- Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja, contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam Saqat/dll.
- Berlatarkan istana, contoh: Istana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja Mesir/istana Raja Peringgi/dll.
- Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan putera-puteri raja/istana, contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri Raja Madinah/Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri Raja Mesir/Tuan Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja Peringgi/dll.
- Ada unsur pengembaraan/merantau, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara mengembara/merantau di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
- Ada unsur/percaya kepada mimpi, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen percaya kepada mimpinya bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja negeri Madinah ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir/dll.
- Ada unsur/percaya kepada ahli nujum, contoh: Muqaddam/Muqaddim percaya kepada ahli nujum yang mengatakan ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk ialah dengan mendapatkan kembang kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir.
- Ada unsur peperangan, contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/rakyat Raja Jin/menteri/hulu balang/mangkubumi/pahlawan negeri Mesir/Peringgi.
- Ada unsur percintaan/berkasih sayang, contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
- Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs, contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun,
Perca diambil akan cemara,
Orang muda baharu bertemu,
Marilah diambil akan saudara.
10. Ada unsur/latar tempat di kayangan/alam ghaib, contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.
11. Ada unsur/latar tempat di alam nyata, contoh di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/dll.
12. Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng, contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat di tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga kuna yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju di laut/Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air laut/dll.
13. Ada watak pembantu khas, contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir yang memeluk agama Islam/dll.
14. Ada unsur Hindu, contoh: Ajar-ajar/Tuan Puteri Ratna Dewi/dll.
15. Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat kembang kuma-kuma putih.
No comments:
Post a Comment