abazizomar@gmail

Friday, 11 May 2012

Ciri-ciri umum syair

  1. Berangkap.
  2. Bentuk terikat
  3. Empat baris satu rangkap.
  4. Kesemua baris ialah maksud/isi/sampiran.
  5. Rima akhir terikat/sama/aaaa bagi setiap rangkap.
  6. Jumlah bilangan perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6.
  7. Jumlah bilangan suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  8. Dilafazkan secara berlagu ( Lagu rakis, Siti Zubaidah, bangsawan/purbawara, ulik mayang dll ).
  9. Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri.
  10. Di antara satu rangkap dengan rangkap lain ada pertalian masud.
  11. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  12. Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/kisah/cerita/peristiwa.
  13. Isi syair berunsur nasihat/pengajaran/pesanan/ilmu/pendidikan/keagamaan/dakwah/sejarah/peristiwa dll ).
  14. Isi syair bersifat objektif/hakikat/kebenaran.
  15. Sejenis puisi Melayu tradisional dari pengaruh Arab/Farsi.

No comments:

Post a Comment