Tuesday 12 February 2013

Bersara pilihan 57

Dengan hormat dan sukacitanya, dimaklumkan kepada semua rakan/kenalan dan pengikut setia Blog Azmar-PB yang jauh dan dekat ( guru-guru, para pelajar serta para peminat ulasan teks sastera ), bahawa saya DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR ( penulis blog ini ) telah bersara dengan rasminya dari jawatan guru berkuatkuasa pada 1 Februari, 2013. Persaraan ini adalah dengan kehendak dan pilihan sendiri. Jawatan dan gred terakhir dalam perkhidmatan perguruan ialah PPPS ( Guru Cemerlang Sastera, gred DG54 ). Jawatan terakhir dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia ialah Timbalan Ketua Panel Penggubal Soalan dan Ketua Pemeriksa Malaysia mata pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM 2012.
       Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru selama 28 tahun 19 hari, saya sempat bertugas/mengajar di 7 buah sekolah menengah dalam kawasan PPD Pasir Mas, Kelantan.
     Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia/Kerajaan Malaysia/Kerajaan Barisan Nasional yang telah memberi peluang kepada saya menjawat jawatan sebagai guru/kaki tangan perkhidmatan awam. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak PPD Pasir Mas dan JPN Kelantan yang telah banyak memberi sokongan moral dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam kerjaya saya sebagai guru. Dengan jawatan dan gaji yang diterima telah membolehkan saya menyara anak-anak dan isteri sehingga berjaya. Dapat memiliki sebuah rumah banglo dan  tiga buah kereta `second hand`.
        Saya mengambil kesempatan di ruangan yang terbatas ini untuk memohon maaf yang tidak terhingga daripada semua pihak, terutama para pengikut blog ini seandainya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan, seperti ketidaksempurnaan bahan yang dihidangkan dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan ini ialah untuk dibaca dan dibuat kajian terutama oleh para guru yang mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di tingkatan empat dan lima, lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang akan mengambil mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM. Bahan-bahan ini saya izinkan untuk dibuat apa sahaja asalkan bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah/kelas, kecuali dicetak/dibukukan untuk dipasarkan/diniagakan.
        Untuk itu, saya akhiri dengan beberapa rangkap pantun orang-orang tua dahulu:

Bunga melati tumbuh di darat,
    Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
    Hina manusia tidak berbudi.

Jangan dilurut si padi muda,
    Jika dilurut tangan yang luka,
Jangan diturut si hati muda,
    Jika diturut badan binasa.

Orang Aceh pergi sembahyang,
    Hari Jumaat tengah hari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
    Pandai-pandai menjaga diri.

Hari ini bertanam kangkung,
    Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampung,
    Hari esok kita bercerai.

Kalau mencari tempat mandi,
     Pertama teluk kedua tasik,
Kalau mencari calon pengganti,
    Pertama elok kedua menarik.

Jika ada jarum yang patah,
   Jangan disimpan  dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
  Jangan disimpan  dalam hati. 

Jika ada sumur di ladang,
   Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
   Boleh kita berjumpa lagi.

Buah durian buah selasih.
Sekian dan terima kasih.




 
           

Monday 11 February 2013

Latar tempat dan peristiwa dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Di istana Raja Rom: Raja Rom/Si Batu Kembar/Indera Jenaka/Dayang mati terbakar/terbunuh kerana di bakar oleh Indera Nata.
  2. Di tengah laut: a) Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma ditolak jatuh ke dalam laut oleh Si Batu Kembar dengan tujuan untuk membunuhnya. b) Betara Gangga tolong menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut dengan memberikan mereka hikmat kesaktian. c) Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri bertemu dan bermesyuarat untuk pergi ke negeri Rom bagi mengambil puteri masing-masing yang dirampas oleh Indera Nata dari raksasa. d) Bangkai raksasa yang dibunuh oleh Indera Nata dicampak ke dalam laut. e) Raksasa memakan 40 orang raja di bawah taklukan Raja Rom yang dalam perjalanan untuk menghantar ufti ke negeri Rom.
  3. Di istana Indera Nata: Tuan Puteri Cendera Kesuma berusaha menghidupkan semula Raja Rom yang mati terbakar dengan menggunakan hikmat kesaktian pemberian Betara Gangga dan dengan takdir Allah Taala.
  4. Di hujung/hulu negeri Rom: a) Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma tinggal selepas dibuang/dihalau oleh Raja Rom. b) Indera Nata mempertemukan semula ayahandanya/Raja Rom dengan bondanya Tuan Puteri Cenderawati.
  5. Di hutan/rimba/gunung: a) Indera Nata diperintahkan oleh Raja Rom/ayahandanya/Si Batu Kembar pergi mencari gajah bergading emas. b) Indera Nata berlawan/berperang dan menangkap raksasa yang menyerang negeri Rom untuk mengambil tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangannya.
  6. Di Pulau Pelinggam: Si Batu Kembar/Tuan Puteri Cenderawati/Tuan Puteri Cendera Kesuma/Indera Nata pergi ke Pulau Pelinggam untuk memetik bunga dan mengambil buah-buahan.

Sunday 10 February 2013

Latar/citra/imej/keadaan/gambaran/suasana masyarakat dalam Hikayat Indera Nata ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Masyarakat pada zaman dahulu kala/lampau/silam/lama.
  2. Masyarakat feudal/pemerintahan beraja.
  3. Masyarakat pada zaman pemerintahan Raja Rom.
  4. Masyarakat istana.
  5. Masyarakat yang berpoligami, contoh: Raja Rom beristeri dua orang iaitu Tua Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar/Indera Nata beristeri/berkahwin dengan empat orang puteri Raja-Raja besar. 
  6. Masyarakat yang pendendam/pendengki/pengkhianat/cemburu, contoh Si Batu Kembar dengki/cemburu kepada  Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma.
  7. Masyarakat yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh: Si Batu Kembar bertindak zalim terhadap Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma, iaitu sanggup menolak mereka bertiga ke dalam laut dengan tujuan untuk membunuh/Raksasa memakan 40 orang raja yang dalam perjalanan untuk menghantar ufti ke negeri Rom.
  8. Masyarakat yang membalas dendam, contoh: Indera Nata membakar istana Raja Rom kerana dendam yang menyebabkan Si Batu Kembar mati terbakar/terbunuh.
  9. Masyarakat yang bertindak melulu/terburu-buru/tanpa berfikir panjang/menyiasat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan/keputusan, contoh: Raja Rom berkahwin dengan Si Batu Kembar ( anak raksasa/orang hutan ) tanpa menyiasat terlebih dahulu dan sanggup menghalau/membuang Tuan Puteri Cenderawati ( isteri pertama )/Indera Nata ke hujung negeri Rom.
  10. Masyarakat yang menyerang/menceroboh/merampas hak orang lain, contoh: Raksasa menceroboh/menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tangan Indera Nata.
  11. Masyarakat yang pengasih/penyayang, contoh: Indera Nata kasih/sayang kepada isteri-isterinya/Tuan Puteri Cenderawati ( ibunya )/Raja Rom ( ayahandanya )/Tuan Puteri Cenderawati kasih/sayang kepada Indera Nata/Raja Rom.
  12. Masyarakat yang patuh/taat/setia kepada suami/ibu bapa/orang tua, contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma patuh kepada suaminya/Indera Nata yang menyuruh menghidupkan semula ayahandanya/Raja Rom yang mati terbakar/Indera Nata patuh/taat/setia kepada kedua orang tua/ayahanda bondanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati.
  13. Masyarakat yang beriman/bertaqwa/percaya kepada takdir/ketentuan Allah Taala, contoh: Indera Nata mengatakan kepada ayahandanya/Raja Rom bahawa manusia selalu lupa dan lalai kecuali Allah Taala yang tidak pernah lupa dan lalai/Tuan Puteri Cenderawati percaya bahawa sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah dengan takdir/ketentuan Allah Taala.
  14. Masyarakat yang insaf/sedar/menyesal/mengakui kesilapan/kesalahan/perbuatan yang lampau, contoh: Raja Rom menyesal/insaf/sedar/mengakui kesalahan/kesilapan perbuatannya berkahwin dengan Si Batu Kembar/anak raksasa/orang hutan dengan membuang Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata ke hujung negeri Rom.
  15. Masyarakat yang suka memaafkan kesilapan/kesalahan orang lain, contoh: Indera Nata memaafkan kesilapan/kesalahan perbuatan lampau ayahandanya/Raja Rom/Tuan Puteri Cenderawati memaafkan kesilapan/kesalahan perbuatan lampau suaminya/Raja Rom.
  16. Masyarakat yang suka memberi sededah/menderma kepada orang susah/fakir miskin, contoh: Raja Rom memberi sedekah emas/makan minum  kepada para fakir miskin di negeri Rom.
  17. Masyarakat tolong-menolong/bantu-membantu di antara satu sama lain, contoh: Betara Gangga tolong menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut kerana ditolak oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian.
  18. Masyarakat yang berani mempertahankan hak/negeri/tanahair/negara, contoh: Indera Nata berani berlawan/berperang dengan raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tanggannya.
  19. Masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain/menghormati tetamu, contoh: Indera Nata/Raja Rom menghormati Raja-Raja besar yang datang ke negeri Rom/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang berkunjung ke negeri Rom menghormati Indera Nata/Raja Rom.
  20. Masyarakat yang bermuafakat/berbincang di antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu tindakan/keputusan, contoh: Raja negeri Mesir bermesyuarat/berbincang dengan menteri/hulubalang/rakyatnya untuk menyerang negeri Rom bagi mengambil semula puterinya yang dirampas oleh Indera Nata dari raksasa/Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri bertemu di tengah laut dan mereka bermesyuarat/berbincang di antara satu sama lain untuk pergi ke negeri Rom bagi mengambil puteri masing-masing dari tangan Indera Nata.
  21. Masyarakat manusia dan raksasa/orang hutan, contoh: Raja Rom/Indera Nata/Raksasa/Si Batu Kembar.
  22. Masyarakat yang menggunakan kuasa kesaktian/luar biasa dalam amalan kehidupan seharian, contoh: Betara Gangga menyelamatkan Tuan Puteri Cenderawati/Indera Nata/Tuan Puteri Cendera Kesuma yang terjatuh ke dalam laut kerana ditolak oleh Si Batu Kembar dengan memberikan hikmat kesaktian/Tuan Puteri Cendera Kesuma menggunakan hikmat kesaktian pemberian Betara Gangga dan dengan takdir Allah Taala berjaya menghidupkan semula Raja Rom yang mati terbakar di istana.
  23. Masyarakat yang bersopan-santun/berbudi bahasa/lemah-lembut/merendah diri, contoh: Indera Nata bercakap dengan sopan-santun/berbudi bahasa dengan Raja-Raja besar dari tujuh buah negeri yang datang ke negeri Rom/Tuan Puteri Cenderawati lemah lembut/merendah diri ketika bercakap dengan Raja Rom/suaminya.
  24. Masyarakat yang bijaksana/menggunakan kebijaksanaan dalam menewaskan musuh, contoh: Indera Nata telah menggunakan kekuatan dan kebijaksanaannya dalam menewaskan/menangkap dan membunuh raksasa yang menyerang negeri Rom untuk merampas tujuh orang puteri Raja-Raja besar dari tanggannya.