- Jalil mula menyambung pengajiannya di UPM ( Universiti Putra Malaysia ).
- Jalil pergi ke stesen LRT di hadapan Pasar Budaya untuk melihat telatah orang Kuala Lumpur.
- Jalil memerhatikan kelakuan buruk sekumpulan pelajar lelaki ( berambut panjang dan menghisap rokok ) dan perempuan ( tidak bertudung ) di bandar Kuala Lumpur yang baru turun dari LRT.
- Jalil memberi sedekah kepada seorang tua pemain muzik jalanan di lorong laluan untuk pergi ke Perhentian Puduraya.
- Jalil amat bersimpati kepada peminta sedekah berkaki kudung dari bekas tentera yang tiada pembelaan daripada pihak kerajaan.
- Daripada dua pengalaman yang ditemui dan dilihat sendiri, Jalil mengemukakan idea kepada abang Joe untuk membuat projek gunting rambut seluruh negara.
- Jalil pergi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mendapatkan statistik murid lelaki seluruh negara dan jumlah pesara tentera di negara.
- Jalil menyediakan Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara.
- Jalil mengemukakan Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Kertas cadangan projek Jalil berjaya dan diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Jalil dan abang Joe menubuhkan Syarikat Alam Hijau untuk mengendalikan urusan hak cipta dan cadangan mereka.
- Pihak kerajaan ( Kementerian Pelajaran Malaysia ) bersetuju untuk membayar royalti keuntungan projek kepada Syarikat Alam Hijau sebanyak sepuluh peratus, iaitu lebih daripada dua juta pada setiap tahun.
Latar masa:
Masa kini/zaman moden/selepas merdeka, pagi, tengah hari, petang, tengah malam.
Latar tempat:
Di UPM, di Kuala Lumpur, di gerai abang Joe di Pasar Budaya, di rumah abang Joe, di stesen LRT, di lorong menuju ke Hentian Puduraya, di Kementerian Pelajaran Malaysia, di Kementerian Pertahanan Malaysia.