Monday 26 November 2012

Watak dan perwatakan Norasma dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Watak pembantu/protagonis dalam cerita/drama.
  2. Nama penuh ialah Norasma Binti Jamaluddin.
  3. Masih gadis/belum berkahwin.
  4. Seorang yang cantik/ayu/manis.
  5. Berusia 29 tahun.
  6. Pernah belajar/menuntut di universiti bersama dengan Imran/berpendidikan tinggi/tamat universiti/berijazah.
  7. Bekas kekasih Imran semasa belajar di universiti.
  8. Berkawan baik dengan Dr. Mona sewaktu menuntut di universiti.
  9. Berasal dari kampung/negeri Perlis.
  10. Cacat anggota badan akibat kemalangan jalan raya bersama dengan Imran.
  11. Terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan motosikal bersama dengan Imran/bekas kekasihnya semasa menuntut di universiti dahulu.
  12. Telah kematian kedua orang tua/hidup sebatang kara/tiada tempat untuk mengadu.
  13. Adiknya ditahan di pusat serenti/pemulihan di negeri Pahang kerana terlibat dengan dadah.
  14. Bekerja/bertugas sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma di Johor Bahru.
  15. Pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
  16. Seorang yang penyayang, contoh: Norasma sayang kepada Imran/bekas kekasihnya/kedua ibu bapanya/adiknya.
  17. Seorang yang bernasib malang/hidup menderita, contoh: Norasma kematian kedua orang tua/adiknya ditahan di pusat serenti/cacat anggota akibat kemalangan jalan raya/hidup sebatang kara/tiada tempat untuk mengadu.
  18. Seorang yang penyabar, contoh: Norasma bersabar dengan nasib malang yang menimpa dirinya seperti cacat anggota akibat kemalangan jalan raya/kematian kedua orang tua.
  19. Seorang yang setia/patuh/taat, contoh: Norasma setia menunggu Imran dan tidak kahwin-kahwin/bersedia untuk menjadi isteri Imran.
  20. Seorang yang tabah/cekal/gigih, contoh: Norasma tabah menghadapi cabaran hidup walaupun cacat anggota/kematian kedua orang tua/tiada tempat untuk mengadu/gigih mencari Imran walaupun bertahun-tahun lamanya.
  21. Seorang yang beriman/bertakwa/percaya kepada takdir Allah SWT, contoh: Norasma menganggap kemalangan jalan raya yang menimpa dirinya dan Imran tempoh hari adalah ketentuan/takdir ilahi/Allah SWT.
  22. Seorang yang pemaaf, contoh: Norasma memaafkan kesalahan Imran yang lalu terhadapnya.
  23. Seorang yang mendengar nasihat, contoh: Norasma mendengar nasihat daripada kawannya/Dr. Mona supaya banyak bersabar dalam menghadapi cabaran hidup.
  24. Seorang yang menghormati kawan/orang lain, contoh: Norasma menghormati Dr. Mona/Imran.
  25. Seorang yang boleh dibawa berbincang/muafakat, contoh: Norasma selalu berbincang dengan Imran/Dr. Mona mengenai masalah dan masa hadapan hidupnya.
  26. Seorang yang jujur/ikhlas hati, contoh: Norasma jujur kepada Imran/Dr. Mona.
  27. Seorang yang rasional/berfikiran waras, contoh: Norasma memilih jalan hidup sendiri/tidak berkahwin/bernikah dengan Imran semata-mata untuk menjaga keharmonian rumah tanggan Imran bersama Norhayati dan anaknya.
  28. Seorang yang merendah diri/insaf, contoh: Norasma pergi ke rumah Imran/Norhayati untuk berterus terang dan meminta maaf daripada Norhayati/isteri Imran tetapi tidak bertemu kerana dia balik ke kampung.

Sunday 25 November 2012

Konflik jiwa/dalaman/mental watak Norhayati dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )


  1. Ragu-ragu, contoh: Norhayati merasa ragu-ragu melihat suaminya/Imran yang seperti ada masalah.
  2. Mengeluh, contoh: Norhayati mengeluh di hadapan Dr. Mona dengan memberitahu yang suaminya/Imran asyik termenung sahaja.
  3. Risau, contoh: Norhayati risau dengan perubahan sikap Imran/suaminya yang tidak mahu bercakap banyak lagi dengannya.
  4. Menangis, contoh: Norhayati menangis apabila Imran/suaminya memberitahu kepadanya yang dia pernah terlibat dengan seorang gadis/Norasma/kekasih lamanya.
  5.  Kecewa, contoh: Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang dia kecewa dengan sikap suaminya/Imran yang akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/kekasih lamanya.
  6. Buntu, contoh: Norhayati yang buntu fikiran memikirkan masalah Imran/suaminya/rumah tangganya telah melarikan diri balik ke kampung untuk menenangkan fikiran tanpa pengetahuan suaminya/Imran.
  7. Sebak, contoh: Norhayati menjadi sebak apabila Imran/suaminya memberitahu  bahawa keputusannya dengan Norasma adalah muktamad.
  8. Terharu, contoh: Norhayati merasa terharu apabila Imran/suaminya tidak jadi berkahwin dengan Norasma/telah memilih jalan hidup masing-masing/bertaubat.

Konflik jiwa/dalaman/mental watak Norasma dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Mengeluh, contoh: Norasma mengeluh di hadapan Imran dengan mengatakan yang dia tidak ada keyakinan diri lagi untuk berkahwin.
  2. Hancur, contoh: Norasma hancur hatinya kerana hidup sebatang kara disebabkan kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula kena tahan di pusat pemulihan di Pahang kerana terlibat dengan dadah.
  3. Menangis, contoh: Norasma menangis teresak-sesak dan memberitahu kepada Imran yang dia akan cacat selepas berlaku kemalangan di jalan raya dengan motosikal bersama  Imran.
  4. Merasa sunyi/sepi, contoh: Norasma memberitahu kepada Imran yang hidupnya terasa sunyi dan kosong, lebih-lebih lagi apabila dia teringatkan peristiwa ngeri/kemalangan di jalan raya tempoh hari.
  5. Sedih, contoh: Norasma merasa sedih dengan nasib malang yang menimpanya iaitu terlibat dalam kemalangan di jalan raya yang menyebabkan  anggotanya cacat.
  6. Sebak, contoh: Norasma menjadi sebak ketika bercakap dengan Imran yang ditemuinya setelah sekian lama dicari  dan dia mendapati Imran sudah berkahwin/hidup bahagia/Norasma merasa sebak ketika memberitahu kepada Dr. Mona yang dia sudah hilang segala-galanya.

Saturday 24 November 2012

Konflik jiwa/dalaman/mental watak Imran dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Serbasalah, contoh: Imran merasa serabasalah apabila dihubungi melalui telefon oleh Norasma/bekas kekasih lamanya yang mahu bertemu dengannya.
  2. Sedih, contoh: Imran merasa sedih apabila mendengar cerita Norsama bahawa kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula ditahan di pusat pemulihan/serenti di Pahang kerana terlibat dengan dadah. Dia hidup sebatang kara.
  3. Marah, contoh: Imran marah kepada drebar/pemandu kereta buruk  yang memandu laju dan memotong motosikalnya bersama Norasma di jalan raya.
  4. Menyesal, contoh: Imran menyesal kerana tidak mendengar nasihat Norasma supaya jangan menunggang motosikal terlalu laju/memotong kereta buruk di jalan raya, akibatnya berlaku kemalangan jalan raya dan Norasma yang luka parah/pecah kepala/cacat anggota/Imran menyesal kerana tidak sempat untuk berjumpa dan  meminta maaf daripada kedua orang tua Norasma sebelum mereka berdua meninggal dunia.
  5. Terharu, contoh: Imran merasa terharu apabila Norasma memberitahu yang dia tidak ada sesiapa lagi di dunia ini hendak mengadu, hanya kepada Imran yang dapat menolongnya/Kemalangan yang menimpa mereka berdua dahulu bukan salah Imran seorang, tetapi sama-sama bersalah, sudah menjadi suratan takdir.
  6. Mengeluh, contoh: Imran mengeluh kepada isterinya/Norhayati kerana tidak tahu hendak buat macam mana mengenai hubungannya dengan Norasma/bekas kekasih lamanya yang muncul semula.
  7. Bingung, contoh: Imran menjadi bingung apabila Zahid memberi nasihat kepadanya bahawa berpoligami bunyinya sedap, tapi risikonya......./Sepatutnya Imran bernikah dengan Norasma sebaik dia sembuh dari kecederaan selepas kemalangan, bukannya selepas beristeri dan mempunyai anak.
  8. Buntu, contoh: Imran menjadi buntu apabila mengenangkan dosanya terhadap Norhayati/isteri dan Hasnita/anaknya.
  9. Risau, contoh: Imran merasa risau kerana Norhayati/isterinya pulang ke kampung tanpa memberitahu kepadanya.

Konflik drama/di antara watak dengan watak dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Konflik di antara Imran dengan Norasma, contoh: Imran menjadi serbasalah apabila Norasma/bekas kekasih lamanya ingin bertemu/berjumpa dengannya.
  2.  Konflik di antara drebar/pemandu kereta dengan Imran, contoh: Pemandu/drebar kereta memaki/memarahi Imran yang memandu laju motosikal bersama dengan Norasma di jalan raya. 
  3. Konflik di antara  ayah/kedua orang tua Norasma dengan Imran, contoh: Ayah Norasma marah kepada Imran yang telah merosakkan kehidupan masa depan anak dan keluarganya akibat dari kemalangan jalan raya. 
  4. Konflik di antara Norhayati dengan Imran, contoh: Norhayati merasa hairan dengan perubahan sikap Imran/suaminya yang tidak mahu bercakap banyak lagi dengannya/Norhayati merasa hairan apabila Imran/suaminya memberitahu kepadanya 'tak tahu nak buat macam mana'/Norhayati menangis apabila Imran/suaminya memberitahu  yang dia pernah terlibat dengan seorang gadis.
  5.  Konflik di antara Zahid dengan Imran, contoh: Zahid merasa hairan kerana Imran ada masalah rumah tangga/Imran mengeluh apabila Zahid menegur prestasi kerjanya semakin menurun pada akhir-akhir ini.

Friday 23 November 2012

Teknik plot/unsur/peristiwa suprise/kejutan dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Imran terkejut apabila dihubungi melalui telefon oleh Nazmi/kawannya yang sudah tiga bulan tidak berhubung semasa berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd yang mengajaknya untuk belanja makan tengah hari.
  2. Imran yang berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. terkejut/terperanjat menerima panggilan telefon daripada Norasma/bekas kekasih lamanya yang sudah lama berpisah.
  3. Norhayati terperanjat apabila diberitahu oleh Imran yang dia tidak sempat untuk melihat anaknya Hasnita yang dijaga oleh Kak Jah di rumah mereka sejak dari pagi.
  4. Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma bahawa kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula ditahan di pusat pemulihan/serenti di Pahang Dia hidup sebatang kara..
  5. Imran terperanjat apabila sebuah kereta memotong motosikalnya di jalan raya dan pemandunya membunyikan hon serta memakihamunnya.
  6. Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma yang dia hilang ingatan sewaktu ibunya membawa ke kampung di Perlis untuk berubat secara tradisional selepas tercedera dalam  kemalangan jalan raya tempoh hari.
  7. Norhayati terkejut apabila  Dr. Mona memberi salam dan menegurnya sewaktu mereka bertemu di hadapan pasar raya.
  8. Zahid terperanjat apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia ada masalah rumah tangga/peribadi.
  9. Zahid terkejut apabila Imran memberitahu masalah rumah tangganya dengan Norhayati/isterinya berpunca daripada dirinya sendiri.
  10. Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia pernah terlibat hubungan sulit dengan seorang gadis/Norasma/kawan lamanya.
  11. Norasma terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang hubungan sulit dan perancangan mereka berdua untuk berkahwin telah diberitahu kepada Norhayati/isterinya. 
  12. Norasma terkejut apabila Imran memberitahu akan/mahu mengahwininya.
  13. Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu bahawa Norasma datang ke rumah untuk berjumpa dengan Norhayati,  tetapi tidak bertemu kerana Norhayati balik ke kampung.



Thursday 22 November 2012

Teknik plot/unsur/peristiwa suspen dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Peristiwa Imran mengejar dengan laju kereta buruk yang memotong motosikalnya bersama dengan Norasma di jalan raya. Pembaca menjadi tanda tanya mengapakah Imran bertindak sedemikian dan apakah kesudahannya.
  2. Peristiwa berlaku kemalangan motosikal dengan kereta di jalan raya yang melibatkan Imran dan Norasma sebagai pembonceng. Pembaca ingin tahu bagaimanakah keadaan Imran dan Norasma yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.
  3. Peristiwa Imran mencari Norasma yang begitu lama selepas berlaku kemalangan di jalan raya. Pembaca ingin tahu Norasma dibawa ke mana oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.
  4. Peristiwa Imran meluahkan perasaannya/janjinya untuk bertanggungjawab/menjadikan Norasma sebagai isterinya selepas Norasma cacat anggota akibat kemalangan jalan raya. Pembaca ingin tahu adakah Imran mengotakan/menunaikan janjinya terhadap Norasma.
  5. Peristiwa Norasma memberitahu kepada Imran yang dia hidup sebatang kara selepas kematian kedua orang tua dan adiknya di tahan di pusat serenti  selepas bertemu semula dengan Imran. Pembaca ingin tahu apakah tindakan/reaksi Imran terhadap masalah Norasma tersebut.
  6. Peristiwa Imran menyatakan kepada Norasma yang dia bersedia untuk berkahwin/bernikah dengannya walau pun cacat anggota. Pembaca ingin tahu adakah Imran jadi bernikah/berkahwin dengan Norasma.
  7. Peristiwa Zahid menyuruh Imran berterus terang kepada Norhayati/isterinya mengenai hubungan sulitnya dengan Norasma/bekas kekasih lamanya. Pembaca tertanya-tanya adakah Imran melakukannya/berterus terang dengan Norhayati/isterinya.
  8. Peristiwa Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuha terhadap kesalahan/kesilapannya  pada masa lepas kepada Norasma/Norhayati. Pembaca ingin tahu adakah Imran berbuat demikian.
  9. Peristiwa Norhayati merajuk dan melarikan diri balik ke kampung kerana kecewa terhadap keputusan Imran/suaminya yang  akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasi lamanya. Pembaca ingin tahu apakah tindakan Imran/rumah tangga Imran dan Norhayati untuk seterusnya.
  10. Peristiwa Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia dengan Norasma tidak jadi berkahwin/bernikah, tetapi telah memilih jalan hidup masing-masing, iaitu Norasma akan ke pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Pembaca ingin tahu apakah respon/reaksi Norhayati terhadap Imran.

Unsur-unsur agama Islam dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Terdapat nama-nama watak/pelakon yang beragama Islam, contoh: Imran/Zahid/Nazmi/Norhayati/dll.
  2. Adanya memberi dan menjawab salam, contoh: Nazmi/kawan Imran memberi salam melalui telefon dan Imran menjawab salam tersebut/waalaikummussalam/Dr. Mona memberi salam kepada Norhayati.
  3. Adanya menyebut perkataan insya-Allah, contoh: Imran menjawab insya-Allah ketika kawannya/Nazmi mengajaknya untuk belanja makan-makan melalui telefon/Dr. Mona menjawab insya-Allah ketika Norhayati menjemputnya datang lagi ke rumahnya.
  4. Adanya menyebut perkataan alhamdulillah, contoh: Norhayati menyebut perkataan 'alhamdulillah, sambutannya bagus,' semasa menjawab pertanyaan suaminya/Imran yang ingin tahu mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah.
  5. Ada menyebut perkataan/nama Tuhan/Allah, contoh: Norasma menyebut perkataan 'ya Allah' di atas motosikal sebelum berlakunya kemalangan di jalan raya bersama dengan Imran.
  6. Adanya mengucap dua kalimah syahadat, contoh: Imran menyuruh Norasma mengucap dua kalimah syahadat sebaik berlakunya kemalangan di jalan raya, iaitu motosikal yang diboncengnya bersama dengan Imran bertembung dengan kereta.
  7. Adanya mengucap syukur/bersyukur kepada Tuhan/Allah, contoh: Norasma bersyukur kepada Tuhan/Allah kerana sudah pulih/sembuh sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan di jalan raya.
  8. Percaya kepada takdir/qadak dan qadar Tuhan/Allah, contoh: Norasma tidak menyalahkan Imran seorang di atas berlakunya kemalangan di jalan raya, baginya peristiwa tersebut merupakan takdir/ketentuaan Allah SWT.
  9. Mengirim salam kepada seseorang, contoh: Dr. Mona meminta Norhayati menyampaikan salamnya kepada Imran/suaminya.
  10. Bersumpah dalam Islam/dengan nama Allah, contoh: Imran bersumpah, 'Demi Allah, apa-apa yang abang katakan ini betul, Yati,'/ Imran bersumpah di hadapan Norhayati/isterinya dengan menyebutkan nama Allah.
  11. Bertaubat nasuha, contoh: Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuha di atas segala kesalahan/keterlanjuran terhadap isterinya/Norhayati/Norasma/Imran dan Norasma telah bertaubat nasuha di atas keterlanjuran/kesilapan/kesalahan yang mereka lakukan dahulu.
  12. Nama tempat suci dalam Islam/Mekah, contoh: Norasma akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
  13. Amalan ibadah umrah dalam Islam, contoh: Norasma akan pergi menunaikan ibadah umrah ke Mekah.

Wednesday 21 November 2012

Pengajaran/mesej/amanat/pesanan/perutusan/unsur didaktik dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Guru hendaklah bertanggungjawab terhadap bidang tugas yang diamanahkan, contoh: Norhayati bertanggungjawab terhadap pelajar sekolahnya dengan mengadakan program seminar peperiksaan sehingga mendapat pujian daripada pengetua sekolah.
  2. Kita hendaklah memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya kepada anak isteri/keluarga, contoh: Imran dan Norhayati sayang kepada anaknya Hasnita/Norhayati sayang kepada suaminya/Imran.
  3. Kita hendaklah menyelesaikan masalah rumah tangga secara diplomasi/perbincangan/perundingan, contoh: Imran berbincang dengan Norhayati/isterinya sebelum berkahwin/bernikah dengan Norasma.
  4. Kita janganlah bertindak terburu-buru/mengikut perasaan/emosi/ego di jalan raya, contoh: Imran yang ego/mengikut perasaan mencabar pemandu kereta di dalan raya telah di timpa kemalangan jalan raya bersama dengan Norasma.
  5. Kita hendaklah berterus terang/jujur dengan isteri/seseorang, contoh: Imran jujur/berterus terang memberitahu kepada Zahid bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada dirinya sendiri/Norhayati jujur merelakan Imran/suaminya bernikah dengan Norasma.
  6. Kita hendaklah tabah/gigih dalam menghadapi cabaran/dugaan hidup, contoh: Norasma tabah/gigih menghadapi cabaran hidup walau pun telah kematian kedua orang tua dan cacat anggota.
  7. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi cabaran hidup/rumah tangga, contoh: Dr. Mona meminta Norhayati/Norasama bersabar menghadapi cabaran hidup/masalah rumah tangga.
  8. Kita hendaklah menerima qadak dan qadar/takdir Allah SWT ke atas musyibah yang menimpa diri, contoh: Norasma tidak menyalahkan Imran terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya, tetapi kerana ketentuan Allah SWT.
  9. Kita hendaklah menunaikan/mengotakan/menepati janji yang dibuat kepada seseorang, contoh: Imran akan bernikah/berkahwin dengan Norasma sebagai mengotakan/menunaikan janjinya terhadap Norasma.
  10. Kita janganlah memendam perasaan/merajuk/melarikan diri tanpa pengetahuan/keizinan suami, contoh: Norhayati yang kecewa terhadap Imran/suaminya telah melarikan diri balik ke kampung tanpa pengetuan Imran/suaminya.
  11. Kita hendaklah memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan/kesilapan, contoh: Norasma/Noryahati telah memaafkan Imran yang banyak melakukan kesalahan terhadap mereka.
  12. Kita hendaklah cepat bertaubat apabila menyedari telah banyak melakukan kesilapan/kesalahan terhadap seseorang, contoh: Imran/Norasma telah bertaubat nasuhah di atas perbuatan mereka pada masa lalu/kerana menimbulkan tekanan perasaan terhadap Norhayati.
  13. Kita hendaklah memberi nasihat/idea yang berguna kepada seseorang yang sedang menghadapi masalah, contoh: Zahid memberi nasihat kepada Imran supaya berbincang/berterus terang dengan Norhayati/isterinya/Dr. Mona memberi nasihat kepada Norasma/Norhayati supaya banyak bersabar dalam menghadapi cabaran hidup.
  14. Kita hendaklah menghargai/berterma kasih kepada seseorang, contoh: Pengetua sekolah mengucapkan tahniah/pujian kepada Norhayati kerana berjaya mengadakan program seminar peperiksaan di sekolah/Norasma menghargai/berterima kasih kepada Imran yang sudi mengahwininya/bertanggungjawab terhadap dirinya.
  15. Kita hendaklah bersimpati/belas kasihan terhadap seseorang, contoh: Imran/Norhayati bersimpati terhadap penderitaan hidup Norasma/Dr. Mona bersimpati terhadap masalah Norasma/Norhayati.
  16. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan masalah/konflik rumah tangga, contoh: Imran bijak menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan membuat keputusan tidak berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasih lamanya demi menjaga keharmonian rumah tangganya dengan Norhayati/isterinya.

Latar/citra/imej/gambaran/keadaan/suasana masyarakat dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Masyarakat yang hidup zaman moden/selepas merdeka/kini/sekarang, contoh: Imran/Norasma/Norhayati pernah menuntut di universiti/ Imran/Zahid bekerja di syarikat swasta Sinar Kejora Sdn. Bhd./Nazmi/Norasma menelefon Imran/Imran menelefon kepada Norhayati/isterinya.
  2. Masyarakat Melayu beragama Islam, contoh: Dr. Mona/Zahid/Imran/Norasma/Norhayati beragama Islam.
  3. Masyarakat yang berasal dari kampung dan menetap/bermastautin di bandar, contoh: Norhayati berasal dari kampung/Imran berasal dari negeri Melaka/Norasma berasal dari negeri Perlis/dll.
  4. Masyarakat yang bekerja dengan pihak swasta/kerajaan, contoh: Zahid/Imran bekerja di syarikat Sinar Kejora Sdn. Bhd./Norhayati berkhidmat sebagai guru/Dr. Mona bertugas sebagai doktor.
  5. Masyarakat muda-mudi yang bergaul bebas/bercinta, contoh: Imran dan Norasma bergaul bebas/bercinta sewaktu menuntut di universiti dahulu.
  6. Masyarakat yang ego/degil/keras hati, contoh: Imran mencabar pemandu kereta di jalan raya sehingga berlaku kemalangan jalan raya yang mengakibatkan Norasma menjadi cacat anggota.
  7. Masyarakat yang penyayang/pengasih, contoh: Imran tidak jadi berkahwin dengan Norasma kerana kasih/sayang kepada anak dan isterinya/Norhayati sayang kepada suaminya Imran.
  8. Masyarakat yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Zahid/Imran bekerja di syarikat Sinar Kejora Sdn. Bhd./Norhayati bertugas sebagai guru di sekolah.
  9. Masyarakat yang bertindak secara terburu-buru/tanpa berfikir panjang, contoh: Imran membuat keputusan untuk berkahwin/bernikah dengan Norasma bekas kekasih lamanya.
  10. Masyarakat yang menjaga/mementingkan  hubungan persahabatan, contoh: Zahid/Nazmi berkawan baik dengan Imran/Dr. Mona bersahabat baik dengan Norasma/Norhayati.
  11. Masyarakat yang bertanggungjawab, contoh: Imran sanggup bertanggungjawab terhadap Norasma sebagai menunaikan janjinya untuk bernikah/berkahwin dengannya.
  12. Masyarakat yang mengota/menunaikan janji, contoh: Imran sanggup untuk bernikah/berkahwin/menjadikan Norasma sebagai isteri keduanya sebagai menunaikan janji yang pernah dibuat terhadap Norasma.
  13. Masyarakat yang insaf/sedar/kesal/mengakui kelemahan diri sendiri, contoh: Imran merasa insaf/kesal/merasa bersalah terhadap Norhayati/isterinya kerana menyembunyikan hubungan cinta dengan Norasma.
  14. Masyarakat yang sanggup/rela berkorban, contoh: Norhayati sanggup membenarkan Imran/suaminya berkahwin/bernikah dengan Norasma yang hidup menderita.
  15. Masyarakat yang bertaubat/kembali ke jalan kehidupan yang sebenar, contoh: Imran dan Norasma telah bertaubat di atas kesalahan yang lalu dan kembali hidup seperti biasa. 
  16. Masyarakat yang mengalami konflik/masalah rumah tangga, contoh: Imran dan Norhayati menghadapi masalah rumah tangga kerana Imran/suaminya akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/kekasih lamanya.
  17. Masyarakat yang suka berterus terang/jujur/ikhlas, contoh: Imran jujur/berterus terang memberitahu kepada Zahid bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada dirinya sendiri/Imran berterus terang kepada Norhayati/isterinya yang dia akan berkahwin/bernikah dengan Norasma.
  18. Masyarakat yang suka memberi nasihat kepada rakan/kawan/seseorang yang menghadapi masalah, contoh: Zahid memberi nasihat kepada Imran supaya berterus kepada isterinya/Norhayati/Dr. Mona memberi nasihat kepada Norasma/Norhayati supaya banyak bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
  19. Masyarakat yang suka merajuk/memendamkan perasaan/membawa diri, contoh: Norhayati membawa diri/merajuk melarikan diri balik ke kampung kerana kecewa dengan sikap suaminya/Imran yang akan berkahwin/bernikah dengan Norasma.
  20. Masyarakat yang pemaaf, contoh: Norasma memaafkan kesalahan Imran terhadapnya/Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang pernah menimbulkan masalah kepadanya.
  21. Masyarakat yang berpendidikan/berkelulusan tinggi/universiti, contoh: Imran/Norasma/Norhayati berkelulusan universiti.
  22. Masyarakat yang tabah/cekal, contoh: Norasma tabah menghadapi cabaran hidup walau pun cacat anggota dan kematian kedua orang tuanya.

Tuesday 20 November 2012

Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Kasih sayang, contoh: Imran/Norhayati sayang kepada anaknya Hasnita/Imran sayang kepada isterinya Norhayati/sebaliknya.
  2. Bertanggungjawab, contoh: Imran bertanggungjawab terhadap janjinya untuk berkahwin/bernikah dengan Norasma.
  3. Sanggup berkorban, contoh: Imran sanggup berkorban demi menunaikan janjinya terhadap Norasma.
  4. Menunaikan/menepati janji, contoh, Imran akan berkahwin/bernikah dengan Norasma demi menunaikan janjinya.
  5. Nasihat-menasihati, contoh: Zahid menasihati Imran supaya berterus terang dengan isterinya/Norhayati.
  6. Bersimpati/belas kasihan, contoh: Dr. Mona bersimpati terhadap Norasma/Norhayati yang menghadapi masalah rumah tangga.
  7. Kemaafan, contoh: Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang berubah sikap terhadapnya.
  8. Kerajinan/kegigihan/ketekunan, contoh: Zahid/Imran rajin bekerja/Norhayati gigih menjalankan tugas sebagai guru di sekolah.
  9. Kesabaran, contoh: Norhayati sabar menghadapi masalah rumah tangganya dengan Imran/suaminya.
  10. Penyesalan/keinsafan, contoh: Imran kesal kerana tidak sempat memohon maaf daripada kedua orang tua Norasma/Imran insaf terhadap kesilapannya pada masa lampau/mengabaikan isterinya/Norhayati.
  11. Bertaubat, contoh: Imran telah bertaubat di atas kesalahannya yang lalu/mengadakan hubungan cinta dengan Norasma.
  12. Kemesraan, contoh: Dr. Mona mempunyai hubungan persahabatan yang mesra dengan Norasma/Norhayati.
  13. Keakraban, contoh: Zahid/Nazmi mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Imran.
  14. Kepatuhan/kesetiaan, contoh: Norhayati patuh kepada Imran/suaminya/ Abang kan ketua keluarga, Yati kena ikut cakap abang.
  15. Berterima kasih, contoh: Norasma berterima kasih kepada Imran yang sanggup mengahwini/bertanggungjawab terhadapnya/Imran berterima kasih kepada Zahid yang telah memberi nasihat/idea kepadanya.
  16. Patriotisme, contoh: Imran dan Norhayati sama-sama menyumbang membangunkan bangsa dan negara.
  17. Kejujuran/keikhlasan/berterus terang, contoh: Imran berterus terang memberitahu kepada Zahid masalah rumah tangganya dengan Norhayati disebabkan dirinya sendiri/Norhayati merelakan Imran berkahwin/bernikah dengan Norasma.
  18. Mengambil berat, contoh: Imran bertanya khabar Norhayati mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah/Imran mengambil berat terhadap Norasma selepas bertemu semula.
  19. Ziarah-menziarahi/kunjung-mengunjung, contoh: Dr. Mona berkunjung ke rumah Norhayati/Imran.
  20. Bersyukur, contoh: Imran bersyukur kerana Norhayati/isterinya dapat menerima percakapannya mengenai hubungannya dengan Norasma.

Watak dan perwatakan Imran dan Norhayati dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

Imran
  1. Watak/pelakon utama/protoganis dalam drama.
  2. Berusia awal 30-an.
  3. Berasal dari negeri Melaka.
  4. Sudah beristeri/berumah tangga/suami kepada Norhayati.
  5. Sudah mempunyai anak/cahaya mata, iaitu Hasnita.
  6. Pernah belajar di universiti/institusi pengajian tinggi bersama dengan Norasma.
  7. Kawan baik/rapat dengan Nazmi/Zahid.
  8. Bekerja di pejabat swasta/Sinar Kejora Sendirian Berhad.
  9. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama dengan Norasma.
  10. Pernah mencintai/berkasih dengan Norasma semasa menuntut di universiti.
  11. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Imran sayang kepada isteri ( Norhayati ) dan anaknya ( Hasnita ).
  12. Seorang yang panas baran/emosi/tidak dapat mengawal perasaan, contoh: Imran mencabar pemandu kereta di jalan raya sehingga berlaku kemalangan bersama dengan Norasma.
  13. Seorang yang tidak mendengar nasihat/degil/ego, contoh: Imran tidak mendengar nasihat Norasma  supaya jangan berlumba dengan pemandu kereta di jalan raya.
  14. Seorang yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Imran rajin bekerja di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. bersama dengan Zahid.
  15. Seorang yang mengambil berat, contoh: Imran bertanya khabar mengenai program seminar peperiksaan anjuran isterinya/Norhyati di sekolah.
  16. Seorang yang mengota/menunaikan janji, contoh: Imran akan mengotakan janjinya untuk bernikah/berkahwin dengan Norasma walau pun dia sudah mempunyai isteri dan anak.
  17. Seorang yang suka berterus terang/jujur, contoh: Imran berterus terang memberitahu kepada Zahid masalah rumah tangganya berpunca daripada dia sendiri/Imran dengan jujur memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia ada hubungan sulit dengan Norasma dan bercadang untuk bernikah/berkahwin dengannya.
  18. Seorang yang insaf/sedar diri, contoh: Imran telah insaf di atas kesalahan/kesilapannya pada masa lalu.
  19. Seorang yang menyesal/bertaubat, contoh: Imran menyesal kerana tidak sempat untuk meminta maaf daripada kedua orang tua Norasma/ Imran telah bertaubat nasuhah di atas kesalahannya mengabaikan isterinya/Norhayati.
  20. Seorang yang bertanggungjawab, contoh: Imran bertanggungjawab terhadap janjinya untuk berkahwin dengan Norasma yang cacat akibat kemalangan jalan raya bersama dengannya.
  21. Seorang yang mengaku kesalahan/kelemahan diri, contoh: Imran mengaku dia yang bersalah membawa motorsikal terlalu laju yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya sehingga Norasma menjadi cacat anggota.
  22. Seorang yang sanggup berkorban, contoh: Imran sanggup berkorban untuk berkahwin dengan Norasma kerana janjinya.
Norhayati
  1. Watak/pelakon pembantu dalam drama.
  2. Berusia 29 tahun.
  3. Isteri kepada Imran.
  4. Mempunyai seorang anak bernama Hasnita.
  5. Sedang mengandung anak yang kedua.
  6. Berasal dari kampung.
  7. Bertugas sebagai guru.
  8. Berkawan rapat/baik/kawan sejak sekolah/universiti dengan Dr. Mona.
  9. Seorang yang cantik.
  10. Seorang yang baik.
  11. Seorang yang taat pada agama.
  12. Dari keturunan orang yang baik-baik.
  13. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Norhayati sayang kepada anak dan suaminya ( Hasnita dan Imran ).
  14. Seorang yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Norhayati seorang guru yang rajin/gigih/tekun.
  15. Seorang yang bertanggungjawab dalam bidang tugas, contoh: Norhayati bertanggungjawab dalam bidang tugasnya sebagai seorang guru dengan mengadakan program seminar peperiksaan kepada pelajarnya di sekolah.
  16. Seorang yang mendengar nasihat, contoh: Norhayati mendengar nasihat daripada sahabatnya Dr. Mona supaya bersabar menghadapi masalah rumah tangganya dengan Imran/suaminya.
  17. Seorang yang pemaaf, contoh: Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang berubah sikap terhadapnya sejak berhubung semula dengan Norasma/bekas kekasih lamanya.
  18. Seorang yang bersabar, contoh: Norhayati bersabar dengan masalah rumah tangga yang dialaminya, iaitu suaminya/Imran ada hubungan dengan perempuan/gadis lain/Norasma.
  19. Seorang yang mengalami tekanan perasaan/konflik jiwa, contoh: Norhayati susah hati/risau kerana suaminya/Imran mempunyai hubungan dengan perempuan/gadis lain/Norasma.
  20. Seorang yang jujur/ikhlas hati, contoh: Norhayati merelakan suaminya/Imran berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasih lamanya.
  21. Seorang yang suka merajuk/membawa hati/memendamkan perasaan, contoh: Norhayati telah lari balik ke kampung tanpa pengetahuan/kebenaran suaminya/Imran.

Monday 19 November 2012

Pemikiran/tema dan persoalan-persoalan dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

Pemikiran/Tema

Konflik jiwa dan pergolakan rumah tangga yang dialami oleh seorang suami yang sudah beristeri. Imran yang sudah beristeri ( Norhayati ) dan mempunyai seorang anak ( Hasnita ) mengalami konflik jiwa/tekanan mental/perasaan selepas dihubungi oleh  bekas kekasih lamanya ( Norasma ). Imran dan Norasma telah mengadakan pertemuan di sebuah coffee house dan Imran telah berjanji akan mengotakan janjinya dengan Norasma iaitu untuk bernikah dengannya. Keadaan ini menyebabkan timbul rasa tidak senang hati Norhayati/isterinya.

Persoalan-persoalan
  1. Kasih sayang dalam keluarga/anak isteri, contoh: Imran sangat sayang kepada isterinya/Norhayati dan anaknya/Hasnita.
  2. Tanggungjawab seorang guru terhadap sekolah/bidang tugas, contoh: Norhayati telah berjaya mengadakan seminar peperiksaan di sekolahnya sehingga mendapat pujian daripada pengetua sekolahnya.
  3. Memberi nasihat kepada seseorang yang dalam kesusahan/bermasalah, contoh: Zahid memberi nasihat kepada Imran yang mengalami masalah rumah tangga/Dr. Mona memberi nasihat kepada Norhayati/Norasma yang mengalami masalah keluarga/peribadi.
  4. Sanggup bertanggungjawab/berkorban terhadap keputusan yang dibuat, contoh: Imran sanggup bertanggungjawab/berkorban dengan mengahwini Norasma yang cacat dalam kemalangan jalan raya kerana janjinya.
  5. Mengotakan/menunaikan janji yang dibuat terhadap seseorang, contoh: Imran sanggup untuk berkahwin/bernikah dengan Norasama walaupun dia sudah beristeri semata-mata kerana hendak mengotakan janji yang pernah dibuat terhadap Norasma.
  6. Bertindak mengikut perasaan/emosi/darah muda, contoh: Imran membonceng Norasma dengan motorsikal terlalu laju menyebabkan berlaku kemalangan di jalan raya.
  7. Perasaan kesal/insaf kerana tidak sempat untuk meminta maaf kepada seseorang, contoh: Imran merasa kesal dan insaf kerana tidak sempat untuk bertemu dan meminta maaf kepada kedua ibu bapa/orang tua Norasma.
  8. Bertaubat nasuhah di atas kesilapan/kesalahan yang telah berlalu/lepas, contoh: Imran dan Norasma masing-masing telah bertaubat nasuhah di atas kesilapan mereka berdua.
  9. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang bermasalah, contoh: Norhayati bersimpati terhadap Norasma yang bermasalah/Dr. Mona merasa belas kasihan terhadap Norhayati yang menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya/Imran.
  10. Hubungan persahabatan yang akrab, contoh: Zahid kawan rapat Imran/Dr. Mona kawan baik Noryahati/Norasma.
  11. Memaafkan seseorang/kesalahan suami, contoh: Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang berubah sikap terhadapnya/tidak mahu bercakap banyak.
  12. Berterus terang dalam sesuatu isu/masalah, contoh: Imran berterus terang memberitahu kepada Zahid bahawa  masalah rumah tangganya berpunca daripada dirinya sendiri/Imran berterus terang memberitahu kepada Norhayati/isterinya mengenai hubungannya dengan Norasma selepas berlaku kemalangan jalan raya.
  13. Menghargai dan berterima kasih kepada seseorang, contoh: Norasma menghargai/berterima kasih kepada Imran yang mahu bertanggungjawab ke atas dirinya/mengahwininya.
  14. Melakukan sesuatu tindakan/keputusan tanpa restu/izin/pengetahuan suami, contoh: Norhayati melarikan diri balik ke kampung/meninggalkan rumah tanpa pengetahuan/meminta izin/kebenaran suaminya/Imran.

Urutan peristiwa-peristiwa penting dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

Babak 1

  • Nazim ( kawan Imran ) menelefon Imran di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. tempat Imran bekerja.
  • Norasma Binti Jamaluddin ( bekas kekasih lama Imran ) menghubungi Imran di pejabat dan mereka  berjanji untuk bertemu lusa pada jam 12.30 tengah hari di Restoran Mawar, Jalan Sutera.
    • Imran yang berada di pejabat menghubungi isterinya Norhayati di sekolah bertanya khabar mengenai  program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah.
    •  Norhayati berpuas hati kerana seminar anjurannya berjaya dan mendapat pujian daripada pengetuanya.
    • Imran teringat kepada Hasnita anaknya yang ditinggalkan bersama Kak Jah orang gaji/pembantu  rumah di rumah sejak dari pagi lagi. 
    • Norhayati mengajak Imran/suaminya pulang ke rumah pada jam 4.00 petang untuk melihat anak mereka Hasnita.

Babak Dua

  • Imran dan Norasma bertemu di restoran mewah/coffee house. 
  • Norasma memberitahu kepada Imran hidupnya hancur kerana kedua orang tuanya telah meninggal dunia     empat tahun yang lalu. Adiknya ditahan di pusat serenti. Dia hidup sebatang kara.
    •  Imran meminta maaf kepada Norasma kerana penderitaan hidup Norasma disebabkan olehnya. Dia merasa kesal dan bersalah.
    • Imran memberitahu kepada Norasma yang dia begitu lama mencari Norasma tetapi tidak berjumpa.
    • Imran memberitahu kepada Norasma yang dia akan mengotakan janjinya terhadap Norasma.
    • Norasma menceritakan kepada Imran perkara yang telah berlaku ke atas dirinya  sejak berlaku kemalangan di jalan raya.
    • Norasma teringat kepada peristiwa kemalangan motorsikal bersama Imran di jalan raya ( Hal. 291-295 ).
    • Imran merasa kesal kerana tidak sempat berjumpa dengan kedua orang tua Norasma untuk meminta maaf. 

    Babak Tiga
     
  • Norasma berjumpa dengan Dr. Mona dan menyatakan perasaannya.
  • Dr. Mona memberi semangat dan nasihat kepada Norasma.
  • Dr. Mona bertemu pula dengan Norhayati di hadapan pasaraya di bandar.
  • Norhayati mempelawa Dr. Mona berkunjung ke rumahnya.
 Babak Empat
  • Norhayati merasa hairan melihat keadaan Imran/suaminyanya yang berubah sikap dan tidak mahu bercakap banyak.

Babak Lima
  • Dr. Mona berkunjung ke rumah Norhayati.
  • Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang Imran/suaminya ada masalah.
Babak Enam
  • Imran berkunjung ke pejabat Zahid ( bossnya ).
  • Imran memberitahu kepada Zahid masalah keluarga/rumah tangganya.
  • Zahid memberi nasihat kepada Imran.
  • Imran mengaku  kepada Zahid masalah keluarga/rumah tangganya berpunca daripada dia.
  • Imran memberitahu kepada Zahid kisah dia bersama dengan Norasma pernah terlibat dalam kemalangan di jalan raya dan dia berjanji akan bertanggungjawab terhadap Norasma.
  • Zahid menasihati Imran supaya berterus terang dengan Norhayati/isterinya mengenai masalah tersebut.
Babak Tujuh
  • Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya masalah yang dihadapinya selama ini ialah pernah terlibat dengan seorang gadis, iaitu kemalangan jalan raya.
  • Norhayati terkejut dan menangis.
  • Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya kisah perjumpaan semula dan janjinya dengan Norasma  selepas berlaku kemalangan jalan raya.
  • Norhayati/isterinya memaafkan Imran di atas perubahan sikapnya selama ini.
Babak Lapan
  • Imran bertemu dengan Norasma di kafeteria/restoran.
  • Imran memberitahu kepada Norasma bahawa masalah mereka telah pun dimaklumkan kepada Norhayati/isterinya.
  • Norasma memberi nasihat kepada Imran ( Hal. 322 ).
  • Imran memberitahu kepada Norasma untuk memperisterikannya/berkahwin dengannya.
  • Imran memberitahu kepada Norasma bahawa Norhayati/isterinya bersetuju/merelakan dia berkahwin dengan Norasma.
  • Norasma menghargai dan berterima kasih di atas pendirian/sikap Imran yang mahu bertanggungjawab terhadap dirinya/mengahwininya.
Babak Sembilan
  • Dr. Mona bertemu dengan Norhayati di sebuah taman.
  • Norhayati meluahkan perasaannya kepada Dr. Mona yang dia bersimpati terhadap Norasma.
  • Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang dia berkeberatan untuk mengizinkan Imran/suaminya berkahwin dengan Norasma.
  • Dr. Mona bersimpati terhadap Norhayati dan memberi nasihat supaya bersabar ( Hal. 327 ).
Babak Sepuluh
  • Imran bertemu dengan Zahid di pejabatnya ( Sinar Kejora Sdn. Bhd. ).
  • Imran memberitahu kepada Zahid yang dia akan bernikah dengan Norasma sebagai menunaikan janji terhadapnya.
  • Zahid memberi nasihat dan melarang Imran untuk berpoligami ( Hal. 330 ).
  • Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuhah terhadap perkara/peristiwa yang lepas.
Babak Sebelas
  • Norhayati balik ke kampung tanpa memberitahu kepada Imran/suaminya.
  • Imran pergi mencari Norhayati/isterinya di kampung.
  • Norhayati sanggup berkorban/bersetuju Imran/suaminya berkahwin dengan Norasma. 
  • Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya bahawa Norasma ada datang ke rumah mereka untuk bertemu dengan Norhayati, tetapi tidak berjumpa kerana Norhayati tiada di rumah/balik ke kampung.
  • Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia dan Norasma akan memilih jalan hidup masing-masing.
  • Norasma akan pergi ke Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah dan kami ( Imran dan Norasma ) telah bertaubat.

Saturday 17 November 2012

Ciri-ciri/unsur-unsur drama realisma dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Tema/pemikiran semasa, contoh: Konflik jiwa dan rumah tangga yang dialami oleh seorang suami yang sudah beristeri.
  2. Persoalan-persoalan/isu-isu semasa/seharian yang berlaku dalam masyarakat, contoh: Kemalangan jalan raya yang dialami oleh Imran dan Norasama semasa sama-sama menunut di universiti/dll.
  3. Watak-watak/pelakon-pelakon terdiri daripada kalangan orang/rakyat/masyarakat biasa dari kampung/bandar, contoh: Imran berasal dari Melaka/Norasma berasal dari Perlis/Norhayati berasal dari kampung.
  4. Latar tempat di alam nyata/bandar/kampung, contoh: Di Kuala Lumpur/di Petaling Jaya/di kampus/di Pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd/di jalan raya/di hospital/di Restoran Mawar, Jalan Sutera/dll.
  5. Latar/citra/gambaran masyarakat seharian, contoh: Masyarakat kampus/masyarakat muda-mudi/masyarakat bekerja di pejabat swasta/kerajaan ( sebagai guru/doktor )/masyarakat persahabatan yang akrab/masyarakat yang menghadapi krisis rumah tangga/masyarakat yang bercinta/bermadu kasih/dll.
  6. Penggunaan gaya bahasa/dialog seharian, contoh, O.K. Insya-Allah/O.K. jumpa lagi/dll.
  7. Plot cerita mudah/ringkas/tidak berbelit/kompleks, contoh: Ada permulaan, perkembangan, puncak dan peleraian cerita.

Watak-watak/pelakon-pelakon dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )

  1. Imran ( Watak utama/protagonis, berusia awal 30-an, suami kepada Norhayati ).
  2. Norasma Binti Jamaluddin ( Berusia 29 tahun, bekas kekasih Imran ).
  3. Norhayati ( Berusia 29 tahun, isteri kepada Imran dan bertugas sebagai guru ).
  4. Dr. Mona ( Berusia 29 tahun, kawan kepada Norhayati dan doktor kepada Norasma ).
  5. Zahid ( Berusia 32 tahun, kawan kepada Imran dan Ketua Sinar Kejora Sdn. Bhd. iaitu tempat Imran bekerja ).
  6. Cikgu Husain.
  7. Cikgu Mariam.
  8. Hasnita ( Anak kepada Imran dan Norhayati ).
  9. Arwah kedua ibu bapa Norasma.
  10. Adik Norasma.
  11. Pegawai Perubatan.
  12. Drebar.
  13. Jururawat.

Thursday 15 November 2012

Mesej/pengajaran/amanat/pesanan/unsur didaktik/perutusan dalam Hikayat Nahkoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Kita janganlah bertindak mengikut perasaan/emosi/terburu-buru tanpa berfikir panjang/secara rasional, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk pergi belayar mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
  2. Kita janganlah mengamalkan budaya suka berjudi/bertaruh dalam masyarakat, contoh: Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta/Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda berjudi/bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  3. Kita hendaklah merantau/mengembara/belayar ke negeri/negara orang lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan ( budaya atau amalan hidup di tempat orang ), contoh: Maharaja Johan Syah pergi mengembara/merantau ke negeri Berantah Indera untuk menambahkan pengetahuan/melihat budaya dan amalan hidup masyarakat di sana.
  4. Kita hendaklah beriman/percaya kepada takdir/ketentuan Allah SWT terhadap apa yang berlaku ke atas diri atau keluarga, contoh: Maharaja Johan Syah percaya bahawa kematian kedua ayahanda dan bondanya adalah ketentuan/takdir Allah SWT.
  5. Kita hendaklah tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama/bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara, contoh: Perdana Menteri bersama dengan hulubalang/rakyat telah bekerjasama dalam membina/menyiapkan bahtera untuk Maharaja Johan Syah pergi belayar/mengembara/merantau ke negeri asing.
  6. Kita janganlah bersedih/menangis/mengamuk/merajuk dengan kematian kedua ibubapa/orang tua, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala bersedih/menangis/mengamuk/pengsan selepas kematian bondanya Tuan Puteri Sinaran Bulan.
  7. Kita hendaklah menghormati tetamu, contoh: Maharaja Digar Alam menghormati kedatangan Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta/Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda ke istananya dengan memberi layanan yang baik.
  8. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua, contoh: Maharaja Johan Syah menghormati Perdana Menteri/Maharaja Digar Alam atau Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda menghormati Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera.
  9. Kita hendaklah bersopan santun/lemah lembut/berbudi bahasa/rendah diri apabila bercakap dengan orang yang lebih tua/berpangkat, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bercakap dengan sopan santun/berbudi bahasa dengan Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera.
  10. Kita hendaklah menepati/menunaikan/melaksanakan janji yang dibuat, contoh: Maharaja Johan Syah menyerah diri dan bahteranya kepada Maharaja Digar Alam setelah tewas dalam pertaruhan buah rumbnia/Maharaja Digar Alam menyerahkan pemerintahan dan negeri Berantah Indera kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda setelah tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.
  11. Kita hendaklah tabah/gigih/tekun dalam melakukan/melaksanakan sesuatu untuk mencapai cita-cita/impian, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda tabah/gigih belayar di laut menuju ke negeri Berantah Indera untuk mencari kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang sudah tujuh tahun tidak pulang-pulang.
  12. Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemimpin/ketua/pemerintah/raja, contoh: Perdana Menteri/hulubalang/rakyat patuh/taat kepada arahan Maharaja Johan Syah yang menyuruh membina sebuah bahtera untuk pergi belayar ke negeri orang.
  13. Kita hendaklah bertanggungjawab/melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik, contoh: Perdana Menteri yang diamanahkan oleh Maharaja Johan Syah telah menjaga negeri dan rakyat Khairan Langkawi/adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala  dengan baik sepanjang baginda pergi belayar/mengembara/merantau ke negeri orang.
  14. Kita hendaklah memupuk/membina/mengekalkan hubungan kasih sayang dalam keluarga dengan baik, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala sangat kasih/sayang kepada kakandanya Maharaja Johan Syah/ Maharaja Johan Syah sangat kasih kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala.

Latar/citra/keadaan/gambaran/suasana/imej masyarakat dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan


  1. Masyarakat zaman dahulu/silam/lampau.
  2. Masyarakat istana/kerabat diraja, contoh: Maharaja Bikrama Sakti/Maharaja Digar Alam/dll.
  3. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja/feudal, contoh: Maharaja Bikrama Sakti pemerintah negeri Khairan Langkawi/Maharaja Digar Alam pemerintah negeri Berantah Indera.
  4. Masyarakat pemerintahan beraja yang mengamalkan sistem penggantian berdasarkan keturunan/monarki, contoh: Maharaja Johan Syah dilantik sebagai pemerintah di negeri Khairan Langkawi menggantikan ayahandanya Maharaja Bikrama Sakti yang meninggal dunia.
  5. Masyarakat penyayang, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala sayang kepada ayahanda dan bondanya ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan/kakandanya Maharaja Johan Syah.
  6. Masyarakat yang tidak dapat mengawal perasaan/beremosi/bertindak secara terburu-buru, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil gunting hendak menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk belayar pergi mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
  7. Masyarakat yang patuh/setia/taat kepada pemerintah/pemimpin/ketua/raja, contoh: Perdana Menteri patuh kepada Maharaja Johan Syah yang memerintahkannya supaya menyiapkan sebuah bahtera untuk pergi belayar ke negeri asing.
  8. Masyarakat tolong-menolong/bekerjasama/bantu-membantu/muafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan, contoh: Perdana Menteri bersama dengan hulubalang/rakyat bekerjasama membina bahtera untuk kegunaan Maharaja Johan Syah pergi belayar ke negeri orang.
  9. Masyarakat yang mengamalkan adat-istiadat kebesaran raja-raja, contoh: Jenazah Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan yang meninggal dunia dikebumikan secara adat-istiadat raja-raja besar.
  10. Masyarakat yang pemurah/suka bersedekah/menderma, contoh: Maharaja Johan Syah memberi sedekah emas/perak/permata kepada fakir miskin/rakyat di negeri Khairan Langkawi.
  11. Masyarakat yang beriman/bertaqwa kepada Allah SWT, contoh: Maharaja Johan Syah dapat menerima kematian kedua ayahanda dan bondanya adalah ketentuaan Allah SWT.
  12. Masyarakat yang suka mengembara/merantau ke tempat/negeri orang lain, contoh: Maharaja Johan Syah dan pengikutnya belayar mengembara/merantau ke negeri Berantah Indera untuk melihat amalan budaya dan cara kehidupan di sana.
  13. Masyarakat yang suka bertaruh/berjudi, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala bertaruh/berjudi dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  14. Masyarakat yang suka memberi nasihat kepada seseorang, contoh: Maharaja Johan Syah memberi nasihat kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala supaya jangan menangis dengan kematian bonda mereka/kepada Perdana Menteri supaya menjaga negeri dan rakyat Khairan Langkawi dengan baik.
  15. Masyarakat yang menghormati tetamu, contoh: Maharaja Digar Alam melayan dengan baik kedatangan MRJH/NLG/TPRK/NM yang datang ke istananya.
  16. Masyarakat yang tabah/gigih/tekun dalam melakukan sesuatu perkara, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala tabah belayar di laut bersama dengan pengikutnya untuk mencari kakandanya Maharaja Johan yang sudah tujuh tahun tidak pulang dari belayar/mengembara.
  17. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga/saudara kandung sendiri, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bertanggungjawab mencari kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang sudah tujuh tahun pergi merantau/belayar/mengembara ke negeri asing tidak pulang-pulang.
  18. Masyarakat yang suka menyamar/menukar nama, contoh: Maharaja Johan Syah menyamar sebagai Nakhoda Lela Genta/Tuan Puteri Rakna Kemala menyamar sebagai lelaki dengan menggunakan nama Nakhoda Muda setibanya di negeri Berantah Indera.
  19. Masyarakat yang menunaikan/menepati/melaksanakan janji, contoh: Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta menyerahkan dirinya dan bahtera kepada Maharaja Digar Alam selepas tewas dalam pertaruhan buah rumbnia/Maharaja Digar Alam menyerahkan pemerintahan negeri Berantah Indera kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda selepas kalah dalam pertaruhan buah rumbnia.
  20. Masyarakat yang baik hati, contoh: Maharaja Digar Alam baik hati kerana telah menghantar makanan dan minuman kepada Tuan Puteri Rakna  Kemala/Nakhoda Muda dan pengikutnya di dalam bahtera di laut/TPRK/NM menyerah balik pemerintahan dan negeri Berantah Indera kepada Maharaja Digar Alam setelah tewas dalam pertaruhan buah rumbnia, yang diambil hanya bahtera dan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta.
  21. Masyarakat yang bersimpati/belas kasihan kepada orang lain, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang menangis kerana kalah dalam pertaruhan buah rumbnia dengannya.
  22. Masyarakat yang mudah mesra/peramah/bersopan santun/berbudi bahasa, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersopan santun apabila bercakap dengan Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera di negeri Berantah Indera.
  23. Masyarakat yang menggunakan khidmat bantuan binatang untuk mencapai matlamat/cita-citanya, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda menggunakan khidmat burung bayan untuk mengintip/mengesan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di negeri Berantah Indera.
  24. Masyarakat yang bijaksana/berfikiran secara rasional, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bijak berfikir dengan mengambil buah dan tanah di Pulau Rumbnia dan dibawa ke negeri Berantah Indera yang menyebabkan Maharaja Digar Alam kalah dalam pertaruhan.

Wednesday 14 November 2012

Nilai murni/kemanusiaan/akhlak/moral dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Kasih sayang, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda kasih/sayang kepada kedua ayahanda dan bondanya ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan/Kakandanya Mahajara Johan Syah/Nakhoda Lela Genta.
  2. Ketaatan/kesetiaan/kepatuhan, contoh: Perdana Menteri patuh kepada arahan Maharaja Johan Syah supaya membina sebuah bahtera untuk pergi belayar ke negeri asing.
  3. Ketabahan/kegigihan/ketekunan, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda tabah belayar di laut untuk pergi mencari kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di negeri Berantah Indera.
  4. Keberanian, contoh: TPRK/NM/MRJS/NLG berani bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  5. Muafakat/bekerjasama/tolong-menolong, contoh: Perdana Menteri bersama dengan hulubalang/rakyat  bekerjasama membina bahtera untuk kegunaan Maharaja Johan Syah belayar ke negeri orang.
  6. Hormat-menghormati, contoh: Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera menghormati kedatangan TPRK/NM/MJS/NLG ke istananya.
  7. Bersimpati/belas kasihan/perihatin, contoh: TPRK/NM bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang menangis kerana tewas dalam pertaruhan buah rumbnia dengannya. 
  8. Baik hati, contoh: TPRK/NM menyerah balik negeri Berantah Indera kepada Maharaja Digar Alam yang tewas dalam pertaruhan buah rumbnia dengannya/Maharaja Digar Alam menghantar makanan dan minuman kepada TPRK/NM dan pengikutnya di dalam bahtera di laut.
  9. Merendah diri, contoh: TPRK/NM merendah diri apabila bercakap dengan Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera.
  10. Ramah mesra/bersopan santun, contoh: TPRK/NM ramah mesra/bersopan santun dengan Raja Bikra ma Indera.
  11. Kebijaksanaan, contoh: TPRK/NM bijak mengambil buah rumbnia beserta tanahnya sekali di Pulau Rumbnia yang digunakan dalam pertaruhan dengan Maharaja Digar Alam sehingga berjaya membebaskan kakandanya Maharaja Johan Syah.
  12. Bertanggungjawab, contoh: TPRK/NM bertanggungjawab mencari kakandanya Maharaja Johan Syah yang sudah tujuh tahun pergi belayar tidak balik/Isteri Pendana Menteri bertanggungjawab menjaga keselamatan TPRK/NM sepanjang pelayaran di laut.
  13. Nasihat-menasihati, contoh: Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta memberi nasihat kepada Perdana Menteri supaya menjaga negeri Khairan Langkawi dengan baik dan bermuafakat untuk melakukkan sesuatu perkara sepanjang pelayarannya ke negeri orang.
  14. Beriman/bertaqwa, contoh: Maharaja Johan Syah menganggap kematian kedua ayahanda bondanya adalah ketentuan/takdir Allah SWT.
  15. Mempertahankan adat-istiadat, contoh: Jenazah Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan telah dikebumikan secara adat-istiadat raja-raja besar.
  16. Bersedekah/memberi sedekah/pemurah, contoh: Maharaja Johan Syah memberi sedekah emas/perak/permata kepada para fakir miskin/rakyat negeri Khairan Langkawi.

Watak dan perwatakan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Watak utama/protagonis dalam cerita.
  2. Puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan.
  3. Kematian kedua ayahanda dan bonda ( Yatim piatu ).
  4. Jatuh pengsan apabila bondanya meninggal dunia.
  5. Adinda kepada Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta.
  6. Masih gadis/belum berkahwin.
  7. Memiliki burung bayan sebagai teman/pembantunya.
  8. Seorang yang berwajah cantik/diminati oleh Raja Bikrama Indera/Putera Maharaja Digar Alam.
  9. Menyamar sebagai seorang lelaki dengan menggunakan nama Nakhoda Muda.
  10. Seorang yang beremosi/mudah marah/mengamuk/bertindak nekad, contoh: TPRK/NM bertindak mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk pergi belayar mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
  11. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: TPRK/NM sangat kasih/sayang kepada ayahanda dan bondanya/kakandanya Maharaja Johan Syah.
  12. Seorang yang mudah mesra/ramah-tamah, contoh: TPRK/NM mudah mesra dengan Raja Bikrama Indera/Putera kepada Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  13. Seorang yang menghormati/merendah diri kepada orang lain, contoh TPRK/NM menghormati/merendah diri kepada Raja Bikrama Indera/Maharaja Digar Alam.
  14. Seorang yang tabah/gigih/tekun, contoh: TPRK/NM tabah/gigih belayar di laut untuk pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
  15. Seorang yang berani/sanggup menanggung resiko, contoh: TPRK/NM berani bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  16. Seorang yang bijaksana/pintar/cerdik, contoh: TPRK/NM bijak mengambil buah rumbnia beserta tanahnya sekali di Pulau Rumbnia untuk dibawa belayar bersama ke negeri orang dan digunakan untuk bertaruh dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
  17. Seorang yang bertanggungjawab, contoh: TPRK/NM bertanggungjawab mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah yang sudah tujuh tahun pergi belayar tidak pulang-pulang.
  18. Seorang yang bersimpati/belas kasihan, contoh: TPRK/NM bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang menangis kerana tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.
  19. Seorang yang baik hati, contoh: TPRK/NM baik hati kerana menyerah balik negeri Berantah Indera kepada Maharaja Digar Alam yang kalah bertaruh buah rumbnia, tetapi yang diambil hanya bahtera dan kakandanya/Maharaja Johan Syah.  
  20. Seorang yang bersifat lemah-lembut, contoh: Maharaja Digar Alam tertarik dengan sifat lemah-lembut TPRK/NM.

Tuesday 13 November 2012

Tema dan persoalan-persoalan dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tema

Hikayat Nakhoda Muda bertemakan kegigihan dan kebijaksanaan seorang puteri raja dalam menyelamatkan  saudaranya yang menjadi mangsa pertaruhan/perjudian. Keadaan ini berlaku ke atas watak Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang gigih belayar di laut untuk mencari kakandanya Maharaja Johan Syah. Dengan kebijaksanaan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang menang bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam, telah berjaya membebaskan kakandanya Maharaja Johan Syah yang dijadikan pengembala kuda kerana tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.

Persoalan-persoalan

  1. Kasih sayang dalam keluarga, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala sangat kasih dan sayang kepada ayahanda dan bondanya ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan )/Maharaja Johan Syah sangat kasih dan sayang kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala.
  2. Negeri/negara yang mengamalkan sistem pemerintahan feudal/beraja/sistem keturunan beraja/monarki, contoh: Maharaja Johan Syah dilantik menjadi raja di negeri Khairan Langkawi selepas ayahandanya Maharaja Bikrama Sakti meninggal dunia.
  3. Pelaksanaan/amalan adat-istiadat pengebumian mengikut adat-istiadat raja-raja besar mangkat, contoh: Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan yang meninggal dunia telah dikebumikan secara adat-istiadat raja-raja besar mangkat.
  4. Bertindak mengikut emosi/perasaan/tidak berfikir panjang, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk pergi belayar mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
  5. Ketaatan/kepatuhan/kesetiaan rakyat kepada arahan ketua/pemimpin/raja/pemerintah , contoh: Perdana Menteri patuh kepada arahan Maharaja Johan Syah yang menyuruhnya menyiapkan bahtera untuk pergi belayar/setia menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala.
  6. Amalan merantau/mengembara dalam masyarakat, contoh: Maharaja Johan Syah telah mengembara/merantau sehingga ke negeri Berantah Indera untuk mengetahui budaya negeri orang/Tuan Puteri Rakna Kemala belayar ke negeri Berantah Indera untuk mencari kakandanya Maharaja Johan Syah yang tidak pulang selama tujuh tahun.
  7. Amalan perjudian/pertaruhan dalam masyarakat, contoh:: Maharaja Johan Syah bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera dan baginda tewas lalu dijadikan sebagai pengembala kuda.
  8. Amalan menghormati/meraikan tetamu, contoh: Maharaja Digar Alam telah melayan dengan mesra/baik kedatangan Nakhoda Lela Genta/Nakhoda Muda ke istananya dengan menyediakan makan dan minum.
  9. Amalan muafakat/tolong-menolong/bantu-membantu/bekerjasama dalam masyarakat, contoh: Perdana Menteri bekerjasama dengan hulubalang/rakyat dalam menyiapkan bahtera untuk Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala pergi belayar/mengembara/merantau di laut.
  10. Menepati/menunaikan janji yang dibuat, contoh: Maharaja Johan Syah yang kalah dalam pertaruhan buah rumbnia telah menyerahkan dirinya dan segala isi dalam bahtera kepada Maharaja Digar Alam/Maharaja Digar Alam menepati janjinya dengan  menyerahkan negeri Berantah Indera kepada Nakhoda Muda setelah tewas dalam pertaruhan.
  11. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang kalah dalam pertaruhan menyebabkan dia hanya mengambil bahtera dan kakandanya sahaja daripada Maharaja Digar Alam.
  12. Keberanian/ketabahan seseorang dalam mengharungi cabaran hidup, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala berani belayar di laut/Nakhoda Lela Genta/Nakhoda Muda berani bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera dengan cagaran yang agak luar biasa.

Monday 12 November 2012

Peranan burung bayan dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Sebagai peninjau/pengintip, contoh: Burung bayan telah diperintahkan oleh Tuan Puteri Rakna Kemala pergi meninjau kakandanya Maharaja Johan Syah di negeri Berantah Indera.
  2. Sebagai pemberi maklumat, contoh: Burung bayan yang ternampak Maharaja Johan Syah yang sedang menangis di bawah sepohon pokok di padang luas sambil mengembala kuda, telah memberi tahu kepada Tuan Puteri Rakna Kemala.
  3. Sebagai pemerhati, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala telah memerintahkan burung bayan supaya pergi melihat tindakan/perbuatan Maharaja Digar Alam di istana.

Isi cerita Tuan Puteri Rakna Kemala kepada kakandanya Maharaja Johan Syah selepas bertemu semula dalam bahtera di negeri Berantah Indera, Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Tuan Puteri Rakna Kemala hendak pergi belayar mencari Maharaja Johan Syah, tetapi tidak dibenarkan oleh Perdana Menteri.
  2. Tuan Puteri Rakna Kemala singgah di Pulau Rumbnia, mengambil buah dan tanah di Pulau Rumbnia memuatkkan ke dalam bahteranya.
  3. Tuan Puteri Rakna Kemala singgah di negeri Berantah Indera dan menang bertaruh dengan Maharaja Digar Alam.

Cabaran hidup watak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )


  1. Kematian kedua ibu bapa ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan ).
  2. Berpisah dengan adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala selama tujuh tahun.
  3. Kalah/tewas bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera yang menyebabkan bahteranya digalang/dirampas.
  4. Dipaksa menjadi pengembala kuda di padang luas oleh Maharaja Digar Alam.

Urutan peristiwa-peristiwa penting Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Maharaja Bikrama Sakti dari negeri Maha Khairan Langkawi yang berkahwin dengan Tuan Puteri Sinaran Bulan, anak raja negeri Indera Juwita mendapat seorang putera yang bernama Maharaja Johan Syah dan seorang puteri bernama Tuan Puteri Rakna Kemala.
  2. Maharaja Bikrama Sakti meninggal dunia.
  3. Mayat/jenazah Maharaja Bikrama Sakti dikebumikan secara adat raja-raja besar.
  4. Maharaja Johan Syah dilantik menjadi raja di negeri Maha Khairan Langkawi.
  5. Selepas tiga bulan, Tuan Puteri Sinaran Bulan pula meninggal dunia/mati.
  6. Tuan Puteri Rakna Kemala menangis dan pengsan.
  7. Maharaja Johan Syah susah hati melihat kelakuan adindanya dan menasihatkan supaya tidak menangis.
  8. Mayat/jenazah Tuan Puteri Sinaran Bulan dikafan dan dikebumikan.
  9. Selepas sekian lama menjadi raja di negeri Maha Khairan Langkawi, Maharaja Johan Syah memerintahkan Perdana Menterinya menyiapkan sebuah bahtera untuk pergi belayar dan bermain-main di negeri asing.
  10. Maharaja Johan Syah pergi ke mahligai Tuan Puteri Rakna Kemala untuk bermohon/memberitahu yang baginda akan pergi belayar ke negeri asing pada 14 haribulan timbul/pertengahan bulan.
  11. Tuan Puteri Rakna Kemala bersedih dan menangis dengan keputusan kakandanya itu.
  12. Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh dayang-dayangnya menyediakan pelbagai makanan dan pakaian sebagai bekalan untuk kakandanya/Maharaja Johan Syah yang akan pergi belayar ke negeri asing.
  13. Maharaja Johan Syah sekali lagi pergi ke mahligai Tuan Puteri Rakna Kemala untuk memberi tahu dan meminta izin yang baginda akan pergi belayar.
  14. Maharaja Johan Syah telah berpesan kepada dayang-dayang supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala/adindanya dengan baik.
  15. Maharaja Johan Syah berpesan kepada Perdana Menteri dan rakyatnya supaya menjaga negeri dengan baik.
  16. Maharaja Johan Syah beserta rombongannya memulakan pelayaran ke negeri asing.
  17. Selepas belayar di tengah laut selama tujuh hari dan tujuh malam, Maharaja Johan Syah beserta rombongan telah singgah di Pulau Rumbnia.
  18. Maharaja Johan Syah beserta rombongannya telah mengambil dan memakan buah rumbnia. Apabila bijinya dilemparkan ke tanah, ianya tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
  19. Maharaja Johan Syah memerintahkan pengikutnya mengambil banyak-banyak buah rumbnia tersebut untuk dibawa ke negeri orang sebagai bahan pertaruhan dengan mana-mana raja yang ditemuinya.
  20. Maharaja Johan Syah menyuruh pengikutnya memanggil dirinya sebagai Nakhoda Lela Genta apabila tiba di negeri orang.
  21. Maharaja Johan Syah dan rombongan tiba di negeri Berantah Indera dan pergi mengadap/bertemu dengan Maharaja Digar Alam.
  22. Maharaja Digar Alam menyambut kedatangan Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dengan menyediakan makan minum/jamuan.
  23. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam ada suatu permainan yang ajaib iaitu buah rumbnia yang apabila isinya dimakan dan bijinya yang dicampak ke tanah akan tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
  24. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta bertaruh/berjudi dengan Maharaja Digar Alam.
  25. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta tewas dalam pertaruhan tersebut kerana biji rumbnia yang dibuang ke tanah tidak tumbuh dan berbuah.
  26. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta menyerahkan diri dan segala isi/harta dalam bahteranya kepada Maharaja Digar Alam.
  27. Bahtera Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta dibawa naik ke darat dan digalang.
  28. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang tewas dalam pertaruhan dijadikan pengembala kuda di padang oleh Maharaja Digar Alam.
  29. Tuan Puteri Rakna Kemala ( adinda kepada Maharaja Johan Syah ) yang ditinggalkan oleh kakandanya di negeri Maha Khairan Langkawi menangis tidak henti-henti kerana rindu kepada kakandanya yang sudah tujuh tahun pergi mengembara tetapi belum  kembali lagi.
  30. Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh Pendana Menterinya menyiapkan sebuah bahtera untuk belayar pergi mencari kakandanya ( Maharaja Johan Syah ) yang sudah tujuh tahun pergi mengembara tidak pulang-pulang.
  31. Perdana Menteri menasihatkan/melarang Tuan Puteri Rakna Kemala pergi belayar mencari abangnya kerana orang perempuan tidak sesuai belayar di laut. Dan sebagai memegang amanah Maharaja Johan Syah supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala dengan baik.
  32. Tuan Puteri Rakna Kemala marah dan menangis lalu mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana dilarang oleh Perdana Menteri untuk pergi belayar mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
  33. Perdana Menteri mengarahkan rakyatnya membina bahtera untuk Tuan Puteri Rakna Kemala pergi belayar mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
  34. Perdana Menteri pergi mengadap Tuan Puteri Rakna Kemala untuk memaklumkan yang bahtera telah siap dibina.
  35. Isteri Perdana Menteri menemani Tuan Puteri Rakna Kemala untuk pergi belayar.
  36. Perdana Menteri menyuruh isterinya supaya menjaga Tuan Puteri Rakna Kemala dengan baik sepanjang dalam pelayaran.
  37. Tuan Puteri Rakna Kemala yang ditemani isteri Perdana Menteri beserta rombongan belayar dengan bahtera di laut untuk pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
  38. Setelah tiga hari tiga  malam belayar di laut, Tuan Puteri Rakna Kemala beserta rombongan tiba di Pulau Rumbnia.
  39. Dayang-dayang Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil dan memakan buah rumbnia yang sedang masak dan apabila bijinya dibuang ke tanah ia tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
  40. Tuan Puteri Rakna Kemala berfikir bahawa kerana buah rumbnia inilah yang menyebabkan kakandanya/Maharaja Johan Syah tidak pulang-pulang.
  41. Tuan Puteri Rakna Kemala mengarahkan pengikutnya mengambil buah rumbnia beserta tanahnya untuk dimuatkan ke dalam bahteranya.
  42. Tuan Puteri Rakna Kemala menyuruh pengikutnya memanggil dirinya Nakhoda Muda dari negeri Riak Bertalun Padang Sayujana apabila tiba di negeri orang/asing.
  43. Setelah buah rumbnia dan tanahnya dimuatkan ke dalam bahtera oleh para pengikutnya, Tuan Puteri Rakna Kemala meneruskan pelayarannya di laut.
  44. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda tiba di negeri Berantah Indera lalu memasang meriam sebanyak sembilan belas kali.
  45. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda melepaskan burung bayan dan memerintahkan supaya pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di negeri Berantah Indera.
  46. Burung bayan ternampak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang sedang menangis di bawah sepohon kayu di tengah padang luas sambil mengembala kuda Maharaja Digar Alam.
  47. Burung bayan yang ternampak Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di tengah padang luas telah kembali semula ke bahtera dan memberi tahu kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
  48. Maharaja Digar Alam yang terdengar bunyi meriam di laut telah memerintahkan pesuruh/rakyatnya pergi memeriksa bunyi tersebut.
  49. Pesuruh/rakyat Maharaja Digar Alam memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam bahawa terdapat sebuah bahtera yang tersesat di laut. Penghulu bahtera tersebut bernama Nakhoda Muda dari negeri Riak Bertalun Padang Sayujana.
  50. Maharaja Digar Alam memerintahkan pesuruhnya menghantar makanan dan minuman kepada Nakhoda Muda dan para pengikutnya yang berada di laut/di dalam bahtera.
  51. Pesuruh Maharajara Digar Alam menjemput Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda naik bermain di darat.
  52. Maharaja Digar Alam bertanya orang suruhannya akan rupa paras Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda. Orang suruhannya memberi tahu wajahnya sangat cantik seperti anak-anak raja.
  53. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersama dengan para pengikutnya berangkat ke istana Maharaja Digar Alam dengan membawa pelbagai persembahan.
  54. Maharaja Digar Alam menyambut dengan baik kedatangan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda  bersama dengan pengikutnya di istana.
  55. Raja Bikrama Indera ( Putera Maharaja Digar Alam ) makan sehidangan dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
  56. Raja Bikrama Indera tertarik/jatuh hati kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang cantik manis.
  57. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda memberi tahu kepada Maharaja Digar Alam bahawa ada suatu permainan yang sangat ajaib, iaitu buah kayu rumbnia yang abapila dimakan isi dan bijinya dilemparkan ke tanah akan tumbuh dan berbuah semula dengan serta merta.
  58. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda melepaskan burung bayan permainannya dengan memerintahkan supaya pergi mengintip perbuatan Maharaja Digar Alam di istana.
  59. Raja Bikrama Indera memerintahkan rakyatnya membuat bangunan di tengah pasar sebagai tempat ayahandanya ( Maharaja Digar Alam ) bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda.
  60. Pada tengah malamnya, Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda menyuruh pengikutnya mengambil tanah rumbnia dalam bahteranya yang dibawa dari Pulau Rumbnia pergi menimbun sekeliling bangunan tempat pertaruhan yang baru dibuat oleh Raja Bikrama Indera di tengah pasar dalam jarak empat depa lebar keliling.
  61. Maharaja Digar Alam bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda dengan memakan buah rumbnia dan apabila bijinya dilemparkan ke tanah, biji itu tumbuh dan berbuah pula dengan serta merta.
  62. Maharaja Digar Alam tewas/kalah bertaruh dengan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda lalu menyerahkan negeri Berantah Indera kepada TPRK/Nakhoda Muda.
  63. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda yang menjadi raja negeri Berantah Indera memohon kepada Maharaja Berantah Indera dua perkara iaitu bahtera yang tergalang dan pengembala kuda ( kakandanya/Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta ) yang ditawan baginda akibat tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.
  64. Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda naik ke bahtera Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta/kakandanya dan bertemu dengan kakandanya lalu menangis dan pengsan.
  65. Isteri Perdana Menteri memberi tahu kepada Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta bahawa Tuan Puteri yang pengsan itu ialah saudaranya/adindanya, iaitu Tuan Puteri Rakna Kemala.
  66. Tuan Puteri Rakna Kemala menceritakan kepada kakandanya Maharaja Johan Syah kisah awal boleh sampai ke negeri Berantah Indera dan Maharaja Johan Syah pula menceritakan kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala kisah sehingga dia menjadi pengembala kuda Maharaja Digar Alam.
  67. Tuan Puteri Rakna Kemala memandikan kakandanya/Maharaja Johan Syah dan memberikan pakaian persalinan yang indah-indah.
  68. Tuan Puteri Rakna Kemala melepaskan burung bayan permainannya dengan memerintahkan supaya pergi mengintip/meninjau perbuatan/tindakan Maharaja Digar Alam di istana dan kembali semula memberi tahu kepadanya.

Monday 5 November 2012

Ciri-ciri sastera/cerita lipur lara dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja, contoh: Keadaan kehidupan Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala, putera/puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti.
  2. Berlatarkan istana, contoh: Istana Maharaja Bikrama Sakti/Istana Maharaja Johan Syah/Istana Maharaja Digar Alam.
  3. Watak-watak/watak utama daripada kalangan putera-puteri raja/istana, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti merupakan watak utama dalam cerita.
  4. Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala mengembara/merantau ke Pulau Rumbnia/Negeri Berantah Indera.
  5. Penggunaan bahasa berirama/runs, contoh: Yang tempang datang bertongkat dan yang patah datang berusung dan yang buta datang bertarik.
  6. Ada watak pembantu khas, contoh: Burung bayan.
  7. Latar tempat di alam nyata/alam ghaib, contoh: Di Pulau Rumbnia/Di Negeri Berantah Indera.
  8. Ada unsur kesaktian/luar biasa, contoh: Buah Rumbnia yang dimakan dan bijinya dicampak ke tanah oleh MJS/TPRK/MDA tumbuh dan berbuah dengan serta merta.
  9. Plot cerita mudah/ringkas, contoh: Ada permulaan, perkembangan, puncak dan akhir cerita.
  10. Plot cerita berakhir dengan kemenangan/kejayaan/kebahagiaan, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda berjaya membebaskan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang ditawan oleh Maharaja Digar Alam di Negeri Berantah Indera kerana tewas dalam pertaruhan.

Watak-watak dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Maharaja Bikrama Sakti ( Raja Negeri Maha Khairan Langkawi )
  2. Tuan Puteri Sinaran Bulan (Isteri Maharaja Bikrama Sakti/Puteri Raja Negeri Juwita)
  3. Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta (Putera MBS dan TPSB)
  4. Tuan Puteri Ratna Kemala/Nakhoda Muda ( Puteri MBS dan TPSB/adinda MJS )
  5. Maharaja Digar Alam ( Raja Negeri Berantah Indera )
  6. Raja Bikrama Indera ( Putera Maharaja Digar Alam )
  7. Perdana Menteri
  8. Isteri Perdana Menteri
  9. Menteri
  10. Menteri Hulubalang
  11. Anak Raja-Raja Besar
  12. Penunggu pintu istana
  13. Juru batu
  14. Pesuruh
  15. Orang muda-muda
  16. Rakyat/isi negeri
  17. Burung bayan

Saturday 6 October 2012

Komen Dr. Ghazali Lateh ( Penulis Novel DLKP )


Assalamualaikum wbt,

Saya sangat kagum dengan kupasan Tuan terhadap novel saya DKLP. Apabila saya membaca kupasan tersebut, tidak terlintas perkara-perkara yang Tuan perkatakan semasa saya menghasilkan novel itu. Tahniah dan syabas. Mudah-mudahan subjek KM akan terus bertahan dengan kegigihan dan kehebatan guru seperti Tuan.

Terima kasih.

Dr. Ghazali Lateh,
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
UPM, Serdang.


Posted by Ghazali Lateh to
AZMAR-PB at 30 July 2012 20:14

Wednesday 3 October 2012

Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Kelantan 2012 ( Kesusasteraan Melayu )


Bahagian Satu
(40 markah)
Jawab semua soalan

1. Hendaklah jadi kepala,
    buang perangai yang cela.
    Hendaklah memegang amanat,
    buanglah kianat.

                                    ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a) Apakah jenis puisi di atas. (2 markah)
b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. ( 2 markah )

2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat
    orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pun
    datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan
    tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan?
    Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera Jayapati,
   "Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai
    ini'.

        ( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

     Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas.          ( 4 markah )



3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik
    ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasikan kepada
    tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah,
    maka kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang
    dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka pergilah landak itu.

            ( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan diatas.  ( 4 markah )

4. Pengalaman adalah payung ketabahannya
    menempuh hujan ujian yang tajam
    keredaan adalah bekal usahanya
    merempuh hutan beban yang kelam.

                                   ( Dipetik daripada sajak Sketsa Pengemis Kecil pada
                                     Landskap Kota Raya, karya Chulan Chin )

Nyatakan dua persoalan dalam puisi di atas. (4 markah)

5. HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku. Askar-askar Feringgi
mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim dan kejam. Ramai orang
kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar. 
Lekas berundur dari sini, tuanku. (SULTAN MAHMUD  terdiam sejurus dan tunduk
 termenung sambil memandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua terpaksa berundur,
 tuanku. Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan orang-orangnya masih berdegil menentang 
di luar kota...
                           ( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain )

Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di atas.  (4 markah)


6. IMRAN : (suara putus-putus) sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap.
                    Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,
                    Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua
                    salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,
                    perkara sudah terjadi

                       ( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )

    Jelaskan dua perwatakan Imran dalam petikan drama di atas.    ( 4 markah )


7. Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi
    pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan
    otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.
    Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin
    menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus

                      ( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )

Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
                                                                                            ( 4 markah )


8. "Kau punya cita-cita ,Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
    "Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
     aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
     seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'
     Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.

              ( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut
                oleh Amalia Fauza Bohari )

    Huraikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )


9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak
    berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.

                   ( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
                                                                                                  ( 2 markah )
b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam petikan di atas? 
                                                                                                  ( 2 markah )


10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia mengakui
      ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, dia mendengar
      laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza
      yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di
      rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke
      atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.

                      ( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )


    Berikan empat unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )


Bahagian Dua

( 60 markah )

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.

Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian. 

Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.

Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.

                              ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas.                             ( 6 markah )

b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk hubungan 
    kekeluargaan dan persahabatan yang terdapat dalam syair di atas.          
                                                                                        ( 6 markah )

c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. 
                                                                                       ( 8 markah )



2. Berdasarkan Hikayat caya Langkara, teks seuntai Kasih secebis Harapan:

    a.Nyatakan empat kejayaan watak Caya Langkara.   ( 8 markah )

    b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara yang terdapat dalam hikayat ini.
                                                                                    (12 markah)


Bahagian B

(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut

   DI DADA MEREKA ADA KHALID

 Mereka tak pemah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.

Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.

Di dada mereka ada Khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.

              SHAHRUNIZAM ABDUL TALIB

a. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4 markah )
b. Huraikan empat gaya bahasa yang  terdapat dalam sajak di atas. ( 8 markah )
c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan.
    Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris. (8 markah)


4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :

   a. Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelawati Ayu .     ( 8 markah )
   b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama .                ( 6 markah )
   c. Huraikan tiga latar masyarakat.                                  ( 6 markah )


Bahaglan C
( Cerpen dan Novel )

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soatan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;

    a. Huraikan tema cerpen tersebut.                           ( 4 markah )
    b. Nyatakan empat peranan Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )
    c. Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam cerpen tersebut.
                                                                                                    ( 8 markah )

6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh.

      a. Jelaskan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil
          dalam novel tersebut.                                                       ( 10 markah )
      b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel
          tersebut.                                                                          ( 10 markah )


SOALAN TAMAT



Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2012.

Bahagian Satu

1.a. gurindam                                                                            2 markah

b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela
      sekiranya hendak menjadi pemimpin/ketua.
     Cth : Hendak jadi kepala,    
             Buang perangai yang cela                                                1+1m
   ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.
      Cth: Hendaklah memegang amanat.                                        1+1m
  iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.
      Cth: buanglah khianat                                                             1+1m
                                                                                      Mak: 2 markah
2. Unsur cerita panji

i.Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri raja
  Contoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya.                            1+1m
ii.Ada watak pembantu
   Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada.                           1+1m
iii.Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos
    Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang
    mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak.        1+1m
iv.Ada unsur peperangan
   Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak
   berperang dengan Raja Gangga Wijaya.                                      1+1m
v. Latar tempat di alam nyata / ghaib
    Contoh: Di bawah mahligai.                                                         1+1m
                                                                                         Mak: 4 markah
3. Nilai moral/murni/kemanusiaan

i.Baik hati.
  Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji telur
               burung merpati di dalam telinganya                                    2m
ii.Keadilan.
   Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang telur burung
   merpati putih kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden Kesuma
  Wati                                                                                              2m
iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.
    Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma Ningrat
    yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang....2m
                                                                                     Mak: 4 markah
4. Persoalan

    i.Pengalaman hidup                                                                      2m
    ii. ketabahan menghadapi ujian                                                     2m
    iii.keredaan menghadapi kesusahan/kesulitan                                2m
                                                                                     Mak. 4 markah
5. Latar masyarakat :

   i.Masyarakat berada dalam ketakutan.......................................... 2m
  ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang............................ 2m
 iii.Masyarakat kehilangan harta benda............................................. 2m
iv.Masyarakat gigih/berani berjuang ................................................ 2m
 v.Masyarakat taat kepada ketua/ raja............................................. 2m
vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.............2 m
vii.Masyarakat yang zalim/kejam.......................................................2m
                                                                                       Mak. 4 markah
6. Perwatakan lmran

i. Seorang bersikap tenang............................................................. 2m
ii. Seorang yang mengakui kelemahan diri....................................... 2m
iii.Seorang yang keras hati.............................................................. 2m
iv.Seorang yang prihatin / mudah simpati......................................... 2m
v. Seorang yang mudah insaf...........................................................2m
                                                                                      Mak. 4 markah

7. gaya bahasa

i. Personifikasi .............................................................................. 1m
   Contoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi masih tagi
                belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin
                menghambat  ke seluruh tubuhku yang kurus.................. 1m
ii. Simile........................................................................................ 1m
    Contohnya: Deru angin.yang menyentuh  seluruh badanku bagaikan
     menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing bangun tidur
     aku menggeliat......................................................................... 1m
iii.Sinkof
   Contohnya: badanku/ pemalasku................................................ 1m

vi.Kata ganda
   Contohnya: otot-otot .................................................................1m
                                                                                         Mak: markah
8. Teknik penceritaan

i. Dialog..........................................................................................1m
   contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku sekadar mengalih
                      tajuk perbualan........................................................ 1m
ii.lmbas muka..................................................................................1m
   Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk
    menguba nasib bangsaku.............................................................1m
iii.Teknik deskriptif/penghuraian......................................................1m
    Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis itu.......1m


9.

a. i. Solehah....................................................................................1m
   ii. Anuariza...................................................................................1m

b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu
    mengahwininya........................................................................... 2m
                                                                                    Mak. 4 markah


10. Unsur lslam

    i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib.............................1m
    ii. Laungan azan.........................................................................1m
    iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam.........................................1m
    iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam................................1m
    v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...........................1m
   vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW......................................1m
   vii. lmam / gelaran dalam lslam....................................................1m
                                                                                   Mak: 4 markah


Bahagian Dua

l.
 a. Bentuk

      i. Berangkap
        Contoh: Terdiri daripada lima rangkap............................... 1+1m
     ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .
        Contoh: R1 - R4...............................................................1+1m

    iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.
        Contoh:semua rangkap rimanya aaaa .................................1+1m

   iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara tiga hingga
        lima perkataan..
       Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga perkataan )
                    Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1m
   v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara sembilan
       hingga dua belas
      Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku kata )
                   Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)
                                                                                              1+1m
  vi. Berbentuk terikat / tidak bebas.............................................2m
                                                                                Mak: 6 markah
b. Amalan masyarakat.

    i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat..2m
    ii. Selalu tolong-menolong keluarga yang memerlukan.................2m
    iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli keluarga.....................2m
   iv. Sentiasa membuat kebajikan..................................................2m
    v. Semangat setia kawan.......................................................... 2m
   vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat perpaduaan........... ...2m
   vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan ikhlas.................................... .2m
                                                                                  Mak: 6 markah

c. Mencipta Syair

    i. Tema ................................................................................2m
   ii. Gaya Bahasa......................................................................2m
  iii. Bentuk...............................................................................2m
  iv. Kreativiti............................................................................2m
                                                                                Mak. 8 markah


2.

a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara

i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak
   gunung Mesir........................................................................ 2m
ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja 
    Saiful Muluk........................................................................ 2m
iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir....................... 2m
iv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh
     Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua.............................2m
v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan
    Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja Peringgi............2m
vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang 
    dirampas oleh Raja Peringgi..................................................2m
vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri
    Raja Madinah......................................................................2m
viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri
      Sekandrum dengan Raja Madinah......................................2m
ix. Dilantik sebagai pengganti Raja Madinah.............................2m
x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin Kafir
   di negeri Peringgi.................................................................. 2m
xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna
    Dewi/Puteri Raja Peringgi.....................................................2m
xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna 
     Dewi Kemala/Puteri Raja Mesir......................................... 2m
                                                                             Mak: 8 markah

b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara

i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,
   contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/
   Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam 
   Saqat dll............................................................................... 2m
ii. Berlatarkan istana,
    contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja 
    Mesir/istana Raja Peringgi/dll............................................... 2m
iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan 
    putera-puteri raja/istana,
    contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja
    Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/
   Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri Raja Mesir/Tuan 
   Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll. ................  ....2m
iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,
    contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan 
    Puteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau 
    di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk 
    mendapatkan kembang kuma-kuma putih. .............................2m
v.Ada unsur peperangan,
   contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/
   rakyat Raja Jin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri 
   Mesir/Peringgi........................................................................ 2m
vi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,
    contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan 
    Puteri Ra'na Kaseen............................................................. 2m
vii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,
    contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:

                          Berkuda lagi berambu,
                              Perca diambil akan cemara,
                          Orang muda baharu bertemu,
                              Marilah diambil akan saudara.................... 2m

viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,
     contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja 
     Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.....................................2m
ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,
    contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak 
    gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/ dll..................... 2m
x.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,
   contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat 
   di tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna 
   yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/
   Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air
    laut/dll................................................................................ 2m
xi.Ada watak pembantu,
    contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir 
    yang memeluk agama lslam/dll............................................ 2m
xii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..
    contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya 
    mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung 
    Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri
    Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah 
    sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat kembang 
    kuma-kuma putih. ............................................................2m
                                                                         Mak: 12 markah

3.

a. Nada

i.Patriotik
  Contoh : di tangan mereka pedang keberanian .................2+2m
                                                                           Mak: 4 markah

b.Gaya bahasa

i. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis
  Contoh: perjuangan/ luhur ................................................1+1m
ii. Asonansi
   Contoh: di tangan mereka pedang keberanian ( pengulangan a ) 
                                                                                         1+1m
iii. Aliterasi
    Contoh: di dada mereka ada Khalid ( pengulangan d ) ....1+1m
iv. Sinkof 
    Contoh: tak ................................................................ ..1+1m
v. Anafora
    Contoh: musuh pulang mengusung walang
                 musuh walang mengusung keranda teman. ........1+1m
vi. Metafora
    Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang 1+1m
vii. Responsif
     Contoh: di dada mereka ada Khalid
                  di tangan mereka pedang keberanian ..............1+1m
viii. Anafora
      Contoh: Musuh pulang ........................
                   Musuh walang .............................................. 1+1m
ix. Pengulangan baris
     Contoh: Di dada mereka ada Khalid............................. 1+1m
                                                                           Mak. 8 markah

c. Mencipta sajak

    i. Tema ........................................................................... 2m
    ii. Gaya bahasa ................................................................2m
    iii. Bentuk ....................................................................... 2m
    iv. Kreativiti .................................................................... 2m
                                                                          Mak. 8 markah


4.

 a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :

 i. Seorang yang penyayang
   Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek
   Kebayan Kembang Kasturi ......................................... 1+1m
 ii. Seorang yang suka merendah diri
    Contoh :  PLA selalu merendah diri dengan menyatakan
    dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui
    oleh Nenek Kebayan dan Mamat............................... 1+1m
 iii. Seorang yang setia
     Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal
     di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu
     keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana... 1+1m
iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta
    Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka
    meminta-minta merupakan ahli neraka...................... 1+1m
v. Seorang yang tabah
   Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin
   di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.............. 1+1m
 vi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
     Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku
     Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./
     PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata
     Tengku Mahmud tersebut................................... .. 1+1m
                                                                   Mak: 8 markah

b. Pengajaran dalam drama :

i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat
   atau kelas dalam kehidupan
  Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku
  Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan
  Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m

ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
   diberikan kepada kita.
   Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah
   memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah
   kematian bondanya.....................................................1+1m


iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
    Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan
    sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.............. 1+1m
iv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka
    tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
    Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah
    menjadi penari joget tanpa pengetahuan Nenek Kebayan
    Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi
    pergerakan anaknya itu.......................................... 1+1m

v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa
   diri kita.
   Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi tabah
   menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan
   Jepun suatu ketika dahulu...................................... 1+1m
                                                                   Mak: 6 markah

c. Latar masyarakat :

i. Masyarakat istana / golongan bangsawan.
   Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan
   bangsawan / istana. .................................................1+1m
ii. Masyarakat Melayu setinggan
   Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi
   ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor...1+1m
iii. Masyarakat penyayang
    Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya,
    walaupun terpisah 18 tahun, baginda tetap mencari
    anaknya. .............................................................. 1+1m
iv. Masyarakat yang suka bersedekah.
     Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan dan
     pakaian dari sedekah seseorang yang baik hati......1+1m
v. Masyarakat yang mentaati perintah Allah
   Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedang
   solat walaupun dia seorang penari kelab malam.......1+1m
vi. Masyarakat yang rajin berkerja.
    Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk
    menyara hidup seperti membuat topeng/kipas     ..1+1m
vii. Masyarakat miskin/setinggan.
     Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan
     setinggan / kotor / daif........................................1+1m
viii. Masyarakat yang suka tolong- menolong.
      Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan
      Nenek Kebayan Kembang Kasturi ..................1+1m
                                                                Mak. 6 markah


5.

a.Tema cerpen

   Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air.... 2m
   Huraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air ingin
   bersama-sama meraikan hari kemerdekaan yang diadakan
  di Kuala Lumpur. Malangnya hasrat Pak Denan mendapat
   tentangan daripada anaknya........................................... 2m
                                                                       Mak: 4 markah

b. Empat peranan Pak Denan

    i. Seorang pejuang kemerdekaan negara.........................2m
    ii. Melumpuhkan Malayan Union....................................2m
    iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkan
        semangat menentang penjajahan semasa mudanya......2m
    iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m
    iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2m
                                                                        Mak: 8 markah

c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental

    i. Kecewa.
      Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman
       menghalang hasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 2m
   ii. Sedih.
      Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya... 2m
   iii.Terkilan.
       Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul Rahman
       yang menolak rayuannya untuk menyaksikan sambutan hari
       kemerdekaan di Kuala Lumpur............................... ...2m
  iv. Bimbang.
.     Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak
      pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan
      hari sudah malam................................................... ... 2m
  v. Marah.
      Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang
      meminta maaf kepadanya di Tugu Negara.............. ... 2m
                                                                      Mak: 8 markah

6.

a. Kegigihan Jalil

    i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya.
      Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk
      menebus semula tanah tersebut............................... 1+1m
   ii.Kegigihan  dalam menuntut ilmu.
     Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya
      walaupun hidupnya miskin/tanpa ibu. ......................1+1m

  iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.
      Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya
       luka...................................................................... 1+1m
  iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib.
      Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari
      kerja untuk mengubah nasib hidupnya dan seterusnya
      menyambung pelajaran dan berjaya membuka Syarikat
     Alam Hijau.............................................................1+1m
v. Kegigihan rnempertahankan hak.
   Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan
    bersabar dengan karenah Pak Amat yang mungkir janji
    sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya....... 1+1m
vi. Kegigihan mencapai cita - cita.
    Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat
    perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema
   di kampungnya........................................................1+1m
vii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya.
     Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untuk
     membangunkan kampungnya .............................. 1+1m
                                                                  Mak: 10 markah

b. Persoalan

    i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga
     Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan
     dengan kasar oleh Mak Teh.....................................1+1m
   ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.
     Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang
      untuk mencari kata sepakat berkaitan pampasan tanah
      bagi pembinaan Taman Tema..................................1+1m
  iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita.
      Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan
      kembali tanah pusaka yang dijual oleh ibunya...........1+1
  iv.Sumbang mahram dalam keluarga
     Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang
     mahram terhadap darah dagingnya sendiri iaitu Biah. 1+1m
 v. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup
    Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang
    di kampung Bukit Nibung menjadi Taman Tema yang
    terkenal.................................................................. 1+1m
 vi.Sikap terburu-buru membawa padah.
    Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanah
    pusaka arwah suaminya menyebabkan dia kehilangan
    segala-galanya....................................................... 1 +1m
vii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan
     Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM
     melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke pusat
     pengajian tinggi/UPM .......................................... 1 +1m
viii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai
     kejayaan hidup.
    Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namun
    dia tetap berjaya dalam pelajaran...........................l +1m
ix.Amanah untuk ditunaikan.
   Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk
    mendapatkan geran tanah.................................... 1 +1m
x.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.
   Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.1 +1m
xi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu
   Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk
   mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah......... 1 +1m

Nota: lsi-isi lain yang sesuai diterima.
                                                                Mak: 10 markah