Monday 9 April 2012

Teknik plot suprise dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik plot suprise ( kejutan ) bermaksud pengarang menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas seseorang watak secara tiba-tiba/tidak diduga/dijangka yang menjadi kejutan atau menyebabkan watak/pembaca  menjadi terkejut/hairan.
Tujuan/fungsi penggunaan teknik plot ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Supaya cerita menjadi lebih menarik dan berkesan.
  4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/suasana.
  5. Untuk mempelbagai teknik penceritaan.
  6. Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis.
  7. Untuk memperlihatkan kelainan cara penceritaan.
  8. Supaya watak/pembaca disedarkan dengan sesuatu perkara/peristiwa yang mereka tidak jangkakan.
  9. Untuk menyedarkan watak/pembaca yang sedang asyik mengelamun/khayal.
  10. Untuk memperkuatkan plot cerita.
Contoh-contoh peristiwa/kejadian yang menggunakan teknik  plot suprise ialah:
  • Anuariza terperanjat mendengar permintaan Syed Mustafa yang meminta untuk ikut pergi bersama ke paya mengambil buah asam kelubi.
  • Anuariza terperanjat apabila Syed Mustafa bertanya pendapatnya mengenai ajaran sesat di Malaysia sejak kebelakangan ini.
  • Nek Siah dan Solehah merasa hairan dengan kehadiran Khusyairi ke rumahnya pada jam 11.00 malam.
  • Khusyairi dan Saliah terperanjat dengan kehadiran Syed Mustafa ke wad hospital untuk melawat Ruhaiza yang terlantar di situ sudah beberapa hari. Syed Mustafa memohon maaf dan mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga Khusyairi.
  • Solehah terperanjat apabila Anuariza menyatakan wajahnya nampak suram dan semacam ada masalah.
  • Anuariza masih berasa terperanjat dengan isi kandungan surat/nota Syarifah Farisya yang diberikan kepadanya melalui buku yang dipulangkan sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang.
  • Haji Lokman dan Hajah Munirah merasa terperanjat mendengar kenyataan Syarifah Farisya yang ayahnya ( Syed Mustafa ) hendak berkahwin lagi.
  • Syarifah Farisya terperanjat dengan salam Anuariza yang baru tiba di Hentian Bas Puduraya setelah sekian lama menunggunya lalu merangkul dan memeluk Anuariza dengan eratnya.
  • Haji Lokman agak kaget sewaktu bersalam dan menggenggam tangan kanan Anuariza yang tidak berjari lengkap.
  • Hajah Munirah turut terperanjat ketika melihat tangan kanan Anuariza yang sedang memegang cawan air kopi yang dihulurkannya.
  • Syed Mustafa merasa hairan dengan kehilangan Syarifah Farisya dari rumahnya.
  • Dan contoh-contoh peristiwa lain ................ sila rujuk teks/cerita asal.

No comments:

Post a Comment