Saturday 14 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 4 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza memulakan tugas mengajar Syed Faris sebagai guru tuisyen.
  2. Anuariza terkenang peristiwa dia ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya kepada Mak Cik Leha pada usia 4 tahun.
  3. Anuariza memproses buah kabung pada jam 12.30 malam.
  4. Anuariza berbincang dengan ibunya/Solehah sambil memproses buah kabung.
Latar masa: siang hari/petang, malam ( jam 12.30 ).
Latar tempat: di bilik Syed Faris/di rumah Syed Mustafa, di rumah Anuariza/Solehah.

Friday 13 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 3 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza bersama dengan Syed Mustafa pergi ke paya/hutan untuk mengambil buah asam kelubi.
  2. Anuariza menceritakan kepada Syed Mustafa kisah dia bersama ibunya berpindah dari bandar/Kuala Lumpur ke kampung.
  3. Anuariza dan Syed Mustafa bersolat jemaah Zohor di tepi jalan dalam hutan.
  4. Syed Mustafa berbincang dengan Anuariza mengenai ajaran agama sesat di Malaysia.
  5. Syed Mustafa yakin memilih Anuariza sebagai guru tuisyen Syed Faris ( anaknya ).
Latar masa: tengah hari.
Latar tempat: di hutan/paya.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 2 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Azuera, Anuariza dan Solehah berkunjung ke rumah Syed Mustafa dan menolong membersihkan pinggan mangkuk selepas majlis kenduri kesyukuran.
  2. Anuariza sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
  3. Syed Mustafa meminta jasa baik Anuariza menjadi guru tuisyen kepada Syed Faris, iaitu anaknya.
  4. Anuariza bersetuju menjadi guru tuisyen kepada Syed Faris seperti  diminta oleh Syed Mustafa.
  5. Syed Mustafa bersetuju untuk mengikuti Anuariza pergi ke paya/hutan pada besoknya untuk mengambil buah asam kelubi.
  6. Azuera memperkenalkan Anuariza kepada Syarifah Farisya ( anak gadis Syed Mustafa ).
Latar masa: malam.
Latar tempat: di rumah Syed Mustafa.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 1 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Solehah, Azuera dan Nek Siah melarang/menasihati Anuariza supaya tidak pergi ke paya/hutan mengutip buah asam kelubi kerana malam tadi hujan lebat dan berbahaya.
  2. Anuariza mengambil upah mengecat rumah Syed Mustafa dan dengan wang tersebut digunakan untuk membayar yuran persekolahan Azuera ( adik angkatnya ).
  3. Nek Siah menjemput Anuariza, Solehah dan Azuera ke kenduri naik rumah baru Syed Mustafa dan kenduri majlis tahlil.
Latar masa: selepas Subuh/pagi.
Latar tempat: di rumah Solehah/Anuariza/Azuera, di kampung.

Thursday 12 January 2012

Watak-Watak dalam Novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza ( watak utama/protagonis )
  2. Solehah ( ibu angkat Anuariza/berkahwin dengan/menjadi isteri Syed Mustafa )
  3. Azuera ( anak Solehah )
  4. Nek Siah ( ibu Syed Mustafa )
  5. Ah Chong
  6. Syed Mustafa ( anak Nek Siah dengan arwah Syed Ubaidillah )
  7. Syarifah Farisya ( anak Syed Mustafa dengan arwah Jumaimah )
  8. Lily Suriani
  9. Ruhaiza ( anak Khusyairi dengan Saliah )
  10. Jumaimah ( arwah isteri Syed Mustafa )
  11. Saliah
  12. Khusyairi
  13. Haji Lokman
  14. Hajah Munirah
  15. Cikgu Syakinah
  16. Cikgu Borhan
  17. Cikgu Suhaimi
  18. Hazrul Iskandar ( anak Haji Lokman dengan Hajah Munirah )
  19. Wak Dollah
  20. Syed Ubaidillah ( arwah suami Nek Siah/bapa Syed Mustafa )
  21. Haji Su'ud
  22. Thamrin ( arwah suami Solehah/bapa angkat Anuariza  )
  23. Hazrul Naim
  24. Hazizul Hafiz
  25. Cikgu Sarimah
  26. Ruzaidi Ishak
  27. Syed Faris ( anak Syed Mustafa dengan arwah Jumaimah )
  28. Pak Daud
  29. Nenek Lily Suriani
  30. Siti Baizura
  31. Dr. Rasidah
  32. Lebai Mamat ( arwah ayah Saliah )
  33. Pak Zain
  34. Haji Samad ( arwah ayah Khusyairi )
  35. Cikgu Jumaah 
  36. Dan lain-lain ................

Biodata Penulis Novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Nama pena: Ramlah Rashid.
Tarikh lahir: 1 Ogos, 1965.
Tempat lahir: Teluk Sareh Empai, Parit, Perak.
Latar belakang pendidikan: Sekolah Kebangsaan Teluk Sareh ( 1972-1977 )
                                          Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Parit,
                                          Perak ( 1978- 1982 )
                                          Kolej Yayasan Anda ( 1983-1984 )
Pekerjaan: Penjawat awam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ( PPUKM )
Anugerah diterima: ...............................?
Genre penulisan: puisi, cerpen dan novel
Hasil karya penulisan kreatif: puisi ..............................?
                                            cerpen ...........................?
                                            novel: Menggapai Gapura Kasih dan Memori Rindu ( 2005 )
                                                      Kabus Senja ( 2006 )
                                                      Tak Kuduga ( 2006 )
                                                      Sara Kirana ( 2006 )
                                                      Jeriji Kasih ( 2007 )
                                                      Qaseh Qaisy ( 2007 )
                                                      Aku Cinta Kyra ( 2008 )
                                                      Usang ( 2009 )
                                                      Seharum Cinta Lestari ( 2009 )
                                                      Trilogi Magis ( 2009 )
Sumbangan dalam dunia sastera: Banyak menghasilkan puisi
                                                  Banyak menghasilkan cerpen
                                                  Banyak menghasilkan novel
                                                  Mengharumkan perkembangan sastera tanah air di rantau Asia
Keistimewaan penulis: Kebolehan/kemampuan menghasilkan pelbagai genre penulisan kreatif seperti puisi,
                                   cerpen dan novel.