Saturday 28 April 2012

Watak dan perwatakan Raden Kesuma Wati dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu/antagonis
  2. Puteri Raja Indera Kemala Putera dengan isteri pertama.
  3. Kakanda kepada Raden Kesuma Ningrat
  4. Masih gadis/belum berkahwin
  5. Sesat di Gunung Anta Dewa dan bertemu dengan seekor anak kera putih lalu memeliharanya
  6. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana sayang kepada ayahandanya yang sakit tenat.
  7. Seorang yang percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga  naga di atas Gunung Meraksa  Dewa.
  8. Seorang yang bertanggungjawab, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab mencari telur burung merpati putih untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya.
  9. Seorang yang berani, contoh Raden Kesuma Wati berani mengembara seorang diri di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih di dalam telinga naga.
  10. Seorang yang  tabah/gigih, contoh Raden Kesuma Wati tabah mengembara di dalam hutan dengan menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  11. Seorang yang merendah diri/patuh/taat kepada orang tua, contoh Raden Kesuma Wati merendah diri dengan sujud di kaki Tuan Puteri Indera Maya sambil meminta maaf dan ampun di atas kesalahannya yang lalu.
  12. Seorang  yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh Raden Kesuma Wati telah menikam dan membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya di atas Gunung Meraksa Dewa kerana enggan memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  13. Seorang yang tamak haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak kerana meminta telur burung merpati putih kepunyaan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya secara paksa setelah telur burung merpati putih kepunyaannya hilang.
  14. Seorang yang suka mencuri, contoh Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan/kuih-muih di kedai/gerai dalam pasar di Negeri Indera Buangan.
  15. Seorang yang berniat jahat/pendendam/pendengki, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat dengan menolak Raden Kesuma Ningrat dari atas Gunung Meraksa Dewa jatuh ke laut dengan niat untuk membunuhnya.
  16. Seorang yang tidak mengenang budi/jasa baik orang lain, contoh Raden Kesuma Wati tidak mengenang jasa baik Raden Kesuma Ningrat yang menolongnya mendapatkan telur burung merpati putih dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  17. Seorang yang dijadikan sebagai gembala kambing, contoh Raden Kesuma Ningrat memerintahkan Raden Kesuma Wati menjadi gembala kambingnya sebagai bayaran terhadap hutang makanan yang dibayar oleh Raden Kesuma Ningrat kepada pemilik kedai makanan yang dicurinya.
  18. Dan isi-isi lain yang sesuai ............... sila rujuk teks/cerita asal.

Friday 27 April 2012

Watak dan Perwatakan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu
  2. Puteri Raja Syah Dewa Alam dari Negeri Melaka Pura
  3. Masih gadis/belum berkahwin
  4. Menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Bangbang Gajah Merta
  5. Berkahwin dengan Tuan Puteri Ratna Melur/puteri Raja Negeri Kesambi Pura
  6. Mati dibunuh/ditikam oleh Raden Kesuma Wati di atas Gunung Meraksa Dewa.
  7. Seorang yang penyanyang, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sayang kepada ayahandanya Raja Syah Dewa Alam sehingga sanggup pergi mengembara ke dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung  merpati putih yang hendak dimakan oleh ayahandanya.
  8. Seorang yang percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu telur burung merpati putih terdapat dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  9. Seorang yang berani, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya berani mengembara seorang diri di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung Merpati putih yang bersarang dalam telinga naga.
  10. Seorang yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh/menikam hulubalang pahlawan yang sedang tidur di hutan dan merampas kuda hitam serta peralatan pakaian hulubalang tersebut.
  11. Seorang yang bijaksana, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bijak mengambil buah limau nipis di dalam lubang tanah/bumi menggunakan tiga jari dengan menuang air ke dalam lubang bumi/tanah tersebut.
  12. Seorang yang tegas pendirian, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya bertegas tidak memberi telur burung  merpati putih kepunyaannya yang diminta oleh Raden Kesuma Wati. 
  13. Seorang yang mempunyai kuasa kesaktian/luar biasa, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cayaha menggunakan kesaktiannya mengeluarkan pelbagai jenis hidangan makanan dari cembulnya untuk makanan Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati di dalam hutan rimba. 
  14. Seorang yang tabah/gigih, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tabah menghadapi pelbagai cabaran di hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih. 
  15. Seorang yang suka memberi nasihat, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya memberi nasihat kepada Raden Kesuma Wati supaya tidak membuat jahat kepada Raden Kesuma Ningrat.
  16. Seorang yang patuh/taat/setia, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya patuh/taat/setia kepada singa besar yang memintanya menunggu kehadiran Raden Kesuma Ningrat dengan berada di dalam telinganya/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya patuh/taat/setia kepada permintaan Raja Negeri Kesambi Pura supaya tinggal dan bermain-main di negerinya untuk sehari dua kerana baginda hendak memberikan hadiah.
  17. Seorang  yang penyabar, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sabar menunggu kedatangan Raden Kesuma Ningrat di dalam telinga singa.
  18. Dan isi-isi  lain yang sesuai ................. sila rujuk cerita/teks asal.

Watak dan perwatakan Raden Kesuma Ningrat dalam Hikayat Cedawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak utama/protagonis
  2. Putera kepada Raja Indera Kemala Putera/Tuan Puteri Indera Maya
  3. Adik tiri kepada Raden Kesuma Wati
  4. Masih muda/belum berkahwin/beristeri
  5. Dihalau oleh ayahandanya Raja Indera Kemala Putera dari istana kerana fitnah kakaknya Raden Kesuma Wati
  6. Tinggal bersama dengan bondanya Tuan Puteri Indera Maya di negeri Indera Buangan/dalam hutan
  7. Mempunyai ladang ternakan kambing
  8. Jatuh ke laut Gunung Meraksa Dewa kerana ditolak oleh kakaknya Raden Kesuma Wati
  9. Mempunyai kuasa sakti/kesaktian, contoh Raden Kesuma Ningrat dapat mengeluarkan air dari puncak pohon beringin untuk minuman Raden Kesuma Wati yang  kehausan/Dapat mengambil telur burung merpati putih dalam telinga naga di Gunung Meraksa Dewa.
  10. Seorang yang berani, contoh Raden Kesemua Ningrat berani mengembara di hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga untuk diberi kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
  11. Seorang yang baik hati, contoh Raden Kesuma Ningrat baik  hati dengan tolong membayar hutang harga makanan kepada pemilik  gerai yang dicuri oleh Raden Kesuma Wati.
  12. Seorang yang adil, contoh Raden Kesuma Ningrat bersikap adil dengan  memberi sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga  naga kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
  13. Seorang yang  suka menolong/membantu orang  lain, contoh Raden Kesuma Ningrat menolong Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya mendapatkan/mengambil telur burung merpati putih dari dalam telinga naga di Gunung Meraksa Dewa yang dikehendaki mereka.
  14. Seorang yang jujur/iklas, contoh Raden Kesuma Ningrat jujur/ikhlas menolong  mendapatkan telur burung merpati putih kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan  Puteri Pelinggam Cahaya.
  15. Seorang yang bertanggungjawab, contoh Raden Kesuma Ningrat bertanggungjawab menjaga keselamatan Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya daripada ancaman binatang buas dan raksasa sepanjang dalam perjalanan di hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa.
  16. Seorang yang tabah/gigih, contoh Raden Kesuma Ningrat tabah mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang dikehendaki oleh Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
  17. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Raden Kesuma Ningrat kasih dan sayang kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.
  18. Dan isi-isi lain ................sila rujuk cerita/teks asal.

Wednesday 25 April 2012

Tema dan persoalan-persoalan dalam Hikayat Cedawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tema

Cerita Hikayat Cendawan Putih bertemakan usaha gigih putera-puteri raja dalam mencari sesuatu untuk orang tuanya. Misalnya Raden Kesuma Wati dan Raden Kesuma Ningrat sanggup menghadapi pelbagai cabaran di hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga sebagai ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang. Demikian juga Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sanggup memasuki hutan rimba dengan menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga semata-mata untuk memenuhi hasrat ayahandanya Raja Syah Dewa Alam yang bermimpi makan telur burung merpati putih.

Persoalan-persoalan
  1. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Ningrat pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya pergi ke Gunung Meraksa Dewa untuk mencari telur burung merpati putih kerana ayahandanya Raja Syah Dewa Alam bermimpi makan telur burung merpati putih.
  2. Kasih sayang anak terhadap ibu bapa/orang tua atau kasih sayang ibu bapa terhadap anak, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana kasih/sayang kepada ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya kasih/sayang kepada ayahandanya Raja Syah Dewa Alam sehingga sanggup keluar mengembara sendirian untuk mencari telur burung merpati putih yang hendak dimakan oleh ayahandanya/Tuan Puteri Indera Maya iaitu bonda kepada Raden Kesuma Ningrat kasih/sayang kepada Raden Kesuma Ningrat dengan memerintahkan menteri, mangkubumi, hulubalang, pahlawan dan rakyat pergi mencarinya di laut Gunung Meraksa Dewa kerana ditolak jatuh oleh Raden Kesuma Wati.
  3. Percaya kepada ahli nujum dalam menentukan sesuatu perkara, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang memberitahu kepadanya ubat untuk menyembuhkan ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang terdapat dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  4. Berpoligami/beristeri lebih daripada satu, contoh Raja Indera Kemala Putera beristeri dua, iaitu Tuan Puteri Indera Maya bonda kepada Raden Kesuma Ningrat ( isteri kedua ) dan bonda kepada Raden Kesuma Wati ( isteri pertama ).
  5. Percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu telur burung merpati putih bersarang dalam teliga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  6. Dengki/dendam/iri hati/fitnah terhadap seseorang untuk kepentingan diri sendiri, contoh Raden Kesuma Wati dengki/dendam kepada Raden Kesuma Ningrat dan bondanya Tuan Puteri Indera Maya dan sanggup membuat fitnah sehingga ayahandanya/suaminya/Raja Indera Kemala Putera menghalau mereka berdua ke dalam hutan rimba.
  7. Menyamar diri dari perempuan kepada lelaki, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang tiba di negeri Kesambi Pura telah menyamar sebagai lelaki dengan menggunakan nama Bangbang Gajah Merta.
  8. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara/masalah, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Bangbang Gajah Merta bijak mengambil buah limau nipis di dalam lubang bumi menggunakan tiga jari dengan cara menuangkan air ke dalam lubang tanah menyebabkan buah limau tersebut timbul di permukaan lubang tanah.
  9. Keberanian mempertahankan hak/tanah air/negeri, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari menentang/berperang dengan Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari yang menyerang negeri Indera Buangan. Raja Paksi Dewa tewas, ditangkap dan dipenjarakan.
  10. Kesaktian seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat menggunakan kesaktiannya dengan mengeluarkan air dari puncak pohon beringgin untuk diminum oleh Raden Kesuma Wati yang kehausan di dalam hutan/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menggunakan kesaktiannya mengeluarkan hidangan pelbagai jenis makanan untuk makanan mereka bertiga di dalam hutan.
  11. Menceroboh hak orang lain, contoh Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menyerang negeri Indera Buangan untuk merampas Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratni Sari untuk dijadikan isterinya.
  12. Kezaliman/tidak berperikemanusiaan kepada seseorang, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh hulubalang pahlawan yang sedang tidur di hutan dan merampas kuda hitam serta peralatan pakaiannya/Raden Kesuma Wati membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya kerana enggang memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  13. Mencuri/mengambil hak seseorang tanpa pengetahuan pemiliknya, contoh Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan/kuih-muih di kedai/gerai di tengah pasar di negeri Indera Buangan tanpa pengetahuan pemiliknya.
  14. Berniat jahat kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Wati menolak Raden Kesuma Ningrat jatuh ke dalam laut Gunung Meraksa Dewa kerana jahat.
  15. Bersimpati/belas kasihan/baik hati, contoh Raden Kesuma Ningrat baik hati/bersimpati kepada Raden Kesuma Wati dengan tolong membayar harga hutang makanan/kuih-muih yang dimakannya kepada pemilik kedai/gerai.
  16. Tolong-menolong di antara sesama manusia, contoh Raden Kesuma Ningrat sanggup mengembara ke dalam hutam rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang dikehendaki oleh Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya setelah diajak oleh mereka berdua.
  17. Perbuatan jahat akan menerima pembalasan yang setimpal, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang membunuh hulubalang pahlawan di hutan rimba akhirnya juga mati dibunuh oleh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Wati yang berbuat jahat dan dendam kepada Raden Kesuma Ningrat akhirnya tiba di Gunung Anta Dewa dan berkawan dengan anak kera putih/telur burung merpati putihnya hilang / disambar oleh burung merbah.
  18.  Patuh/taat/setia kepada arahan/perintah/pemimpin, contoh raksasa/harimau/singa patuh kepada Raden Kesuma Ningrat supaya tidak mengikutinya di dalam hutan kerana Raden Kesuma Wati takut/Mangkubumi/menteri/hulubalang/rakyat negeri Indera Buangan patuh/taat/setia kepada Tuan Puteri Indera Maya/Tuan Puteri Ratna Sari  yang menyuruh supaya pergi ke laut Gunung Meraksa Dewa mencari Raden Kesuma Ningrat yang jatuh ke laut kerana ditolak oleh Raden Kesuma Wati.
  19. Sikap adil dan jujur seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat adil dan jujur kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya iaitu dengan memberikan sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  20. Kegigihan/kerajinan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang sukar, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/rajin berusaha meredah hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur burung merpati putih yang terdapat dalam telinga naga.
  21. Dan isi-isi lain yang sesuai............. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

Sunday 22 April 2012

Peristiwa pertemuan Raden Kesuma Wati dengan Raden Kesuma Ningrat dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Raja Indera Kemala Putera iaitu ayahanda Raden Kesuma Wati sakit tenat selepas berperang.
  2. Raden Kesuma Wati menjadi susah hati dan selalu menangis mengenangkan nasib ayahandanya.
  3. Ahli nujum memberitahu hanya telur burung merpati putih yang terdapat dalam telinga naga di Gunung Meraksa Dewa boleh dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya.
  4. Raden Kesuma Wati menyuruh mangkubumi, menteri, hulubalang dan rakyat pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih tersebut, tetapi gagal mendapatkannya.
  5. Raden Kesuma Wati sendiri pergi mengembara ke dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung  merpati putih tersebut.
  6.  Raden Kesuma Wati tiba/memasuki negeri Indera Buangan.
  7. Raden Kesuma Wati yang terlalu lapar telah mencuri makanan di sebuah gerai/kedai di tengah pasar di negeri tersebut.
  8. Raden Kesuma Wati ditangkap oleh pemilik gerai/kedai makanan tersebut.
  9. Raden Kesuma Wati yang ditangkap telah dibawa oleh pemilik gerai/kedai mengadap Raden Kesuma Ningrat di istana Negeri Indera Buangan.
  10. Pemilik gerai/kedai mengadu kepada Raden Kesuma Ningrat bahawa Raden Kesuma Wati telah mencuri/mengambil makanan di kedai tanpa pengetahuannya/tidak membayar.
  11. Raden Kesuma Ningrat tolong membayar harga makanan yang dimakan oleh Raden Kesuma Wati kepada pemilik gerai/kedai.
  12. Raden Kesuma Ningrat memerintahkan Raden Kesuma Wati menjadi gembala kambingnya.
  13. Raden Kesuma Ningrat bertanya bondanya Tuan Puteri Indera  Maya siapa Raden Kesuma Wati.
  14. Tuan Puteri Indera Maya memberitahu kepada Raden Kesuma Ningrat bahawa Raden Kesuma Wati ialah adik-beradiknya/kakak sulungnya/saudaranya iaitu puteri kepada Raja Indera Kemala Putera dengan isteri tua/pertamanya.
  15. Selepas bertemu dan berkenalan Raden Kesuma Wati mengajak Raden Kesuma Ningrat pergi ke Gunung Meraksa Dewa untuk mencari telur burung merpati putih sebagai ubat untuk ayahandanya yang sedang sakit tenat.