Wednesday 28 September 2011

Keistimewaan Taman Tema Nibung Park dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Ghazali Lateh telah menggarapkan secara terperinci beberapa keistimewaan yang ada pada Taman Tema Nibung Park yang dirancang dan diusahakan oleh Jalil melalui Syarikat Alam Hijaunya di kampung Bukit Nibung. Di antara keistimewaan-keistimewaan taman tersebut ialah:
  1. Kedudukannya yang strategik menyebabkan taman ini mendapat perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara.
  2. Taman ini terletak dalam satu kawasan yang agak besar dan luas.
  3. Terletak berhampiran dengan jalan kereta api, menyebabkan para pelancong dari selatan negara Thailand datang ke Nibung Park pada setiap hujung minggu.
  4. Terdapat sebuah kawasan penginapan berbentuk resort dibina di puncak Bukit Nibung.
  5. Kawasan resort yang berasaskan ekopelancongan menjadi tarikan pelancong dari Barat.
  6. Pekan Bukit Jenun kini telah berubah menjadi sebuah bandar moden.
  7. Terdapat sebuah kompleks perniagaan yang serba lengkap di sebelah timur pekan asal Bukit Jenun.
  8. Terdapat sebuah pasar raya kepunyaan Ah Bee di kompleks berkenaan.
  9. Roller coaster dibina dari kaki Bukit Nibung ke kaki Bukit Jenun.
  10. Keadaan geografi semula jadi yang cantik di antara dua buah bukit tersebut menjadikan roller coaster yang tercantik di dunia.
  11. Terdapat sungai-sungai buatan yang mengalir sepanjang masa di kedua-dua buah kaki bukit berkenaan.
  12. Pengunjung boleh bersantai dengan bot-bot yang memberikan perkhidmatan di stesen yang terletak di dalam kompleks.
  13. Beberapa buah kolam buatan terletak di kawasan selatan roller coaster.
  14. Di setiap buah kolam buatan itu terdapat gelongsor air yang dibina di puncak bukit.
  15. Sebuah laluan trem dibina di pinggir kawasan taman rekreasi. 
  16. Di hujung kaki Bukit Nibung sebelah selatan dibina satu kawasan safari yang menempatkan binatang-binatang buas yang dapat dilihat oleh pengunjung pada sepanjang masa.
  17. Sebuah masjid baharu dibina di tapak surau lama kampung Bukit Nibung/Bukit Jenun.

No comments:

Post a Comment