Saturday 28 January 2012

Tema dan persoalan-persoalan novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Tema
 
Kepentingan kasih sayang dalam keluarga dapat menyelesaikan banyak masalah. Kasih sayang Solehah terhadap Anuariza ( anak angkatnya ) dan Azuera ( anak kandungnya ) menyebabkan kehidupan Azuera dan Anuariza dalam keadaan harmoni dan berjaya baik dalam bidang pelajaran mahu pun pertanian/perkebunan. Kasih sayang Nek Siah terhadap Syed Mustafa ( anaknya ),  Syed Fariz dan Syarifah Farisya ( cucu-cucunya ) telah menyebabkan akhirnya keluarga mereka kembali hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun pada awalnya ada sedikit keretakan. Kasih sayang Khusyari dan Saliah terhadap anak gadisnya Ruhaiza menyebabkan penyakit trauma yang dialaminya sembuh kembali.
 
Perosoalan-persoalan
  1.  Ketabahan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, contoh Anuariza tabah mengusahakan kebun anggur dan pitaya secara hidroponik di belakang rumahnya.
  2. Keberanian seorang anak muda dalam menghadapi cabaran hidup, contoh Anuariza berani memasuki hutan paya seorang diri untuk mengambil buah asam kelubi dan tidak takut kepada ancaman binatang buas di hutan.
  3. Kerajinan menuntut ilmu/pelajaran untuk masa hadapan, contoh Anuariza/Azuera rajin belajar sehingga berjaya/lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM.
  4.  Bercita-cita/berwawasan tinggi untuk masa hadapan, contoh Anuariza membina Taman Fantasi dan Taman Pelancongan Kampung untuk menarik kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara.
  5. Bertanggungjawab kepada keluarga, contoh Anuariza  mengambil upah mengecat rumah baru Syed Mustafa dan dengan wang upah tersebut akan digunakan untuk membayar yuran persekolahan adik angkatnya ( Azuera ).
  6. Kasih sayang dalam keluarga, contoh Solehah kasih dan sayang kepada Anuariza ( anak angkatnya ) dan Azuera atau sebaliknya.
  7. Rajin membantu keluarga bekerja untuk menyara hidup, contoh Anuariza rajin membantu ibunya/Solehah menoreh getah atau mencari hasilan hutan untuk dijual.
  8. Mendengar nasihat orang tua untuk melakukan sesuatu pekerjaan/tindakan, contoh Anuariza mendengar nasihat ibunya/Solehah dan Nek Siah supaya tidak pergi ke hutan paya untuk mengambil buah asam kelubi kerana malamnya hujan/bahaya.
  9. Tolong-menolong/bantu-membantu di kalangan masyarakat dalam melakukan sesuatu, contoh penduduk kampung bergotong-royong memperoses buah ketiau untuk mendapatkan minyak. Penduduk kampung membantu majlis kenduri tahlil di rumah Syed Mustafa. Anuariza menolong Syed Mustafa dengan menjadi guru tuisyen kepada Syed Fariz/anaknya.
  10. Beriman/bertakwa kepada Allah, contoh Anuariza dan Syed Mustafa bersembahyang jemaah Zohor di tepi jalan dalam hutan paya sekembali dari mengabil buah asam kelubi.
  11. Mengenag budi/jasa kepada seseorang yang pernah membantu/menolong, contoh Solehah mengenang budi baik Nek Siah dan arwah Syed Ubaidillah ( suami Nek Siah ) yang pernah membantu/menolongnya dengan mendirikan pondok di tanah kebun getah mereka untuk keluarganya.
  12. Kemiskinan/kesusahan hidup masyarakat kampung, Contoh Anuariza menggunakan pelita minyak untuk mengulangkaji pelajaran dan Solehah mandi di perigi belakang rumahnya.
  13. Gejala sosial anak muda/gadis yang lari dari rumah, contoh Syarifah Farisya lari dari rumah pergi ke Hulu Kelang/ke rumah Haji Lokman/Hajah Munirah kerana marah kepada ayahnya/Syed Mustafa yang hendak berkahwin dengan Solehah.
  14. Menipu orang tua, contoh Syarifah Farisya menipu Nek Siah ketika membuka laci Syed Fariz menemui kotak rokok, tetapi mengatakan kononnya hendak meminjam buku nota Syed Fariz.
  15. Vandelisma di kalangan pelajar sekolah, contoh Syed Fariz ponteng sekolah, mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan menjadi ketua peras ugut di sekolahnya.
  16. Memfitnah/memburuk-burukan orang lain, contoh Lily Suriani membuat fitnah dengan menuduh/mengatakan Ruhaiza ada hati kepada Syed Fariz.
  17. Cemburu kepada seseorang, contoh Syarifah Farisya cemburu kepada Solehah yang akan berkahwin dengan ayahnya/Syed Mustapa.
  18. Tanggungjawab guru di sekolah dalam menyelesaikan masalah pelajar, contoh Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi telah memanggil penjaga Syed Fariz ( Nek Siah ) hadir ke sekolah untuk menyelesaikan masaalah Syed Fariz yang selalu ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah.
  19. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang, contoh Cikgu Syakinah bersimpati terhadap kesusahan/kemiskinan hidup anak muridnya/Ruhaiza yang menjadi mangsa keganasan Syed Fariz.
  20. Keinsafan/kesedaran di atas kesilapan yang lampau, contoh Syed Mustafa insaf/sedar telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Syed Fariz insaf dan sedar serta berjanji tidak akan melakukan perkara-perkara buruk lagi. Syarifah Farisya insaf dan sedar di atas kesilapannya dan dapat menerima Solehah sebagai isteri ayahnya.
  21. Dan persoalan-persoalan lain .................. sila rujuk teks/novel asal.



Friday 27 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 30 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Syed Mustafa, Anuariza dan Syarifah Farisya membawa Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul Iskandar ke Taman Fantasi milik Anuariza di belakang rumah.
  2. Haji Lokman dan Hajah Munirah tertarik dengan tanaman anggur dan pitaya yang ditanam secara hidroponik yang terdapat dalam Taman Fantasi Anuariza.
  3. Anuariza menjelaskan kepada Haji Lokman sebab-sebab buah/pokok anggur ditanam dalam pasu besar ( Hal. 303 ).
  4. Haji Lokman dan Azrul Iskandar berminat untuk mengusahakan pertanian anggur secara hidroponik.
  5. Syed Mustafa bercadang untuk menghadiahkan sebidang tanah pertanian kepada Anuariza.
  6. Syed Mustafa mencadangkan semua sumber dan tenaga disatukan untuk mewujudkan sebuah taman pelancongan terunggul Anuariza.
  7. Syarifah Farisya menyindir Azrul Iskandar yang asyik bermain dengan gitar sahaja.
Latar masa: pagi.
Latar tempat: di masjid, di Taman Fantasi Anuariza di belakang rumah Solehah.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 29 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Anuariza, Syed Fariz dan Syarifah Farisya menyambut kedatangan/ketibaan Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul Iskandar ke rumah mereka.
  2. Haji Lokman mengucapkan selamat pengantin baru kepada Syed Mustafa ( sahabat lamanya ).
  3. Anuariza dan pemandu lori pergi ke masjid untuk menghantar/memulangkan barang-barang/peralatan-peralatan kenduri yang dipinjamkan.
  4. Syarifah Farisya telah berubah sikap dan dapat menerima Solehah ( isteri ayahnya ) seperti arwah ibunya ( Jumaimah ).
  5. Syed Mustafa cuba memperkenalkan Anuariza kepada Haji Lokman.
  6. Syed Mustafa memberitahu kepada Haji Lokman sebab-sebab dia berkahwin dengan Solehah ( Hal. 295-296 ).
  7. Solehah pulang ke rumah untuk mandi dan bersiap-siap untuk solat berjemaah.
  8. Azuera menghidangkan minuman petang kepada para tetamu.
  9. Syarifah Farisya memperkenalkan Azuera kepada Azrul Iskandar.
  10. Azrul Iskandar tertarik dengan personaliti Azuera yang sopan santun.
Latar masa: petang, senja/hampir waktu Maghrib.
Latar tempat: di rumah Syed Mustafa/Nek Siah, di masjid dan di rumah Solehah.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 28 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Jiran-jiran sekampung membantu Solehah dan Nek Siah mengemas rumah Syed Mustafa selepas mengadakan kenduri tahlil.
  2. Anuariza, Syed Fariz dan rakan-rakan sekolahnya memasukkan kerusi dan meja yang dipinjam dari masjid ke dalam lori untuk dihantar semula.
  3. Cikgu Borhan sangat gembira dengan perubahan sikap Syed Fariz, Ruhaiza dan rakan-rakannya.
  4. Solehah telah bernikah dengan Syed Mustafa tiga hari sebelum kenduri tahlil diadakan.
  5. Anuariza gembira kerana Syarifah Farisya telah berubah sikap dan dapat menerima Solehah sebagai ibu tiri dan dirinya sebagai abang biasa seperti Syed Fariz.
  6. Syarifah Farisya akan berusaha melupakan perasaannya terhadap Anuariza dan akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
  7. Solehah bimbang keadaan perhubungan Syarifah Farisya dengan Anuariza.
  8. Haji Lokman dan Hajah Munirah datang/tiba di rumah Syed Mustafa di kampung.
  9. Solehah belum bersedia menjadi tuan rumah untuk menyambut tetamu ahli rumah tersebut.
Latar masa: petang, tiga hari lepas.
Latar tempat: di rumah Syed Mustafa/Nek Siah, di Pejabat Kadi Daerah.

Thursday 26 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 27 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Anuariza, Syarifah Farisya, Haji Lokman dan Hajah Munirah bersarapan pagi bersama.
  2. Syarifah Farisya memperkenalkan Anuariza kepada Haji Lokman dan Hajah Munirah.
  3. Haji Lokman kagum dengan perwatakan Anuariza.
  4. Haji Lokman dan Hajah Munirah berbual dengan Anuariza mengenai masa hadapannya.
  5. Haji Lokman memberi nasihat kepada Anuariza.
  6. Anuariza menjemput Haji Lokman dan Hajah Munirah berkunjung ke kampungnya.
  7. Haji Lokman dan Hajah Munirah bersetuju untuk berkunjung ke kampung Anuariza pada suatu masa nanti untuk bertemu dengan Syed Mustafa kawan lamanya.
Latar masa: pagi.
Latar tempat: di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah di Hulu Kelang/KL.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 26 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

  1. Anuariza menaiki bas pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Syarifah Farisya.
  2. Semasa dalam bas Anuariza teringat perbualannya dengan Syarifah Farisya melalui telefon yang dia mengancam akan membunuh diri jika masalahnya tidak diselesaikan segera.
  3. Anuariza tiba di Hentian Bas Puduraya pada jam 10.00/10.30 malam.
  4. Syarifah Farisya menunggu Anuariza di Hentian Bas Puduraya.
  5. Anuariza bertemu dengan Syarifah Farisya di tangga Hentian Bas Puduraya.
  6. Syarifah Farisya memeluk Anuariza dengan erat sekali.
  7. Syarifah Farisya mengajak dan mendesak Anuariza bermalam di rumah Haji Lokman di Hulu Kelang.
  8. Syarifah Farisya berjanji dengan Anuariza akan balik semula ke kampung pada pagi besok.
Latar masa: jam 10.00/10.30 malam.
Latar tempat: dalam bas, di Hentian Bas Puduraya,KL, di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah di Hulu Kelang/KL

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 25 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

 
  1. Syarifah Farisya makan bersama  keluarga Haji Lokman di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah di Kuala Lumpur/Hulu Klang ( sahabat lama arwah ibunya dahulu ).
  2. Syarifah Farisya menceritakan kepada keluarga Haji Lokman/Hajah Munirah mengenai suasana hidup di kampung.
  3. Syarifah Farisya memberitahu kepada keluarga Haji Lokman yang ayahnya hendak berkahwin lain.
  4. Hajah Munirah mempelawa Syarifah Farisya tinggal di rumahnya sepanjang masa jika dia mahu.
  5. Syarifah Farisya memberitahu kepada Haji Lokman bahawa di kampungnya ada seorang pelukis muda bernama Anuariza.
  6. Syarifah Farisya tidak bersetuju/menentang ayahnya yang hendak berkahwin dengan Solehah kerana dia mencintai Anuariza ( Hal. 264 ).
  7. Anuariza menelefon kepada Syarifah Farisya yang berada di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah di Kuala Lumpur/Hulu Klang.
Latar masa: pagi/siang hari.
Latar tempat: di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah di Kuala Lumpur/Hulu Klang.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 24 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Mustafa menjadi bingung kerana Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah.
  2. Anuariza balik dari pekan kecil mencari Syarifah Farisya tetapi tak jumpa.
  3. Anuariza merahsiakan nota yang diberikan oleh Syarifah Farisya kepadanya melalui buku yang dipulangkan oleh Syarifah Farisya kepadanya.
  4. Syed Mustafa bersama Anuariza telah membuat laporan polis tentang kehilangan Syarifah Farisya.
  5. Solehah mencadangkan rancangan berkahwin dengan Syed Mustafa dibatalkan.
  6. Syed Mustafa dan Anuariza bertanya Syed Fariz sebab-sebab Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah.
  7. Anuariza memberitahu perubahan sikap Syarifah Farisya terhadap dirinya, dingin dan tidak mahu bertegur sapa.
  8. Syed Mustafa sudah dua kali pergi ke balai polis.
  9. Anuariza membuat andaian yang Syarifah Farisya lari ke Kuala Lumpur ke rumah kawan-kawannya.
  10. Syed Fariz menyindir  ayahnya.
  11. Nek Siah menyuruh Syed Mustafa pergi ke Kuala Lumpur mencari Syarifah Farisya.
  12. Syarifah Farisya menelefon Anuariza dari Kuala Lumpur sewaktu Anuariza berada di rumah Syed Mustafa.
  13. Anuariza pergi ke pekan untuk menghubungi Syarifah Farisya menggunakan telefon  awam.
Latar masa: siang hari.
Latar tempat: di balai polis, di pekan kecil, di rumah Syed Mustafa,  di Kuala Lumpur/rumah Haji Lokman/Hajah Munirah.

    Wednesday 25 January 2012

    Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 23 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

    1. Syarifah Farisya mengurung diri dalam bilik kerana tidak bersetuju  ayahnya/Syed Mustafa hendak berkahwin dengan Solehah.
    2. Syed Fariz gembira mendapat tahu yang ayahnya akan berkahwin dengan Solehah.
    3. Syed Mustafa runsing dengan sikap Syarifah Farisya yang berkurung di dalam bilik.
    4. Syarifah Farisya ternampak melalui tingkapnya Solehah sedang mengangkat kain jemuran di ampaian. Dia sangat benci kepada Solehah.
    5. Syed Fariz mengatakan ayahnya sudah berubah dan Solehah seorang perempuan yang baik.
    6. Syarifah Farisya mengatakan kasih sayang ayahnya akan terbahagi kepada empat atau lima setelah berkahwin  dengan Solehah.
    7. Syarifah Farisya akan berusaha untuk menentang rancangan ayahnya berkahwin dengan Solehah dan akan melakukan sesuatu jika diteruskan juga.
    8. Anuariza bertanya Solehah/ibunya mengapa tidak memberitahu sendiri kepadanya rancangan untuk berkahwin  dengan Syed Mustafa.
    9. Anuariza dan Azuera bersetuju ibunya/Solehah berkahwin dengan Syed Mustafa.
    10. Anuariza  meminta ibunya/Solehah tidak mengabaikan kasih sayang terhadap dirinya dan Azuera  selepas berkahwin dengan Syed Mustafa.
    11. Syed Mustafa datang ke rumah Anuariza/Solehah untuk  berbincang mengenai tarikh kenduri kahwin.
    12. Solehah mahu Syed Mustafa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada Syarifah Farisya.
    Latar masa: siang hari.
    Latar tempat: di bilik Syarifah Farisya/rumah Syed Mustafa, di rumah Solehah/Anuariza.

    Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 22 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

    1. Anuariza gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM sambil mengayuh basikal pulang ke rumah.
    2. Rakan-rakan Anuariza di sekolah mengucapkan tahniah kepadanya di atas kejayaan tersebut.
    3. Anuariza menolak basikalnya kerana rantainya putus di tengah jalan.
    4. Solehah di rumah gelisah menunggu kepulangan Anuariza.
    5. Solehah terfikir lamaran Syed Mustafa terhadap dirinya semasa sedang mengopek buah kelapa di halaman rumahnya.
    6. Solehah membersihkan kawasan rumahnya yang sudah pun bersih.
    7. Solehah terfikir sebab-sebab untuk menerima lamaran Syed Mustafa ( Hal. 226 ).
    8. Nek Siah dan Syed Mustafa singgah di rumah Solehah dalam perjalanan balik dari pekan/pejabat tanah.
    9. Syed Mustafa pergi mencari Anuariza di sekolah kerana belum balik lagi.
    10. Solehah menyerahkan kepada Nek Siah untuk membuat keputusan mengenai dirinya yang dilamar  oleh Syed Mustafa.
    11. Nek Siah menyerahkan geran tanah arwah ayah Thamrin ( bekas suami Solehah ) yang  digadai kepada arwah Syed Ubaidillah ( bekas suami Nek Siah ) untuk belanja perkahwinan dengan Solehah.
    12. Syed Mustafa dan Anuariza tiba di rumah Solehah dari sekolah.
    13. Solehah tidak mengambil berat terhadap keputusan peperiksaan STPM yang  Anuariza bawa pulang dari sekolah.
    14. Nek Siah melihat slip keputusan peperiksaan STPM Anuariza dan ditunjukkan kepada Solehah.
    15. Solehah menangis, memeluk, mencium dan mengucapkan tahniah kepada Anuariza di atas kejayaan  cemerlang peperiksaan STPM tersebut ( 5A ).
    Latar masa: jam 11.30 pagi dan jam 1.00 petang.
    Latar tempat: di tengah jalan, di SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, di rumah Solehah/Anuariza.

      Tuesday 24 January 2012

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 21 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

      1. Solehah tidak memberi jawapan/keputusan terhadap lamaran Nek Siah dan Syed Mustafa terhadap dirinya.
      2. Solehah teringat jasa Nek Siah dan arwah Syed Ubaidillah ( suami Nek Siah ) ketika mula-mula menjejakkan kaki ke kampung.
      3. Solehah menyediakan minuman petang kepada Nek Siah.
      4. Solehah berbual-bual dengan Nek Siah.
      5. Anuariza baru balik dari kebun Syed Mustafa.
      6. Solehah terperanjat apabila Anuariza bertanyakan dia ada masalah.
      7. Solehah teringat pertanyaan Syed Mustafa terhadap dirinya.
      8. Soleh memberitahu kepada Anuariza yang dia ada masalah berat dan tidak tahu hendak berkongsi dengan siapa.
      9. Solehah memberitahu kepada Anuariza yang Nek Siah minta membantu keluarganya.
      10. Anuariza meminta ibunya/Solehah berterus terang menyatakan  masalah/beban sebenar yang dihadapinya.
      11. Solehah tidak sanggup memberitahu kepada Anuariza perkara/masalah sebenar yang dihadapinya kerana malu.
      Latar masa: jam 3.00 petang.
      Latar tempat: di rumah Solehah/Anuariza.

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 20 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

      1. Nek Siah, Solehah, Syarifah Farisya, Azuera dan Syed Mustafa berkunjung ke rumah Khusyairi.
      2. Mereka membawa kuih lapis untuk Ruhaiza.
      3. Ruhaiza sudah sihat dan dapat melupakan peristiwa lepas.
      4. Khusyairi telah tenang kembali dan bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran.
      5. Syed Mustafa terkenang kisah zaman kanak-kanaknya di kampung dan hubungan  cintanya dengan Saliah.
      6. Syed Mustafa sedia menolong Ruhaiza jika ingin bertukar ke sekolah lain.
      7. Ruhaiza terkenang peristiwa hitam pada  suatu petang Jumaat ( Hal. 204-205 ).
      Latar masa: malam.
      Latar tempat: di rumah Khusyairi/Saliah/Ruhaiza.

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 19 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

      1. Syed Mustafa sedang berehat di pangkin rumahnya.
      2. Syed Mustafa berbual/berbincang dengan ibunya/Nek Siah.
      3. Nek Siah mencadangkan supaya Syed Mustafa berkahwin lagi tetapi dengan orang/perempuan kampung.
      4. Kes Syed Faris dan Ruhaiza telah pun selesai.
      5. Syed Faris telah dimasukkan ke sekolah kebajikan di bandar.
      6. Solehah datang ke tempat Syed Mustafa dan Nek Siah yang  sedang  berbual selepas menghantar hidangan makanan tengah hari kepada mereka.
      7. Nek Siah mengajak Solehah pergi ke rumah  Khusyairi pada malam nanti untuk melawat Ruhaiza.
      8. Solehah menjemput Nek Siah dan Syed Mustafa makan tengah hari  terhadap hidangan yang telah disediakan.
      9. Syed Mustafa mula tertarik kepada Solehah ( Hal. 195 ).
      Latar masa: tengah hari.
      Latar tempat: di halaman  rumah Syed Mustafa/Nek Siah.

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 18 ( Novel Jeriji Kasih: Ramlah Abd. Rashid )

      1. Syed Mustafa bersama Anuariza pergi ke kebun Taman Fantasi.
      2. Syed Mustafa terpegun melihat buah anggur dan buah pitaya/mata naga dalam kebun Anuariza.
      3. Anuariza menceritakan kepada Syed Mustafa kisah dia mendapatkan benih anggur dan pitaya dari MARDI.
      4. Anuariza memberitahu kepada  Syed Mustafa mengenai kehebatan  pokok anggur.
      5. Syed Mustafa bercadang untuk memajukan tanah peninggalan arwah orang tuanya.
      6. Syed Mustafa teringat perbincangannya dengan Anuariza untuk membuka sebuah taman pelancongan kampung.
      Latar masa: pagi.
      Latar tempat: di kebun/taman fantasi, rumah Syed Mustafa.

      Monday 23 January 2012

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 17 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid ) )

      1. Syed Mustafa berkunjung ke wad hospital untuk melawat Ruhaiza dan meminta maaf kepadanya di atas perbuatan anaknya ( Syed Faris ).
      2. Syed Mustafa akan bertanggungjawab terhadap Ruhaiza ( Hal. 170, 172 dan 176 ).
      3. Syed Mustafa berbincang dengan Khusyairi untuk menyelesaikan masalah Ruhaiza ( anak gadisnya ).
      4. Khusyairi dan isterinya ( Saliah ) tidak mahu memanjangkan masalah ini kerana takut maruah keluarganya tersebar luas.
      5. Syed Mustafa bercadang untuk menjadikan Ruhaiza sebagai anak angkatnya.
      6. Polis telah datang mengambil keterangan daripada Ruhaiza.
      7. Azuera dan Syarifah Farisya berkunjung ke wad hospital untuk melawat Ruhaiza.
      8. Syed Faris telah dijamin dan dibebaskan dari lokap polis selepas 4 malam berada di sana.
      9. Ruhaiza tertidur kerana diberikan/disuntik dengan ubat tidur oleh jururawat.
      Latar masa: pagi, tengah hari dan petang.
      Latar tempat: di wad hospital.

      Sunday 22 January 2012

      Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 16 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

      1. Anuariza dan Syed Mustafa memasang jerat burung uak-uak di hutan paya.
      2. Syed Mustafa menceritakan kepada Anuariza pada zaman mudanya pernah juga menjerat burung di hutan.
      3. Anuariza memberitahu kepada Syed Mustafa cara mengurus burung uak-uak.
      4. Anuariza memberitahu kepada Syed Mustafa sebab-sebab Syed Faris dan Syarifah Farisya marah/dendam kepadanya ( Hal. 158-159 ).
      5. Syed Mustafa menyesal kerana mengabaikan arwah isterinya ( Jumaimah ) yang sakit kanser kerana tergoda dengan seorang perempuan muda bernama Norseha.
      Latar masa: pagi.
      Latar tempat: di hutan paya.