Tuesday 16 September 2014

Catatan menghadiri perbengkelan AJK WARIS di BTPN Perak pada 13-14 Sept. 2014 dan keputusan-keputusan yang dicapai





Perbengkelan Pertama AJK WARIS pada kali ini telah dibuat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak yang terletak di Jalan Lawas 9, Ipoh Perak. Perbengkelan yang berlangsung selama dua hari dan dua malam ini bermula pada 13 higga 14 September, 2014 ( Sabtu dan Ahad ). Agenda perbengkelan  sangat padat menyebabkan jadual pun terlalu ketat, bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 malam. Pendek kata tiada masa langsung untuk pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar di sekitar bandar raya Ipoh. Cuma yang sempat dilakukan pada masa rehat di sebelah petang dan malam ialah pergi minum teh  atau kopi tarik di kedai Mamak Muslim yang terletak lebih kurang 200 meter di luar pagar bangunan BTPN itu sahaja. Selebihnya masa digunakan untuk berehat dan tidur.
                Perbengkelan AJK WARIS ini dibuat adalah kesinambungan daripada keputusan mesyuarat AJK Penaja Kerja WARIS Pertama di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Ogos yang lalu di Kuala Lumpur. Pengisian utama dalam perbengkelan pada kali pertama ini ialah untuk membincangkan format dan kandungan bahan bagi menghasilkan sebuah profail WARIS yang lengkap. Perbincangan selanjutnya akan diteruskan sehinggalah sebuah profail WARIS yang lengkap dan sempurna dapat dihasilkan. Pada keseluruhannya input dan output yang diperolehi amatlah membanggakan dan memuaskan hati para AJK WARIS yang hadir. Melalui sesi perbahasan yang mantap dan panjang lebar telah menghasilkan sesuatu yang bermakna seperti yang diharap-harapkan ( Lihat hasil keputusan perbengkelan di bawah ).
                Pada hari Jumaat, jam 9.40 pagi, kereta  CR-V berwarna biru mentalik menghulurkan kepala ke pintu pagar besi rumah kediaman Drs. Haji Nik Alwan Bin Nik Mohd. Amin, terlewat 40 minit daripada waktu sebenar yang dijanjikan. Keterlewatan ini bukan sengaja hendak diperlewatkan, tetapi disebabkan oleh faktor-faktor  teknikal di luar jangkaan yang tidak mampu untuk diatasi oleh kuasa manusia biasa.


 Kereta volvo 850SE yang dirancangkan untuk membawa dua pasang suami isteri ini ke Ipoh, terpaksa disadaikan di rumah kerana tayar belakangnya tercocok skrew pada lewat senja hari Khamis ketika hendak memasuki ladang ternakan biri-biri. Sedangkan pada hari Jumaat, semua bengkel service kereta dan  kedai menjual tayar di bandar Pasir Mas ditutup. Jadi, tiada pilihan lain, melainkan terpaksa membawa kereta CR-V yang tidak diservis terlebih dahulu kerana tidak menjangka akan pergi ke Ipoh dengan kenderaan ini.




         Dengan muka yang agak masam manis seperti ibu ayam yang baru menerankan beberapa biji telur  dari punggungnya di atas sangkak,  Drs. Haji Nik Alwan bersama dengan isterinya Hajah Ariyati Binti Anwar, mencampakan dua buah beg berisi pakaian untuk bekalan selama dua hari dan dua malam ke dalam punggung kereta CR-V saya. Selepas semua pintu kereta CR-V dipastikan ditutup rapat, kami berempat pun mula bertolak meninggalkan Bandar Tanah Merah pada jam 10.30 pagi menuju ke Jeli, Batu Melintang dan seterusnya merangkak memanjat membelah bukit Banjaran Titiwangsa melalui jalan yang berliku-liku seperti ular kena palu tersebut. Pada jam 11.30 pagi, kami tiba di puncak Bukit Titiwangsa dan berhenti di kawasan tempat Rehat dan Rawat untuk mengena teh dan kopi tarik sebagai rawatan bagi biji mata yang semakin kuyu dan layu. Sebaik selesai mengenakan teh dan kopi tarik dengan sebiji seorang kueh paw berinti kacang, kami berempat mula meninggalkan puncak Bukit Banjaran Titiwangsa. Dalam daerah Lenggong, kami berhenti di sebuah restoran di tepi jalan besar untuk makan tengah hari pada jam 2.00 petang.  Di situ secara kebetulan, kami bertemu dengan Drs. Haji Fauzi Muhammad dan isterinya Dra. Hajah Tuan Khatimah Tuan Ibrahim yang juga singgah untuk makan tengah hari dalam perjalanan untuk pergi ke tempat yang sama. Di restoran ini ( Saya lupa namanya ), makanan seperti nasi goreng, mee goreng dan mee karinya sangat sedap, berbaloi dengan harga yang dibayar tidak berapa mahal mana. Selepas harga makanan dan minuman dibayar semuanya oleh Dra. Hajah Tuan Khatimah yang bermurah hati, kami berenam mula meninggalkan tempat tersebut dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Kereta Toyota Estema yang dipandu oleh Drs. Haji Fauzi  mengekori dari belakang kereta CR-V saya. Dalam keadaan hujan yang sangat lebat menyebabkan jalan raya berair dan pemandangan agak kabur. Saya memandu dalam keadaan sederhana laju. Dalam jarak lebih kurang 5 kilo meter ke simpang empat  Kuala Kangsar dan Ipoh, saya mula memasang GPS Papa Go untuk mengesan lokasi yang hendak dituju.
                Berdasarkan petunjuk di skren GPS itulah saya memandu kereta CR-V menuju ke BTPN, Ipoh, Perak. Di atas lebuh raya ke Ipoh, pemanduan agak laju sedikit dan selepas Tol Jelapang, kelajuannya bertambah sedikit lagi. GPS Papa Go telah menunjukkan jarak dengan tempat yang hendak dituju ialah sejauh 7 kilo meter sahaja dan akan mengambil masa lebih kurang lima enam minit lagi. Oleh kerana kereta yang dipandu agak laju sedikit, tanpa disedari terlepas pula cabang susur keluar ke Ipoh Utara, menyebabkan jarak untuk ke tempat yang dituju iaitu BTPN, Ipoh berubah kepada 28 kilo meter pula kerana sudah terlepas laluan yang sepatutnya dilalui dan terpaksa mengambil susur keluar ke Ipoh Selatan. Sepatutnya kami dapat tiba di tempat yang dituju pada pukul 5.00 petang, tetapi kerana gara-gara makan ‘ buah lasat’ di jalan raya, kami tiba pada jam 6.30 petang.
                Sebaik  memasuki pintu pagar utama BTPN, Ipoh, Dr. Suhaimi Kadir ( KPP BTPN merangkap TYDP WARIS ) yang sejak jam 2.00 petang lagi menunggu ketibaan kami telah menghulurkan kunci bilik asrama untuk tempat menginap dan bermalam.  Selepas masing-masing mendapatkan kunci bilik, kami terus mencari bilik di aras satu Bangunan Asrama Satu. Kami dapati bilik yang disediakan agak eksklusif kerana ada frasarana seperti dua katil single, almari pakaian, TV, penghawa dingin, dua buah meja tulis, cermin menilik  dan  bilik air/mandi  berwater heater. Pendek kata bilik penginapan yang cukup selesa untuk kami tumpang beradu selama dua hari dan dua malam.
                Selepas sembahyang jamak Maghrib dan Isyak, pada jam sekitar 9.00 malam, kami turun beramai-ramai dari asrama penginapan ke kedai Mee Rebus Ramli yang tersohor di Ipoh yang terletak lebih kurang 300 meter di luar pagar bangunan BTPN. Kami yang terdiri daripada 19 orang anggota termasuk para isteri dan anak-anak menikmati makan malam dengan mee rebus Ramli dan teh tarik. Sebaik selesai menikmati mee rebus Ramli,  pada jam lebih kurang 10.30 malam, kami terus  balik semula ke asrama penginapan masuk bilik dan tidur kerana badan terasa letih kesan daripada pemanduan jarak jauh.
                Pada jam 7.30 hingga jam 8.30 pagi hari pertama, kami telah dihidangkan dengan sarapan pagi yang terdiri daripada nasi lemak, kueh-mueh dan minuman teh  serta kopi pahit bertempat di kafeteria BTPN. Suasana kafeteria nampak sungguh ceria dan menarik dengan susun atur kerusi meja yang kemas. Nampak bersih dan ceria dengan hiasan pelbagai jenama pokok bunga asli dan plastik. 







Sebaik selesai sarapan, tepat jam 8.30 pagi, kami AJK dibawa ke bilik mesyuarat khas BTPN di aras satu bangunan induk  yang lokasinya satu bangunan dengan bilik  Ketua Penolong Pengarah ( KPP Dr. Suhaimi Kadir merangkap TYDP WARIS ). Para isteri dan anak-anak AJK tidak ikut bersama ke bilik mesyuarat tersebut. Mereka ditinggalkan di kafeteria BTPN dengan agenda bebas masing-masing.
Pada slot pertama sebelah pagi, kami mula berbengkel dan berbahas panjang lebar mengenai objektif penubuhan WARIS, objektif pembinaan profail WARIS,  dan rasional WARIS ditubuhkan. Keputusannya seperti berikut:



OBJEKTIF:

1.      Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli berlandaskan  tuntutan Agama.
2.      Berusaha ke arah saling mengenal di antara satu keluarga dengan keluarga alumni yang lain.
3.      Merancang aktiviti sosial dan kebajikan yang sesuai untuk faedah bersama
4.      Membantu dalam memajukan pendidikan keluarga alumni.
5.      Merancang  aktiviti ekonomi yang boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan alumni dan keluarga
6.      Membina dan memperkukuhkan jaringan hubungan kependidikan, keagamaan, sosial dan parawisata  dengan mana-mana badan pelajar di Indonesia
7.       Menjadi duta kecil dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia. 
8.      Mempromosikan WARIS ke peringkat Nasional dan Antarabangsa.


RASIONAL

1.                  Bekas penuntut Malaysia di Sumatera  yang telah kembali ke tanah air tetapi terputus hubungan persahabatan.
2.                  Kewujudan  wadah khusus (WARIS) dapat  mempergiatkan aktiviti  alumni.
3.                  Sumber tenaga dan kepakaran yang ada pada alumni dalam pelbagai bidang profesional dapat dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin.
4.                  Merekodkan segala perkembangan dan aktiviti yang berlaku  di  kalangan alumni yang terdapat di dalam dan di luar negara  ke dalam satu wacana yang disatukan.  

Pada sebelah petang ( Selepas rehat, solat dan makan tengah hari ), bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 kami berbahas mengenai bahan/material yang perlu dimasukkan ke dalam profail WARIS dan format kulit muka hadapan profail WARIS.  Keputusannya adalah seperti berikut:





Keputusan :

a.       Motto
b.      Visi
c.       Misi
d.      Rasional
e.      Objektif
f.        Latar belakang
g.       Ucapan Penasihat
h.      Senarai AJK 
i.         Senarai lengkap maklumat ahli  WARIS
j.        Gambar-gambar peristiwa WARIS 2014 yang lepas.
k.       Aktiviti  WARIS 2014 



Cadangan format kulit muka hadapan ialah seperti berikut: 
( Sila rujuk kepada TYDP/Dr. Suhaimi Kadir. Software ada padanya )


              Pada sebelah malam, bermula jam 8.30 hingga jam 10.30, kami membahaskan dengan panjang lebar makna/pengertian/definisi/pentafsiran bagi setiap item isi yang hendak dimasukkan ke dalam profail WARIS dan membuat pemilihan secara terperinci gambar-gambar peristiwa WARIS yang telah lepas yang ada dalam CD. Keputusannya adalah seperti berikut:







MOTO             :           SAHABAT SEJATI

VISI                  :          MEMBINA DAN MEMUPUK  HUBUNGAN UKHWAH

Misi                 :           MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI SECARA
                             HOLISTIK DAN EFEKTIF BAGI MEMBINA DAN MERAPATKAN                   HUBUNGAN  SILATURRAHIM DI KALANGAN AHLI SERTA 
MEMOBILISASIKAN AKTIVITI WARIS YANG DIRANCANGKAN


Gambar-gambar peristiwa WARIS yang telah dipilih secara terperinci adalah seperti berikut:




Gambar-gambar penting majlis Reunion dan Pelancaran WARIS pada 1 Ogos, 2014, di Kota Bharu, Kelantan yang telah dipilih, sila rujuk kepada TYDP/Dr. Suhaimi Kadir ( Ada dalam simpanan software beliau )














Dan gambar-gambar lain seterusnya.




Selepas melakukan pemilihan gambar-gambar peristiwa WARIS yang lepas secara terperinci, pada jam 10.30 malam, YDP/Pengerusi Dato Dr. Mohd Zain Yussof menangguhkan perbengkelan sehingga ke pagi besok, iaitu hari kedua pada jam 8.30 pagi.
            Kami AJK semua turun meninggalkan dewan tempat perbengkelan bersama dengan para isteri dan anak-anak menuju ke kedai Mamak roti canai yang terletak tidak jauh dari pintu pagar bangunan BTPN, iaitu lebih kurang 200 meter sahaja. Kami ramai-ramai pergi berjalan kaki sambil eksesais.






            Sekembali dari tempat makan roti canai dan minum teh tarik, kami terus ke bilik dan tidur. Tetapi ada juga beberapa orang AJK berhenti rehat di kerusi bawah poch asrama dan berborak sampai jam 2.00 pagi baru naik tidur.
            Pada pagi kedua ( 14 Sept. 2014 ), selepas bersarapan pagi pada jam 8.30 di kafeteria, kami terus masuk ke bilik perbengkelan dengan membawa isteri masing-masing untuk melihat suasana kami berbengkel. Bilik mesyuarat berhawa dingin yang serba lengkap dengan pelbagai prasarana ICT seperti sistem pembesar suara, komputer dengan monitor skren besar yang terletak di hadapan ahli mesyuarat mempermudahkan kami untuk membuat catatan/nota. Suasana dan kondisi bilik mesyuarat yang sangat ceria dan tersusun rapi menyebabkan kami berasa soronok berbengkel sehingga tidak sedar yang  masa berjalan dengan begitu pantas.



Isu yang dibincangkan pada pagi ini tidak banyak, cuma sekadar membuat semakan terakhir terhadap bahan-bahan dan item-item yang telah dipersetujui bersama. Dengan kata lain peringkat pemurniaan bahan secara menyeluruh. Dalam proses penyemakan tersebut, adalah sedikit sebanyak maklumat yang tersasul telah diperbaiki secara bersama.
            Setelah semuanya selesai dan berpuas hati, TYDP ( Dr. Suhaimi Kadir ) menangguhkan perbengkelan tepat pada jam 10.00 pagi dan majlis penutup diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Setiausaha ( Drs. Ab. Aziz Haji Omar ).
            Sebaik keluar dari dewan perbengkelan, kami semua termasuk para isteri dan anak-anak turun ke dataran bahagian hadapan BTPN untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.






Di bawah diperturunkan senarai AJK yang hadir beserta isteri dan keputusan penuh hasil perbengkelan.

Senarai Nama Perbengkelan Penyediaan Profail WARIS
Di BTPN Perak ( 13 – 14 Sept 2014 )
Bil
Nama
Negeri
1.
Dr Suhaimi Bin Kadir
Perak
2.
Dato Dr Mohd Zain bin Yusoff
Kelantan
3.
Hj Rosdi bin Ismail
Kelantan
4.
Hj Abd Aziz bin Hj Omar
Kelantan
5.
Pn Norhayati bt Abd Ghani
Kelantan
6.
Hj Hamsa bin Hj Ikhsan
Melaka
7.
Hjh Hayati bt Hj Harun
Melaka
8.
Hj Pauzi bin Mohammed
Kelantan
9.
Tuan Khatimah bt Tuan Ibrahim
Kelantan
10.
Hj Mohd Sayuti bin Omar
Kuala Lumpur
11.
Hjh Naimah bt Hj Yakub
Kuala Lumpur
12.
Dr. Mohamad Bin Awang Junus
Kedah
13.
Hjh Ruhana bt Abd Majid
Kedah
14.
En Kamarudin bin Daud
Kuala Lumpur
15.
Pn Mariyah bt Mohd Yussoff
Kuala Lumpur
16.
Hj Nik Alwan bin Nik Mohd Amin
Kelantan
17.
Hjh Ariyati bt Anwar
Kelantan

Keputusan :

a.       Motto
b.      Visi
c.       Misi
d.      Rasional
e.      Objektif
f.        Latar belakang
g.       Ucapan Penasihat
h.      Senarai AJK 
i.         Senarai lengkap maklumat ahli  WARIS
j.        Gambar-gambar peristiwa WARIS 2014 yang lepas.
k.       Aktiviti  WARIS 2014
l.         Agihan bidang tugas kepada AJK WARIS


  
 KANDUNGAN ISI


MOTO             :           SAHABAT SEJATI

VISI                  :           MEMBINA DAN MEMUPUK  HUBUNGAN UKHWAH

Misi                 :           MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI SECARA
HOLISTIK DAN EFEKTIF BAGI MEMBINA DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN AHLI SERTA MEMOBILISASIKAN AKTIVITI WARIS YANG DIRANCANGKAN
OBJEKTIF:

1.      Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli berlandaskan  tuntutan Agama.
2.      Berusaha ke arah saling mengenal di antara satu keluarga dengan keluarga alumni yang lain.
3.      Merancang aktiviti sosial dan kebajikan yang sesuai untuk faedah bersama
4.      Membantu dalam memajukan pendidikan keluarga alumni.
5.      Merancang  aktiviti ekonomi yang boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan alumni dan keluarga
6.      Membina dan memperkukuhkan jaringan hubungan kependidikan, keagamaan, sosial dan parawisata  dengan mana-mana badan pelajar di Indonesia
7.       Menjadi duta kecil dalam hubungan dua hala diantara Malaysia dan Indonesia. 
8.      Mempromosikan WARIS ke peringkat Nasional dan Antarabangsa.


RASIONAL

1.      Bekas penuntut Malaysia di Sumatera  yang telah kembali ke tanah air tetapi terputus hubungan persahabatan.
2.      Kewujudan  wadah khusus (WARIS) dapat  mempergiatkan aktiviti  alumni.
3.      Sumber tenaga dan kepakaran yang ada pada alumni dalam pelbagai bidang profesional dapat dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin.
4.      Merekodkan segala perkembangan dan aktiviti yang berlaku  di  kalangan alumni yang terdapat di dalam dan di luar negara  ke dalam satu wacana yang disatukan.

AHLI JAWATANKUASA WARIS 2014/2016

Bil
Nama
Jawatan
1.
Dato’ Dr. Hj Mohd. Zain Bin Yusof
Yang  Di Pertua
2.
Dr. Suhaimi Bin Hj. Kadir
Timbalan Yang Di Pertua
3.
Drs. Hj Che Yahya Bin Che Soh
Naib Yang Di Pertua 1
4.
Dr. Hj. Mohamad Bin  Hj.Awang Junus
Naib Yang Di Pertua 2
5.
Dr. Zuber Bin Hassan
Naib Yang Di Pertua 3
6.
Drs. Ab. Aziz Bin Hj. Omar
Setiausaha
7.
Tn. Hj Wan Ab. Razak Bin Wan Ishak
Penolong Setiausaha
8.
Dra. Hjh Tn Khatimah Bt. Tn Ibrahim
Bendahari
9.
Dra. Hjh Che Eshah Bt. Hj Che Su
Penolong Bendahari
10.
En. Ab. Patah Bin Ghazali
Biro Penerangan dan Serantau
11.
Drs. Hj Zahari Bin Zakaria
Biro Sosial dan Budaya
11.
Drs. Hj. Nik Alwan Bin Hj Nik Mohd. Amin
Biro Kebajikan
12.
Drs. Hj Wan Roslan Bin Wan Yaacob
Biro Pendidikan
13.
Drs. Ahmad Zubib Bin Saad
Biro Hubungan Antara Bangsa
14.
En. Rosdi Bin Hj. Ismail
Biro Sumber Manusia
15.
Hj. Kamarudin Bin Hj. Daud
Biro Tugas-Tugas Khas
16.
Drs. Hj. Hamsa Bin Hj. Iksan
Biro Keahlian
17.
Tn. Hj. Mohd. Sayuti Bin Hj. Omar
Biro Reduksi dan Penerbitan
18.
Drs. Hj. Mohamad Yunus Bin Yusoff
Pemeriksa Kira-Kira
19.
Drs. Ahmad Asri Bin Daud
Pemeriksa Kira-Kira


AGIHAN BIDANG TUGAS AJK

a.    Latar belakang/Senario WARIS ( Penulisan yang perlu diperincikan dari sudut sejarah penubuhan ( No. Pendaftaran ROS, Tarikh didaftarkan, alamat sekreteriat ), objektif, AJK , aktiviti  lepas  dan  perancangan aktiviti pada masa-masa hadapan). Tugas ini patut diberikan tanggungjawab kepada Drs. Haji Che Yahya Bin Che Soh.

b.     Ucapan Penasihat  ( Kena jumpa dengan Dato AS Khamis secara rasmi untuk meminta beliau menulis sedikit ucapan yang fokusnya mengenai penubuhan WARIS dari aspek peranan dan fungsi Bulletin Koperat WARIS yang bakal dikeluarkan. Juga mendapatkan sekeping gambar berukuran pasport untuk ditampalkan di dalam bulletin ). Tindakan ini perlu diambil oleh YDP.

c.       Senarai AJK dengan gambar (MSO) dan AJK yang tiada maklumat  akan diuruskan oleh YDP.

d.  Gambar-gambar peristiwa WARIS 2014 yang lepas ( Gambar-gambar menarik peristiwa dan mesyuarat AJK WARIS 2014 perlu dikumpul, dipilih, disunting dan disusun secara kronologi dengan baik untuk dimasukkan ke dalam Bulletin Koperat WARIS. Gambar-gambar yang dimaksudkan boleh didapati daripada CD yang dibekalkan oleh YDP dan daripada handset rakan-rakan AJK WARIS. Termasuk membuat desinge/rangka kulit muka depan ) Tindakan oleh Haji Wan Abd. Razak Haji Wan Ishak ).

Keputusan-keputusan lain yang dicadangkan ialah:

a.       Pra- Pemurniaan pada 1 – 2 November 2014 – Vistana Hotel Kuala Lumpur
b.      Target date perlu disiapkan  pada   6 November 2014
c.   Kewangan/kos
d.   cetak/print
e.   Merancang Aktiviti  WARIS 2015 di Baling/Kulim pada bulan Disember 2014/Januari  2015.

  
Selepas makan tengah hari dan bersolat Zohor dan Asar ( Jamak dan Qasar ), pada jam 2.00 petang, kami berenam orang dengan dua buah kenderaan meninggalkan pekarangan BTPN Negeri Perak dalam keadaan cuaca hujan  renyai-renyai. Di simpang empat Grik ke Kota Bharu, Pengkalan Hulu dan Batterworth, kami singgah mengenakan roti canai dan teh tarik spesial. 




Selepas merangkak membelah laluan Banjaran Gunung Titiwangsa selama lebih kurang enam jam, kami tiba di rumah masing pada jam 8.30 malam dengan selamatnya.
            Terima kasih banyak diucapkan kepada Dr. Suhaimi Kadir ( KPP, BTPN Perak,  merangkap TYDP WARIS ) yang telah bermurah hati mengizinkan premis BTPN Perak sebagai tempat untuk melaksanakan perbengkelan AJK WARIS. Termasuk juga kerana sudi menyediakan kemudahan tempat tinggal selama dua hari dan dua malam serta sanggup pula menyediakan makan minum yang sempurna kepada kami yang hadir.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh nak datang lagi.