KERTAS PANDANGAN
- Tajuk
Persediaan
Pengurusan Guru Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Sebelum Masuk Kelas
- Latar Belakang
2.1. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik, penasihat,
penunjuk cara, penyelesai masalah, mentor, pembimbing, motivator, penilai, rakan,
ayah dan ibu di sekolah atau di kelas.
2.2. Pelajar/murid merupakan sasaran, pelanggan atau pesakit
yang perlukan suntikan ( ilmu/pengetahuan, semangat, bimbingan, nasihat,
petunjuk, teguran, larangan dan sebagainya ).
2.3. Kelas merupakan lokasi atau gelanggang pertemuan,
perbicaraan, perbincangan dan interaksi di antara murid dengan guru.
2.4.
Pertemuan di antara guru dengan murid di kelas yang
dikawal oleh jadual waktu atau masa untuk menyampaikan suntikan ilmu atau bahan
ilmiah secara terancang dianggap sebagai pendidikan formal ( Pendidikan formal
dikawal oleh pelbagai elemen )
2.5. Produk atau 'out put' daripada hasilan pendidikan formal ialah
berlakunya perubahan ke atas diri pelajar sama ada berupa fakta
yang dapat dilihat atau pun sebaliknya.
2.6. Terdapat tiga tahap/peringkat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran formal, iaitu peringkat sebelum masuk kelas, semasa dalam
kelas dan selepas tamat kelas )
- Takrifan
Persediaan Pengurusan Guru Sebelum Masuk Kelas
bermaksud guru seharus dan semestinya
terlebih dahulu mempunyai persediaan yang mantap dalam segala
aspek sebelum menjejak kaki ke kelas untuk memulakan pengajaran dan
pembelajaran bersama dengan pelajar.
- Rasional
4.1.
Beban tugas guru di sekolah yang semakin bertambah dan
mencabar.
4.2. Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu
merupakan subjek elektif di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (
SPM ).
4.3. Kumpulan pelajar yang ditawarkan mata
pelajaran ini terdiri daripada pelajar lemah atau kumpulan kelas ketiga.
4.4. Bilangan pelajar atau peratusan yang
mendapat keputusan kecermalangan A+, A dan A- di peringkat peperiksaan SPM di
sebahagian besar sekolah amat kecil.
4.5.
Masih
terdapat sekolah yang pencapaiannya di bawah par/SPR ( sekolah pencapaian
rendah ). Peratusan umum di bawah 50% di peringkat peperiksaan SPM.
4.6. Banyak aspek dan maklumat yang perlu
didokumentasikan.
4.7. Kurikulm KM Semakan Semula 2002,
penambahbaikan Sukatan Pelajaran, aras teks yang tinggi, kesukaran format
soalan baru dan skema jawapan peperiksaan yang tidak konsisten mempengaruhi
pencapaian keputusan peperiksaan pelajar.
4.8. Tanggapan luar yang menganggap kelemahan
pelajar berpunca daripada guru yang tidak berkualiti dan bersedia.
4.9. Profesion guru ialah gelanggang akademik
dan professional.
- Objektif
5.1.
Guru sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.
5.2. Proses pengajaran dan pembelajaran di
kelas akan berjalan dengan lancar dan berkesan.
5.3.
Menyakinkan pihak pentadbir sekolah.
5.4.
Memenuhi kehendak sekolah, PPD, JPN dan KPM.
5.5.
Memudahkan semua pihak yang memerlukan maklumat segera.
5.6. Dapat menambah dan menarik minat pelajar.
5.7. Menjadi
‘rolle of model’ kepada guru-guru lain.
5.8. Memberi keyakinan kepada diri sendiri.
5.9. Menepati kehendak Kurikulum dan Sukatan
Pelajaran Semakan Semula 2002.
5.10. Menepati
ciri-ciri profesionalisme keguruan.
- Matlamat
Matlamat yang hendak dicapai melalui tahap
persediaan pengurusan guru sebelum masuk kelas ialah supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan di kelas dapat menghasilkan produk yang cemerlang baik dari segi sasiah pelajar mahu
pun pencapaian dalam semua jenis peperiksaan.
- Aspek-Aspek Persediaan Pengurusan Guru
7.1.
Ilmu/Pengetahuan Sastera
·
Teori/asas sastera ( definisi, jenis, bentuk,
ciri-ciri dan peranan )
·
Sejarah
perkembangan ( sastera tradisional dan sastera moden )
·
Genre/Teks/Cerita
semasa yang digunakan
·
Istilah sastera
·
Konsep istilah sastera
·
Kandungan Kurikulum Semakan Semula 2002
·
Kandungan Sukatan Pelajaran 2002
·
Huraian Sukatan Pelajaran 2002
7.2.
Dokumen Wajib
·
Buku Persediaan Mengajar Guru
·
Sukatan Pelajaran
·
Huraian Sukatan Pelajaran
·
Rancangan Pelajaran Tahunan
·
Rancangan Pelajaran Harian
·
Jadual Waktu Pengajaran Persendirian/Kelas
- Perancangan/Program Tahunan Mata Pelajaran/Panitia
7.3.
Personaliti/Peribadi Guru
·
Fizikal (
sihat, cergas, kemas )
·
Mental
( bersih, tenang, tiada gangguan )
·
Sikap
( yakin diri, bersungguh, bertanggungjawab, berwawasan, intergiri dan bersemangat )
·
Disiplin ( menepati masa, patuh kepada arahan
dan peraturan/pekeliling iktisas )
7.4.
Kemahiran Membina Soalan dan Skema Jawapan
Ujian/Peperiksaan
·
Ujian bulanan
·
Peperiksaan pertengahan tahun
- Peperiksaan akhir tahun/percubaan
No comments:
Post a Comment