Thursday 10 May 2012

Definisi sastera/Kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat.

                                             ( Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal. 11 )

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat.

           ( B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8 )

Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa Sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ).
 Su ( indah, baik, lebih bermakna.)
 Sastera ( huruf atau buku )
Susastera + ke – an ( kesusasteraan ): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

    ( Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2 )


Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),DBP, 1997, hal. 1194

Sastera
1.     bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).
2.     kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang  mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.
3.     seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain )
4.     kitab suci Hindu
5.     kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan
      ( perhitungan dan lain-lain )  
6.     tulisan, huruf


Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PPK, KPM, 2002, hal. 2

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN

Kesusasteraan  Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Pendirian atau rumusan sendiri

SASTERA IALAH KARYA SENI KREATIF HASIL CIPTAAN MANUSIA MENGGUNAKAN BAHASA YANG INDAH, HALUS DAN MENARIK SERTA MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA/PENONTON. IA MERUPAKAN HASIL PEMIKIRAN SENI YANG BERKUALITI YANG DITERJEMAHKAN SAMA ADA DALAM BENTUK LISAN, PENULISAN, PROSA, PUISI, NARATIF DAN NON-NARATIF. KARYA SASTERA BERBEZA DENGAN HASIL-HASIL PENULISAN AKADEMIK ATAU NON-AKADEMIK LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI VARIASI BAHASA SERTA KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KEPADA PEMBACA/PENONTON.




No comments:

Post a Comment