Wednesday 25 April 2012

Tema dan persoalan-persoalan dalam Hikayat Cedawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Tema

Cerita Hikayat Cendawan Putih bertemakan usaha gigih putera-puteri raja dalam mencari sesuatu untuk orang tuanya. Misalnya Raden Kesuma Wati dan Raden Kesuma Ningrat sanggup menghadapi pelbagai cabaran di hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga sebagai ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang. Demikian juga Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sanggup memasuki hutan rimba dengan menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang bersarang dalam telinga naga semata-mata untuk memenuhi hasrat ayahandanya Raja Syah Dewa Alam yang bermimpi makan telur burung merpati putih.

Persoalan-persoalan
  1. Tanggungjawab anak terhadap ibubapa/orang tua, contoh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Ningrat pergi ke Gunung Meraksa Dewa mencari telur burung merpati putih sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat selepas berperang/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya pergi ke Gunung Meraksa Dewa untuk mencari telur burung merpati putih kerana ayahandanya Raja Syah Dewa Alam bermimpi makan telur burung merpati putih.
  2. Kasih sayang anak terhadap ibu bapa/orang tua atau kasih sayang ibu bapa terhadap anak, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana kasih/sayang kepada ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya kasih/sayang kepada ayahandanya Raja Syah Dewa Alam sehingga sanggup keluar mengembara sendirian untuk mencari telur burung merpati putih yang hendak dimakan oleh ayahandanya/Tuan Puteri Indera Maya iaitu bonda kepada Raden Kesuma Ningrat kasih/sayang kepada Raden Kesuma Ningrat dengan memerintahkan menteri, mangkubumi, hulubalang, pahlawan dan rakyat pergi mencarinya di laut Gunung Meraksa Dewa kerana ditolak jatuh oleh Raden Kesuma Wati.
  3. Percaya kepada ahli nujum dalam menentukan sesuatu perkara, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang memberitahu kepadanya ubat untuk menyembuhkan ayahandanya Raja Indera Kemala Putera yang sakit tenat ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang terdapat dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  4. Berpoligami/beristeri lebih daripada satu, contoh Raja Indera Kemala Putera beristeri dua, iaitu Tuan Puteri Indera Maya bonda kepada Raden Kesuma Ningrat ( isteri kedua ) dan bonda kepada Raden Kesuma Wati ( isteri pertama ).
  5. Percaya kepada mimpi, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya percaya kepada mimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu telur burung merpati putih bersarang dalam teliga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  6. Dengki/dendam/iri hati/fitnah terhadap seseorang untuk kepentingan diri sendiri, contoh Raden Kesuma Wati dengki/dendam kepada Raden Kesuma Ningrat dan bondanya Tuan Puteri Indera Maya dan sanggup membuat fitnah sehingga ayahandanya/suaminya/Raja Indera Kemala Putera menghalau mereka berdua ke dalam hutan rimba.
  7. Menyamar diri dari perempuan kepada lelaki, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang tiba di negeri Kesambi Pura telah menyamar sebagai lelaki dengan menggunakan nama Bangbang Gajah Merta.
  8. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara/masalah, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Bangbang Gajah Merta bijak mengambil buah limau nipis di dalam lubang bumi menggunakan tiga jari dengan cara menuangkan air ke dalam lubang tanah menyebabkan buah limau tersebut timbul di permukaan lubang tanah.
  9. Keberanian mempertahankan hak/tanah air/negeri, contoh Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratna Sari menentang/berperang dengan Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari yang menyerang negeri Indera Buangan. Raja Paksi Dewa tewas, ditangkap dan dipenjarakan.
  10. Kesaktian seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat menggunakan kesaktiannya dengan mengeluarkan air dari puncak pohon beringgin untuk diminum oleh Raden Kesuma Wati yang kehausan di dalam hutan/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya menggunakan kesaktiannya mengeluarkan hidangan pelbagai jenis makanan untuk makanan mereka bertiga di dalam hutan.
  11. Menceroboh hak orang lain, contoh Raja Paksi Dewa dari negeri Agung Sari menyerang negeri Indera Buangan untuk merampas Tuan Puteri Indera Maya dan Tuan Puteri Ratni Sari untuk dijadikan isterinya.
  12. Kezaliman/tidak berperikemanusiaan kepada seseorang, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya membunuh hulubalang pahlawan yang sedang tidur di hutan dan merampas kuda hitam serta peralatan pakaiannya/Raden Kesuma Wati membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya kerana enggang memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  13. Mencuri/mengambil hak seseorang tanpa pengetahuan pemiliknya, contoh Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan/kuih-muih di kedai/gerai di tengah pasar di negeri Indera Buangan tanpa pengetahuan pemiliknya.
  14. Berniat jahat kepada seseorang, contoh Raden Kesuma Wati menolak Raden Kesuma Ningrat jatuh ke dalam laut Gunung Meraksa Dewa kerana jahat.
  15. Bersimpati/belas kasihan/baik hati, contoh Raden Kesuma Ningrat baik hati/bersimpati kepada Raden Kesuma Wati dengan tolong membayar harga hutang makanan/kuih-muih yang dimakannya kepada pemilik kedai/gerai.
  16. Tolong-menolong di antara sesama manusia, contoh Raden Kesuma Ningrat sanggup mengembara ke dalam hutam rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mendapatkan telur burung merpati putih yang dikehendaki oleh Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya setelah diajak oleh mereka berdua.
  17. Perbuatan jahat akan menerima pembalasan yang setimpal, contoh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang membunuh hulubalang pahlawan di hutan rimba akhirnya juga mati dibunuh oleh Raden Kesuma Wati/Raden Kesuma Wati yang berbuat jahat dan dendam kepada Raden Kesuma Ningrat akhirnya tiba di Gunung Anta Dewa dan berkawan dengan anak kera putih/telur burung merpati putihnya hilang / disambar oleh burung merbah.
  18.  Patuh/taat/setia kepada arahan/perintah/pemimpin, contoh raksasa/harimau/singa patuh kepada Raden Kesuma Ningrat supaya tidak mengikutinya di dalam hutan kerana Raden Kesuma Wati takut/Mangkubumi/menteri/hulubalang/rakyat negeri Indera Buangan patuh/taat/setia kepada Tuan Puteri Indera Maya/Tuan Puteri Ratna Sari  yang menyuruh supaya pergi ke laut Gunung Meraksa Dewa mencari Raden Kesuma Ningrat yang jatuh ke laut kerana ditolak oleh Raden Kesuma Wati.
  19. Sikap adil dan jujur seseorang, contoh Raden Kesuma Ningrat adil dan jujur kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya iaitu dengan memberikan sebiji seorang telur burung merpati putih yang diambil dari dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  20. Kegigihan/kerajinan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang sukar, contoh Raden Kesuma Wati/Tuan Puteri Pelinggam Cahaya/Raden Kesuma Ningrat gigih/rajin berusaha meredah hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur burung merpati putih yang terdapat dalam telinga naga.
  21. Dan isi-isi lain yang sesuai............. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.

No comments:

Post a Comment