Wednesday 29 February 2012

Tujuan Syed Mustafa/Nek Siah mengadakan kenduri tahlil kali kedua dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Nek Siah  mahu melakukan sedekah.
  • Mahu melahirkan rasa bersyukur setelah segala kesulitan yang mereka lalui berjaya diatasi.
  • Mereka mahu seluruh penduduk kampung bergembira dan masing-masing menerima imbuhan kenduri itu.
  • Syed Mustafa dan Nek Siah mahu semua orang kampung tumpang gembira atas kegembiraanya membentuk semula keluarga bahagia.
  • Sempena dengan Anuariza yang akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Syed Fariz/anak Syed Mustafa yang terselamat daripada tuduhan merogol Ruhaiza.
  • Kerana keluarga Ruhaiza membuat keputusan menolak kes anaknya dipanjangkan ke mahkamah.
  • Syed Fariz yang sedia berubah dan menginsafi kesilapannya serta berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan PMR.
  • Syarifah Farisya yang merajuk dengan melarikan diri ke Kuala Lumpur telah pulang semula ke kampung dan sudah ceria kembali.

Sebab-sebab Solehah menolak untuk mengadakan kenduri majlis pernikahannya dengan Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Sebagai menghormati anak masing-masing.
  2. Sebagai menghormati arwah suaminya ( Thamrin ) dan arwah isteri Syed Mustafa ( Jumaimah ).
  3. Pernikahan mereka bukan untuk bersuka ria tetapi lebih kepada tanggungjawab membesarkan anak-anak.
  4. Kebajikan Syed Mustafa yang mahu memperpaiki perhubungan dengan keluarganya.

Tuesday 28 February 2012

Syarat-syarat untuk Syarifah Farisya kembali semula ke kampung yang diberitahu kepada Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Meminta Anuariza memberi penjelasan seandai ayahnya/Syed Mustafa berkahwin dengan Solehah/ibu Anuariza.
  2. Meminta Anuariza menyelesaikan masalah yang pernah dijanjikan dahulu.
  3. Mengugut Anuariza jika gagal menyelesaikan masalah yang dijanjikan dahulu akan hanya jumpa mayatnya.
  4. Syarifah Farisya meminta Anuariza datang ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang untuk menjemputnya pulang.
  5. Meminta Anuariza datang seorang diri ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang dan tidak membenarkan ayahnya ikut serta.
  6. Jika Anuariza ingkar terhadap syarat dan permintaan tersebut, dia meminta Anuariza menyediakan tanah kubur untuknya.

Sebab-sebab Anuariza menolak cinta Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza percaya bahawa cinta akan melekakannya.
  2. Dia bimbang perasaan cinta boleh merosakkan fikirannya dan juga Syarifah Farisya.
  3. Laluannya masih terlalu jauh dan banyak perkara yang perlu mereka tempuhi.
  4. Azam dan tekad sudah lama tertanam  di hatinya dan tidak mungkin dikhianati sendiri hanya kerana seorang  gadis.
  5. Darjat dan kedudukan mereka berbeza jauh seperti langit dengan bumi.
  6. Anuariza tersepit kerana Syed Mustafa/ayah Syarifah Farisya akan mengahwini ibunya/Solehah.

Monday 27 February 2012

Sebab-sebab Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah/ke Kuala Lumpur/ke Hulu Kelang ( rumah Haji Lokman/Hajah Munirah ) dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Syarifah Farisya tidak bersetuju/menentang rancangan ayahnya untuk berkahwin dengan Solehah.
  • Dia marah kepada ayahnya/Syed Mustafa yang akan bernikah dengan Solehah.
  • Dia cemburu kepada Solehah yang bakal menjadi ibu tirinya.
  • Dia mencintai Anuariza.
  • Syarifah Farisya bimbang yang perkahwinan ayahnya dengan Solehah akan menghalang cintanya terhadap Anuariza.
  • Dia merajuk.
  • Dia kecewa dengan rancangan ayahnya tersebut/berkahwin dengan Solehah.

Sebab-sebab Syed Fariz bersetuju ayahnya/Syed Mustafa berkahwin dengan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Fariz menganggap bahawa Solehah ialah ibu terbaik untuknya dan Syarifah Farisya.
  2. Syed Fariz bimbang  jika ayahnya tidak mengahwini Solehah, suatu masa nanti ayahnya pasti membawa pulang perempuan lain yang tidak dikenalinya.
  3. Dia rela mati daripada beributirikan perempuan seperti bekas teman wanita ayahnya ( Nurseha ) dahulu.

Isi nota/surat Syarifah Farisya kepada Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syarifah Farisya menyatakan rasa kecewanya atas rancangan orang tua mereka.
  2. Dia mahu Anuariza menentang rancangan itu.
  3. Dia menyatakan amat mencintai Anuariza.
  4. Dia tidak rela menerima Anuariza sebagai abang biasa.
  5. Dia menuduh ayahnya kejam.
  6. Dia menyatakan Anuariza terlalu bodoh kerana menurut telunjuk Solehah.
  7. Dia meminta Anuariza turut bersamanya untuk menggagalkan pernikahan ayahnya dengan Solehah.