Monday 26 September 2011

Usaha-usaha yang dilakukan Jalil untuk mendapat balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat di Gurun ( Novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh )

Jalil sangat berpegang kepada wasiat arwah ayahnya ( Pak Teh ) supaya menjaga dan mengusahakan tanah bendang sekangkang kera di kampung Bukit Nibung peninggalannya, tetapi sayangnya tanah tersebut telah dijual oleh ibunya ( Mak Teh ) kepada Pak Amat di Gurun melalui Pak Lang Ali dengan harga RM10 ribu tanpa pengetahuannya. Untuk mendapat balik tanah arwah tersebut, Jalil telah melakukan usaha-usaha seperti berikut:
  1. Jalil menentang hasrat ibunya untuk menjual tanah arwah tersebut.
  2. Jalil tidak ikut ibunya berpindah ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dan membina rumah baru di sana.
  3. Jalil membina sebuah dangau usang di tapak bekas rumahnya yang diruntuhkan oleh ibunya.
  4. Jalil tinggal bersendirian di dangau usang di kampung Bukit Nibung bertemankan si awang kerbau jantannya
  5. Jalil terus mengerjakan sawah bendang walau pun tanah tersebut telah pun dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
  6. Bertemu dengan Pak Lang Ali untuk bertanya/mengetahui siapa pembeli tanah tersebut.
  7. Meminta/mengajak Pak Lang Ali menunjukkan rumah si pembeli ( Pak Amat ) tanah tersebut.
  8. Jalil pergi bertemu dengan Pak Amat ( si pembeli ) tanah tersebut di Gurun.
  9. Jalil membuat perjanjian lisan dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah tersebut dengan harga RM10 ribu dalam masa lima atau sepuluh tahun.
  10. Jalil pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja bagi mencari wang sebanyak RM10 ribu.
  11. Jalil bekerja dengan abang Joe sebagai pembantu pelukis jalanan di pasar seni dan berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM10 ribu.
  12. Jalil mengajak abang Joe menemaninya balik ke kampung Bukit Nibung dengan membawa wang sebanyak RM10 ribu untuk membayar balik tanah daripada Pak Amat.
  13. Jalil sekali pergi menemui Pak Lang Ali untuk mengajaknya pergi ke rumah Pak Amat dengan membawa wang sebanyak RM10 ribu, tetapi Pak Lang Ali tidak mahu pergi bersama.
  14. Jalil bersama dengan abang Joe pergi ke rumah Pak Amat di Gurun untuk membayar balik harga tanah tersebut dengan harga RM10 ribu, tetapi Pak Amat tidak bersetuju. Pak Amat menaikkan harga kepada RM50 ribu.
  15. Jalil gagal mendapatkan balik tanah tersebut.
  16. Jalil bersama abang Joe kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mencari wang dengan memperluaskan perniagaan seni lukis ke hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur.
  17. Jalil membuat kertas cadangan projek gunting rambut pelajar sekolah seluruh negara dan mengajukannya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Projeknya berjaya dan dia mendapat bayaran komisyen pada setiap tahun.
  18. Jalil bersama dengan abang Joe menubuhkan Syarikat Alam Hijau untuk mengawal kewangan komisyen projek gunting rambut seluruh negara.
  19. Jalil menubuhkan beberapa anak syarikat seperti  Nibung Konstruktion, Nibung Deko dan Nibung Transportation di bawah payung Syarikat Alam Hijau.
  20. Jalil mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat Alam Hijau.
  21. Dalam mesyuarat, Jalil membentangkan kertas kerja Projek Pembinaan Taman Tema Air Lembah Nibung dengan kos RM50 juta.
  22. Syarikat Alam Hijau yang diwakili oleh abang Joe sebagai pengarah, mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun serta memberi tahu untuk membeli kesemua tanah penduduk kampung bagi membina projek Taman Tema Air Gurun.
  23. Selepas mengadakan pengundian, ramai penduduk kampung bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada Syarikat Alam Hijau kepunyaan Jalil dan abang Joe.
  24. Syarikat Alam Hijau melantik sebuah firma guaman untuk mengurus jual beli tanah penduduk kampung.
  25. Syarikat Alam Hijau membeli keseluruhan tanah penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun termasuk kedua-dua buah bukitnya sekali dengan membayar wang pampasan kepada penduduk kampung mengikut kadar harga yang ditetapkan pihak kerajaan.
  26. Dengan peristiwa ini, bermakna Jalil telah berjaya mendapat semula tanah arwah ayahnya yang telah dijual oleh Mak Teh ( ibunya ) kepada Pak Amat selepas kematian  ayahnya.

No comments:

Post a Comment