abazizomar@gmail

Friday, 11 May 2012

Ciri-ciri umum pantun berkait

  • Berangkap.
  • Bentuk terikat.
  • Rima akhir terikat/berselang seli/abab.
  • Empat baris satu rangkap.
  • Ada dua baris pembayang dan dua baris maksud.
  • Ada jeda/pause/sezura/hentian sementara di tengah baris.
  • Dilafaz secara intonasi.
  • Baris kedua pada rangkap pertama diulang semula pada baris pertama rangkap kedua dan baris keempat pada rangkap pertama diulang semula pada baris ketiga rangkap kedua.
  • Jumlah perkataan sebaris di antara 3/4 hingga 5/6 perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris di antara 8/9 hingga 12/13 suku kata.
  • Di antara satu rangkap dengan rangkap yang lain ada pertalian maksud/isi/cerita.
  • Kesuluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud/isi/cerita.
  • Ada unsur nasihat, keagamaan, teguran, kritikan, sindiran, ilmu dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment