Saturday 24 September 2011

Cabaran/dugaan hidup watak Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Daripada kajian yang dibuat terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, watak Jalil banyak menghadapi cabaran/dugaan/masalah/rintangan dalam hidupnya, terutama pada zaman remajanya di kampung Bukit Nibung. Di antara cabaran/dugaan hidup tersebut ialah:
  1. Miskin/susah
  2. Kematian ayah sewaktu berumur 14 tahun
  3. Selalu dimarahi oleh ibunya Mak Teh
  4. Dimarahi oleh cikgu Miss Ong iaitu guru mata pelajaran Biologi yang risau prestasinya akan jatuh kerana Jalil sering tidak hadir ke sekolah.
  5. Malu kepada orang kampung yang menuduh abangnya Muhsin bercinta dengan Biah/Sabariah dan melarikannya ke Kuala Lumpur.
  6. Dipukul oleh tiga orang pemuda, iaitu kawan-kawan Kudin di tengah jalan sewaktu pulang dari sekolah.
  7. Kawan-kawan sekampungnya seperti Kudin, Rosman, Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias dan Shafie sudah tidak mahu berkawan dengan Jalil lagi.
  8. Rumah kediamannya dirobohkan oleh ibunya sendiri.
  9. Ibunya berpindah ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dan membuat rumah baru di sana.
  10. Ibunya telah menjual tanah tapak rumah dan tanah bendang pesaka arwah ayahnya/Pak Teh di kampung Bukit Nibung kepada Pak Amat dari Gurun.
  11. Ibunya hendak mendirikan rumah baru di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
  12. Terpaksa tinggal bersendirian di dangau usang yang dibina sendiri di bekas tapak rumahnya di kampung Bukit Nibung.
  13. Dipulau oleh seluruh penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
  14. Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat untuk menghalaunya keluar dari kampung selepas Jalil tamat menduduki peperiksaan SPM.
  15. Berjanji dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh Mak Teh dengan harga RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun.
  16. Pergi ke sekolah dengan basikal kargo/tua arwah ayahnya sejauh 14 kilo meter
  17. Terpaksa memasak nasi sendiri sekembali dari sekolah.
  18. Dangaunya runtuh pada waktu tengah malam kerana ditanduk oleh si awang, iaitu kerbau jantannya.
  19. Orang-orang kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau untuk menghalau Jalil dari kampungnya.
  20. Kudin anak Pak Ngah Kadir sangat marah, dengki dan dendam kepadanya.
  21. Kedua-dua kakinya luka dan berdarah kerana terpijak serpihan kaca dalam tapak semaian bendang yang ditaburkan oleh Kudin.
  22. Musuh ketat Jalil di kampung Bukit Nibung ialah Pak Ngah Kadir dan anaknya Kudin.
  23. Pernah disekat oleh Kudin dan kawan-kawannya di tengah jalan semasa pulang dari sekolah.
  24. Pernah ditahan oleh Rosman, iaitu sepupu Kudin dan rakan-rakannya sekembali dari Kedai Ah Bee membeli minyak tanah.
  25. Jalil tidak dijemput oleh Pak Ngah Kadir menghadiri majlis kenduri kahwin Sabariah/Biah dengan sepupunya.
  26. Jalil kematian sahabat karibnya yang bernama Mat Tohid yang terjatuh ke dalam parit tali air.
  27. Kudin tidak membenarkan Jalil mengusung jenazah Mat Tohid ke kubur.
  28. Pak Lang Ali tidak mahu pergi ke rumah Pak Amat ketika Jalil mengajaknya untuk pergi bersama bagi tujuan membayar balik harga tanah gadaian.
  29. Jalil terpaksa bekerja keras di Kuala Lumpur untuk mengumpul wang sebanyak RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun untuk membayar balik harga tanah yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
  30. Pak Amat tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah gadaian dengan harga RM10 ribu kepada Jalil seperti yang dijanjikan dahulu.
  31. Pak Amat meminta Jalil membayar dengan harga RM50 ribu untuk mendapat balik tanah arwah Pak Teh yang telah dijual oleh Mak Teh kepadanya.
  32. Jalil terpaksa kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja keras untuk mengumpul wang sebanyak RM50 ribu bagi menebus balik tanah arwah ayahnya daripada Pak Amat.
  33. Pada peringkat awal, Kudin menentang dan menghasut orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun supaya tidak menandatangani dan menyerah tanah mereka kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau yang bercadang untuk membina projek Taman Tema Bukit Nibung.

Friday 23 September 2011

Perwatakan Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Berdasarkan kajian terhadap novel DLKP karya Ghazali Lateh, perwatakan Jalil ialah seperti berikut:
1. Watak utama/protagonis
2. Berumur dalam lingkungan 30-an
3. Anak kepada arwah Pak Teh ( ibunya ialah Mak Teh )
4. Belajar di SK. Kampung Bukit Jenun, SM. Kampung Guar Cempedak dan Universiti Putera Malaysia dalam bidang Taman dan Lanskap, dan pernah ditawarkan belajar ke sekolah teknik. Becita-cita untuk belajar ke luar negara, iaitu ke Kanada.
5. Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM di SM Kampung Guar Cempedak.
6. Anak ketiga dalam keluarga, iaitu adik kepada Muhsin dan Fatimah )
7. Berkahwin dengan Latifah/menjadi suami Latifah iaitu anak gadis Pak Lang Ali
8. Pemilik Syarikat Alam Hijau/Pengasas Syarikat Alam Hijau
9. Pandai/meminati seni lukis
10. Dalam usia remaja, selepas kematian ayahnya, tinggal bersendirian di kampung Bukit Nibung kerana ditinggalkan oleh ibu, abang dan kakaknya.
11. Seorang yang rajin bekerja/berusaha
      Contoh: Jalil rajin bekerja di sawah bendang peninggalan arwah ayahnya/Pak Teh
12. Seorang yang bijak
      Contoh: Jalil lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM/bijak menyediakan kertas kerja projek gunting rambut pelajar sekolah seluruh negara/kertas kerja projek Taman Tema Bukit Nibung/bijak melukis dan bijak mencari wang di Kuala Lumpur untuk menebus balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
13. Seorang yang rajin belajar
      Contoh: Walau pun susah, miskin dan banyak cabaran, Jalil terus belajar sehingga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya memasuki Universiti Putera Malaysia.
14. Seorang yang bertanggungjawab
      Contoh: Jalil bertanggungjawab mencari wang untuk menunaikan wasiat ayahnya supaya menjaga tanah bendang yang ditinggalkannya/Bertanggungjawab memulihkan imej keluarganya yang tercalar di mata masyarakat kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun/Bertanggungjawab menghantar wang kepada ibunya pada setiap bulan semasa berada di Kuala Lumpur.
15. Seorang yang penyayang
      Contoh: Jalil sangat menyayangi arwah ayahnya/Pak Teh atau ibunya Mak Teh.
16. Seoran yang menghormati/patuh kepada orang tua
      Contoh: Jalil tidak pernah melawan cakap/berkasar dengan ibunya walau pun banyak perkara yang dia tidak bersetuju dengan ibunya.
17. Seorang yang bercita-cita tinggi/berwawasan
      Contoh: Jalil bercita-cita besar untuk membangun dan memajukan kampung halamannya yang tertinggal di arus pemodenan.
18. Seorang yang tabah/gigih menghadapi cabaran/liku-liku/dugaan hidup
      Contoh: Jalil tabah menghadapi  sikap orang kampung yang memulaunya gara-gara perbuatan abangnya Muhsin yang melarikan Sabariah/Biah ke Kuala Lumpur.
19. Seorang yang penyabar dan pemaaf
      Contoh: Jalil sabar dengan tindakan Kudin yang menganiayainya dengan menaburkan serpihan kaca di tapak semaiannya sehingga kakinya luka parah tetapi akhirnya memaafkan Kudin yang menyatakan bersalah kepadanya dan meminta maaf.
20. Seorang yang kuat semangat dalam hidup
      Contoh: Latifah mengatakan Jalil seorang anak muda yang kuat semangat.
21. Seorang yang berpendirian tegas
      Contoh: Jalil bertegas akan tinggal bersendirian di kampung Bukit Nibung dan tidak akan ikut ibunya yang berpindah membuat rumah baru di kampung Banggol Lalang berhampiran dengan rumah Pak Long Ayob.
22. Seorang yang berani mempertahankan maruah atau nyawa
      Contoh: Jalil berani dan sanggup berkorban nyawa ketika mempertahankan diri semasa dihalang dan diserang oleh Rosman ( sepupu Kudin ) dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang dari kedai Ah Bee untuk membeli minyak tanah.
23. Seorang yang mendengar nasihat
      Contoh: Jalil mendengar nasihat Abang Joe yang menyuruhnya pulang ke kampung berjumpa ibunya untuk memohon restu bagi memulakan projek pembinaan Taman Tema Bukit Nibung.
24. Seorang yang beriman/bertakwa/beramal ibadat kepada Allah
      Contoh: Jalil berkunjung/menziarahi kubur arwah ayahnya, kemudian berdoa dan membaca al-fatihah kepada arwah ayahnya.
25. Seorang yang berhemah dan bersopan santun
      Contoh: Jalil bercakap secara berhemah dan bersopan santun dengan orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun semasa perjumpaan dan memberi penerangan untuk membina projek Taman Tema Bukit Nibung.

Mungkin ada lagi isi-isi lain perwatakan Jalil yang tercicir dan terlepas pandang oleh penulis..... sila tokok tambah sendiri jika perlu..............

Thursday 22 September 2011

Tema dan persoalan-persoalan novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh bertemakan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup, tetapi akhirnya berjaya.
      Di antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah:
1. Kerajinan bekerja untuk kelangsungan hidup
    Contoh: Jalil rajin bekerja di sawah bendang arwah ayahnya ( Pak Teh ) di kampung Bukit Nibung untuk kelangsungan hidup bersama ibunya ( Mak Teh ) atau Jalil bekerja sebagai pelukis jalanan di Kuala Lumpur bersama dengan abang Joe untuk kelangsungan hidupnya.
2. Fitnah-memfitnah untuk kepentingan diri sendiri
   Contoh: Pak Ngah Kadir/Kudin anaknya telah membuat tuduhan yang Muhsin melarikan Sabariah/Biah, iaitu anak gadisnya ke Kuala Lumpur. Dan dituduhnya Biah bunting kerana perbuatan Muhsin ( abang Jalil ).
3. Dengki/dendam kepada seseorang
    Contoh: Kudin dengki kepada Jalil sehingga sanggup membuang serpihan kaca ke dalam tapak semaian Jalil menyebabkan kakinya luka kerana terpijak kaca buangan tersebut.
4. Tolong-menolong atau membantu seseorang
    Contoh: Arwah Pak Teh tolong menyelamatkan mendiang Ah Yau  iaitu ayah Ah Bee semasa darurat dengan membawanya berlindung di dalam parit.
5. Mengambil kesempatan di atas kesusahan/kesempitan hidup seseorang/menangguk di air keroh
   Contoh: Pak Lang Ali mengambil untung sebanyak RM5 ribu hasil penjualan tanah arwah Pak Teh/Mak Teh/ayah Jalil kepada Pak Amat dengan harga RM10 ribu.
6. Mungkir janji/tidak menepati janji yang dibuat kepada seseorang
   Contoh: Pak Amat yang membeli tanah dari Mak Teh dengan harga RM10 ribu telah berjanji dengan Jalil untuk memulangkan tanah tersebut dalam masa di antara lima hingga sepuluh tahun. Tetapi sewaktu Jalil pulang dari Kuala Lumpur untuk membayar balik harga tanah tersebut tidak disetujui oleh Pak Amat. Dia telah menaikkan harga tanah kepada RM50 ribu.
7. Rajin belajar/mementingkan pelajaran untuk masa hadapan
    Contoh: Jalil, walaupun miskin dan susah rajin belajar sehingga dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya memasuki Universiti Putera Malaysia dalam bidang taman dan landskap.
8. Bertanggungjawab kepada orang tua
   Contoh: Jalil seorang anak yang bertanggungjawab kepada ibunya ( Mak Teh ), iaitu dengan mengirim wang setiap bulan kepadanya di kampung setelah dia berjaya menjadi usahawan di Kuala Lumpur.
9. Menunaikan amanah dan wasiat arwah orang tua
    Contoh: Jalil berjanji di hadapan kubur arwah ayahnya/Pak Teh untuk melaksanakan wasiat/pesanan arwah ayahnya supaya menjaga dan mengusahakan tanah peninggalannya. Dan Jalil telah melaksanakannya.
10. Hidup mempunyai cita-cita tinggi/berwawasan/ada masa hadapan
      Contoh: Jalil mempunyai perancangan yang besar dalam hidupnya iaitu ingin menebus balik tanah arwah ayahnya dan membeli keseluruhan tanah penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun untuk membangun projek Taman Tema Air.
11. Bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang dalam kesusahan hidup
      Contoh: Latifah amat bersimpati kepada Jalil yang hidup bersendirian di dangaunya. Latifah telah menghantar makanan kepada Jalil. Latifah juga membalut kaki Jalil yang luka terkena kaca di sawah bendang.
12. Bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang/ikut perasaan
      Contoh: Mak Teh telah menjual tanah arwah Pak Teh kepada Pak Amat melalui Pak Lang Ali tanpa memberi tahu atau berbincang dengan Jalil terlebih dahulu.
13. Sayang kepada binatang ternakan
     Contoh: Jalil telah menjaga kerbau jantannya si awang dengan baik dan menangis ketika hendak meninggalkan kerbaunya kepada Pak Samad di kampung Tanjung Setul.
14. Melakukan perbuatan sumbang mahram
     Contoh: Pak Ngah Kadir telah menodai anak gadisnya sendiri, iaitu Sabariah/Biah sehingga mengandung, tetapi menuduh Muhsin yang melakukannya.
15. Percintaan sesama insan
      Contoh: Jalil jatuh hati kepada Latifah anak gadis Pak Lang  Ali yang bekerja sebagai pegawai akaun di syarikatnya. Jalil pernah membawa Latif bersiar-siar di Pantai Morib, Selangor.
16. Percaya kepada bomoh/dukun
      Contoh: Mak Teh telah beberapa kali pergi ke rumah bomoh Tok Su Dolah untuk menengok sama ada betul atau tidak Muhsin yang dituduh oleh Pak Ngah Kadir membawa lari Sabariah/Biah ke Kuala Lumpur.
17. Keinsafan/penyesalan di atas sikap buruk diri sendiri
    Contoh: Kudin yang selalu dengki, dendam, marah, menentang Jalil dan menghasut penduduk kampung supaya tidak menandatangani penyerahan tanah kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau untuk projek Taman Tema Bukit Nibung, akhirnya merasa bersalah dan meminta maaf kepada Jalil.
18. Kemiskinan hidup masyarakat/penduduk kampung
     Contoh: Majoriti penduduk kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Tanjung Setul dan Banggol Lalang hidup dalam keadaan miskin. Sumber pendapatan penduduk kampung sebagai petani, penoreh getah dan pencari hasil hutan.
    Dan persoalan-persoalan lain yang boleh ditokok tambah lagi ...........................

Wednesday 21 September 2011

Biodata penulis novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

  1. Nama sebenar/samaran/pena: Ghazali Lateh
  2. Tarikh lahir: 15 Mac, 1961
  3. Tempat lahir: Kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Kedah
  4. Latar belakang pendidikan: SK. Bukit Jenun, SM. Guar Cempedak, Maktab Perguruan Kinta, UPM
  5. Pekerjaan: Tiada catatan dalam teks..............
  6. Genre penulisan: cerpen, novel, puisi, esei dan berita
  7. Hasil karya penulisan kreatif: Cerpen Anak-anak Pejuang, puisi/sajak Sebuah Pesanan, novel Dari Lembah ke Puncak
  8. Anugerah pernah diterima: Tempat pertama Pertandingan Menulis Puisi Selangor, 2003. Tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-IX ( cerpen ). Hadiah pertama pertandingan Menulis Puisi Alam Sekitar 1998. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Hadiah Puisi Karyanet. Beberapa kali memenangi hadiah pertama pertandingan menulis cerita kanak-kanak.
  9. Sumbangan/peranan dalam dunia sastera:   
  • Banyak menghasilkan puisi/sajak
  • Banyak menghasilkan cerpen
  • Banyak menghasilkan novel
  • Banyak menghasilkan esei
  • Banyak menghasilkan cerita kanak-kanak
  • Mengharumkan dunia sastera tanah air di pentas dunia
  • 10. Keistimewaan pengarang/penulis:
  •       Menghasilkan pelbagai genre sastera ( puisi, cerpen, novel dan esei )
  •       Memenangi banyak hadiah/juara dalam pertandingan sastera
  •       Memenangi banyak kali dalam pertandingan menulis cerita kanak-kanak sempena Hari Guru           Peringkat Kebangsaan.

    Tuesday 20 September 2011

    Cara pengarang menggambarkan seseorang watak dalam sesebuah cerita ( cerpen, novel, drama dan prosa tradisional )

    1. Secara monolog watak: iaitu watak yang bercakap sendirian/mengeluh/berbicara dalam minda/hati. Contoh, Dalam hatinya, Jalil berfikir, perlukah dia terus menerima simpati untuk meneruskan kehidupan dan  impiannya? Monolog watak Jalil ( Hal. 69 ).
    2. Secara dialog di antara watak: iaitu watak-watak yang berdialog atau bercakap mengenai seseorang watak lain. Contoh, "Jalil tu budak baik. Saya tahu sebab saya yang mengajarnya semasa di sekolah rendah dulu." Ustaz Haji Megat bersuara perlahan. " Nampak saja baik. Abangnya dulu siapa sangka akan melarikan anak saya ke Kuala Lumpur?" protes Pak Ngah Kadir. Jelas sekali kemarahannya masih pada tahap yang tinggi. Dialog di antara Ustaz Haji Megat dengan Pak Ngah Kadir ( Hal. 84 )
    3. Melalui percakapan watak lain: iaitu watak lain yang bercakap atau memberi tahu perwatakan seseorang watak. Contoh, Joe meletakkan segalanya kepada Jalil. Selama mengenali anak muda kampung itu, Jalil seorang yang sangat tekun dan gigih. Dia bukan sebarangan anak muda. Joe yakin Jalil akan menjadi seseorang suatu hari nanti. Hanya masa yang akan menentukannya. Percakapan watak Joe ( Hal. 206 ).
    4. Melalui pengarang yang menggambarkan secara langsung: iaitu pengarang/penulis yang menghuraikan terus perwatakan seseorang watak. Misalnya, gadis berambut ikal dan bermata galak itu sering sahaja tersenyum di kanvas putih. Siapakah dia? Siapa lagi kalau tidak Latifah. Pengarang yang menghuraikan perwatakan fizikal Latifah ( Hal. 208 )
    5. Melalui aksi watak: iaitu tindakan yang diambil atau dilakukan oleh watak tersebut seperti yang terdapat dalam cerita. Misalnya, begitu pun, Jalil tidak pernah mengabaikan ibunya. Saban bulan dia mengirimkan wang untuk ibunya walaupun tidak seberapa. Watak Jalil yang melakukan sesuatu/aksi.
    6. Melalui reaksi: iaitu tindakan maklum balas melalui pergerakan anggota badan seperti air muka, wajah, mata, mulut, kening, hidung, kepala, tangan dan lain-lain.

    Watak-watak dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

    1. Arwah Pak Teh ( ayah kepada Mohsin, Fatimah dan Jalil )
    2. Mak Teh ( ibu kepada Mohsin, Fatimah dan Jalil )
    3. Mohsin ( abang Jalil-anak kesayangan Mak Teh;dituduh oleh Pak Ngah Kadir membawa lari Sabariah/Biah     anak gadisnya ke Kuala Lumpur )
    4. Fatimah ( kakak Jalil-berkahwin dengan askar dan menetap di Sarawak )
    5. Jalil ( watak utama cerita- anak arwah Pak Teh dan Mak Teh: akhirnya berkahwin dengan Latifah anak gadis ketiga Pak Lang Ali )
    6. Pak Long Ayob ( sepupu Mat Teh yang tinggal di kampung Banggol Lalang )
    7. Pak Ngah Kadir ( ayah Sabariah/Biah, Kudin dan Imah -watak antoganis)
    8.Sabariah/Biah ( anak gadis Pak Ngah Kadir dan kakak kepada Kudin dan Imah )
    9. Kudin ( anak Pak Ngah Kadir dan adik kepada Sabariah/Biah -watak dinamis)
    10. Imah ( anak gadis Pak Ngah Kadir dan adik kepada Sabariah/Biah dan Kudin )
    11. Ah Bee ( watak protoganis- banyak menolong/membantu Jalil semasa di kampung Bukit Nibung )
    12. Haji Lazim
    13. Pak Lang Ali ( ayah kepada Fauziah, Hasnah dan Latifah- orang tengah yang menjual tanah arwah Pak   Teh kepada Pak Amat/sepupunya dengan harga RM10 ribu- watak dinamis )
    14. Fauziah ( anak gadis Pak Lang Ali- kakak kepada Hasnah dan Latifah )
    15. Hasnah ( anak gadis Pak Lang Ali - adik Hasnah dan kakak Latifah )
    16. Latifah ( anak gadis Pak Lang Ali- adik kepada Fauziah dan Hasnah, menjadi isteri Jalil )
    17. Si awang ( kerbau jantan arwah Pak Teh/Jalil )
    18. Haji Saad
    19. Ah Tong ( mendian ayah Ah Bee )
    20. Pak Amat ( sepupu Pak Lang Ali- tinggal di Gurun dan pembeli tanah arwah Pak Teh/ayah Jalil dengan harga RM5 ribu )
    21. Lebai Kob
    22. Mak Jah
    23. Ustaz Haji Megat ( watak protoganis- orang yang membela Jalil di kampung Bukit Nibung )
    24. Pak Cik Jid
    25. Ah Yau ( pemilik kebun getah di kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun )
    26. Tok Kamis
    27. Tok Pin
    28. Tok Mat ( Ketua kampung Bukit Nibung )
    29. Mamak Hameed
    30. Mak Yam ( isteri Pak Ngah Kadir/ibu Sabariah/Biah )
    31. Seng Huat ( pemilik kedai kopi di pekan Jenun )
    32. Rosman ( sepupu Kudin/anak saudara Pak Ngah Kadir )
    33. Mak cik Nab
    34. Mak Tiah ( isteri Pak Lang Ali/ibu Latifah )
    35. Ngah Berahim ( ayah arwah Mat Tohid )
    36. Roslan
    37. Din Lebai Kob
    38. Mat Zain
    39. Lias
    40. Shafie
    41. Mat Tohid ( kawan rapat Jalil di kg Bkt. Nibung/berpenyakit gila babi/meninggal dunia kerana terjatuh ke  dalam parit tali air sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Jalil )
    42. Mat Ngah Jah
    43. Abang Nun
    44. Tok Arop
    45. Aziz
    46. Cikgu Nordin
    47. Cikgu Nora
    48. Cikgu Rozi
    49. Mr. Goh
    50. Pak Samad
    51. Seorang gadis ( pelanggan seni lukis di pasar budaya yang meminta Jalil melukis wajahnya )
    52. Seorang pelukis jalanan ( Abang Joe/ rakan kongsi Syarikat Alam Hijau milik Jalil )
    53. Kerani SMK. Guar Cempedak ( sekolah tempat Jalil belajar dan mengambil peperiksaan SPM )
    54. Mat Rizal
    55. Mr. Shanmugam
    56. Seorang tua/peminta sedekah
    57. Suami Biah/Sabariah ( Biah dipaksa oleh Pak Ngah Kadir  berkahwin dengan sepupunya )
    58. Pak Andak Ali
    59. Pak Man Kering
    60. Pak Cu Mat
    61. Shuib ( anak Ngah Ibrahim adik-beradik arwah Mat Tohid )
    62. Anak Lebai Harun
    63. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
    64. Mrs. Wong
    65. Sani
    66. Sudin
    67. Mr. Lim ( guru kelas tingkatan 5 Sains Jalil di SMK. Guar Cempedak )
    68. Intan ( setiausaha peribadi Jalil selepas menjadi usahawan dan jutawan berjaya melalui Syarikat Alam Hijau yang membangunkan Taman Tema Nibung Park )

          Mungkin ada watak-watak lain lagi yang tercicir dan terlepas pandang sewaktu menggarapkannya. Harap maaf dan minta tolong pembaca tambah sendiri.
           Menguasai dan mengingati nama-nama watak dalam sesebuah cerita sangat penting bagi membantu pelajar memahami sesebuah cerita atau novel dengan lebih baik dan berkesan. Watak-watak juga dapat membantu pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dengan baik dalam peperiksaan, kerana 80% soalan peperiksaan memerlukan huraian dalam bentuk contoh.