Sunday 12 February 2012

Peristiwa pergaduhan di antara Ruhaiza dengan Lily Suriani dan Syed Fariz dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Pergaduhan telah berlaku di belakang kantin SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, semasa rehat persekolahan.
  • Seorang murid lelaki telah memberi surat kepada Ruhaiza.
  • Dalam surat, Syed Fariz meminta Ruhaiza bertemunya di belakang kantin sekolah seorang diri.
  • Ruhaiza meninggalkan nasi lemak yang sedang dimakan di kantin dan terus pergi ke belakang kantin sekolah.
  • Di belakang kantin sekolah, Syed Fariz berdiri sementara Lily Suriani duduk mencangkung di tepi longkang.
  • Syed Fariz memarahi Ruhaiza kerana memberitahu kepada jirannya yang dia didenda oleh guru di sekolah kerana selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.
  • Jirannya memberitahu kepada kakaknya/Syarifah Farisya dan kakaknya mengugut untuk memberitahu kepada ayahnya/Syed Mustafa.
  • Lily Suriani masuk campur dengan memaki Ruhaiza.
  • Ruhaiza marah kepada Lily Suriani yang masuk campur dalam urusannya dengan Syed Fariz.
  • Lily Suriani bertindak dengan menyimbah air sirap terhadap Ruhaiza.
  • Ruhaiza menolak Lily Suriani sehingga jatuh tersandar pada badan Syed Fariz.
  • Syed Fariz marah kepada Ruhaiza dengan  bertindak memulas tangannya ke belakang dan menolaknya ke dinding belakang kantin sekolah.
  • Lily Suriani bertindak menendang pinggang Ruhaiza dengan lututnya.

No comments:

Post a Comment