Wednesday 29 February 2012

Tujuan Syed Mustafa/Nek Siah mengadakan kenduri tahlil kali kedua dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Nek Siah  mahu melakukan sedekah.
  • Mahu melahirkan rasa bersyukur setelah segala kesulitan yang mereka lalui berjaya diatasi.
  • Mereka mahu seluruh penduduk kampung bergembira dan masing-masing menerima imbuhan kenduri itu.
  • Syed Mustafa dan Nek Siah mahu semua orang kampung tumpang gembira atas kegembiraanya membentuk semula keluarga bahagia.
  • Sempena dengan Anuariza yang akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Syed Fariz/anak Syed Mustafa yang terselamat daripada tuduhan merogol Ruhaiza.
  • Kerana keluarga Ruhaiza membuat keputusan menolak kes anaknya dipanjangkan ke mahkamah.
  • Syed Fariz yang sedia berubah dan menginsafi kesilapannya serta berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan PMR.
  • Syarifah Farisya yang merajuk dengan melarikan diri ke Kuala Lumpur telah pulang semula ke kampung dan sudah ceria kembali.

No comments:

Post a Comment