Friday 11 May 2012

Ciri-ciri umum gurindam

  1. Berangkap.
  2. Ada bentuk terikat dan bentuk bebas.
  3. Bentuk terikat mempunyai rima akhir terikat/sama/aa.
  4. Bentuk terikat mempunyai dua baris serangkap.
  5. Bentuk terikat mempunyai baris pertama sebagai syarat/soalan dan baris kedua merupaka isi/jawapan.
  6. Bentuk terikat jumlah perkataan sebaris di antara 2/3/4 hingga 5/6.
  7. Bentuk terikat jumlah suku kata sebaris di antara 8/9/10 hingga 12/13/14.
  8. Bentuk bebas mempunyai satu rangkap.
  9. Bentuk bebas semua baris merupakan isi/maksud/sampiran.
  10. Bentuk bebas jumlah baris serangkap tidak tentu/bebas.
  11. Bentuk bebas rima akhir bebas/tidak sama.
  12. Bentuk bebas jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak.
  13. Bentuk bebas jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak.
  14. Dilafazkan secara  berlagu.
  15. Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara  di tengah baris.
  16. Isi gurindam bersifat objektif/serius/tiada unsur jenaka/lucu/gurauan.
  17. Isi gurindam berunsur nasihat/pendidikan/pengajaran/keagamaan/teguran/kritikan/teladan.
  18. Isi gurindam bertujuan menyedarkan/menginsafi/berhati-hati.
  19. Isi gurindam lebih berat dan dalam berbanding dengan isi seloka.

1 comment: