abazizomar@gmail

Tuesday, 31 January 2012

Peranan watak Anuariza terhadap Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Anuariza banyak memberi kesedaran kepada Syed Mustafa.
  • Anuariza merupakan orang yang merapatkan semula perhubungan di antara Syed Mustafa dengan anak-anaknya ( Syed Fariz dan Syarifah Farisya ).
  • Anuariza telah menjinakan semula/mengubah sikap Syed Fariz anak Syed Mustafa yang liar/tidak berdisiplin.
  • Anuariza pergi menemani Syed  Mustafa ke lokap balai polis untuk menjamin/membebaskan Syed Fariz yang ditahan polis selama empat malam.
  • Anuariza telah memberi nasihat kepada Syed Mustafa supaya tidak bertindak kasar terhadap Syed Fariz.
  • Anuariza telah melaksanakan tanggungjawab sebagai guru tuisyen Syed Fariz seperti yang diminta oleh Syed Mustafa.
  • Anuariza telah membantu Syed Mustafa dengan membawa balik semula ke kampung Syarifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Anuariza dengan hati terbuka dan rasional dapat menerima perkahwinan Syed Mustafa dengan ibu angkatnya/Solehah.
  • Anuariza membantu menyumbangkan idea kepada Syed Mustafa yang merancang untuk membuka Taman Pelancongan Kampung.

No comments:

Post a Comment