Tuesday 20 September 2011

Cara pengarang menggambarkan seseorang watak dalam sesebuah cerita ( cerpen, novel, drama dan prosa tradisional )

  1. Secara monolog watak: iaitu watak yang bercakap sendirian/mengeluh/berbicara dalam minda/hati. Contoh, Dalam hatinya, Jalil berfikir, perlukah dia terus menerima simpati untuk meneruskan kehidupan dan  impiannya? Monolog watak Jalil ( Hal. 69 ).
  2. Secara dialog di antara watak: iaitu watak-watak yang berdialog atau bercakap mengenai seseorang watak lain. Contoh, "Jalil tu budak baik. Saya tahu sebab saya yang mengajarnya semasa di sekolah rendah dulu." Ustaz Haji Megat bersuara perlahan. " Nampak saja baik. Abangnya dulu siapa sangka akan melarikan anak saya ke Kuala Lumpur?" protes Pak Ngah Kadir. Jelas sekali kemarahannya masih pada tahap yang tinggi. Dialog di antara Ustaz Haji Megat dengan Pak Ngah Kadir ( Hal. 84 )
  3. Melalui percakapan watak lain: iaitu watak lain yang bercakap atau memberi tahu perwatakan seseorang watak. Contoh, Joe meletakkan segalanya kepada Jalil. Selama mengenali anak muda kampung itu, Jalil seorang yang sangat tekun dan gigih. Dia bukan sebarangan anak muda. Joe yakin Jalil akan menjadi seseorang suatu hari nanti. Hanya masa yang akan menentukannya. Percakapan watak Joe ( Hal. 206 ).
  4. Melalui pengarang yang menggambarkan secara langsung: iaitu pengarang/penulis yang menghuraikan terus perwatakan seseorang watak. Misalnya, gadis berambut ikal dan bermata galak itu sering sahaja tersenyum di kanvas putih. Siapakah dia? Siapa lagi kalau tidak Latifah. Pengarang yang menghuraikan perwatakan fizikal Latifah ( Hal. 208 )
  5. Melalui aksi watak: iaitu tindakan yang diambil atau dilakukan oleh watak tersebut seperti yang terdapat dalam cerita. Misalnya, begitu pun, Jalil tidak pernah mengabaikan ibunya. Saban bulan dia mengirimkan wang untuk ibunya walaupun tidak seberapa. Watak Jalil yang melakukan sesuatu/aksi.
  6. Melalui reaksi: iaitu tindakan maklum balas melalui pergerakan anggota badan seperti air muka, wajah, mata, mulut, kening, hidung, kepala, tangan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment