Thursday 2 February 2012

Perbandingan watak Azuera dengan Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )

  • Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya merupakan watak sampingan dalam cerita/novel.
  • Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya berasal dari bandar/Kuala Lumpur dan telah berpindah ke kampung.
  • Azuera anak kandung Solehah dengan arwah Thamrin, sedangkan Syarifah Farisya anak kandung Syed Mustafa dengan arwah Jumaimah.
  • Azuera anak yatim kerana kematian bapa sedangkan Syarifah Farisya juga anak yatim kerana kematian ibu.
  • Azuera bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan tiga sedang Syarifah Farisya juga bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan empat.
  • Azuera keluarganya miskin tetapi Syarifah Farisya keluarganya kaya/mewah/hartawan.
  • Azuera seorang yang rajin belajar tetapi Syarifah Farisya seorang yang malas belajar.
  • Azuera seorang yang rajin menolong/membantu ibunya bekerja tetapi Syarifah Farisya tidak suka membantu ayahnya.
  • Azuera mengamalkan cara dan budaya hidup kampung tetapi Syarifah Farisya mengamalkan cara/budaya hidup moden/bandar.
  • Azuera seorang yang penyayang kepada ibunya Solehah tetapi Syarifah Farisya seorang yang tidak suka/benci/marah kepada ayahnya Syed Mustafa.
  • Azuera seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa/lemah-lembut sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap kasar/tidak berbudi bahasa.
  • Azuera seorang yang menghormati orang tua/ibunya/Nek Siah/Anuariza sedangkan Syarifah Farisya tidak menghormati orang tua/ayahnya/Nek Siah.
  • Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya cantik.
  • Azuera tidak pernah jatuh hati/cinta kepada sesiapa tetapi Syarifah Farisya pernah jatuh hati/cinta kepada Anuariza.
  • Azuera seorang yang tidak bersikap cemburu sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap cemburu.
  • Azuera tidak suka bergaul bebas dengan lelaki sedangkan Syarifah Farisya suka bergaul bebas dengan lelaki.
  • Azuera tidak pernah lari dari rumah tetapi Syarifah Farisya pernah lari dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang.
  • Azuera berfikiran lebih matang berbanding dengan cara Syarifah Farisya berfikir/tidak matang.
  • Dan isi-isi lain yang sesuai............. sila rujuk teks/novel asal.

No comments:

Post a Comment