Monday 26 September 2011

Kejayaan-kejayaan watak Jalil dalam novel Dari Lembah ke Puncak ( Ghazali Lateh )

Daripada kajian secara intensif terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, watak utama Jalil pada usia remajanya terlalu banyak cabaran hidup yang dialami di kampung kelahiran sendiri iaitu kampung Bukit Nibung. Tetapi dengan ketabahan dan kegigihan serta semangat kental yang ada padanya, semua halangan tersebut dapat diatasi sehingga akhirnya beliau muncul sebagai wira kejayaan yang tiada tolak banding dengan sesiapa pun di kampung tersebut. Di antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh watak Jalil di atas landasan kesengsaraan hidup tersebut ialah:
  1. Jalil lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM di SM. Guar Cempedak.
  2. Berjaya memperluaskan perniagaan seni lukis bersama dengan abang Joe sehingga mendapat kontrak dengan hotel-hotel besar di sekitar Kuala Lumpur.
  3. Jalil berjaya melanjutkan pelajarannya selepas SPM ke UPM dalam bidang landskap dan seni taman.
  4. Berjaya dengan cadangan projek gunting rambut pelajar sekolah ke seluruh negara yang dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Berjaya menubuhkan Syarikat Alam Hijau bersama dengan abang Joe untuk mengendalikan komisyen hak cipta dan cadangan mereka ( projek gunting rambut ).
  6. Berjaya dalam pengajian di UPM dalam bidang Landskap dan seni taman.
  7. Berjaya mendapat lesen kontrak daripada kerajaan dalam bidang seni taman dan landskap.
  8. Jalil berjaya mendapat trofi CEO of the year daripada menteri perdagangan dalam negeri.
  9. Berjaya bertemu semula dengan Latifah ( orang yang banyak membantunya ketika di kampung pada zaman remaja )  selepas berbelas-belas tahun berpisah. Pertemuan berlaku semasa proses temuduga di Wisma Nibung untuk jawatan pegawai akaun Syarikat Alam Hijau.
  10. Jalil berjaya membeli kesemua tanah penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun termasuk kedua-dua buah bukit untuk projek pembinaan Taman Tema Air Bukit Nibung.
  11. Berjaya membentangkan kertas kerja Projek Taman Tema Air Bukit Nibung dalam mesyuarat lembaga pengarah Syarikat Alam Hijau. Lembaga pengarah syarikat telah bersetuju dengan cadangan projeknya yang menelan kos sebanyak RM50 juta.
  12. Jalil telah berjaya mendapat restu ibunya di kampung untuk membangunkan projek Taman Tema Bukit Nibung Park.
  13. Berjaya mempengaruhi dan mendapat persetujuan daripada penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun menjualkan tanah mereka kepada Syarikat Alam Hijau untuk tapak cadangan membangunkan Taman Tema Nibung Park.
  14. Berjaya membayar harga tanah dan pampasan yang agak lumayan iaitu RM100 ribu se hektar kepada penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
  15. Jalil berjaya mendapat balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh ibunya kepad Pak Amat.
  16. Berjaya membangunkan/melaksanakan projek Taman Tema Nibung Park dengan lancar.
  17. Jalil berjaya memujuk Latifah menerima tawaran sebagai pegawai akaun Syarikat Alam Hijau kepunyaannya.
  18. Berjaya  memujuk dan membawa ibunya berpindah dari kampung Banggol Lalang ke rumah baru yang dibinanya di bekas tapak rumahnya dahulu di kampung Bukit Nibung.
  19. Jalil berjaya menjemput menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan merasmikan pembukaan Taman Tema Nibung Park dengan meriahnya.
  20. Dan yang paling puncak, Jalil berjaya menawan hati Latifah dan  berkahwin dengannya.

No comments:

Post a Comment