Friday 23 March 2012

Bukti-bukti Syarifah Farisya mencintai Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Syarifah Farisya menyukai/meminati hasil seni  lukis Anuariza.
  • Menyimpan cincin pemberian Anuariza kepadanya.
  • Tidak bersetuju ayahnya ( Syed Mustafa ) berkahwin dengan Solehah kerana bimbang cintanya kepada Anuariza akan terhalang.
  • Melarikan diri dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman kerana cemburu kepada Solehah dan marah kepada ayahnya yang hendak berkahwin dengan Solehah.
  • Meminta Anuariza menentang hasrat  ibunya/Solehah berkahwin dengan ayahnya/Syed Mustafa.
  • Mengancam/mengugut akan membunuh diri jika Anuariza tidak menyelesaikan dengan segera masalah ayahnya dengan Solehah/ibu angkat Anuariza.
  • Meminta Anuariza datang seorang diri  dengan tanpa membawa ayahnya/Syed Mustafa ke Kuala Lumpur untuk menjemputnya di rumah Haji Lokman.
  • Menunggu dengan perasaan cemas ketibaan Anuariza di Hentian Bas Puduraya.
  • Merangkul Anuariza dengan kemas dan agak lama dalam pelukannya di tangga Hentian Bas Puduraya pada waktu malam sebaik sahaja bertemu  dengan Anuariza di situ.
  • Mencium tangan  Anuariza.
  • Menggenggam erat tangan Anuariza sewaktu dalam perjalanan dengan teksi menuju ke rumah Haji Lokman di Hulu Kelang.
  • Mendengar nasihat yang diberikan oleh Anuariza kepadanya.

No comments:

Post a Comment