Saturday 24 September 2011

Cabaran/dugaan hidup watak Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Daripada kajian yang dibuat terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, watak Jalil banyak menghadapi cabaran/dugaan/masalah/rintangan dalam hidupnya, terutama pada zaman remajanya di kampung Bukit Nibung. Di antara cabaran/dugaan hidup tersebut ialah:
  1. Miskin/susah
  2. Kematian ayah sewaktu berumur 14 tahun
  3. Selalu dimarahi oleh ibunya Mak Teh
  4. Dimarahi oleh cikgu Miss Ong iaitu guru mata pelajaran Biologi yang risau prestasinya akan jatuh kerana Jalil sering tidak hadir ke sekolah.
  5. Malu kepada orang kampung yang menuduh abangnya Muhsin bercinta dengan Biah/Sabariah dan melarikannya ke Kuala Lumpur.
  6. Dipukul oleh tiga orang pemuda, iaitu kawan-kawan Kudin di tengah jalan sewaktu pulang dari sekolah.
  7. Kawan-kawan sekampungnya seperti Kudin, Rosman, Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias dan Shafie sudah tidak mahu berkawan dengan Jalil lagi.
  8. Rumah kediamannya dirobohkan oleh ibunya sendiri.
  9. Ibunya berpindah ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dan membuat rumah baru di sana.
  10. Ibunya telah menjual tanah tapak rumah dan tanah bendang pesaka arwah ayahnya/Pak Teh di kampung Bukit Nibung kepada Pak Amat dari Gurun.
  11. Ibunya hendak mendirikan rumah baru di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
  12. Terpaksa tinggal bersendirian di dangau usang yang dibina sendiri di bekas tapak rumahnya di kampung Bukit Nibung.
  13. Dipulau oleh seluruh penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
  14. Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat untuk menghalaunya keluar dari kampung selepas Jalil tamat menduduki peperiksaan SPM.
  15. Berjanji dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh Mak Teh dengan harga RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun.
  16. Pergi ke sekolah dengan basikal kargo/tua arwah ayahnya sejauh 14 kilo meter
  17. Terpaksa memasak nasi sendiri sekembali dari sekolah.
  18. Dangaunya runtuh pada waktu tengah malam kerana ditanduk oleh si awang, iaitu kerbau jantannya.
  19. Orang-orang kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau untuk menghalau Jalil dari kampungnya.
  20. Kudin anak Pak Ngah Kadir sangat marah, dengki dan dendam kepadanya.
  21. Kedua-dua kakinya luka dan berdarah kerana terpijak serpihan kaca dalam tapak semaian bendang yang ditaburkan oleh Kudin.
  22. Musuh ketat Jalil di kampung Bukit Nibung ialah Pak Ngah Kadir dan anaknya Kudin.
  23. Pernah disekat oleh Kudin dan kawan-kawannya di tengah jalan semasa pulang dari sekolah.
  24. Pernah ditahan oleh Rosman, iaitu sepupu Kudin dan rakan-rakannya sekembali dari Kedai Ah Bee membeli minyak tanah.
  25. Jalil tidak dijemput oleh Pak Ngah Kadir menghadiri majlis kenduri kahwin Sabariah/Biah dengan sepupunya.
  26. Jalil kematian sahabat karibnya yang bernama Mat Tohid yang terjatuh ke dalam parit tali air.
  27. Kudin tidak membenarkan Jalil mengusung jenazah Mat Tohid ke kubur.
  28. Pak Lang Ali tidak mahu pergi ke rumah Pak Amat ketika Jalil mengajaknya untuk pergi bersama bagi tujuan membayar balik harga tanah gadaian.
  29. Jalil terpaksa bekerja keras di Kuala Lumpur untuk mengumpul wang sebanyak RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun untuk membayar balik harga tanah yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
  30. Pak Amat tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah gadaian dengan harga RM10 ribu kepada Jalil seperti yang dijanjikan dahulu.
  31. Pak Amat meminta Jalil membayar dengan harga RM50 ribu untuk mendapat balik tanah arwah Pak Teh yang telah dijual oleh Mak Teh kepadanya.
  32. Jalil terpaksa kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja keras untuk mengumpul wang sebanyak RM50 ribu bagi menebus balik tanah arwah ayahnya daripada Pak Amat.
  33. Pada peringkat awal, Kudin menentang dan menghasut orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun supaya tidak menandatangani dan menyerah tanah mereka kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau yang bercadang untuk membina projek Taman Tema Bukit Nibung.

No comments:

Post a Comment