Saturday 25 February 2012

Kesan/sikap Syarifah Farisya terhadap keputusan Syed Mustafa/ayahnya hendak berkahwin dengan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syarifah Farisya kembali merindukan ibunya yang sudah hampir satu tahun meninggal dunia.
  2. Penghormatannya kepada Solehah yang dianggap sebagai ibu sendiri selama mereka berjiran dan bersaudara, lenyap dalam sekelip mata.
  3. Dia ingin lari daripada semua orang di situ, untuk meluahkan perasaannya yang terpendam sekian lama.
  4. Dia benci/jijik terhadap perancangan nenek dan ayahnya itu.
  5. Syarifah Farisya berasa cemburu dan hilang  rasa sayang kepada Solehah dan Azuera, tidak seperti dahulu lagi.
  6. Syarifah Farisya menjerit dan meraung dalam hati.
  7. Dia memendam perasaan bersendirian.
  8. Dia tidak gembira dengan keputusan ayahnya.
  9. Syarifah Farisya tidak sudi menerima Solehah sebagai ibu tirinya.
  10. Dia akan berusaha untuk menentang rancangan ayahnya yang dianggap gila itu.

Friday 24 February 2012

Pelbagai jenis/variasi senyum yang terdapat dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Senyum meleret
  • Senyum sumbing
  • senyum hambar
  • Senyum manis
  • Senyum menguntum
  • Tersenyum senget
  • Senyum sinis
  • Senyum mengulum
  • Tersenyum nipis
  • Senyum tawar
  • Senyum kambing ( Tiada dalam teks/cerita )

Sebab-sebab Solehah menerima lamaran Syed Mustafa untuk berkahwin dengannya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Jika Solehah menolak lamaran Syed Mustafa bermakna dia sengaja membunuh semangat dan masa depan anak-anaknya.
  2. Syed Mustafa dilihatnya sudah terlalu menyayangi Anuariza/menganggap seperti anaknya sendiri.
  3. Solehah bimbang Syed Mustafa akan berpindah semula ke Kuala Lumpur kerana malu lamarannya ditolak.
  4. Solehah tidak mahu/sanggup melihat Anuariza kecewa dengan cita-citanya untuk memasuki universiti  dan angan-angannya untuk membuka Taman Fantasi disebabkan masalah kewangan/kemiskinan.

Perkara-perkara yang merisaukan/membimbangkan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Keputusan peperiksaan STPM Anuariza yang bakal diumumkan.
  2. Permintaan Nek Siah supaya membantu keluarganya ( menjadi isteri Syed Mustafa/anaknya ).
  3. Lamaran Syed Mustafa terhadap dirinya untuk dijadikan isteri.
  4. Masalah kewangan jika Anuariza berjaya memasuki universiti.

Tuesday 21 February 2012

Peristiwa hitam yang berlaku ke atas Ruhaiza pada suatu petang Jumaat dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Pada suatu petang Jumaat, sewaktu Ruhaiza mahu memulakan kelas tambahan di sekolah, dia terdengar perbualan Hazrul Naim dengan rakannya  di kantin sekolah yang mengatakan Syed Fariz pengsan di pondok durian nenek Lily Suriani.
  • Ruhaiza terus mengayuh basikal pergi ke tempat tersebut.
  • Di situ, Ruhaiza melihat Syed Fariz sedang terbaring di atas rumput.
  • Ruhaiza berusaha mengangkat Syed Fariz yang disangkanya tidak sedarkan  diri.
  • Pada waktu itu muncul Hazrul Naim dan rakan-rakannya yang lain menerpa ke arah Ruhaiza sehingga dia tidak berdaya untuk  melepaskan diri.
  • Syed Fariz bangun sambil tertawa.
  • Rakan-rakan Syed Fariz menanggalkan satu per satu pakaian Ruhaiza.
  • Ruhaiza yang sudah tidak berpakaian diserahkan oleh rakan-rakannya kepada Syed Fariz.
  • Ruhaiza menjerit-jerit meminta tolong dan merayu kepada Syed Fariz supaya tidak melakukan apa-apa ke atas dirinya.
  • Syed Fariz tidak menghiraukan rayuan dan permintaan Ruhaiza tersebut.
  • Syed Fariz bertindak seperti binatang buas menggomol Ruhaiza dengan sesuka hatinya.
  • Rakan-rakan Syed Fariz melihatnya dengan penuh kegirangan sambil bertepuk sorak.
  • Wak Dol datang menyerbu dan menyelamatkan keadaan.
  • Ruhaiza tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.

Sunday 19 February 2012

Perancangan masa hadapan Syed Mustafa bersama Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Syed Mustafa dan Anuariza merancang untuk mengkomersialkan kebun anggur dan pokok naga menjadikan sebuah pusat pelancongan.
  • Akan membina kilang perusahaan makanan ringan di ladang pusat pelancongan.
  • Akan membuat sebuah taman mini burung/tempat pemeliharaan burung-burung hutan.
  • Akan membina sebuah restoran masakan ala kampung.
  • Akan mendirikan sebuah galeri lukisan di sebelah Taman Fantasi.

Cerita rakyat/dongeng Syed Mustafa kepada Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Syed Mustafa teringat cerita Si Awang yang menerima benih pokok kacang daripada nenek kebayan.
  • Apabila ditanam, benihnya terus menjadi sebatang pokok kacang yang tinggi sampai  ke awan.
  • Pada suatu hari, Si Awang memanjat pokok itu untuk mendapatkan buahnya.
  • Si Awang memanjat sehingga sampai di rumah gergasi.
  • Gergasi itu menghadiahkan kepada Si Awang seekor ayam yang bertelur emas.
  • Sejak peristiwa tersebut, Si Awang yang miskin telah menjadi kaya-raya dan terkenal.