, Syed Fariz meminta Ruhaiza bertemunya di belakang kantin sekolah seorang diri.
  • Ruhaiza meninggalkan nasi lemak yang sedang dimakan di kantin dan terus pergi ke belakang kantin sekolah.
  • Di belakang kantin sekolah, Syed Fariz berdiri sementara Lily Suriani duduk mencangkung di tepi longkang.
  • Syed Fariz memarahi Ruhaiza kerana memberitahu kepada jirannya yang dia didenda oleh guru di sekolah kerana selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.
  • Jirannya memberitahu kepada kakaknya/Syarifah Farisya dan kakaknya mengugut untuk memberitahu kepada ayahnya/Syed Mustafa.
  • Lily Suriani masuk campur dengan memaki Ruhaiza.
  • Ruhaiza marah kepada Lily Suriani yang masuk campur dalam urusannya dengan Syed Fariz.
  • Lily Suriani bertindak dengan menyimbah air sirap terhadap Ruhaiza.
  • Ruhaiza menolak Lily Suriani sehingga jatuh tersandar pada badan Syed Fariz.
  • Syed Fariz marah kepada Ruhaiza dengan  bertindak memulas tangannya ke belakang dan menolaknya ke dinding belakang kantin sekolah.
  • Lily Suriani bertindak menendang pinggang Ruhaiza dengan lututnya.