Sunday 29 January 2012

Perwatakan Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Watak utama/protagonis dalam cerita
  • Berasal dari Kuala Lumpur
  • Ditinggalkan oleh kedua ibubapanya kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun
  • Anak angkat Solehah/diperlihara oleh Solehah dan arwah Thamrin
  • Ayah angkatnya arwah Thamrin mati terbakar dalam rumah sewa
  • Seorang yang miskin/keluarganya miskin
  • Berpindah bersama ibu angkatnya dari Kuala Lumpur ke kampung
  • Bersekolah di SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan.
  • Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM
  • Berjaya memasuki/melanjutkan pelajaran ke UKM
  • Masih muda/berusia 19 tahun
  • Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari
  • Seorang yang tabah, contoh Anuariza tabah mengusahakan kebun anggur dan buah pitaya.
  • Seorang yang penyabar, contoh Anuariza sabar dengan penghinaan orang-orang kampung terhadapnya dengan menggelarkan si bongkok/tarzan.
  • Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Anuariza rajin/gigih membantu ibunya menorh getah/mencari hasilan hutan/buah asam kelubi di hutan paya.
  • Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga, contohnya Anuariza bekerja mengambil upah mengecat rumah Syed Mustafa dan wang upahan tersebut digunakan untuk membayar yuran persekolahan adik angkatnya/Azuera.
  • Seorang yang penyayang, contoh Anuariza sayang kepada ibu angkatnya Solehah/adik angkatnya Azuera.
  • Seorang yang beriman/bertakwa kepada Allah, contoh Anuariza berdoa/bersyukur kepada Allah/bersembahyang Zohor berjemaah dengan Syed Mustafa di tepi jalan dalam hutan.
  • Seorang yang mendengar nasihat orang tua, contoh Anuariza mendengar nasihat ibunya/Solehah/Nek Siah yang melarangnya pergi ke hutan paya kerana berbahaya.
  • Seorang yang taat/patuh/setia/menghormati orang tua, contoh Anuariza patuh/taat/menghormati ibunya Solehah/Nek Siah/Syed Mustafa/Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Seorang yang suka merendah diri, contoh Anuariza merendah diri kepada Syed Mustafa/Nek Siah/Solehah/Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Seorang yang bercita-cita/berwawasan tinggi, contoh Anuariza membina Taman Fantasi dan Taman Pelancongan Kampung untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara datang ke kampungnya.
  • Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Anuariza menolong Syed Mustafa dengan sanggup menjadi guru tuisyen Syed Fariz/anak Syed Mustapa.
  • Seorang yang berani, contoh Anuariza berani memasuki/pergi ke hutan seorang diri untuk mencari hasilan hutan/buah asam kelubi.
  • Seorang yang bijaksana/pintar, contoh Anuariza bijak dalam pelajaran/pandai memujuk Syed Fariz supaya rajin belajar/Syarifah Farisya supaya pulang semula ke kampung.
  • Seorang yang berfikiran rasional/terbuka/waras, contoh Anuariza secara rasional dan jujur dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa.
  • Seorang yang tegas dalam pegangan agama, contoh Anuariza tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran sesat dalam agama Islam.
  • Dan isi-isi lain .............. rujuk teks/novel asal.

No comments:

Post a Comment