Saturday 28 January 2012

Tema dan persoalan-persoalan novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Tema
 
Kepentingan kasih sayang dalam keluarga dapat menyelesaikan banyak masalah. Kasih sayang Solehah terhadap Anuariza ( anak angkatnya ) dan Azuera ( anak kandungnya ) menyebabkan kehidupan Azuera dan Anuariza dalam keadaan harmoni dan berjaya baik dalam bidang pelajaran mahu pun pertanian/perkebunan. Kasih sayang Nek Siah terhadap Syed Mustafa ( anaknya ),  Syed Fariz dan Syarifah Farisya ( cucu-cucunya ) telah menyebabkan akhirnya keluarga mereka kembali hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun pada awalnya ada sedikit keretakan. Kasih sayang Khusyari dan Saliah terhadap anak gadisnya Ruhaiza menyebabkan penyakit trauma yang dialaminya sembuh kembali.
 
Perosoalan-persoalan
  1.  Ketabahan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, contoh Anuariza tabah mengusahakan kebun anggur dan pitaya secara hidroponik di belakang rumahnya.
  2. Keberanian seorang anak muda dalam menghadapi cabaran hidup, contoh Anuariza berani memasuki hutan paya seorang diri untuk mengambil buah asam kelubi dan tidak takut kepada ancaman binatang buas di hutan.
  3. Kerajinan menuntut ilmu/pelajaran untuk masa hadapan, contoh Anuariza/Azuera rajin belajar sehingga berjaya/lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM.
  4.  Bercita-cita/berwawasan tinggi untuk masa hadapan, contoh Anuariza membina Taman Fantasi dan Taman Pelancongan Kampung untuk menarik kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara.
  5. Bertanggungjawab kepada keluarga, contoh Anuariza  mengambil upah mengecat rumah baru Syed Mustafa dan dengan wang upah tersebut akan digunakan untuk membayar yuran persekolahan adik angkatnya ( Azuera ).
  6. Kasih sayang dalam keluarga, contoh Solehah kasih dan sayang kepada Anuariza ( anak angkatnya ) dan Azuera atau sebaliknya.
  7. Rajin membantu keluarga bekerja untuk menyara hidup, contoh Anuariza rajin membantu ibunya/Solehah menoreh getah atau mencari hasilan hutan untuk dijual.
  8. Mendengar nasihat orang tua untuk melakukan sesuatu pekerjaan/tindakan, contoh Anuariza mendengar nasihat ibunya/Solehah dan Nek Siah supaya tidak pergi ke hutan paya untuk mengambil buah asam kelubi kerana malamnya hujan/bahaya.
  9. Tolong-menolong/bantu-membantu di kalangan masyarakat dalam melakukan sesuatu, contoh penduduk kampung bergotong-royong memperoses buah ketiau untuk mendapatkan minyak. Penduduk kampung membantu majlis kenduri tahlil di rumah Syed Mustafa. Anuariza menolong Syed Mustafa dengan menjadi guru tuisyen kepada Syed Fariz/anaknya.
  10. Beriman/bertakwa kepada Allah, contoh Anuariza dan Syed Mustafa bersembahyang jemaah Zohor di tepi jalan dalam hutan paya sekembali dari mengabil buah asam kelubi.
  11. Mengenag budi/jasa kepada seseorang yang pernah membantu/menolong, contoh Solehah mengenang budi baik Nek Siah dan arwah Syed Ubaidillah ( suami Nek Siah ) yang pernah membantu/menolongnya dengan mendirikan pondok di tanah kebun getah mereka untuk keluarganya.
  12. Kemiskinan/kesusahan hidup masyarakat kampung, Contoh Anuariza menggunakan pelita minyak untuk mengulangkaji pelajaran dan Solehah mandi di perigi belakang rumahnya.
  13. Gejala sosial anak muda/gadis yang lari dari rumah, contoh Syarifah Farisya lari dari rumah pergi ke Hulu Kelang/ke rumah Haji Lokman/Hajah Munirah kerana marah kepada ayahnya/Syed Mustafa yang hendak berkahwin dengan Solehah.
  14. Menipu orang tua, contoh Syarifah Farisya menipu Nek Siah ketika membuka laci Syed Fariz menemui kotak rokok, tetapi mengatakan kononnya hendak meminjam buku nota Syed Fariz.
  15. Vandelisma di kalangan pelajar sekolah, contoh Syed Fariz ponteng sekolah, mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan menjadi ketua peras ugut di sekolahnya.
  16. Memfitnah/memburuk-burukan orang lain, contoh Lily Suriani membuat fitnah dengan menuduh/mengatakan Ruhaiza ada hati kepada Syed Fariz.
  17. Cemburu kepada seseorang, contoh Syarifah Farisya cemburu kepada Solehah yang akan berkahwin dengan ayahnya/Syed Mustapa.
  18. Tanggungjawab guru di sekolah dalam menyelesaikan masalah pelajar, contoh Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi telah memanggil penjaga Syed Fariz ( Nek Siah ) hadir ke sekolah untuk menyelesaikan masaalah Syed Fariz yang selalu ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah.
  19. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang, contoh Cikgu Syakinah bersimpati terhadap kesusahan/kemiskinan hidup anak muridnya/Ruhaiza yang menjadi mangsa keganasan Syed Fariz.
  20. Keinsafan/kesedaran di atas kesilapan yang lampau, contoh Syed Mustafa insaf/sedar telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Syed Fariz insaf dan sedar serta berjanji tidak akan melakukan perkara-perkara buruk lagi. Syarifah Farisya insaf dan sedar di atas kesilapannya dan dapat menerima Solehah sebagai isteri ayahnya.
  21. Dan persoalan-persoalan lain .................. sila rujuk teks/novel asal.



2 comments:

  1. mohon izin tuan untuk saya jadikan bahan ini sebagai bahan rujukan. harap dihalalkan. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Mohon izin daripada tuan untuk saya jadikan bahan ini sebagai bahan rujukan. terima kasih.

    ReplyDelete