Tuesday 17 December 2013

PUSAT TERNAKAN KAMBING DAN BIRI-BIRI CIKGU AZIZ KG BETA, KM 4 JALAN MERANTI,POHON BULOH, 17000 PASIR MAS, KELANTAN, MALAYSIA

Pejabat Pentadbiran dan Urusan Jual Beli dengan Pelanggan
Pejabat Pentadbiran dan Urusan Jual beli dengan Pelanggan
Kumpulan kambing kampung
Kumpulan biri-biri kampung
Kumpulan biri-biri kampung
Biri-biri sedang disembelih untuk majlis aqiqah pada 12 Dis. 2013
Biri-biri yang telah disembelih sedang dilapah.
Daging biri-biri yang telah dilapah sedang dicincang untuk digulai.
PUSAT TERNAKAN INI SEDIA MENERIMA PERKHIDMATAN DARIPADA PELANGGAN SEBAGAIMANA YANG DITAWARKAN SEPERTI DI ATAS. TERIMA KASIH.

Sunday 3 November 2013

Pusat Ternakan Kambing dan Biri-Biri Cikgu Aziz: Km4, Jalan Meranti, Kg Beta, Pohon Buloh, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Untuk makluman semua, pusat ternakan ini telah dibuka pada 4 Jun, 2013 di atas tanah seluas 1.2 ekar. Bermula dari sebulan lepas, perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1. Membekalkan kambing dan biri-biri ( Pelbagai peringkat umur )
2. Penyembelihan dan melapah.
3. Menggulai

 Kepada sesiapa ( Terutama rakan-rakan kenalan ) yang berhajat terhadap sentuhan servis ini dengan tawaran ongkos yang berpatutan ( Mesra rakyat ) bolehlah menghubungi saya pada sepanjang masa di talian 012-9887630/011-12981722/09-7987795.

Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.






Thursday 20 June 2013

Bekas Guru Cemerlang Sastera ( DG54 ) jadi penternak biri-biri

Selepas bersara pilihan 57 dari jawatan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal Februari, 2013 ( 28 tahun berkhidmat ), saya telah cuba mencebur diri dalam satu bidang profesion yang baru, iaitu dengan membuka ladang ternakan biri-biri. Dan sekarang jadilah saya sebagai penternak biri-biri.
     Projek ini telah mendapat dokongan dan sokongan yang kuat daripada keluarga terutama sokongan moral, tenaga dan kewangan daripada anak sulung dan isteri. Projek ini telah bermula pada awal Januari, 2013 di atas tapak tanah pertanian seluas 1.2 ekar  milik isteri pemberian orang tuanya. Projek ini melibatkan modal sebanyak RM60 ribu lebih yang dilaksanakan berdasarkan 4 fasal. Fasal pertama bermula pada Januari hingga Mac, 2013, iaitu kerja membersihkan tapak dan membina pagar celing di seluruh kawasan dengan kos RM25 ribu.
 Fasal kedua ialah kerja membina bangsal/rumah biri-biri yang bermula pada awal April hingga Mei, 2013 dengan kos RM24 ribu dengan keluasan 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang. Fasal ketiga ialah menyediakan kawasan khas dan menanam rumput dengan kos RM2 ribu. Seribu keping rumput minyak ( rumput makanan rusa ) telah dibeli di Rong Chenok, Alor Pasir, Tanah Merah. Pada masa sekarang, rumput yang ditanam hampir sebulan lebih itu sedang tumbuh dengan segarnya. Fasal keempat ialah membeli secara borong 23 ekor biri-biri ( jantan, betina, kecil dan besar ) dengan kos RM6,200.00 daripada penternak kambing biri-biri di Kubang Telaga, Bachok, Kelantan.
Proses terakhir yang sedang dilaksanakan di tapak ternakan ialah menyediakan pejabat operasi dengan membaik pulih rumah lama yang telah sedia ada dalam kawasan tersebut. Juga akan meratakan kawasan tempat letak kereta bagi kemudahan rakan-rakan pengunjung dan pelanggan. Insya-Allah Ta'ala jika tiada apa-apa halangan dijangka boleh disiapkan sebelum tibanya bulan Ramadan ini.
      Jadual kerja saya bersama dengan isteri ialah akan berada di ladang ternakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Dari jam 5.30 hingga 7.00 malam. Masih banyak kerja sampingan yang perlu dilakukan seperti membersihkan pokok kemang yang tumbuh dan mengganggu rumput minyak yang baru ditanam.
        Bidang penternakan biri-biri dan kambing merupakan satu bidang kerjaya baru dalam kehidupan saya dan keluarga. Tanpa sebarang pengalaman dan pengetahuan dalam industeri ini saya cuba memberanikan diri.Justeru itu, tunjuk ajar daripada semua pihak sangatlah diharapkan.
        Tercetus idea untuk membuka ladang ternakan biri-biri ini ialah kerana dorongan yang kuat daripada isteri ( Puan Norhayati Binti Ab. Ghani ) yang sangat berminat dalam bidang perkebunan/perladangan terutama bidang ternakan.
          Proses ke arah merealisasikan ladang ternakan biri-biri ini sebenarnya mengambil masa yang agak panjang juga dengan melalui peringkat-peringkat tertentu. Peringkat pertama ialah peringkat berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan dan imaginatif. Sesuatu perancangan kerja yang hendak dibuat, lebih-lebih lagi projek yang bakal menelan belanja besar semestinya dimulakan dengan tahap ini terlebih dahulu. Peringkat kedua perbincangan dengan keluarga ( anak, isteri dan keluarga ) bagi mendapatkan pandangan dan respon. Seterusnya berbincang dengan kawan-kawan rapat dengan mengemukakan idea yang hendak dilaksanakan. Melawat ladang-ladang ternakan biri-biri dan kambing di kawasan sekitar dan berbincang dengan pemilik ladang tersebut mengenai masalah dalam bidang ternakan biri-biri. Mendapat khidmat nasihat daripada kaki tangan pejabat Haiwan Daerah Pasir Mas dan kaki tangan  Pusat Ternakan Rusa di Rong Chenuk, Alor Pasir, Tanah Merah. Berbincang dengan jiran-jiran di sekitar tapak cadangan projek dan seterusnya membuat kajian melalui sumber internet berkenaan dengan ternakan kambing biri-biri. Daripada sumber kajian, hasilnya semua menjurus ke arah yang positif. Semua pihak memberi sokongan dan galakan yang meransangkan. Dari segi pasaran, semua pihak memaklumkan tiada masalah kerana bilangan manusia yang semakin bertambah sedangkan sumber makanan negeri dan negara  semakin berkurangan.
          Selepas mendapati hasil kajian yang menyakinkan, proses kerja dimulakan dengan kajian tapak untuk lokasi bangsal dan kawasan tanam rumput. Mereka dan membina pelan bangsal dengan keluasan 20 kaki lebar dan 40 kaki panjang ( 800 kaki persegi ). Seterusnya berbincang dengan tukang/kontraktor untuk membina bangsal tersebut dengan kos upah RM8 ribu siap. Membuat tempahan kayu di Sawmill Jeli, Kelantan dengan kos RM5 lebih. Menempah rumput minyak di pusat ternakan rusa, Rong Chenok, Tanah Merah sebanyak 1000 keping ( semuanya telah ditanam ).
        Setakat ini kemudahan infrastuktur yang ada di ladang ternakan ialah sebuah bangsal rumah kambing, empat petak kawasan tanaman rumput dengan disediakan paip air ke setiap petak dan sebuah rumah lama bersaiz 20 kaki kali 30 kaki persegi yang sedang dalam proses baik pulih untuk pejabat operasi.
         Pada 4 Jun, 2013 ( selepas bercuti selama 4 hari pergi ke Dengkil. Kelang, Seremban dan Kemaman sambil berkunjung ke tempat anak ), seramai 23 ekor biri-biri telah dibeli dan dimasukkan ke ladang tersebut. Biri-biri kampung yang terdiri daripada pelbagai kategori ( ibu, bapak, anak dara dan anak kecil ).
         Pada hari ini ( Jumaat 21 Jun, 2013 ), genap dua minggu biri-biri tersebut berada di bangsal baru dari daerah Bachok ke daerah Pasir Mas. Dalam masa dua minggu ini, saya perhatikan biri-biri tersebut berada dalam keadaan ceria, cergas dan seronok di lokasi baru dengan meragut rerumput segar menghijau yang sedia ada. Telatah biri-biri ini berbagai ragam, tetapi jinak dan manja. Anak-anak yang berusia dua tiga bulan bermain lelumba lari, melompat dan melambung. Selepas penat berlumba lari dengan kawan-kawan sebayanya, bertebek-tebek pula mencari ibu untuk menyusu. Ibu biri-biri sangat bertanggungjawab dan penyayang, sedia bersedia melayani karenah anak-anaknya yang ganas menghisap susu di bawah perut.  Anak-anak dara pula sentiasa berlari-lari kerana dikejar oleh si bapa yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bapak biri-biri memang ganas. Maklumat yang saya perolehi, seekor bapak biri-biri dapat memberi khidmat seks kepada nisbah 20 ekor ibu. Betul atau tidak wallah huwa'llam. Fiil bapak biri-biri pula pelek sikit dan amat melucukan. Sebaik sahaja dilepas  dari bilik kandang khasnya, terus berlari mengejar biri-biri betina tanpa mempedulikan rumput. Sedangkan biri-biri lain sebaik turun dari kandang  dan bila sampai di padang rumput, terus meragut rumput dengan lahapnya. Biri-biri jantan ini tidak menghiraukan rumput terlebih dahulu, tetapi lebih mendahulukan betina. Satu kelebihan semula jadi yang ada pada biri-biri jantan kurniaan Allah SWT, ialah ilmu kedoktorannya. Biri-biri jantan dengan mudah dapat mengesan biri-biri betina yang telah bunting dengan menghidu air kencing   biri-biri betina. Apabila biri-biri jantan tahu yang biri-biri betina tersebut bunting, biri-biri jantan tersebut menjauhkan diri dan tidak mahu mengorat lagi, apa lagi untuk berkecawan. Begitulah fiil dan karenah biri-biri peliharaan yang  dapat saya perhatikan dalam seminggu dua ini.
        Sebenarnya membuka ladang ternakan biri-biri ini sebagai mengisi masa lapang selepas bersara daripada perkhidmatan di samping untuk menambah pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang penternakan. Kalau dalam bidang perguruan dahulu boleh mencapai taraf tertinggi GC Sastera gred DG 54 dengan pelbagai cabaran dan dugaan, takkan  dalam bidang penternakan tak boleh cuba. Semua orang bermula dengan kosong, pengetahuan dan pengalaman akan diperoleh kemudian selepas kita alaminya. Yang penting nawaitu, disiplin, usaha, kejujuran, kemahuan, semangat dan berdoa kepada Allah SWT di samping ada modal dan tapak.
         Insya-Allah Taala pada tahun depan rakan-rakan yang berhajat kepada biri-biri dan kambing untuk majlis aqiqah dan kenduri bolehlah berhubung dengan saya di talian 012-9887630/011-12981722/09-7987795. Penjualan dan pembelian dengan harga mesra rakyat.

Tuesday 2 April 2013

Sambungan panduan teknik menjawab soalan Sastera SPM


Sikap dan harapan penyair
Sikap merujuk kepada pendirian/pandangan penyair/penyajak terhadap sesuatu objek atau isu seperti yang terdapat dalam puisi ( Tradisional atau Moden ) yang dikemukakan sebagai bahan soalan. Misalnya penyajak/penyair cinta kepada tanah airnya. Penyajak menghargai para pejuang kemerdekaan tanah air. Penyajak sayang kepada tanah air/negaranya. Penyajak sanggup berkorban jiwa untuk kesejahteraan tanah airnya dan sebaganya.  
Harapan merujuk kepada sesuatu yang patut dicapai/diperolehi oleh penyajak/penyair seperti yang tergambar dalam sajak/puisi yang dijadikan soalan. Misalnya penyajak/penyair mengharapkan jangan berlaku peperangan kerana peperangan akan membawa kemusnahan yang dahsyat di muka bumi ini. Penyajak/penyair mengharapkan agar peperangan yang sedang berlaku segera berakhir. Penyajak/penyair mengharapkan negara-negara kuasa dunia dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan segera peperangan yang sedang berlaku di negara tersebut dan sebaganya.

 
Penghasilan/penciptaan puisi ( Tradisional atau Moden
 Mencipta/Menghasilkan Pantun Berkait Bertemakan Budi

Pulau Pandang jauh ke tengah,

  Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan di kandung tanah,

  Budi yang baik dikenang juga.



Gunung Daik bercabang tiga,

  Tampak jauh dari seberang,

Budi yang baik dikenang juga,

  Khidmat bakti disanjung orang.

  



Tampak jauh dari seberang,

        ………………………………………….

   Khidmat bakti disanjung orang

        ………………………………………….


   Tampak jauh dari seberang,

  Tegak berdiri bagai raksasa,

    Khidmat bakti disanjung orang

   Orang berbudi kita berbahasa

 Menghasilkan/Mencipta Pantun Berkait Bertemakan Keagamaan

Di atas pokok burung bersarang,

  Burung terbang di ruang angkasa,

Dalam kitab ada terlarang,

  Jangan sekali membuat dosa.



Burung terbang di ruang angkasa,

  Jatuh ke laut lalu tenggelam,

Jangan sekali membuat dosa,

  Wahai umat beragama Islam.





  Jatuh ke laut lalu tenggelam,

      ………………………………………….

       Wahai umat beragama Islam,

      …………………………………………



  Jatuh ke laut lalu tenggelam,

         Sayap patah badan terbelah,

       Wahai umat beragama Islam,

        Tetapkan iman kepada Allah.

      
Pemberian markah berdasarkan:


Tema/Isi ……………………………………. 2 markah

Bentuk ………………………………………. 2 markah

Gaya bahasa …………………………….. 2 markah

Kreativiti …………………………………… 2 markah

                                                    Jumlah  8 markah

 Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak

  Bina sebuah sajak berdasarkan tema berikut: 
 
Perpaduan kaum di Malaysia ( 8 markah )

Pencemaran alam ( 8 markah )

Kasih sayang dalam keluarga ( 8 markah )

Semangat satu Malaysia ( 8 markah )

Cintakan tanah air ( 8 markah )

Masa hadapan hidupku ( 8 markah )

Semangat kejiranan ( 8 markah )

Ketaqwaan kepada Allah ( 8 markah )
 Aspek pemarkahan
 
Tema/isi…………………………… 2 markah
Bentuk…………………………….. 2 markah
Gaya bahasa ……………………. 2 markah
Kreativiti………………………….. 2 markah
                                    JUMLAH 8 MARKAH

 Konsep binaan sajak

Berdasarkan tema yang diberikan dalam soalan.

Buat 3 atau 4 rangkap sahaja

Jumlah baris keseluruhan 15 baris ( jangan kurang dan jangan lebih )

Jumlah perkataan sebaris di antara 3 – 6

Guna pelbagai jenis gaya/unsur bahasa
 Rangka binaan sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia
Rangkap 1 : 6 baris ( Definisi dan latar )
Rangkap 2 : 5 baris ( Tujuan )
Rangkap 3 : 4 baris ( Kesan )
 
Contoh sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia

Perpaduan

Melayu, Cina, India di bawah satu bumbung

Sejak dahulu hingga sekarang

Berpegang pada ikatan sosial sebelum merdeka

Di bawah naungan Ratu Barat

Tiga tokoh seia sekata menjunjung visi
Akhirnya maruah terbela. 



Menuntut bebas dari cengkaman

Merdeka diri

Memerintah sendiri bumi pertiwi

Untuk membangun bumi tercinta
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi.


Membina perpaduan untuk bersatu

Hidup sejahtera membangun negara

Disanjung hormat pelbagai bangsa
Maruah terjaga agama terbela. 

Disediakan oleh,

DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR

 Rangka pembinaan sajak bertemakan Pencemaran Alam


Rangkap 1 : 5 baris ( Gambaran keadaan sungai tercemar )
Rangkap 2 : 4 baris ( Sebab-sebab sungai tercemar )
Rangkap 3 : 3 baris ( Kesan/akibat ) 
Rangkap 4 : 3 baris ( Cara mengatasi ) 

Contoh sajak bertemakan Pencemaran Alam/Sungai

Pencemaran Sungai

Larianmu seperti orang tua berusia lanjut

Di permukaanmu berminyak dan bergelodak

Baumu amat meloyakan tekak pengguna
Warnamu teh susu pekat
Lenggokmu tidak bermaya. 



 Buangan sisa kilang dan hampasan industri

Sikap insan yang buta, pekak dan tuli

Pembangunan yang meranap fauna dan flora
Wajahmu yang tidak berseri lagi. 



Air keracunan yang menakutkan

Isi perutmu yang bergelimpangan

Dari hulu ke hilir mudik bersama bau hapak.



Di mana letaknya tangan berkuasa?

Tiada maknakah akta dan ordinan?

Dan individu lebih bermakna.
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR 
Biodata Penulis/Pengarang
Nama sebenar/samaran:………………………………..
Tarikh lahir:…………………………………………………….
Tempat lahir:………………………………………………….
Latar pendidikan/persekolahan:…………………….
Pekerjaan/kerjaya:…………………………………………
Anugerah diterima:………………………………………..
Genre penulisan:……………………………………………
Hasil karya/penulisan kreatif:…………………………
Peranan/sumbangan dalam dunia sastera:…….
 Tema/Pemikiran

Pernyataan isi/fakta
Huraian/contoh
Pemikiran drama Bendahara Tepok ialah semangat cintakan
tanah air/keberanian menentang penjajah kerana
mempertahankan tanah air. Bendahara Tepok bersama dengan
pengikut-pengikutnya seperti Selamat Gagah, Hang Kadim, Seri
Nara, Panglima Alang dan lain-lain bermati-matian menentang
penjajah Portugis yang menyerang Melaka, tetapi dengan
segala kekurangan yang ada mereka terpaksa berundur ke Ulu 
Muar, Pagoh, Segamat, Bentayan, Pahang dan Kampar.
 
Persoalan-Persoalan
 
Pernyataan isi/fakta ( Positif dan negatif )
Contoh/huraian  
 Di antara persoalan yang terdapat dalam cerpen Seekor Manusia
Seorang Binatang ialah pembuangan bayi, contoh Zaniah telah
meninggalkan bayi haram yang dilahirkan di atas batu di hutan
Lembah Dara Terbelah. Gejala pergaulan bebas para remaja masa
kini, contoh…………………………….dll…..

 Watak dan Perwatakan
  
Jenis/kategori watak 
Nama-nama watak  
Perwatakan individu watak  
Peranan watak 
Nilai murni watak 
Konflik jiwa/dalaman watak 
Perbandingan watak   
Cara pengarang menggambarkan watak dan perwatakan seseorang watak dalam cerita

 Gaya/Unsur Bahasa/Stail Penulisan
Isi/jenis gaya bahasa 
Contoh/huraian 

Personafikasi 
  Contoh:……………………………………. 
Metafora 
  Contoh:……………………………………. 
Simile 
  Contoh: …………………………………….. 
 Dan lain-lain……. 
Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak/positif

Isi/fakta/pernyataan 
Contoh/huraian 

Kasih sayang
Contoh:………………………………………………  
Berterima kasih
Contoh: ………………………………………………
Kerajinan
Contoh:....................................................
Ketabahan: .............................................
Contoh:...................................................
Keberanian
Contoh:.................................................... 
Dan lain-lain............................................


 Pengajaran/mesej/amanat/pesanan/perutusan/unsur/didaktik/nasihat  

Isi/fakta/pernyataan 
Contoh/huraian
 
Positif ( Guna ayat suruh/perintah )
Kita hendaklah/mestilah ………………………. 
Contoh/huraian:...........................................
 
Negatif ( Guna ayat larangan )
Kita janganlah………………………………
Contoh/huraian:............................................ 

 Latar/citra/suasana/keadaan/gambaran/imej masyarakat

Isi/fakta/pernyataan 
Contoh/huraian

Umum

  Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian………

Positif

  Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian ………

Negatif
  Isi/fakta/pernyataan dan contoh/huraian

Jenis plot

  Kronologi
 
Tidak kronologi
 Struktur/binaan plot:
Pengenalan/awal cerita/eksposisi
Perkembangan peristiwa
Puncak/klimaks
Peleraian/akhir cerita
Unsur plot:
   
Konfliks 
Suspen 
Surprise 
Imbas kembali 
Dialog 
Monolog dalaman 
Deskriptif/pemerian
Teknik plot:
           Imbas kembali 
           Imbas muka 
           Dialog 
           Monolog 
           Suspen 
           Cerita berbingkai 
           Puitic justice ( Keadilan impian ) 
Deskriptif/pemerian
Naratif/penceritaan
Prosaik
Mimpi
Surat
Bawah sedar
Ketergantungan  
Dan lain-lain 
 Plot dramatik:
 
Suspen

Imbas kembali

Surprise

Konfliks

Ketergantungan

Puitic justice/keadilan impian
 Peranan/fungsi/tujuan teknik plot:
Memanjangkan cerita 
Menguatkan plot 
Menarik minat pembaca/penonton 
Cerita lebih berkesan 
Mempelbagaikan teknik mengarang 
Pengenalan identiti pengarang/penulis 
Memperjelaskan sesuatu keadaan/peristiwa 
Memberi peluang kepada pengarang/penulis.. 
Memberi peluang kepada watak …………………
 Unsur-unsur sejarah dalam genre ( cerita/puisi ):
 
Nama tokoh/watak/pelakon bersejarah
 Contoh/huraian:......................................... 
Latar tempat sejarah
 Contoh/huraian:......................................... 
Latar masa/zaman/abad sejarah
 Contoh/huraian:........................................ 
Peristiwa/kejadian bersejarah
 Contoh/huraian:......................................... 
Gelaran jawatan pembesar
 Contoh/huraian:.......................................... 
Peralatan sejarah
  Contoh/huraian:......................................... 
Sistem pemerintahan feudal/beraja
  Contoh/huraian:.......................................... 
Adat-istiadat bersejarah
  Contoh/huraian:...........................................  
 

Unsur agama Islam
 
Isi/fakta
Contoh/huraian:

Isi/fakta ialah segala perkara yang ada kaitan
dan sangkut paut dengan amalan agama Islam:

Peristiwa kebesaran dalam Islam
Contoh:................................................
Zaman/tahun/bulan Islam/waktu
Contoh:............................................... 
Tempat-tempat suci dalam Islam/tempat-tempat beribadat
Contoh:................................................... 
Nama  Allah, nabi/melaikat/khalifah/tokoh-tokoh Islam
Contoh:....................................................
Gelaran dalam Islam
Contoh:......................................................
Amalan/perbuatan
Contoh:.................................................... 
Ucapan
Contoh:....................................................... 
Ayat-ayat suci Al-Quran/hadis
Contoh:...................................................... 
Jenis-jenis hukum dalam Islam dan lain-lain…………………………
Contoh:......................................................
 Unsur mitos/sakti/luar biasa/ganjil/magis/mistik
 
Perkara-perkara yang tidak masuk akal atau
tidak logik  yang terdapat dalam cerita, sama
ada perbuatan, peristiwa,  amalan, kepercayaan,
peralatan, latar tempat, gambaran  keadaan dan
sebagainya.

Huraian isi/fakta/peristiwa
 
 Konfliks
 
Perselisihan faham/pendapat/pandangan/sikap
atau perbezaan pendirian di antara satu watak
dengan watak lain disebabkan oleh sesuatu yang
menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana
watak.

Jenis konfliks:

a.Konfliks dalam cerita
b.Konfliks di antara watak dengan watak lain
c.Konfliks individu watak  (dalaman/jiwa/
      mental )
 Cara jawab konfliks
Isi/fakta konfliks:
Marah
Contoh/huraian:............................................. 
Benci
Contoh/huraian:............................................................. 
Dendam
Contoh/huraian:............................................................ 
Serba salah
Contoh/huraian:.......................................................... 
Sedih
Contoh/huraian:.......................................................... 
Sakit hati  
Contoh/huraian:............................................................
Bosan
Contoh/huraian:........................................................... 
Kecewa
Contoh/huraian:.......................................................... 
Hampa
Contoh/huraian:.........................................................
Menangis
Contoh/huraian:.........................................................
Sunyi/sepi
Contoh/huraian:........................................................... 
Menyesal dan lain-lain………………………..
Contoh/huraian kepada isi konfliks

  Unsur suspen
 
Peristiwa /kejadian tegang yang merimaskan/
mencemaskan/meresahkan  yang menimbulkan
rasa ingin tahu pembaca bagaimana kesudahan/
berakhirnya  sesuatu peristiwa tersebut.

Fakta/isi dan huraian ( Nyatakan siapa watak terlibat, apa peristiwa/kejadian yang berlaku, di mana/tempat  dan latar masa/bila ).
 
 Unsur surprise/kejutan 
Peristiwa/kejadian yang berlaku secara tiba-tiba atau tidak diduga sama ada oleh watak-watak yang terlibat dalam cerita atau pun pembaca yang menimbulkan rasa terkejut dan hairan oleh watakwatak atau pembaca.
Isi/fakta dan huraian ( Nyatakan siapa watak yang terlibat, apa peristiwa/kejadian yang berlaku, di mana/latar tempat  dan bila/latar masa.
 
 Sudut pandangan pengarang
 
 Pembaca/penonton menilai kedudukan seseorang pengarang/penulis sama ada terlibat secara langsung dalam cerita sebagai salah seorang watak atau pun berada di luar cerita dan tidak terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita.
   Jenis sudut pandangan ialah sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga ( orang ketiga serba tahu dan orang ketiga serba tahu terhad ).