Arahan Tugasan Projek ( Sila
baca dengan teliti )
Tujuan siaran arahan ini supaya setiap pelajar mendapat maklumat
yang tepat berhubung dengan tugasan yang
diberikan. Juga supaya dapat memenuhi kehendak guru agar hasilan tugasan
pelajar berkualiti dan menepati masa.
a. Semua pelajar tingkatan lima yang
mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peperiksaan SPM pada tahun ini WAJIB membuat Buku Skrap Mata Pelajaran
Kesusasteraan Melayu.
b. Tempoh masa yang diberikan ialah selama satu
bulan ( 2 Mei - 2 Jun ).
c.
Pelajar
dikehendaki menyerahkan tugasan kepada
guru pada 2 Jun.
d. Terdapat hampir 50 soalan daripada lima buah teks/enam genre.
e. Setiap soalan ada beberapa pecahan kecil.
f. Pelajar mesti menjawab kesemua soalan yang
disediakan dalam bentuk esei.
g. Pelajar boleh merujuk buku teks, buku
nota/catatan, buku ulasan, blog ( AZMAR-PB ), berbincang dengan kawan dan
merujuk kepada guru.
h. Setiap soalan hendaklah disalin
semula dan diikuti oleh jawapan.
i.
Menggunakan
kertas putih bergaris atau A4 kosong.
j.
Tulisan
hendaklah jelas, kemas dan boleh dibaca ( Pen dakwat warna hitam )
k. Menggunakan tulisan tangan sahaja
dibenarkan.
l.
Reka
bentuk kulit bebas, tetapi hendaklah menarik.
m. Hasilan tugasan hendaklah
dijilid/dibindingkan.
n. Warna kertas kulit bebas. Kertas kulit
boleh tebal atau tipis.
o. Butiran yang perlu ditulis di bahagian
muka kulit ialah:
Tajuk: Projek Tugasan Folio: Mata
Pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM 2012
Nama penuh pelajar:
Tingkatan:
Nama Sekolah:
Nama guru penyelaras:
Tarikh/Tahun:
p. Arahan Tugasan dan Set Soalan hendaklah diletakkan di bahagian dalam
selepas kulit bahagian hadapan.
q. Mesti ada bahagian penutup kulit sama
ada kertas tebal atau tipis.
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Cemerlang Sastera,
SMK. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.
Tarikh:21 April, 2012.
Soalan-Soalan
Projek Tugasan Folio Sastera SPM 2012
Bahagian A: Pengertian istilah-istilah teknikal
sastera
- Jelaskan maksud bagi istilah-istilah di bawah dan berikan satu contoh/peristiwa yang sesuai daripada mana-mana genre/cerita/teks:
a) Teknik
imbas kembali
b) Teknik
keadilan impian ( Puitic justice )
c) Teknik/unsur
suspen
d) Konflik
dalaman/jiwa/mental
e) Unsur
surprise/kejutan
f) Klimaks/puncak
cerita
g) Teknik
monolog dalaman
h) Asonansi
i)
Aliterasi
j)
Bahasa kontradiksi
k) Bahasa
personafikasi
l)
Bahasa metafora
m) Bahasa
responsif
n) Bahasa
inversi
o) Bahasa
simile
p) Bahasa
hiperbola
q) Babak
r) Adegan
s) Prolog
t) Epilog
u) Episod
Bahagian B: Pengenalan Kesusasteraan Melayu
- Bandingkan 10 ciri sastera tradisional dengan 10 ciri sastera moden ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
- Senaraikan 15 ciri cerita panji
- Senaraikan 12 ciri cerita lipur lara
- Nyatakan 9 ciri sastera sejarah
- Jelaskan 10 fungsi/peranan puisi tradisional kepada masyarakat Melayu
- Jelaskan 6 jenis gaya bahasa perbandingan beserta contoh
- Jelaskan 8 jenis gaya bahasa pengulangan beserta contoh
Bahagian C: Genre
Novel ( Teks Jeriji Kasih dan Dari
Lembah ke Puncak )
- Nyatakan nama novel Melayu asli pertama tanah air, nama penulis dan tahun diterbitkan.
- Senaraikan 10 unsur novel
- Jelaskan 8 peranan novel dalam masyarakat
- Bandingkan 10 ciri novel dengan 10 ciri cerpen ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
- Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid, jawab soalan-soalan berikut:
a) Peranan
watak cikgu Syakinah terhadap Ruhaiza.
b)
Jelaskan
10 cabaran hidup watak Anuariza
c) Huraikan
12 perwatakan Syed Faris, Syarifah
Farisya dan Solehah
d) Nyatakan
5 bukti Syarifah Farisya mencintai Anuariza.
e)
Jelaskan peristiwa pahit yang berlaku ke atas watak
Ruhaiza pada suatu petang hari Jumaat.
f)
Jelaskan
8 hubungan manusia dengan manusia dan 8 hubungan manusia dengan alam
g)
Huraikan
10 nilai kemanusiaan/murni/moral/akhlak novel Jeriji Kasih
h)
Huraikan
10 peristiwa menggunakan teknik imbas kembali
i)
Bandingkan
8 perwatakan Azuera dengan Syarifah Farisya ( Sila jawab dalam bentuk
perbandingan )
j)
Huraikan
8 kejayaan watak Anuariza.
- Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh:
a)
Huraikan
biodata penulis Ghazali Lateh
b)
Jelaskan
15 perwatakan Jalil
c)
Nyatakan
8 cabaran hidup watak utama/Jalil
d)
Senaraikan
8 kejayaan watak utama/Jalil seperti yang tergambar dalam novel ini.
e)
Berikan
6 sebab Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung, Gurun Kedah, ke Kuala
Lumpur.
f)
Jelaskan
8 keadaan Taman Tema Gurun yang dirancang dan hendak dibina oleh Jalil di
Gurun, Kedah.
g)
Huraikan
10 perwatakan Muhsin yang tidak patut dicontohi.
h)
Nyatakan
3 sebab watak Biah melarikan diri dari kampung ke Kuala Lumpur.
i)
Huraikan
peristiwa pertemuan semula di antara Jalil dengan Latifah selepas berpisah
selama 10 tahun lebih.
j)
Jelaskan
12 perwatakan Latifah.
k)
Huraikan
15 nilai murni beserta contoh yang terdapat dalam novel ini.
l)
Jelaskan
10 pengajaran yang terdapat dalam novel ini.
m)
Bincangkan
15 citra masyarakat yang terdapat dalam novel ini.
n)
Huraikan
10 unsur/peristiwa suspen yang terdapat dalam novel ini.
o)
Jelaskan
bagaimana berakhirnya novel ini.
Bahagian D: Genre Prosa Tradisional ( Teks Seuntai
Kasih Secebis Harapan )
1. Nyatakan
jenis/genre sastera bagi karya di bawah:
a. Hikayat
Indera Nata
b. Hikayat
Cendawan Putih
c. Hikayat
Putera Jayapati
d. Hikayat
Seri Kelantan
e. Hikayat
Nakhoda Muda
f. Hikayat
Caya Langkara
2.
Namakan
tokoh pemisah di antara sastera tradisional dengan sastera moden.
3.
Berdasarkan
Cerita Hikayat Indera Nata, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
tema bagi cerita ini
b.
Senaraikan
2 sebab watak raksasa terlalu marah kepada Indera Nata
c.
Huraikan
10 persoalan beserta contoh.
d.
Jelaskan
15 perwatakan Indera Nata.
e.
Huraikan
12 latar/citra/gambaran masyarakat bagi cerita ini.
f.
Bincangkan
10 mesej/pengajaran cerita ini.
g.
Senaraikan
6 orang isteri kepada Indera Nata
4.
Berdasarkan
cerita Hikayat Cendawan Putih, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Senaraikan
4 orang watak wanita dalam cerita ini.
b.
Nyatakan
2 sebab Raden Kesumawati pergi ke gunung Meraksa Dewa untuk mendapatkan telur
burung merpati putih.
c.
Nyatakan
2 sebab Tuan Puteri Pelinggam Cahaya pergi ke gunung Meraksa Dewa untuk
mendapatkan telur burung merpati putih.
d.
Jelaskan
14 bukti bahawa cerita Hikayat Cendawan Putih ini tergolong dalam salah satu
daripada gendre sastera panji.
e.
Tuan Puteri
Pelinggam Cahaya yang tidur pada satu malam telah bermimpi. Jelaskan isi-isi
mimpi tuan puteri tersebut.
f.
Tuan
Puteri Pelinggam Cahaya yang menyamar sebagai Bangbang Gajah Marta telah dikahwinkan oleh Raja Syah Dewa Alam
dengan puterinya yang bernama Tuan Puteri Ratna Melur di negeri Kesambi Pura.
Ceritakan bagaimana peristiwa ini boleh berlaku.
g.
Jelaskan
2 usaha yang telah dilakukan oleh Raden Kesumawati untuk membunuh adindanya
Raden Kesuma Ningrat.
h.
Huraikan
10 mesej beserta contoh yang terdapat dalam cerita ini.
5.
Berdasarkan
cerita Hikayat Putera Jayapati, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
10 unsur cerita panji yang terdapat dalam cerita ini.
b.
Huraikan
15 perwatakan Putera Jayapati.
c.
Jelaskan
2 sebab Raja Gangga Wijaya marah kepada Tuan Puteri Cendera Nurlaila dan
menyuruh menterinya menangkap puteri tersebut.
d.
Bincangkan
12 persoalan beserta contoh.
e.
Huraikan
10 pengajaran beserta contoh.
f.
Terangkan
15 nilai kemanusiaan beserta contoh.
6.
Berdasarkan
cerita Hikayat Seri Kelantan, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
9 unsur sejarah yang terdapat dalam hikayat ini
b.
Huraikan
12 perwatakan Tuan Puteri Sa’dung
c.
Bincangkan
12 perwatakan Sultan Abdullah
d.
Huraikan
5 unsur sakti/mitos yang terdapat dalam cerita ini.
e.
Terangkan
cara-cara inang menghidupkan semula Tuan Puteri Sa’dung yang mati
dibunuh/dipancung oleh Sultan Abdullah/suaminya.
f.
Senaraikan
7 nama pemerintah ( Sultan atau Raja ) asal negeri Kelantan ( Tanah Serendah
Kebun Bunga Cerangtegayung ) dan berikan
nama kawasan/daerah yang diperintah/tempat pemerintahan.
7.
Berdasarkan
cerita Hikayat Caya Langkara, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Berikan
maksud Caya Langkara
b.
Senaraikan
10 orang watak yang terdapat dalam cerita ini
c.
Raja
Saiful Muluk dari negeri Ajam Saqat mempunyai dua orang isteri. Berikan nama 2
orang isteri baginda tersebut.
d.
Jelaskan
15 perwatakan Caya Langkara
e.
Huraikan
5 cabaran hidup watak Caya Langkara
f.
Terangkan
10 kejayaan hidup yang dicapai oleh watak Caya Langkara
g.
Dalam
cerita ini terdapat 5 orang putera-puteri raja yang ingin mendapatkan kembang
kuma-kuma putih yang terdapat di puncak gunung Mesir. Nyatakan nama 5 orang
putera-puteri raja yang dimaksudkan dan berikan sebab masing-masing.
h.
Jelaskan
3 cara/usaha Muqaddam dan Muqaddim untuk membunuh Caya Langkara.
i.
Huraikan
12 unsur agama yang terdapat dalam cerita ini.
j.
Jelaskan
12 unsur mitos/sakti/luar biasa yang terdapat dalam cerita ini.
k.
Huraikan
8 peranan watak Caya Langkara dalam cerita ini.
l.
Jelaskan
8 peranan watak naga kuna dalam cerita ini.
m.
Huraikan
6 peranan watak kucing putih dan kucing hitam dalam cerita ini.
n.
Jelaskan
5 peranan watak Raja Jin dalam cerita ini.
Bahagian E: Genre Drama ( Teks Madu Ilmu dan Anak
Global )
- Jelaskan maksud drama.
- Nyatakan 8 jenis drama dan bagi setiap jenis drama tersebut, senaraikan paling kurang 6 ciri.
- Bandingkan unsur-unsur drama dengan unsur-unsur novel/cerpen. ( Sila jawab dalam bentuk perbandingan )
- Berikan 4 sebab drama realisme sangat popular di kalangan masyarakat berbanding dengan jenis drama lain.
- Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a. Jelaskan
pemikiran drama ini.
b.
Huraikan 9 unsur sejarah yang terdapat dalam
drama ini.
c.
Bincangkan 12 perwatakan Bendara Tepok.
d.
Nyatakan 10 sebab kejatuhan negeri Melaka ke
tangan penjajah/Portugis.
e.
Senaraikan 2 keistimewaan Lubuk Batu
f.
Jelaskan latar masa, tempat dan peristiwa
berdasarkan babak yang terdapat dalam drama ini.
7. Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala
Dewata, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a. Jelaskan 6 sifat kepahlawanan watak Hang
Tuah.
b.
Huraikan 10 latar/citra masyarakat drama ini.
c.
Jelaskan 10 pengajaran beserta contoh.
d.
Huraikan 5 undang-undang laut lanun yang terdapat dalam drama ini.
e.
Jelaskan 10 peristiwa/unsur suspen yang terdapat dalam drama ini.
8. Berdasarkan
drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd. Kadir, teks Anak Global, jawab
soalan-soalan berikut:
a. Huraikan 8 ciri drama realisme
yang terdapat dalam drama ini.
b. Jelaskan 10 persoalan beserta
contoh drama ini.
c. Bincangkan 8 teknik plot drama ini.
d. Bincangkan 10 konflik drama ini.
f. Terangkan binaan plot bahagian
akhir drama ini.
Bahagian F: Genre Cerpen ( Teks Madu Ilmu
dan Anak Global )
- Berikan maksud cerpen.
- Nyatakan nama cerpen tanah air pertama, nama penulis, tahun dan nama majalah cerpen diterbitkan.
- Senaraikan 12 unsur cerpen.
- Bagi setiap buah cerpen dalam teks Madu Ilmu dan Anak Global, senaraikan nama cerpen dan nama penulisnya.
- Pilih lima cerpen daripada setiap buah teks ( Madu Ilmu dan Anak Global), senaraikan enam orang watak bagi setiap buah cerpen yang anda pilih.
- Berdasarkan cerpen, Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
10 persoalan beserta contoh yang terdapat dalam cerpen ini.
b. Huraikan
12 perwatakan Datin
c.
Jelaskan
8 nilai kemanusiaan beserta contoh yang sesuai.
d.
Senaraikan
nama-nama 2 orang isteri dan 2 orang bekas isteri Datuk. Bagi setiap orang
isteri atau bekas isteri sila senaraikan nama anak-anak mereka.
e.
Jelaskan
bagaimana berakhirnya cerpen ini.
- Berdasarkan cerpen Benar kata Ayah karya Ria Asmira, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
tema cerpen ini.
b.
Jelaskan 4 latar masa dan 4 latar tempat
berdasarkan peristiwa.
c.
Huraikan
5 sebab ayah menangis/bersedih.
d.
Jelaskan
8 sifat positif watak ayah beserta contoh yang sesuai.
- Berdasarkan cerpen Rindu Tanah Malaya karya Hashim Latiff, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan 12 perwatakan Sarjan Seremaia Vakarusa.
b.
Bincangkan 10 perwatakan Salmah
c.
Huraikan
12 nilai kemanusiaan beserta contoh yang betul.
d.
Huraikan
4 latar masa, 4 latar tempat dan 12 citra masyarakat.
e.
Jelaskan
tema cerpen ini.
f.
Terangkan
10 persoalan beserta contoh yang sesuai.
g.
Berikan
3 bukti yang Sarjan Seremaia Vakarusa mencintai Salmah
- Berdasarkan cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja karya Juri Durabi, teks Madu Ilmu, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
tema cerpen ini.
b.
Huraikan
10 persoalan cerpen ini.
c.
Analisis
10 citra/gambaran/latar masyarakat.
d.
Bincangkan
12 perwatakan Juliani
e.
Jelaskan
5 konflik jiwa watak Hardi.
f.
Huraikan
plot bahagian puncak cerpen ini.
- Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang karya Ghazali Lateh, teks Anak Global jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
10 nilai kemanusiaan beserta contoh yang sesuai.
b.
Huraikan
8 persoalan beserta contoh yang sesuai.
c.
Analisis
8 teknik plot cerpen ini.
- Berdasarkan cerpen Cikgu Apek karya Siti Hajar Mohd Zaki, teks Anak Global, jawab soalan-soalan berikut:
a.
Jelaskan
tema cerpen ini.
b.
Huraikan
10 perwatakan Cikgu Apek.
c.
Bincangkan
6 pengajaran cerpen ini.
Bahagian G: Genre
Puisi Klasik ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a.
Senaraikan
12 ciri umum pantun
b.
Senaraikan
10 ciri umum syair
c.
Senaraikan
14 ciri umum pantun berkait
d.
Bandingkan
8 ciri umum pantun dengan 8 ciri umum syair.
e.
Berikan
10 sebab mengapakah pantun masih popular sehingga ke hari ini berbanding dengan
puisi-puisi tradisional yang lain?
f.
Huraikan
10 peranan puisi klasik dalam masyarakat lama.
g. Nyatakan
5 jenis syair yang anda ketahui.
h.
Ciptakan
3 rangkap pantun berkait empat kerat bertemakan jati diri.
i.
Ciptakan
dua rangkap syair bertemakan keagamaan.
j.
Baca
petikan seloka di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:
Seloka Mat Jenin
Panjat kelapa sampai ke atas,
Berhenti sebentar sambil berangan,
Aku ingin nak kaya lekas,
Dapat duit nak buat modal.
Jual kelapa nak beli ayam,
Jual ayam nak beli itik,
Kalau ada emas berkoyan,
Rupa hodoh pun jadi cantik
Jual itik nak beli kambing,
Jual kambing nak beli lembu,
Mat Jenin mula tersenyum sumbing,
Duit disimpan beribu-ribu.
Jual lembu nak beli bahtera,
Pergi berniaga ke luar negeri,
Akhirnya Jenin dah kaya raya,
Ingin berkahwin Tuan Puteri.
( Dipetik dari Teks Seuntai Kasih
Secebis Harapan )
i.
Berikan maksud rangkap pertama, kedua, ketiga dan keempat
seloka di atas.
ii.
Senaraikan 4 sikap Mat Jenin seperti yang tergambar
dalam seloka ini.
iii.
Huraikan 8 ciri bentuk seloka di atas.
iv.
Jelaskan 8 unsur keindahan seloka di atas.
Bahagian H: Genre
Puisi Moden ( Teks Madu Ilmu dan Anak Global )
a. Senaraikan jenis-jenis sajak yang anda
ketahui.
b. Nyatakan 10 unsur sesebuah sajak.
c. Senaraikan lima jenis nada sajak dan
bagi setiap jenis nada berikan huraian
maksud.
d.
Sila salin sajak berjudul DI DADA MEREKA ADA KHALID
karya Shahrunizam Abdul Talib, Teks Anak Global, halaman 20. Kemudian huraikan
perkara-perkara berikut:
v.
Tema
vi.
Enam persoalan beserta contoh/huraian
vii.
Lapan ciri bentuk beserta contoh/huraian
viii.
Sepuluh
gaya bahasa/unsur keindahan beserta contoh/huraian
ix.
Dua
nada beserta contoh/huraian
x.
Enam unsur bunyi beserta contoh/huraian
xi.
Enam mesej/pengajaran
k.
Ciptakan
sebuah sajak yang bertemakan sama ada ( pilih salah satu daripada
senarai tema yang diberikan di bawah.
Bilangan rangkap tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada empat dan
jumlah baris tidak kurang daripada 15 ):
Senarai tema pilihan
Semangat cintakan tanah air
Keindahan negara Malaysia
Pencemaran alam
Semangat Satu Malaysia
Keinsafan Diri
Keagamaan
Catatan:
1.
Semua jawapan hendaklah ditulis dalam
bentuk esei, bukan dalam bentuk isi-isi/point form.
2.
Soalan-soalan perbandingan hendaklah
dijawab dalam bentuk perbandingan. Gunakan kata bandingan dalam ayat-ayat jawapn anda.
______________________________________________________________________
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
Guru Cemerlang Sastera,
SMK. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.
Tarikh: 21 April, 2012.
Jika anda
berhajat untuk dapat gred A+ atau A bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
dalam peperiksaan SPM, sila siapkan tugasan folio ini dengan sempurna. Tiada pencapaian
yang mudah tanpa mengharungi cabaran dan usaha gigih yang berterusan.
folio ini susah sangat sampai saya naik gila membuatnya...saya sudah putus asa mau buat folio ni dan saya rasa menyesal ambil matapelajaran sastera..tau tak??????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
ReplyDeletetak ada skema jawapan ke folio ni????????susah betol la...bahasa asing yang digunakan dalam folio ini terlampau sangat...apa yang kami tak belajar dalam folio ni banyak sangat...kami tak faham la soalan2x dalam folio ni...terlalu susah n boleh buat hidup saya tidak keruan..:(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteseperti yang telah dinyatakan, tiada pencapaian yang mudah tanpa mengharungi cabaran dan usaha gigih yang berterusan. :)
ReplyDelete