Friday 11 May 2012

Sebab-sebab pantun masih popular di kalangan masyarakat sehingga ke hari ini berbanding dengan puisi-puisi tradisional yang lain

  1. Pantun mudah dicipta/dihasilkan.
  2. Pantun mudah dihafal/diingat.
  3. Pantun menggunakan bahasa yang indah dan menarik.
  4. Pantun digunakan dalam pelbagai majlis ( rasmi dan tidak rasmi )
  5. Adanya majlis pertandingan berpantun anjuran pihak-pihak tertentu.
  6. Pantun digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
  7. Isi-isi pantun relevan dengan isu-isu semasa dan perkembangan masyarakat semasa ( ilmu, nasihat, teguran, sindiran, hiburan, jenaka, keagamaan, komunikasi, perpaduan kaum, percintaan, peminangan, perkahwinan, dan lain-lain ).
  8. Pantun milik asli orang Melayu.
  9. Pantun ada banyak jenis/variasi ( nasihat, budi, kanak-kanak, remaja, keagamaan, kepahlawanan, perantauan, adat-istiadat, jenaka, pendidikan, budaya, etika dan lain-lain.
  10. Pantun ada banyak bentuk ( 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat, 10 kerat, 12 kerat dan berkait )

No comments:

Post a Comment