Saturday 19 May 2012

Peristiwa-peristiwa tragedis dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Orang-orang Siam menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/Kota Jelasin/Mahligai.
  2. Berlaku peperangan di antara rakyat Sultan Abdullah/Kelantan dengan orang-orang Siam.
  3. Orang-orang Siam secara paksa/ugutan kepada Sultan Abdullah telah membawa lari Tuan Puteri Sa'dung ke benua Siam.
  4. Tuan Puteri Sa'dung hampir-hampir diperkosa oleh Raja Siam.
  5. Raja Siam terlalu sakit dan menderita kerana naik kayap di dada akibat disembur dengan serampah sirih oleh Tuan Puteri Sa'dung di dadanya.
  6. Sultan Abdullah bergaduh/bertengkar dengan Tuan Puteri Sa'dung kerana tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
  7. Sultan Abdullah memancung/membunuh Tuan Puteri Sa'dung dengan pedang.
  8. Tuan Puteri Sa'dung memancung/membunuh balas Sultan Abdullah dengan pedang.
  9. Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang di Kuala Nama.
  10. Long Yunus ditinggalkan oleh ayahandanya Long Sulaiman di negeri Pattani.
  11. Long Yunus dihalau keluar dari istana negeri Pattani oleh Raja Nang Cayang kerana dianggap punca yang membawa penyakit kepadanya.
  12. Long Jaafar dihalau keluar dari istana negeri Reman oleh ayahandanya.
  13. Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu menikam/membunuh isterinya berpunca daripada kain cukin kepunyaan Long Jaafar yang dipinjam oleh isterinya.
  14. Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh, Lenggeh ( abang kepada arwah isteri Tuan Long Pandak ) menyerang istana Kota Kubang Labu dan menikam/membunuh Raja Tuan Long Pandak.
  15. Dan lain-lain peristiwa tragedis ............. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Kesaktian Tuan Puteri Sa'dung dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  • Dapat menewaskan serangan Siam ke Kota Jelasin dengan kesaktiannya.
  • Memindahkan/mengangkat Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( hutan tebal ) yang kemudian diberi nama Mahligai.
  • Menyembur serampah sirih ke dada Raja Siam yang menyebabkan naik penyakit kayap yang terlalu sakit/menderita.
  • Dapat menyembuhkan semula penyakit kayap di dada Raja Siam selepas dikeluarkan dari istana Raja Siam dan dihantar semula ke pangkuan suaminya Raja Abdullah di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/Mahligai.
  • Air mawar dalam jembul/sanggul Tuan Puteri Sa'dung yang disapu oleh inang tua di tempat mata luka menyebabkan Tuan Puteri Sa'dung yang telah mati kerana dibunuh oleh suaminya Sultan Abdullah dapat hidup semula.
  • Keturunan Sultan Ibrahim daripada raja Jembal menjadi kepapaan dan jatuh dari menjadi sultan disebabkan oleh sumpah Tuan Puteri Sa'dung di atas kezaliman Sultan Ibrahim memerintah rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan.

Watak dan perwatakan Raja/Sultan Abdullah dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  • Watak pembantu/antagonis
  • Anak keturunan raja Jembal
  • Menjadi anak angkat Encik Siti
  • Berkahwin dengan /suami Tuan Puteri Sa'dung
  • Dilantik menjadi sultan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung oleh Encik Siti dan pemerintahannya berpusat di Kota Jelasin dan di Mahligai.
  • Beristeri muda
  • Mati dipancung/dibunuh balas oleh Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
  • Mayat/jenazahnya dikuburkan di Tasik Padang Layang.
  • Seorang yang penyayang, contoh Sultan Abdullah sangat sayang kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung.
  • Seorang yang berani mempertahankan tanah air/negeri/hak, contoh Sultan Abdullah berani berperang menentang orang-orang Siam yang menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
  •  Seorang yang tidak menepati janji/mungkir janji, contoh Sultan Abdullah berkahwin lain selepas Tuan Puteri Sa'dung isterinya di bawa lari oleh orang-orang Siam ke benua Siam.
  • Seorang yang degil, contoh Sultan Abdullah berdegil tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama isteri mudanya walau pun disuruh oleh Tuan Puteri Sa'dung isteri pertamanya.
  • seorang yang zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan, contoh Sultan Abdullah telah memancung/membunuh isterinya Tuan Puteri Sa'dung dengan kejam.
  • Seorang yang suka bermuafakat, contoh Sultan Abdullah telah bermuafakat dengan para pembesar dan rakyatnya cara untuk mengatasi serangan Siam.
  • Seorang yang patuh/taat/setia, contoh Sultan Abdullah patuh/taat kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung yang menyuruhnya pergi berunding dengan Tuk Ca Siam.
  • Dan isi-isi lain yang sesuai .....................sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa'dung dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  • Watak utama/protagonis
  • Anak raja Jembal
  • Anak angkat Encik Siti
  • Berkhwin dengan/isteri Sultan Abdullah
  • Seorang yang cantik
  • Dibawa lari oleh Tuk Ca ke benua Siam
  • Hampir-hampir diperkosa oleh Raja Siam
  • Menjadi raja/sultan di Bukit Marak
  • Menghilangkan/menghaibkan diri di Bukit Marak
  • Mati dibunuh oleh Sultan Abdullah
  • Dihidupkan semula oleh inang busu dan inang tua
  • Membunuh balas Sultan Abdullah/suaminya
  • Seorang yang mempunyai kuasa kesaktian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan istana Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( Mahligai )/dll.
  • Seorang yang penyayang, contoh Tuan Puteri Sa'dung sangat sayang kepada suaminya Sultan Abdullah.
  • Seorang yang pendendam, contoh Tuan Puteri Sa'dung membalas dendam dengan membunuh balik suaminya Sultan Abdullah yang membunuhnya.
  • Seorang yang taat/patuh/setia, contoh Tuan Puteri Sa'dung patuh/taat kepada suaminya Sultan Abdullah yang menyuruh ikut Tuk Ca/orang Siam pergi ke benua Siam.
  • Seorang yang tegas pendirian, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak dengan tegas permintaan Raja Siam yang mahu menjadikannya sebagai isteri/memperkosanya.
  • Seorang yang baik hati, contoh Tuan Puteri Sa'dung memenuhi permintaan Raja Ibrahim untuk menjadi sultan memerintah negeri Tanah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan menggantikan arwah abangnya Sultan Abdullah.
  • Seorang yang beriman kepada Allah/kuat pegangan agama Islam, contoh Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam yang hendak menjadikannya sebagai isteri kerana Raja Siam seorang kafir/bukan Islam/Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu dihantar  ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di negeri Kelantan/Mahligai oleh tujuh orang kafir Siam, tetapi mahu dihantar oleh tujuh orang Siam beragama Islam.
  • Seorang yang kuat mempertahankan/mengamalkan adat-istiadat raja-raja, contoh Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan para pembesar dan rakyatnya mengebumikan mayat/jenazah Sultan Abdullah secara adat raja-raja mati di Tasik Padang Layang.
  • Seorang yang bertanggungjawab/mengambil berat terhadap nasib rakyat yang malang/dizalimi, contoh Tuan Puteri Sa'dung mengambil berat terhadap aduan rakyat di Kota Teras yang mengatakan Sultan Ibrahim memerintah negeri dan rakyat dengan zalim.
  • Dan isi-isi lain yang sesuai ..................... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Friday 18 May 2012

Tema dan persoalan-persoalan dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tema

Hikayat Seri Kelantan bertemakan asal-usul atau susur galur keturunan raja-raja/sultan/pemerintah awal negeri Kelantan yang sering bertukar ganti pada peringkat awal. Misalnya bermula dengan Encik Siti, kemudian diikuti oleh Sultan Abdullah, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Ibrahim ( Keturunan Raja Jembal ), Datu, Tuk Raja Udang, Raja Tuan Long Pandak dan Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Lenggeh ).

Persoalan-persoalan

  1. Mengambil berat/mementingkan keturunan pada masa hadapan, misalnya Encik Siti yang tidak mempunyai anak telah mengambil Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah anak raja Jembal dan mengahwinkan mereka berdua.
  2. Pemerintahan yang adil terhadap negeri dan rakyat, misalnya Encik Siti/Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung/Raja Tuan Long Pandak telah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan rakyat dengan adil sehingga disukai oleh rakyat jelata.
  3. Pemerintahan yang zalim/kejam terhadap negeri dan rakyat, contoh Sultan Ibrahim yang menggantikan Sultan Abdullah sebagai pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung yang berpusat di Kota Teras, Jembal memerintah negeri dan rakyat dengan zalim.
  4. Amalan pengambilan dan pemeliharaan anak angkat dalam masyarakat di negeri Kelantan, misalnya Encik Siti yang tidak mempunyai anak telah mengambil Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah anak raja Jembal sebagai anak angkatnya.
  5. Kasih sayang dalam keluarga/suami-isteri/adik-beradik, misalnya Sultan Abdullah sangat sayang kepada isterinya Tuan Puteri Sa'dung/Long Sulaiman sangat sayang kepada kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga/dll.
  6. Penggunaan unsur kesaktian/jampi mentera dalam amalan kehidupan seharian, misalnya Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan/mengangkat istana Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai/Tuan Puteri Sa'dung bertindak menyembur dada Raja Siam sehingga naik penyakit kayap yang amat sakit.
  7. Amalan hidup masyarakat yang mempercayai telahan ahli nujum, misalnya Raja Siam percaya kepada Tuk Ca seorang ahli nujum yang mengatakan untuk menyembuh penyakit kayap di dada ialah dengan menghantar balik Tuan Puteri Sa'dung kepada Sultan Abdullah di Mahligai/Kelantan/Raja Pattani ( Nang Cayang ) percaya kepada ahli nujum yang mengatakan baginda jatuh sakit kerana memelihara Long Yunus di dalam istananya.
  8. Pencerobohan/merampas hak orang lain tanpa perikemanusiaan/zalim, misalnya Raja Siam menyerang negeri Kelantan dan merampas/membawa lari Tuan Puteri Sa'dung ke benua Siam untuk dijadikan isterinya.
  9. Keberanian mempertahanakan hak dan tanah air, misalnya Sultan Abdullah bersama para pembesar dan rakyatnya berani menentang angkatan Raja Siam yang menyerang negeri Kelantan/tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk merampas Tuan Puteri Sa'dung isterinya.
  10. Muafakat dalam melakukan sesuatu tindakan, misalnya Sultan Abdullah bermuafakat dengan para pembesar dan rakyatnya untuk menentang angkatan Raja Siam yang menyerang negeri Kelantan untuk mengambil Tuan Puteri Sa'dung, isterinya.
  11. Tolong-menolong/bantu-membantu terhadap orang yang memerlukan pertolongan/bantuan, misalnya Long Yunus telah menolong Long Jaafar menemukan dengan Raja Tuan Long Pandak di istana Kota Kubang Labu.
  12. Bersimpati/belas kasihan terhadap seseorang yang susah, misalnya Long Yunus merasa belas kasihan kepada Long Jaafar yang dihalau oleh ayahandanya dari negeri Reman.
  13. Membunuh diri kerana tekanan  perasaan, misalnya Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang di Kuala Nama kerana tekanan perasaan disebabkan ramai anak raja/orang muda di negeri Pattani yang meminati dirinya.
  14. Bertindak terburu-buru/membuat keputusan tanpa menyiasat terlebih dahulu, misalnya Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu telah menikam/membunuh isterinya berpunca dari kain cukin kepunyaan Long Jaafar yang tersangkut di atas kil dalam istananya.
  15. Bertindak kejam/tidak berperikemanusiaan/zalim terhadap orang lain, misalnya Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu bertindak kejam dengan menikam/membunuh isterinya.
  16. Membalas dendam terhadap seseorang, misalnya Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh bersama dengan para pembesar dan rakyatnya telah menyerang dan membunuh Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu sebagai balas dendam kerana telah menikam/membunuh adiknya/Tuan Puteri Sa'dung memancung/membunuh Sultan Abdullah sebagai balas dendam kerana membunuhnya.
  17. Tidak mengambil berat dan leka dalam permainan, misalnya Raja Tuan Long Pandak sedang leka/asyik bermain catur sewaktu istananya di serang oleh Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh sehingga baginda terbunuh.
  18. Mengamalkan adat-istiadat raja-raja, misalnya Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan para pembesar dan rakyatnya mengebumikan jenazah Sultan Abdullah di Tasik Padang Layang secara adat raja-raja mati/Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh memerintahkan rakyatnya dan rakyat di Kota Kubang Labu mengebumikan jenazah/mayat Raja Tuan Long Pandak secara adat raja-raja mati di kubur Kota Kubang Labu.
  19. Peperangan di antara negeri Kelantan dengan Siam, misalnya Siam telah menyerang negeri Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung.
  20. Mungkir janji, misalnya Sultan Abdullah  mungkir janji kerana telah berkahwin lain selepas Tuan Puteri Sa'dung dibawa lari oleh orang-orang Siam ke benua Siam.
  21. Beriman kepada Allah/berusaha menegakkan agama Islam, misalnya Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu tujuh orang Siam kafir menghantarnya balik semula ke pangkuan Sultan Abdullah di Mahligai/Kelantan, tetapi baginda mahukan tujuh orang Islam yang menghantarnya.
  22. Dan persoalan-persoalan lain ................. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Urutan peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Encik Siti yang tiada anak sudah sekian lama memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
  2. Encik Siti mengambil dan memelihara anak seorang raja Jembal bernama Tuan Puteri Sa'dung sebagai anak angkatnya.
  3. Encik Siti mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah iaitu anak seorang raja Jembal yang juga anak angkatnya secara adat raja-raja besar.
  4. Encik Siti melantik Raja Abdullah sebagai Sultan Abdullah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
  5. Encik Siti membina Kota Jelasin sebagai pusat pemerintahan Sultan Abdullah bersama Tuan Puteri Sa'dung di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ).
  6. Encik Siti berpindah dan menjadi raja di Gunung Ayam.
  7. Sepanjang Sultan Abdullah memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung yang berpusat di Kota Jelasin negeri dan rakyat sangat aman dan makmur.
  8. Seorang raja Siam sangat tertarik hati kepada Tuan Puteri Sa'dung, iaitu isteri kepada Sultan Abdullah.
  9. Raja Siam telah menghantar utusan dan angkatan perangnya ke Kota Jelasin/Kelantan untuk mengambil Tuan Puteri Sa'dung daripada Sultan Abdullah.
  10. Sultan Abdullah bersama dengan rakyatnya telah menentang angkatan Raja Siam tersebut dan mereka tewas kerana kesaktian Tuan Puteri Sa'dung.
  11. Negeri  Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ) ditimpa bala oleh Allah SWT menyebabkan rakyatnya berpecah-belah.
  12. Tentera Siam sekali lagi mengepung Kota Jelasin untuk mengambil Tuan Puteri Sa'dung.
  13. Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya memindahkan Kota Jelasin ke dalam Cerang Bahana ( hutan rimba besar ) yang kemudian dinamakan Mahligai tempat tersebut.
  14. Tentera/orang Siam menggunakan khidmat nujum Tuk Ca  untuk mengesan tempat persembunyian Tuan Puteri Sa'dung bersama dengan Sultan Abdullah ( suaminya ) dan rakyat baginda.
  15. Dengan bantuan nujum Tuk Ca, tentera/orang Siam dapat mengesan kedudukan Tuan Puteri Sa'dung bersama Sultan Abdullah berada di tengah cerang  besar.
  16. Tentera/orang Siam sekali lagi mengepung istana/mahligai Tuan Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah.
  17. Sultan Abdullah berbincang dengan Tuan Puteri Sa'dung mengenai tindakan tentera/orang Siam yang mengepung istana/mahligainya.
  18.  Sultan Abdullah berjumpa dengan Tuk Ca Siam untuk mengetahui tujuan sebenar kedatangan orang Siam yang mengepung istana/mahligainya.
  19. Tuk Ca memberitahu kepada Sultan Abdullah yang Raja Siam mahu mengambil Tuan Puteri Sa'dung untuk dijadikan isterinya.
  20. Sultan Abdullah bersetuju menyerahkan Tuan Puteri Sa'dung kepada orang/Raja Siam selepas berbincang dengan Tuan Puteri Sa'dung semata-mata untuk menyelamatkan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ) daripada serangan Siam.
  21. Tuan Puteri Sa'dung dibawa oleh Tuk Ca dan orang Siam ke benua Siam.
  22. Sepanjang ketiadaan Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah berkahwin lain dengan yang juga anak raja Jembal.  
  23. Tuan Puteri Sa'dung yang dibawa oleh Tuk Ca dan orang Siam diserahkan kepada Raja Siam.
  24. Raja Siam hendak menjadikan Tuan Puteri Sa'dung sebagai isterinya dan hendak memperkosanya.
  25. Tuan Puteri Sa'dung tidak bersetuju dengan permintaan Raja Siam tersebut lalu menyemburkan serampah pinang ke dada Raja Siam.
  26. Raja Siam naik penyakit kayap di dada dan menderita kerana terlalu sakit.
  27. Raja Siam merujuk kepada Tuk Ca mengenai penyakit kayap di dadanya yang terlalu sakit.
  28. Tuk Ca memaklumkan kepada Raja Siam ubat untuk menyembuhkan penyakit kayap di dadanya ialah dengan mengeluarkan Tuan Puteri Sa'dung dari dalam istananya.
  29. Raja Siam menyuruh tujuh orang Siam menghantar balik Tuan Puteri Sa'dung kepada suaminya Sultan Abdullah di Mahligai, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
  30. Tuan Puteri Sa'dung tidak mahu tujuh orang kafir Siam menghantarnya dan meminta supaya dihantar oleh tujuh orang Siam beragama Islam.
  31. Dalam perjalanan dari benua Siam ke Mahligai, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ( Kelantan ), Tuan Puteri Sa'dung sempat singgah di Pantai Kuala Kemayang, di Tanjung Jering dan di Pengkalan Gaung.
  32. Akhirnya Tuan Puteri Sa'dung tiba di Bukit Marak dan seterusnya sampai di Mahligai istana asalnya.
  33. Tuan Puteri Sa'dung berjumpa semula dengan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai.
  34. Tuan Puteri Sa'dung menyuruh suaminya Sultan Abdullah keluar dari Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
  35. Sultan Abdullah tidak mahu keluar dari istana Mahligai bersama dengan isteri mudanya.
  36. Sultan Abdullah bergaduh dengan Tuan Puteri Sa'dung.
  37. Sultan Abdullah telah memancung dan membunuh Tuan Puteri Sa'dung.
  38. Tuan Puteri Sa'dung mati kerana dipancung dengan pedang oleh suaminya Sultan Abdullah.
  39. Inang busu dan inang tua menghidupkan semula Tuan Puteri Sa'dung dengan menyapu di tempat luka air mawar yang diambil dari jembul yang terdapat dalam sanggul Tuan Puteri Sa'dung.
  40. Tuan Puteri Sa'dung kembali hidup semula dan mencari Sultan Abdullah yang membunuhnya.
  41. Tuan Puteri Sa'dung membunuh Sultan Abdullah dengan memancung lehernya dengan pedang.
  42. Tuan Puteri Sa'dung menyuruh rakyatnya menguburkan jenazah Sultan Abdullah seperti adat raja-raja mati di Tasik Padang Layang.
  43. Tuan Puteri Sa'dung menyerahkan istana Mahligai kepada bekas isteri muda arwah Sultan Abdullah.
  44. Tuan Puteri Sa'dung berpindah ke Bukit Marak dan menjadi raja yang memerintah rakyat di situ.
  45. Raja Ibrahim ( Adik arwah Sultan Abdullah ) pergi mengadap Tuan Puteri Sa'dung di Bukit Marak untuk memohon menjadi pemerintah di negeri Tanah Sekebun Bunga Cerangtegayung ( Mahligai ).
  46. Tuan Puteri Sa'dung bersetuju dengan permintaan Raja Ibrahim lalu melantik baginda sebagai Sultan Ibrahim yang memerintah negeri tersebut.
  47. Sultan Ibrahim berpindah dari Mahligai ke Kota Teras, Jembal sebagai pusat pemerintahannya.
  48. Sultan Ibrahim memerintah rakyat dan negeri dengan zalim.
  49. Rakyat negeri dan Kota Teras, Jembal mengadu kepada Tuan Puteri Sa'dung di Bukit Marak mengenai kezaliman pemerintahan Sultan Ibrahim terhadap rakyat dan negeri.
  50. Tuan Puteri Sa'dung memberi amaran kepada Sultan Ibrahim sama ada hendak keturunan atau kepapaan.
  51. Kerana rungsing/susah hati dan merasakan tidak terlepas dari tanggungjawabnya, Tuan Puteri Sa'dung menggunakan kesaktiannya menghilangkan/menghaibkan diri dari Bukit Marak.
  52. Tidak lama kemudian pemerintahan Sultan Ibrahim dan keturunannya dari raja Jembal jatuh dan menjadi kepapaan sehingga negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ketiadaan raja untuk beberapa ketika.
  53. Selepas Sultan Ibrahim, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung diperintah oleh Datu yang berpusat di Pekalan Datu selama lebih kurang tiga tahun.
  54. Selepas Datu, diperintah pula oleh Tuk Raja Udang yang berpusat di Kelucar yang sekarang dipanggil Langgar.
  55. Selepas Tuk Raja Udang, negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, diperintah pula oleh Tuan Long Pandak yang berpusat di Kota Kubang Labu. Tuan Long Pandak dibantu oleh dua orang raja muda, iaitu Raja Muda di Kok Keranji dan Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Abang ipar Tuan Long Pandak ).
  56. Rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berada dalam keadaan aman dan makmur sepanjang di bawah pemerintahan Tuan Long Pandak yang berpusat di Kota Kubang Labu.
  57. Raja Negeri Kebayat Nenggara lari entah ke mana kerana tewas diserang oleh Raja Negeri China.
  58. Semasa melarikan diri, Raja Negeri Kebayat Nenggara meninggalkan dua orang anak iaitu Tuan Puteri Kembang Bunga ( Perempuan/kakak ) dan Long Sulaiman ( Lelaki/adik ) di dalam negerinya.
  59. Tuan Puteri Kembang Bunga bersama dengan adiknya Long Sulaiman melarikan diri ke negeri Pattani kerana takut ditangkap oleh orang-orang Cina kafir.
  60. Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ) mengambil Tuan Puteri Kembang Bunga dan Long Sulaiman sebagai anak angkatnya.
  61. Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ) telah mengahwinkan Long Sulaiman dengan anak perempuannya.
  62. Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalam wangkang ( jong kecil ) di Kuala Nama kerana susah hati/risau/bimbang disebabkan ramai orang muda dan anak-anak raja yang meminatinya.
  63. Long Sulaiman mengebumikan jenazah arwah kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga di Kuala Nama dengan sempurnanya.
  64. Wangkang/jong kecil di Kuala Nama pun tenggelam sehinggalah ke hari ini.
  65. Isteri Long Sulaiman melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Long Yunus.
  66. Long Sulaiman melarikan diri dari negeri Pattani entah ke mana meninggalkan anak dan isteri kerana susah hati memikirkan kakaknya Tuan Puteri Kembang Bunga yang membunuh diri di dalam wangkang.
  67. Long Yunus yang ditinggalkan di negeri Pattani dipelihara dan dibesarkan oleh ibu dan neneknya Orang Besar Pattani ( Datuk Long Yunus ).
  68. Raja negeri Pattani ( Nang  Cayang ) mengambil Long Yunus daripada Datuk Long Yunus sebagai anak angkat baginda.
  69. Raja negeri Pattani ( Nang Cayang ) jatuh sakit sejak memelihara Long Yunus sebagai anak angkatnya di istana.
  70. Ahli nujum memberitahu kepada Raja Nang Cayang ubat untuk menyembuh penyakit baginda ialah tidak boleh memelihara Long Yunus di dalam istana.
  71. Raja Nang Cayang marah dan menghalau keluar Long Yunus dari istana dan negeri Pattani.
  72. Long Yunus keluar dari istana Raja Nang Cayang dan negeri Pettani merantau membawa diri sehingga tiba di Kota Kubang Labu, negeri Kelantan dan mengadap Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu.
  73. Raja Tuan Long Pandak Kubang Labu mengambil dan memelihara Long Yunus di istananya dan seterusnya melantik beliau sebagai mendahari istana.
  74. Raja negeri Reman telah memarahi dan menghalau keluar anak lelakinya yang bernama Long Jaafar dari negeri Reman.
  75. Long Jaafar keluar dari negeri Reman dengan membawa seekor ayam jantan dan sehelai kain cukin pakaiannya.
  76. Long Jaafar yang berjalan keluar dari negeri Reman tiba di Kota Kubang Labu, negeri Kelantan.
  77. Long Jaafar bertemu dengan Long Yunus di luar pintu istana Kota Kubang Labu.
  78. Long Yunus yang merasa belas kasihan kepada Long Jaafar telah membawa bertemu dengan Raja Tuan Long Pandak ( Raja Kubang Labu ) di istananya.
  79. Raja Tuan Long Pandak membenarkan Long Jaafar tinggal bersama-sama dengan Long Yunus di istana Kota Kubang Labu.
  80. Isteri Raja Tuan Long Pandak, Kota Kubang Labu tertarik hati melihat kain cukin yang dipakai oleh Long Jaafar.
  81. Isteri Raja Tuan Long Pandak menyuruh hambanya pergi meminjam kain cukin kepunyaan Long Jaafar.
  82. Isteri Raja Tuan Long Pandak menyangkut kain cukin tersebut di atas rak kil untuk melihat sebagai panduan contoh tenunan.
  83. Raja Tuan Long Pandak terpandang kain cukin yang tersangkut di atas rak kil tersebut ialah kain cukin kepunyaan Long jaafar
  84. Raja Tuan Long Pandak terlalu marah kepada isterinya dan tanpa menyiasat dengan panjang lebar terus menikam isterinya dengan keris sehingga mati.
  85. Raja Tuan Long Pandak memerintahkan para pembesarnya menghantar mayat/jenazah isterinya kepada Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh ( Abang iparnya ) dengan menggunakan gajah.
  86. Raja Muda Pasir Mas  Seberang Tuk Deh terkejut melihat mayat adiknya yang mati ditikam oleh Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu ( Suami arwah adiknya ).
  87. Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh bermuafakat dengan para pembesar, menteri, pegawai, hulubalang, pahlawan dan rakyatnya untuk menyerang Raja Tuan Long Pandak, Kubang Labu kerana telah memalukannya.
  88. Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh bersama angkatan perangnya telah menyerang Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu dan berjaya menikamnya/membunuhnya ketika baginda sedang asyik/leka bermain catur.
  89. Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh memerintahkan rakyatnya bersama dengan rakyat arwah Raja Kubang Labu mengebumikan mayat/jenazah Raja Tuan Long Pandak secara adat raja-raja di kubur Kota Kubang Labu.
  90. Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh kembali ke  Pasir Mas Seberang Tuk Deh dan memerintah negeri Lenggeh dengan aman dan damai kerana negeri Kelantan/Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung pada ketika itu sudah ketiadaan raja/pemerintah/sultan lagi.
 Sila baca teks/cerita asal untuk  memahami secara lebih  terperinci lagi ........................ Tq.



Sunday 13 May 2012

Ciri-ciri/unsur-unsur sejarah dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Ada watak/tokoh sejarah, contoh: Encik Siti/Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah/Sultan Ibrahim/dll.
  2. Ada peristiwa bersejarah, contoh: Siam menyerang negeri Kelantan/Sultan Abdullah membunuh Tuan Puteri Sa'dung/Tuan Puteri Sa'dung membunuh Sultan Abdullah/Raja Siam membawa lari Tuan Puteri Sa'dung/Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh menyerang dan membunuh Tuan Long Pandak ( Raja Kubang Labu ) di Kota Kubang Labu/dll.
  3. Latar masa/zaman bersejarah, contoh: Zaman pemerintahan Encik Siti/Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah/Sultan Ibrahim/Tuan Long Pandak di negeri Kelantan/dll.
  4. Latar tempat bersejarah, contoh: Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Mahligai/Kota Kubang Labu/Kota Jelasin/Bukit Marak/dll.
  5. Sistem pemerintahan beraja/fuedal, contoh: Sultan Abdullah memerintah negeri Kelantan ( Kota Jelasin)/Sultan Ibrahim memerintah negeri Kelantan ( Di Jembal/Kota Teras ).
  6. Ada jawatan pembesar, contoh: Raja Muda Kok Keranji/Raja Muda Pasir Mas Seberang Tuk Deh/Orang Besar Datuk Long Yunus/mendahari/menteri/pegawai/hulubalang/pahlawan dll.
  7. Ada adat-istiadat bersejarah, contoh: Encik Siti mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah secara adat raja-raja besar/Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan rakyat Kelantan mengebumikan jenazah Sultan Abdullah secara adat kebesaran raja-raja di Tasik Padang Layang.
  8. Ada peralatan sejarah, contoh: perahu/gajah kenaikan Tuan Puteri Sa'dung/Keris/istana Kota Jelasin/kain kuning/kain cukin/jembul berisi air mawar/dll.