Saturday 28 April 2012

Watak dan perwatakan Raden Kesuma Wati dalam Hikayat Cendawan Putih ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )

  1. Watak pembantu/antagonis
  2. Puteri Raja Indera Kemala Putera dengan isteri pertama.
  3. Kakanda kepada Raden Kesuma Ningrat
  4. Masih gadis/belum berkahwin
  5. Sesat di Gunung Anta Dewa dan bertemu dengan seekor anak kera putih lalu memeliharanya
  6. Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Raden Kesuma Wati susah hati dan menangis kerana sayang kepada ayahandanya yang sakit tenat.
  7. Seorang yang percaya kepada ahli nujum, contoh Raden Kesuma Wati percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuh penyakit ayahandanya ialah dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga  naga di atas Gunung Meraksa  Dewa.
  8. Seorang yang bertanggungjawab, contoh Raden Kesuma Wati bertanggungjawab mencari telur burung merpati putih untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya.
  9. Seorang yang berani, contoh Raden Kesuma Wati berani mengembara seorang diri di dalam hutan rimba untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa mengambil telur burung merpati putih di dalam telinga naga.
  10. Seorang yang  tabah/gigih, contoh Raden Kesuma Wati tabah mengembara di dalam hutan dengan menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk pergi ke Gunung Meraksa Dewa bagi mengambil telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga.
  11. Seorang yang merendah diri/patuh/taat kepada orang tua, contoh Raden Kesuma Wati merendah diri dengan sujud di kaki Tuan Puteri Indera Maya sambil meminta maaf dan ampun di atas kesalahannya yang lalu.
  12. Seorang  yang zalim/tidak berperikemanusiaan, contoh Raden Kesuma Wati telah menikam dan membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya di atas Gunung Meraksa Dewa kerana enggan memberi telur burung merpati putih yang dimintanya.
  13. Seorang yang tamak haloba, contoh Raden Kesuma Wati tamak kerana meminta telur burung merpati putih kepunyaan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya secara paksa setelah telur burung merpati putih kepunyaannya hilang.
  14. Seorang yang suka mencuri, contoh Raden Kesuma Wati telah mencuri makanan/kuih-muih di kedai/gerai dalam pasar di Negeri Indera Buangan.
  15. Seorang yang berniat jahat/pendendam/pendengki, contoh Raden Kesuma Wati berniat jahat dengan menolak Raden Kesuma Ningrat dari atas Gunung Meraksa Dewa jatuh ke laut dengan niat untuk membunuhnya.
  16. Seorang yang tidak mengenang budi/jasa baik orang lain, contoh Raden Kesuma Wati tidak mengenang jasa baik Raden Kesuma Ningrat yang menolongnya mendapatkan telur burung merpati putih dalam telinga naga di atas Gunung Meraksa Dewa.
  17. Seorang yang dijadikan sebagai gembala kambing, contoh Raden Kesuma Ningrat memerintahkan Raden Kesuma Wati menjadi gembala kambingnya sebagai bayaran terhadap hutang makanan yang dibayar oleh Raden Kesuma Ningrat kepada pemilik kedai makanan yang dicurinya.
  18. Dan isi-isi lain yang sesuai ............... sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment