Tuesday 27 September 2011

Sifat/sikap buruk Muhsin yang tidak patut dicontohi dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Daripada penelitian yang dilakukan terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, Muhsin iaitu abang Jalil merupakan seorang watak yang agak kontroversi. Kerana Muhsin menyebabkan ibunya iaitu Mak Teh terpaksa merobohkan rumah di kampung Bukit Nibung dan berpindah membuat rumah baru di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak. Kerana Muhsin jugalah Jalil menjadi mangsa dan hidup sengsara di kampung tumpah darahnya sendiri, iaitu di kampung Bukit Nibung. Daripada senario di atas, kita dapati banyak sifat/sikap buruk yang ada pada watak Muhsin. Di antara perlakuan buruknya yang tidak boleh dijadikan teladan ialah:
  1. Muhsin seorang yang malas bekerja menjadi penganggur.
  2. Muhsin seorang yang malas belajar, bersekolah setakat tingkatan tiga.
  3. Seorang yang suka lepak
  4. Lari meninggalkan kampung dan keluarga ke Kuala Lumpur.
  5. Tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Sejak tinggal di Kuala Lumpur tidak pernah pulang ke kampung menjenguk ibunya dan tidak pernah menghantar wang.
  6. Muhsin seorang yang penipu, iaitu dia menipu ibu dan ayahnya arwah Pak Teh dengan mengatakan motorsikalnya dirompak orang di tengah jalan. Padahal dia yang menjualnya.
  7. Berkhalwat, iaitu Muhsin ditangkap basah dengan seorang gadis di Kuala Lumpur menyebabkan ibunya/Mak Teh terpaksa pergi ke Kuala Lumpur.
  8. Seorang yang suka mencuri, iaitu Muhsin telah memecah masuk ke kedai Ah Bee dan mengambil pelbagai makanan.
  9. Penagih dadah, iaitu Muhsin ditangkap di Kuala Lumpur dan dimasukkan ke dalam penjara kerana menghisap dadah
  10. Sebaik dibebaskan dari penjara, Muhsin insaf dan kembali ke kampung menjaga ibunya/Mak Teh yang sudah tua ( Ini sifat baik yang harus kita puji )

No comments:

Post a Comment