Wednesday 1 February 2012

Perwatakan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Watak pembantu dalam cerita.
  2. Watak dinamis.
  3. Berasal dari Kuala Lumpur.
  4. Bekas isteri arwah Thamrin.
  5. Berkhwin dengan Syed Mustafa/menjadi isteri Syed Mustafa.
  6. Berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung.
  7. Seorang yang miskin, di Kuala Lumpur tinggal di rumah setinggan.
  8. Menumpang di tanah Nek Siah selepas berpindah ke kampung.
  9. Ibu angkat kepada Anuariza.
  10. Mempunyai seorang anak kandung bernama Azuera.
  11. Masih muda sewaktu janda.
  12. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya/Azuera dan Anuariza.
  13. Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Solehah rajin bekerja dengan mengambil upah menoreh di kebun getah kepunyaan Nek Siah.
  14. Seorang yang penyabar/tabah, contoh Solehah sabar/tabah menerima cacian orang kampung yang menuduhnya untuk merampas suami orang/sabar dengan kemiskinan hidup tanpa harta.
  15. Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Solehah selalu memasak dan menghantar makanan kepada Nek Siah/membantu majlis kenduri tahlil di rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
  16. Seorang yang beriman/beribadat kepada Allah, contoh Solehah pulang ke rumahnya untuk mandi dan mengambil air sembahyang untuk bersolat jemaah di rumah Nek Siah.
  17. Seorang yang mementingkan/mengambil berat pelajaran anak-anak, contoh Solehah mahu supaya Anuariza menjadi seorang guru matematik yang berwibawa.
  18. Seorang ibu yang bertanggungjawab, contoh Solehah bertanggungjawab memelihara dan menjaga Azuera dan Anuariza dengan baik/bekerja untuk menyara mereka/anak-anaknya.
  19. Seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa, contoh Solehah bercakap dengan lemah-lembut dan sopan santun dengan Nek Siah/Syed Mustafa.
  20. Seorang yang mengenang budi/jasa orang lain, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa iaitu anak Nek Siah kerana mengenang budi dan jasa baik Nek Siah kepadanya.
  21. Seorang yang menghormati orang tua, contoh Solehah menghormati Nek Siah/Syed Mustafa.
  22. Seorang yang suka merendah diri, contoh Solehah sentiasa merendah diri kepada Nek Siah/Syed Mustafa.
  23. Seorang yang berfikir panjang, contoh Solehah  setuju berkahwin dengan Syed Mustafa demi masa depan Anuariza.
  24. Seorang yang pemalu, contoh Solehah malu untuk berterus terang kepada anak-anaknya ( Azuera dan Anuariza ) yang dia dilamarkan oleh Syed Mustafa.
  25. Dan isi-isi lain .......................sila rujuk teks/novel asal.

No comments:

Post a Comment